Adakah Batal Wudhu Apabila Bersentuhan Dengan Kanak Kanak Berlainan Jantina



Soalan:
Adakah batal wudhu’ seorang lelaki dewasa atau perempuan dewasa yang bersentuhan kulit dengan kanak-kanak perempuan atau lelaki? Mohon penjelasan.

Jawapan:
Secara umumnya, dalam isu persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan ini para ulama berbeza pendapat kepada tiga pandangan utama yang kami ringkaskan seperti berikut:

Persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’ secara mutlak.Persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan membatalkan wudhu’ secara mutlak.Persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan membatalkan wudhu’ sekiranya dengan bersyahwat dan tidak membatalkan wudhu’ sekiranya tidak bersyahwat.
Pandangan-pandangan di atas ini kesemuanya adalah bertitik tolak dari firman Allah S.W.T:

أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ
“Ataupun kamu bersentuhan dengan orang perempuan.” [Surah Al-Nisa’ (43)]

Sebahagian ulama berpegang dengan zahir ayat tersebut yang menunjukkan kepada perbuatan اللمس iaitu menyentuh. Justeru semata-mata berlakunya persentuhan antara lelaki dan perempuan maka telah terbatallah wudhu’ bagi kedua-duanya. Antara hujah yang digunakan dalam menguatkan pandangan ini adalah sebuah kaedah fekah:

الأَصْلُ فِي الكَلَام حَقِيقَة
“Asal bagi sesuatu ucapan adalah secara hakikat (iaitu merujuk kepada maknanya yang sebenar).”

Oleh yang demikian, perkataan ‘menyentuh’ itu hendaklah difahami dengan maknanya yang sebenar dan bukannya dianggap sebagai bahasa majaz atau kiasan.

Meskipun begitu, para ulama lain berpendapat bahawa perkataan ‘menyentuh’ di dalam ayat tersebut adalah merujuk kepada maknanya yang majaz iaitu persetubuhan yang berlaku antara lelaki dan perempuan. Justeru, semata-mata persentuhan tidaklah membatalkan wudhu’ sebaliknya wudhu’ terbatal apabila berlakunya persetubuhan.

Pendapat ini dikuatkan dengan antara hujahnya adalah berdasarkan sebuah kaedah fekah:

إِذَا تَعَذَّرَ إِعْمَالُ الكَلَام علَى الحَقِيقَةِ يُصَارُ إِلَى المَجَاز
“Apabila terdapatnya keuzuran untuk menggunakan sesuatu ucapan kepada maknanya yang hakiki maka dialihkan ucapan tersebut kepada maknanya yang majaz (kiasan).”

Ini kerana kata mereka terdapat beberapa keuzuran untuk kita meletakkan ayat tersebut kepada maknanya yang hakiki. Antaranya adalah berkenaan riwayat-riwayat yang menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W ada bersentuhan dengan para isteri baginda dan baginda tidak memperbaharui wudhu’ selepas itu.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh A’isyah R.Anha beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ قَبَّلَ بَعْضَ نِسَائِهِ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلاَةِ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W mencium sebahagian isteri baginda kemudian baginda keluar menuju solat dan baginda tidak berwudhu’.” [Riwayat Ibn Majah (502)]

Berdasarkan hadis di atas ini juga, para ulama sebahagiannya menyebut dengan lebih spesifik bahawa ciuman ini terbahagi kepada dua. Pertama, disebut sebagai ciuman rahmat (kasih sayang) maka yang ini tidak membatalkan wudhu’. Kedua, ciuman syahwat (yang merangsang nafsu) maka jenis ini membatalkan wudhu’.

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, berkenaan adakah batal wuduk seorang lelaki dewasa bersentuhan kulit dengan kanak-kanak perempuan, suka untuk kami kongsikan sebuah pandangan dari Syeikh Nawawi bin Umar al-Jawi yang menyebut:

Terdapat lima syarat untuk menjadikan persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan itu membatalkan wudhu’. Kami sertakan pandangan beliau dengan sedikit olahan dan tambahan seperti berikut:

Persentuhan itu hendaklah antara lelaki dan perempuan. Maka tidak batal wudhu’ apabila seseorang menyentuh sesama jantina.Persentuhan itu hendaklah pada kulit. Jika yang disentuh adalah rambut, gigi atau kuku, maka ia tidak membatalkan wudhu’.Persentuhan tersebut berlaku dengan ajnabi. Adapun persentuhan lelaki atau perempuan dengan mahram mereka ianya tidaklah membatalkan wudhu’.Persentuhan berlaku tanpa lapik. Sekiranya kedua-duanya berlapik atau salah seorangnya berlapik dan berlaku persentuhan antara keduanya, maka ini tidak membatalkan wudhu’.Persentuhan berlaku antara lelaki dan perempuan yang dewasa. Adapun persentuhan lelaki dewasa atau wanita dewasa dengan kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki maka ini tidaklah membatalkan wudhu’.
[Rujuk Kasyifah Al-Saja, Nawawi bin Umar (Hlm. 113)]

Kata Syeikh Dr. Muhammad Al-Zuhaili: “Tidak membatalkan wudhu’ jika menyentuh kanak-kanak perempuan (sekiranya tidak mendatangkan syahwat) serta menyentuh rambut, kuku atau gigi. Batal wudhu’ sekiranya menyentuh orang tua walaupun tidak bernafsu.” [Rujuk Al-Mu’tamad Fi Fiqh Al-Syafie, Al-Zuhaili (1/87)]

Kesimpulan

Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa persentuhan orang dewasa dengan kanak-kanak tidaklah membatalkan wudhu’ sekiranya tidak mendatangkan syahwat. Dan dimaksudkan dengan kanak-kanak adalah mereka yang belum mencapai had umur baligh. Wallahua’lam.

Akhir kalam, kami berdoa agar Allah S.W.T memberikan kefahaman yang baik kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/adakah-batal-wudhu-apabila-bersentuhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanak Kanak Perempuan Maut Tertinggal Dalam Kereta Lebih 2 Jam

Kanak Kanak Perempuan Maut Tertinggal Dalam Kereta Lebih 2 Jam

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 411 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas lebih dua jam ditinggalkan kepanasan di dalam kereta oleh ibunya di tepi jalan rumahnya di Taman Aman 1 di sini Rabu lepas Anak bongsu daripada empat beradik itu dijumpai ibunya y...
Kanak Kanak Perempuan Maut Tertinggal Dalam Kereta

Kanak Kanak Perempuan Maut Tertinggal Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 308 hits
LAHAD DATU 14 Jun Seorang kanak kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas lebih dua jam ditinggalkan kepanasan di dalam kereta oleh ibunya di tepi jalan rumahnya di Taman Aman 1 di sini Rabu lepas Anak bongsu daripada empat beradik itu...
Polis Tangkap Tiga Sekeluarga Disyaki Dera Dua Kanak Kanak

Polis Tangkap Tiga Sekeluarga Disyaki Dera Dua Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 326 hits
ISMA WEBBudak lelaki perempuan berusia 7 dan 8 tahun ada kesan dera Dua kanak kanak lelaki dan perempuan berusia tujuh dan lapan tahun mangsa dera diselamatkan dari sebuah rumah di Pusat Bandar Puchong Selangor semalam KUALA LUMPUR Tiga sek...
Open House Ben Ashaari Syurga Kanak Kanak

Open House Ben Ashaari Syurga Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 354 hits
Salam bahagia semua sahabat UN yang sentiasa bersama UN Salam hormat dan juga masih selamat hari raya kepada semua pembaca blog UN yang sentiasa follow UN Mungkin ada yang membaca blog UN tanpa diketahui thanks sebab membaca Hari ini penat ...
Terdapat Sindiket Penculikan Kanak Kanak Untuk Tujuan Penjualan Organ

Terdapat Sindiket Penculikan Kanak Kanak Untuk Tujuan Penjualan Organ

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 235 hits
PALSU Tersebar luas mesej mesej palsu yang dikitar semula yang mendakwa kononnya terdapat sindiket yang terlibat dalam aktiviti menculik kanak kanak untuk tujuan penjualan organ Antara mesej mesej tersebut adalah seperti beri
Tertinggal Dalam Kereta Lebih 2 Jam Kanak Kanak Perempuan Meninggal Dunia

Tertinggal Dalam Kereta Lebih 2 Jam Kanak Kanak Perempuan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 620 hits
Tertinggal Dalam Kereta Lebih 2 Jam Kanak Kanak Perempuan Meninggal Dunia Seorang kanak kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas lebih dua jam ditinggalkan kepanasan di dalam kereta oleh ibunya di tepi jalan rumahnya di Taman Aman 1 d...
Wad Pesakit Kanser Kanak Kanak Di Kuala Lumpur Dan Lembah Klang Terima Kunjungan Spider Man Yang Datang Membawa Harapan

Wad Pesakit Kanser Kanak Kanak Di Kuala Lumpur Dan Lembah Klang Terima Kunjungan Spider Man Yang Datang Membawa Harapan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 366 hits
Penyakit kanser adalah salah satu penyakit yang paling digeruni walaupun terdapat banyak penemuan baru yang mendakwa boleh melawan virus kanser daripada merebak namun kita masih jauh dari benar benar menentang penyakit ini secara keseluruha...
Dc Superhero Girls Sumber Inspirasi Kanak Kanak Perempuan Masakini

Dc Superhero Girls Sumber Inspirasi Kanak Kanak Perempuan Masakini

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 636 hits
Hai Esok isnin bermulanya hari sekolah setelah cuti dua hari back to reality So entri kali ni UA nak bercerita tentang DC SUPERHERO GIRLS Siapa pula mereka ni ya nak tahu jom terus membaca DC SUPERHERO GIRLS Jadi sumber inspirasi dan yakin ...
Mayat Seorang Kanak Kanak Lelaki Yang Terjatuh Ke Dalam Sebatang Sungai Di Kampung Lanai Ditemukan

Mayat Seorang Kanak Kanak Lelaki Yang Terjatuh Ke Dalam Sebatang Sungai Di Kampung Lanai Ditemukan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 333 hits
6 Okt Mayat seorang kanak kanak lelaki yang terjatuh ke dalam sebatang sungai di Kampung Lanai dekat sini semalam ditemukan pada pukul 10 54 pagi tadi Mayat mangsa ditemukan kira kira empat kilometer dari tempat dia terjatuh dan jasadnya di...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization