Adakah Anda Tahu Apa Itu Nikotin



Adakah Anda Tahu Apa Itu Nikotin? | Assalammualaikum para semua pembaca. Hari ini Ruby ingin berkongsi tentang Nikotin, kajian yang telah Ruby laksanakan bertahun dan tidak pernah berkongsi maklumat yang telah Ruby perlolehi. Sebagai manusia, kita dituntut untuk mengetahui apa yang berlaku disekeliling kita. Tambahan pula dikelilingi dengan perokok sejak dari kecil. Oleh kerana itu, Ruby mula mengambil tahu tentang kebaikan, keburukan dan manfaat merokok. Ternyata ia lebih banyak keburukan kerana ia memudaratkan kesihatan dan orang yang tersayang. Jadi, Ruby berharap anda semua menerima pandangan dan kajian Ruby ini dengan hati terbuka ya. 


Adakah Anda Tahu Apa Itu Nikotin?
Nikotin, Nikotin Oh! Nikotin. Sejak Ruby lahir, Nikotin ini dah biasa dalam kehidupan Ruby. Ruby adalah "Perokok Pasif" yang bermaksud, hidup bersama perokok. Kehidupan dipenuhi asap dan bau yang tidak menyenangkan. Adakalanya diserang semput dan asthma. Alhamdulillah ia hanyalah Intermittent asthma sahaja. 
Semasa Ruby tingkatan 1 di sekolah menengah, pelajar di beri satu naskah buku yang bertajuk Rokok Dan Kesihatan. Ia adalah buku dari kumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia. Ruby masih menyimpan buku tersebut sehingga ke hari ini. Pendedahan buku itu tentang bahayanya rokok telah membuka minda Ruby. Ruby fikir, rokok adalah perkara normal dikalangan masyarakat. Sebenarnya TIDAK!
Buku itu diterbitkan untuk mempromosi gaya hidup sihat dbermula dari kalangan kanak-kanak. Ini kerana, pendedahan awal tentang rokok memberi pelajar seperti Ruby tahu isi kandungan dalam sebatang rokok. Ia lebih jelas dan telus. Pada zaman kini, VAPE pula diperkenalkan. Rokok dalam versi e-cigarette. Jenuh juga ingin mendidik perokok dan vaper tegar, akhirnya Ruby hanya menjaga diri sendiri dan keluarga. 
Apa Itu Nikotin?Nikotin ialah bahan larut air dan boleh diekstrak dengan membiarkan hirisan daun tembakau direndam dalam air selama 12 jam. Nikotin juga ialah sejenis sebatian organik yang dijumpai secara semulajadi di dalam pokok tembakau. Tahukah anda, bahawa daun tembakau mempunyai kandungan nikotin paling tinggi? Sebanyak 0.6–3.0% daripada berat kering tembakau dianggarkan terdiri daripada nikotin. 
Nikotin adalah ketagihan dan berisiko.Nikotin, walaupun ketagihan dan berisiko, bukan penyebab utama penyakit yang berkaitan dengan merokok. Nikotin bukanlah penyebab utama penyakit berkaitan merokok.Nikotin berlaku secara semula jadi pada daun tembakau.Nikotin akan menyebabkan kesan farmakologi, termasuk peningkatan kadar jantung dan tekanan darah.Selain dari daun tembakau, nikotin juga terdapat pada tanaman seperti kentang dan tomato.Nikotin dapat diserap melalui paru-paru, mulut atau kulit.Wanita hamil atau menyusu tidak boleh mengambil produk mengandungi nikotin.Orang yang menghidap penyakit jantung, tekanan darah tinggi atau diabetes tidak boleh mengambil produk mengandungi nikotin.Nikotin mencetuskan pembebasan DopamineKanak-kanak di bawah umur tidak boleh mengambil produk tembakau atau nikotin.Asap tembakau, bukan nikotin, adalah penyebab utama penyakit yang berkaitan dengan merokok.Kesan Nikotin Kepada Diri Sendiri Dan Masyarakat.Nikotin akan menyebabkan anda ketagihan, di mana setiap batang rokok mengandungi 2 mg nikotin yang disedut. Pada kepekatan rendah, bahan ini bertindak sebagai bahan perangsang, maka kandungannya dalam rokok merupakan salah satu sebab utama rokok digemari dan dijadikan tabiat selain tembakau mentah. Walaupun kandungan nikotin dalam rokok amat sedikit, pengguna masih boleh membentuk kebergantungan fizikal terhadap nikotin.

Sejak Kementerian Kesihatan Malaysia bersungguh-sungguh memerangi bahaya merokok, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan. Ketika itu, baru Ruby sedar bahaya selalu bersama dengan perokok. Paling Ruby ingat adalah semasa zaman bekerja dan rajin ke seminar. Waktu paling mudah untuk mendekati panel dan berkenalan dengan sesiapa yang anda ingin kenali adalah ketika sesi berehat
 
Ia adalah masa untuk semua peserta dan panel berehat sama ada minum kopi, makan-makan, solat, ke tandas atau merokok. Rata-rata, ramai yang merokok. Jadi, dari situ hubungan sosial bertukar kad nama berlaku. Pada mulanya Ruby join sebab nak berkenalan dengan mereka, mencari pelabur dan sembang berkenaan proposal. Peluang keemasan orang kata.
Jadi, secara automatik. Ruby adalah perokok pasif. Nampak tak? Ruby selalu selsema dan tidak sihat selepas itu. Ia adalah tanda bahawa paru-paru kita tidak boleh menerima asap. Jika teruskan tabiat begini, mungkin akan lebih teruk "lung infection". 
Di atas nasihat doktor, Ruby cuba sedaya upaya mengelak asap rokok, kerana yang paling memudaratkan bukan nikotin atau tembakau, tetapi adalah asap rokok yang dibebaskan oleh perokok semasa mereka membakar tembakau atau rokok mereka. Paling risau, apabila kita sakit, dan berjangkit kepada anak-anak pula. Satu keluarga tidak sihat. Sangat membimbangkan.
Rokok VS Vape.Adakah anda tahu perbezaan di antara rokok dan vape? Ramai orang serta undang-undang mengatakan ia adalah perkara sama, tetapi hakikatnya ia adalah berbeza. Ini sangat penting, agar anda memahami bagaimana Nikotin terhasil dari dua cara berbeza ini. Nikotin tersebar dari rokok dengan membakar tembakau, yang menghasilkan asap dan mengeluarkan bahan berbahaya. 
Manakala untuk Vape, Nikotin terhasil dengan memanaskan cecair, yang tidak menimbulkan asap. Pilihan terbaik adalah berhenti dari produk nikotin dan tembakau, tetapi bukan satu-satunya pilihan! Kami ingin memastikan semua orang mengetahui tentang pilihan mereka, dan perbezaan penting antara mereka.
Rokok

Rokok Cerut

Rokok Paip

Shisha

Vape / E-Cigarette
Ambil Tahu, Agar Warisan Keturunan Kita Lebih Berilmu.Percaya atau tidak, sebenarnya bahawa ramai perokok tidak mengetahui keburukan merokok semasa mereka mula "cuba-cuba" merokok. Iya, ramai dari kalangan kawan-kawan Ruby mula merokok semasa di bangku sekolah. Ruby sebagai pengawas sekolah, sering menangkap pelajar merokok di bilik air. Ketika itu, guru disiplin juga pening kepala dengan keadaan begitu. Rokok di awal usia remaja. Dari mana punca dan bagaimana mendapat rokok tersebut? 
Apabila di tanya, ramai mengatakan yang mereka melihat ayah merokok. Jadi, pelajar berasa perkara itu biasa.
Ruby: Bagaimana dapat stok rokok? Pelajar: Curi-curi ambil dari ayah punya rokok.
Setibanya Ruby di bilik Guru Disiplin, soalan yang sama ditanya oleh guru. Guru juga bertanya, adakah ayah mengetahui? 
Pelajar: TIDAK
Apabila sudah terkantoi begitu, guru disiplin wajib menjalankan proses untuk bertemu ibu bapa. Disitu akan bermula pertengkaran di antara ibu bapa dan anak. Memang situasi yang menyedihkan, niat guru ingin memaklumkan, bukan atas niat untuk memalukan. 
Ia hanya pertemuan di antara mereka. Tetapi suara si ayah agak kuat menengking si anak. Mungkin si ayah malu. Tapi, anak itu lagi malu kerana dimarahi dan dia masih tidak faham. Kenapa aku dimarahi? Sedangkan rokok itu kepunyaan ayah. Melihat ayah merokok sejak dari kecil. Keliru...
"Maka, si anak memberontak. Lagi dia sedih, lagi dia degil. "
Setiap hari, Ruby menangkap pelajar yang sama merokok. Sudah menjadi kebiasaan pula si anak buat begitu. Ruby nak tegur, risau tersalah cara. Tetapi sempat berbual. Kali ni stok dari mana? Dari abang mat pit lepak tepi tangga flat aku. 
Astaghfirullahalazim mengucap panjang. Semakin parah, dia sudah mula bergaul dengan orang yang salah. Sebab dia masih di bangku sekolah menengah, kenapa berkawan dengan mat pit. Bagaimana pelajaran dan masa depan dia? Kesiannya. 
Ruby memaklumkan kepada guru disiplin. Termenung sekejap cikgu. Serius tanggungjawab guru sudah berat di sekolah, jika campur masalah peribadi pelajar. Ia menjadi sesuatu yang besar. Risau kali ini ibu bapa marah pelajar lagi kan. 



Dari pengalaman di sekolah, Ruby mula belajar sesuatu. Jika inginkan persekitaran bebas dari Nikotin, Ruby kena ambil tahu. Banyak perkara dalam kehidupan Ruby kontra dengan apa yang Ruby plan. Ruby hentikan kebiasaan. Mencari calon suami tidak merokok. Berkawan dengan beberapa orang sahaja. 
Ada di antara mereka merokok tetapi mempunyai adab merokok depan Ruby. Maknanya mereka tidak merokok berdekatan. Pergi ke kawasan lapang. Ruby menghormati mereka. Saudara mara yang merokok, Ruby tidak mendekati ketika mereka sedang merokok. Beri ruang kepada mereka. 
Diri kita sendiri perlu tahu hak apa yang kita nak. Sangat positif kan? 
Harm Awareness Association (HAA)Sepanjang kehidupan kita, kita keliru dengan boleh atau tidak. Betul bukan? Apabila dah buat, mesti alamak tak boleh la rupanya! Kalau sempat berubah, Alhamdulillah. Jika dah mudarat, diri kita kena kuat untuk berubah. Melalui Harm Awareness Association (HAA), Ruby baru tahu ada perkara yang kita sebenarnya keliru tetapi mengamalkan. 
Tahu tak, Harm Awareness Association ditubuhkan sebagai sebuah persatuan bebas yang berada di barisan hadapan dalam mengurangkan bahaya serta risiko dalam setiap aspek kehidupan. HAA bekerjasama dan memperjuangkan hak pengguna dengan memberi mereka banyak maklumat dan membuat orang ramai lebih mengetahui tentang inisiatif pengurangan risiko.
Ini disebabkan oleh kurangnya maklumat mengenai topik yang relevan bagi rakyat Malaysia. HAA yakin, mempunyai kesedaran mengenai bahaya dan bagaimana mengurangkannya adalah penting. Terlalu banyak maklumat yang ada ketika ini bertentangan dan sering menimbulkan kekeliruan - yang menyebabkan rakyat salah membuat keputusan. Dalam dunia berita palsu yang berterusan ini, HAA ingin memastikan bahawa orang ramai tidak menjadi mangsa andaian yang salah.
Sejajar dengan perjuangan HAA untuk mengurangkan kemudaratan dalam kehidupan seharian bagi rakyat Malaysia - HAA berusaha untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia mengenai Artikel Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu di bawah bahagian UPDATES kami.

Harm Awareness Association menyokong tujuan memastikan orang ramai sedar bahawa mereka mempunyai pilihan, sama ada untuk berhenti atau mengurangkan merokok, perancangan keluarga, dan masalah yang berkaitan dengan kesihatan. 

Apa yang HAA mahukan adalah agar setiap pengguna, terutama di Malaysia dapat membuat keputusan yang tepat yang akan mengurangkan keburukan yang dilakukan oleh kebiasaan dan tindakan mereka yang mungkin merugikan mereka dalam jangka pendek dan jangka panjang.

Tahukah anda terdapat lebih daripada 7,000 bahan kimia yang terdapat dalam asap rokok? Itu sangat membimbangkan, terutamanya apabila terdapat lebih dari 9 juta perokok di seluruh Malaysia. Oleh itu, cubalah beralih ke alternatif yang kurang memudaratkan dari sekarang jika anda tida, anda pasti boleh!


Rujukan: https://www.who.int/home/search?indexCatalogue=genericsearchindex1&searchQuery=nicotine&wordsMode=AnyWord
HAA | FACEBOOK | INSTAGRAM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2021/12/adakah-anda-tahu-apa-itu-nikotin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Betul Itu Muntah Paus Dengan Berat 5 Kilogram Ia Dianggarkan Bernilai Rm500 000 Prof Umt

Jika Betul Itu Muntah Paus Dengan Berat 5 Kilogram Ia Dianggarkan Bernilai Rm500 000 Prof Umt

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 416 hits
Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan Universiti Malaysia Terengganu Prof Madya Dr Hasrizal Shaari memaklumkan sekiranya muntah paus seberat lima kilogram yang ditemui seorang wanita baru baru ini merupakan muntah puas yang ...
Solat Itu Menuju Kejayaan Pentingnya Dan Keutamaannya

Solat Itu Menuju Kejayaan Pentingnya Dan Keutamaannya

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 380 hits
Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam untuk menyembah Allah Tuhan yang satu Solat itu dilakukan dengan merujuk Al Quran dan Sunnah Rasul Kredit Foto Facebook Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat Solat fardu diwajib...
Makan Guna Copstick Tak Haram Sokong Makan Rasuah Sekongkol Makan Gaji Buta Itu Haram Dan Haramjadah

Makan Guna Copstick Tak Haram Sokong Makan Rasuah Sekongkol Makan Gaji Buta Itu Haram Dan Haramjadah

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 313 hits
Halus tapi sangat bermakna Maksud DS Anwar mudah Islam tak haramkan penggunaan chopstick Sehingga seorang ilmuan seperti Imam Daud Ting sendiri menghadiahkan beliau sepasang chopstick Orang Melayu dan Islam yang pandai berfikir pasti faham ...
Keluarlah Dari Perigi Buta Itu

Keluarlah Dari Perigi Buta Itu

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 320 hits
Ini ditunjukkan menerusi aliran RM42 juta dari SRC ke akaun peribadinya Ini bukan sesuatu yang boleh dikatakan dilakukan demi kepentingan negara Tiada isu kepentingan negara di sini ia hanya memalukan negara tegas Hakim Abdul Karim Justeru ...
Syahdu Saat Anak Dapat Cam Ibunya Yang Terpisah 2 Tahun Ketika Jalan Jalan Di Mall Yakin Itu Mummy Dia Terus Pelvk

Syahdu Saat Anak Dapat Cam Ibunya Yang Terpisah 2 Tahun Ketika Jalan Jalan Di Mall Yakin Itu Mummy Dia Terus Pelvk

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 241 hits
HIDUP berjauhan dengan anggota keluarga bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi apabila ia melibatkan anak anak yang masih kecil Video pertemuan yang penuh dengan air mata antara seorang kanak kanak yang terpisah selama dua tahun dengan ibu...
Pm Orang Lain Pemimpin Parti Orang Lain Itu Tak Jadi Kata Ku Li

Pm Orang Lain Pemimpin Parti Orang Lain Itu Tak Jadi Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 243 hits
December 19 2021 Tengku Razaleigh berkata keputusan sama ada untuk menangguh atau meneruskan pemilihan parti adalah bergantung kepada Presiden atau Majlis Tertinggi Umno dan beliau menghormatinya PETALING JAYA Umno perlu melaksanakan proses...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean