Adab Masuk Rumah Kosong
Amalan Masuk Rumah Baru Jin dan syaitan biasa berada di mana-mana, termasuklah di rumah yang sedang kita huni sekarang. Waktu kita sembahyang di rumah, kan ada syaitan datang menganggu? Bahkan qarin/ jin pendamping kita pun selalu ada bersama-sama kita. Cuma mereka bukan jenis pengganggu dan perasuk, lebih kepada jenis pembisik. Kalau jenis pengganggu dan perasuk ini berada dalam rumah kita, ini yang menyebabkan gangguan.
Boleh jadi dia menjelma, ataupun dia mengubah barang-barang, ataupun merasuk, ataupun menyakitkan kita. Jin memang suka tinggal di rumah-rumah kosong, bahkan dalam bilik kosong di rumah kita. Tapi itu tak bermaksud dalam setiap rumah atau bilik itu mesti ada jin. Dan jika ada jin pun, tak semestinya jenis jin pengganggu. Bukan semua rumah kosong atau bilik ada jin pengganggu. Mungin satu dalam seratus buah rumah atau bilik (sekadar contoh). Wallahualam.
Antara ikhtiar yang boleh dilakukan ketika mahu berpindah ke rumah baru anda ialah: Ketika masuk ke rumah itu, ucapkan “Assalamu’alaina wa ‘ala ‘ibadillahissolihin” macam dalam tahiyyat akhir. Maksudnya “Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.” Boleh juga dilakukan pada setiap bilik. Berdiri di ruang tengah rumah, azan ataupun iqamah. Tak perlu kuat seperti di masjid, guna suara sederhana saja. Buatlah kenduri doa selamat sikit.
Boleh juga dibuat bacaan Yaasin ataupun kenduri tahlil. Tak mampu panggil ramai orang, buat untuk keluarga pun jadilah. Bacaan-bacaan dalam doa selamat ataupun tahlil memang mesuai untuk mengusir dan menghindarkan jin. Dengan membaca doa beramai-ramai dan buat kenduri, para malaikat akan datang bersesak-sesak. Keadaan ini akan menakutkan para jin daripada berada dalam rumah itu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://faizsaaid.com/adab-masuk-rumah-kosong/