Adab Di Mana Kisah Di Kenduri Kahwin
Tentang Kerusi || Semalam, hari Isnin 12/08/19, aku bersama family pergi jemputan kahwin di Taman Cahaya Masai. Terjadilah satu keadaan di mana, bapak aku pergi cuci tangan dan nak ambil makanan lain. Jadi , tugas aku, seharusnya menjaga kerusi, sebab time tu dah peak hour. Sambil makan, sambil jaga meja dan kerusi. Tiba-tiba, ada seorang lelaki terus tarik kerusi bapak aku yang kosong tu dan bawak ke meja sebelah.
Perghhhh, terkejut aku dibuatnyaa ~ Dahlah tak tanya, main hamek aje ye ! Aku terus tarik sambil jerit cakap, ''SORRY, SORRY, ADA ORANG PUNYA". Nasib baik tak jatuh dia, sebab baru nak hempukkan punggung. Kenapa jerit? Sebab time tu dah start DJ bersuara, dekat dah dengan jadual waktu bersanding.
Ye, aku tahu..aku boleh je bangun dan mencari kerusi di meja lain (Itupun kalau ada). Tapi sebab aku tengah sedap makan, kau kacau macam tu, tak tanya, tak tegur...suka hati hamek, hmm.. Memang meminta tau.
Lepastu adik aku cakap, ada salah sorang yang duduk kat meja sebelah tu, selalu pandang pandang aku dengan muka tak puas hati. Aku dah siap sedia kalau dia nak tuang air atas kepala aku ke apa..... Memang kena lah diaa~ Hahahaahahaa.. tak memasal VIRAL. TAPI mujur tiada apa berlaku.
Harap mereka berfikir kembali.
Bukan aku tak hormat, tapi dia buat gitu....aku bukan penyabar mana orangnya.... hoho~
Maaf, kalau rasa aku kurang ajar, terikut perasaan mungkin.. Aku pun harap aku tak buat gitu, aku harap, kalau terhamek kerusi atau tempat orang lain, aku harap time tu aku cecepat mintak maaf... bukan buat derr aje!!
Opss, terjerit
Sekian luahan seketul Nona yang kecewa
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://nonasani.blogspot.com/2019/08/adab-di-mana-kisah-di-kenduri-kahwin.html