Adab Berkomunikasi Yang Berhemah Yang Disarankan Imam Ghazali


Mari kita renung dan amalkan adab bergaul yang disarankan Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin.
Kredit Foto : Google
Pertama, jangan memandang kecil, rendah atau hina kepada sesiapa pun sama ada yang masih hidup mahupun sudah mati kerana bersikap demikian akan membinasakan diri.

Sebenarnya kita tidak mengetahui mungkin orang itu lebih baik nasibnya daripada kita di kemudian hari. Sekalipun orang itu pada zahirnya fasik dan jahat, tidak mustahil nasib begitu akan menimpa diri kita sendiri sehingga mengakhiri hayat dalam keadaan fasik dan jahat.

Sedangkan orang yang kita anggap fasik dan jahat itu pula yang mengakhiri hayatnya dalam keadaan baik dan soleh.

Kedua, jangan menilai seseorang itu menurut keadaan dunianya lalu kita memuliakannya kerana dunia itu kecil di sisi Allah SWT. Jangan sampai kita menjual agama semata-mata untuk mendapatkan keduniaan sehingga anda dipandang rendah di mata orang yang memberinya.


Ketiga, jangan cuba menentang orang lain, sehingga berlaku permusuhan, melainkan jika anda melihat kemungkaran dilakukan oleh orang itu, maka ketika itulah anda boleh menentang kemungkaran yang dilakukannya itu.

Keempat, jangan berasa puas hati apabila mendengar pujian orang depan anda atau berasa senang apabila ditunjukkan rasa kemesraan dan muka manis kerana yang demikian itu belum tentu timbul dari hakikat batinnya.

Kelima, jangan sekali-kali mengadu segala hal ehwal anda baik kesusahan dan sebagainya kepada orang lain sebab dibimbangi Allah SWT akan murka dan diserahkan semua urusan anda kepada orang itu.

Keenam, jangan mengharapkan orang lain bersikap sama terhadap anda apabila berada di belakang, seperti yang anda kenal kepadanya ketika berdepan dengan anda. Harapan semacam itu adalah sia-sia belaka dan tidak betul.

Ketujuh, jangan terlalu mengharapkan untuk memiliki apa-apa yang ada dalam tangan orang lain, nescaya anda akan dipandang hina olehnya tetapi apabila anda meminta sesuatu benda daripada seorang kawan, lalu diberinya, maka itulah kawan yang berfaedah. Tetapi jika ia tidak memberinya, maka janganlah anda mencacinya kerana kelak ia akan menjadi lawan yang bukan mudah untuk anda menghadapinya.

Kelapan, jangan membuang masa menghamburkan nasihat kepada orang tidak mahu menerima nasihat, bahkan ia akan memusuhi anda. Jika perlu dinasihatkan, hendaklah dengan sindiran atau memberi pelbagai contoh seperti bercerita tanpa merujuk kepadanya.

Kesembilan, jika anda mendengar orang itu pernah mencela atau membuat keburukan terhadap diri anda, maka sebaik-baiknya serahkan perkara itu kepada Allah SWT serta berlindung kepada-Nya daripada sebarang bahaya.

Ingatlah, jangan cuba memikirkan sebarang rancangan balas terhadap perbuatannya itu kerana ia akan lebih membahayakan diri anda. Orang yang pernah melakukan salah terhadap diri anda, hendaklah tetap menunaikan semua hak mereka.

Sepuluh, waspadalah daripada berkawan dengan semua peringkat manusia sebab bukan semua orang dapat memaafkan kekhilafan, mengampunkan kesalahan atau menutup keburukan. Tetapi biasanya mereka berkira sangat atas yang kecil dan besar serta mendengki terhadap yang sedikit dan banyak.

Sebelas, jangan segera menyatakan kecintaanmu kepada orang yang anda belum kenal kesetiaannya dengan cara teliti tetapi hendaklah berkawan dengannya dalam waktu yang panjang untuk melihat adakah anda senang perangainya.

Demikianlah secara ringkasnya yang perlu kita renungkan dan amalan supaya kita dapat bergaul dengan orang lain secara baik dan berhikmah.

SUMBER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sekejung.com/2022/01/adab-berkomunikasi-yang-berhemah-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imam Mandikan Remaja Curi Tabung Masjid Dah Letak Jawatan Kata Exco Selangor

Imam Mandikan Remaja Curi Tabung Masjid Dah Letak Jawatan Kata Exco Selangor

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 391 hits
January 14 2022 Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor Zawawi Ahmad Mughni berkata peletakan jawatan iman itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Mohd Shahzihan Ahmad PETALING JAYA Imam terbabit dalam kontroversi memandikan remaj...
Imam Tak Salah Dia Hanya Mahu Bersihkan Anak Saya Ibu Remaja Pertahan Tindakan Mandi Jenazah

Imam Tak Salah Dia Hanya Mahu Bersihkan Anak Saya Ibu Remaja Pertahan Tindakan Mandi Jenazah

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 349 hits
Mengulas mengenai video anaknya tular di media sosial sejak Isnin lalu ibu remaja itu yang dikenali sebagai Kak Jas berkata tindakan menyebarkan rakaman berkenaan dipercayai dibuat individu dalam masjid yang tidak puas hati terhadap imam te...
Exco Selangor Sahkan Imam Mandikan Jenazah Letak Jawatan Berkuat Kuasa Hari Ini

Exco Selangor Sahkan Imam Mandikan Jenazah Letak Jawatan Berkuat Kuasa Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 224 hits
MALAYSIA DATELINE Exco Selangor mengesahkan imam yang mandikan remaja seperti jenazah selepas ditangkap cuba mencuri tabung masjid sudah meletakkan jawatan berkuat kuasa hari ini Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor Zawawi Ahmad Mughni berka...
Tok Imam Mandikan Pencuri Tabung Masjid Seperti Jenazah

Tok Imam Mandikan Pencuri Tabung Masjid Seperti Jenazah

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 248 hits
Gara gara mencuri tabung di sebuah masjid seorang remaja lelaki dipercayai terpaksa dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid Menerusi video berdurasi 1 25 saat yang viral di media sosial memaparkan remaja berkenaan sedang terbaring sam...
The Malays Have To Stop Waiting For The Great White Hope The Great Malay Saviour Imam Mahdi Etc

The Malays Have To Stop Waiting For The Great White Hope The Great Malay Saviour Imam Mahdi Etc

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 315 hits
This is the follow up to the last post the one written by Hussein Hamid To get started here is a 25 minute YouTube video featuring an interview by Melissa Idris and Sharad Kuttan with Prof Emeritus Tan Sri Kamal Hassan the former Rector of ...
Pembunuh Imam Fadi Ditangkap Di Gaza

Pembunuh Imam Fadi Ditangkap Di Gaza

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR Suspek yang membunuh pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute Dr Fadi Mohammad Al Batsh dikatakan berjaya ditahan Perkara itu dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad N
Nadir Dedahkan Pembunuh Imam Fadi

Nadir Dedahkan Pembunuh Imam Fadi

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 170 hits
Nadir dedahkan pembunuh Imam Fadi Lelaki yang didakwa suspek utama kes pembunuhan imam dan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute Dr Fadi Mohammed Al Batsh di Kuala Lumpur pada 2018 merupakan seorang ejen daripada Age...
Saya Mohon Maaf Video Tular Untuk Rekod Masjid Imam

Saya Mohon Maaf Video Tular Untuk Rekod Masjid Imam

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 236 hits
Imam tetap Masjid Al Islahiah Muhd Mohsin Nordin bercakap kepada media mengenai seorang remaja yang tular selepas dijirus air mengikut prosedur mandi jenazah berikutan telah mencuri tabung masjid ketika di Kuang Selangor Foto MOHD ADZLANKUA...
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Lirik Lagu Aku Baik Saja Rossa

Not Giving Extension To Chief Justice Coa President Sets Dangerous Precedent That Threatens Public Trust