Orang Cina Jangan Lupa Kejamnya Chin Peng Pada Mereka




PADA 12 Julai 1973 kira-kira jam 9 malam, enam pengganas komunis telah merempuh masuk ke dalam rumah seorang pegawai polis bernama ASP Chin Chin Kooi di Serdang, Kedah.
Kesemua mereka melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah Chin Kooi hingga menyebabkan beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir – di depan keluarganya sendiri!
Dosa Chin Kooi di mata komunis adalah kerana pegawai polis itu amat aktif menyiasat dan membongkar kegiatan Parti Komunis Malaya (PKM) khususnya dalam ‘Gerakan Sedar’ di negeri itu.
Kegigihan dan kesungguhan Chin Kooi yang berjaya memusnahkan beberapa tempat persembunyian anggota PKM di kawasan Serdang dan Hutan Relau telah menyebabkan kumpulan itu nekad untuk mengakhiri riwayatnya.
Tiga bulan selepas itu, Detektif Sarjan Chong Kek Oh pula ditembak oleh anggota-anggota PKM di Sungai, Siput, Perak. Tahun yang sama juga menyaksikan mereka menembak mati Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon di Kuala Lumpur.
Pada 3 Januari 1974, PKM bertindak membunuh Detektif Konstabel Lee See Kaw di Malim Nawar, Perak diikuti pembunuhan terhadap Detektif Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. Empat hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua mati ditembak di Chemor, Perak.
Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong pula telah dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian tersebut turut meragut nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.
Ini hanyalah secebis kisah bagaimana pegawai dan anggota polis berketurunan Cina yang mati dibunuh oleh PKM, itu belum dicampur daripada pasukan tentera.
Namun kita semalam dikejutkan dengan berita di mana lebih 150 orang yang hampir kesemuanya berketurunan Tionghua, dengan bangganya telah membawa balik abu mayat bekas setiausaha agung PKM, Chin Peng dari Thailand sebelum menaburnya ke laut dan gunung di tanah kelahirannya.
Penyelaras kumpulan berkenaan, Chan Kan Fook berkata, separuh daripada abu Chin Peng ditaburkan di laut berhampiran Lumut, Perak dan sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa.
Bagi memenuhi hasrat terakhir Chin Peng, kumpulan itu membawa abu mayatnya melalui tempat asalnya di Sitiawan dan kubur ibu bapanya di Lumut sebelum menabur abu tersebut di laut dan hutan.
“Biarlah dia kembali ke laut dan gunung di tanah airnya, biarlah dia selamanya dengan kawan-kawannya yang berkorban untuk negara ini,” kata Kan Fook.
Begitu bangga nampaknya Kan Fook bercerita tentang kejayaan ‘mengembalikan’ abu mayat Chin Peng ini.
Namun sedar tak Kan Fook dan rakan-rakannya itu, bangsa merekalah antara yang paling ramai dibunuh oleh PKM waktu pengganas-pengganas itu bermaharajalela!
Kalau dilihat pada sejarah ketika era Perang Dunia Kedua, kebanyakan kaum Cina di Tanah Melayu mendiami pinggir hutan bagi melarikan diri daripada pemerintahan Jepun yang kejam terhadap mereka.
Selepas perang tamat, demografi penduduk ini kekal dan dalam memastikan kelangsungan perjuangan di hutan, PKM tidak teragak-agak menyeksa dan membunuh kaum ini yang enggan membantu atau membekalkan maklumat serta makanan pada mereka.
Tun Tan Cheng Lock sendiri pernah cuba dibunuh dengan dilemparkan bom tangan ketika bermesyuarat di Ipoh, Perak awal 1950-an.
Tindakan ini dilakukan kerana komunis khuatir kejayaan kerjasama Sino-Melayu dalam menuntut kemerdekaan daripada British bakal menenggelamkan perjuangan PKM yang sia-sia.
Justeru, tidak hairanlah keganasan komunis pada darurat pertama (1948-1960) banyak direkodkan di negeri yang mempunyai populasi Cina teramai seperti Perak, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan berbanding di negeri majoriti Melayu seperti Kedah, Melaka, Kelantan dan Terengganu.
Kekejaman tidak berperikemanusiaan PKM terhadap kaum Cina ini direkodkan pasukan keselamatan dan disaksikan pekerja estet. Kaum Cina diseksa akibat enggan bekerjasama malah penyeksaan lebih teruk dibuat kepada mereka yang secara terang-terangan menentang perjuangan PKM seperti guru, profesional dan ahli perniagaan.
Untuk rekod, sepanjang zaman darurat dari 16 Jun 1948 hingga 31 Julai 1960, sejumlah 2,473 orang awam dibunuh oleh komunis dan 1,385 orang dicederakan.
Di pihak pasukan keselamatan pula, sejumlah 1,865 nyawa terkorban dan 2,560 orang dicederakan.
Justeru kita hairan, bagaimana ada orang Cina seperti Kan Fook dan rakan-rakannya boleh bertindak sebegitu ‘mulia’ untuk membawa balik abu lelaki yang pernah mengotorkan tangannya dengan darah orang-orang bangsanya sendiri.
Apapun kita jangan terperangkap dengan permainan sebegini.
Jangan hanya kerana kebiadapan Kan Fook dan rakan-rakannya telah menyebabkan kita sewenang-wenangnya menuduh orang-orang Cina lain juga bersekongkol dengan mereka.
Ini kerana majoriti orang Cina masih menolak fahaman komunis dan kita percaya sentimen itu akan kekal sampai bila-bila.
Cuma kita jangan sama sekali terleka kerana senjata utama komunis ketika ini bukan terletak pada senjata, tetapi pada pemikiran dan dakyah-dakyah yang disampaikan secara ‘halus’ apatah lagi dalam era segalanya di hujung jari ini.
Ingat, dalam usaha untuk mengembangkan pengaruh komunis, memecahbelahkan perpaduan yang kita ada juga merupakan ramuan dan resipi mereka.
Tiada yang lebih menggembirakan PKM selain melihat kita sesama kaum mencurigai antara satu sama lain.
Bagi mereka, matlamat akan menghalalkan segala cara.
Di akhirnya, PKM hanya letak senjata – tetapi tidak pada cita-cita!
MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/27/orang-cina-jangan-lupa-kejamnya-chin-peng-pada-mereka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kumpulan Yang Bawa Masuk Abu Mayat Chin Peng Percaya Ph Takkan Ambil Tindakan Terhadap Mereka

Kumpulan Yang Bawa Masuk Abu Mayat Chin Peng Percaya Ph Takkan Ambil Tindakan Terhadap Mereka

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 618 hits
Penyelaras kumpulan yang membawa pulang abu mayat Chin Peng untuk ditabur di Perak Chai Kan Fook 81 berkata sebaik saja abu mayat itu tiba di Ipoh mereka telah menganjurkan majlis peringatan yang dihadiri lebih 150 orang Katanya abu mayat i...
Jangan Besarkan Isu Abu Chin Peng Presiden Patriot

Jangan Besarkan Isu Abu Chin Peng Presiden Patriot

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 398 hits
Seorang brigadier jeneral bersara yng memulakan kerjaya tenteranya menentang pemberontakan komunis pada tahun 1970 an berkata orang ramai harus berhenti membesarkan isu insiden abu ayat bekas pemimpin komunis Chin Peng dibawa masuk ke Malay...
Saya Tak Boleh Lupa Kejadian Chin Peng Bunuh 40 Orang Asli

Saya Tak Boleh Lupa Kejadian Chin Peng Bunuh 40 Orang Asli

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 323 hits
Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Noor rasa sebak mengenangkan penyeksaan yang dialami ...
K Jaan Tak Pernah Benar Abu Chin Peng Dibawa Pulang Muhyiddin

K Jaan Tak Pernah Benar Abu Chin Peng Dibawa Pulang Muhyiddin

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 350 hits
Kerajaan tidak pernah membenarkan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin Beliau berkata berdasarkan panduan membawa balik dan keluar abu mayat ahl...
Kronologi Misteri Abu Mayat Chin Peng

Kronologi Misteri Abu Mayat Chin Peng

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 764 hits
sebuah portal berita melaporkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dibawa pulang ke negara ini dua bulan lalu dan ditabur ke laut serta di kawasan banjaran Titiwangsa Tindakan itu mengundang kecaman pelbagai pihak termasu...
Pas Tuduh Ph Bawa Balik Abu Chin Peng

Pas Tuduh Ph Bawa Balik Abu Chin Peng

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 434 hits
Tuan Ibrahim ni kalau Jahil takpe Tapi Jangan jadi Jahat dari UMNO nak kait dengan agenda Komunis dalam isu Abu Chin peng Nak main isu Chin Peng pun Tengok kiri kanan yang sokong Abu mayat Chin peng dibawa balik ni rakan taawwun depa jugak ...
Chin Peng Abu Sebesar Zarah Pun Tidak Dibenarkan Masuk

Chin Peng Abu Sebesar Zarah Pun Tidak Dibenarkan Masuk

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 575 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Veteran ATM menangis bila tahu mayat pengkhianat pulang ke MalaysiaBANGI Jangan permainkan perjuangan veteran Angkatan Tentera Malaysia yang sanggup berkorban nyawa ketika tempoh darurat demi mengekalkan keamanan dan...
Isu Chin Peng Natijah Memilih Kerajaan Yang Buta Pekak Bisu

Isu Chin Peng Natijah Memilih Kerajaan Yang Buta Pekak Bisu

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 473 hits
Mohon Perdana Menteri bubar Parlimen dengan kadar segeraBANGI Pengguna media sosial boleh dikatakan sebagai berang selepas mengetahui abu mendiang bekas pemimpin kanan Parti Komunis Malaya Chin Peng telah dibawa pulang ke Perak pada bulan S...
Siapa Luluskan Abu Chin Peng Dibawa Pulang

Siapa Luluskan Abu Chin Peng Dibawa Pulang

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 411 hits
Najib Razak KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan siapakah individu dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke negara ini Bekas perdana menteri itu bertanya kenapa kerajaan PH terdesak sa...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat