Ada Ura Ura Caj 20 Sen Akan Dikenakan




Perubahan trend pembelian pengguna merancakkan segmen pembelian dalam talian platform e-dagang.
Ada ura-ura caj 20 sen akan dikenakan bagi setiap pembelian di bawah RM1,000 serta tambahan 20 sen bagi gandaan RM1,000 berikutnya.
Bagaimanapun, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menjelaskan, belum ada sebarang perbincangan untuk mengenakan caj 20 sen bagi pembelian dalam talian platform e-dagang.
Bagaimana jika caj berkenaan dilaksanakan?
Ikuti wawancara Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) MOHD AZRUL MOHD NOR bersama wartawan NOR 'ASYIKIN MAT HAYIN bagi mengupas isu ini.
Caj 20 sen bagi setiap pembelian dalam talian platform e-dagang RM1,000 ke bawah. Setuju atau sebaliknya jika dilaksanakan pada masa depan dan kewajarannya?
Caj tentunya akan memberi sedikit bebanan kepada pembeli jika ia dilaksanakan.
Sebaliknya, jika dilihat daripada aspek ekonomi, ia
boleh membantu meningkatkan kecairan dalam pasaran kewangan domestik antara peniaga dengan pengguna,
bank dan kerajaan.
Saya berpendapat jika dilaksanakan, caj 20 sen adalah berpatutan lebih-lebih lagi untuk memulihkan ekonomi negara yang terjejas akibat Covid-19.
Pertama, kewajaran ini (caj 20 sen) disokong dengan faktor ekonomi.
Kedua, penilaian untuk jangka masa tertentu sekiranya caj 20 sen ini dikuatkuasakan.
Ketiga, mendapatkan maklum balas daripada pengguna mengenai kewajaran pelaksanaannya (caj 20 sen) dan adakah ia membebankan atau sebaliknya.
Secara umumnya, PUIM bersetuju dengan cadangan ini jika ia dilaksanakan atas faktor ekonomi semasa negara, tetapi pada masa sama, prihatin dengan kesan yang bakal ditanggung pengguna.
Kesan itu akan lebih dirasai jika pengguna membeli banyak barangan dalam talian.
Apabila dikenakan caj, walaupun 20 sen, pasti penjual dan pengguna mahukan perlindungan daripada pihak berkuasa berkaitan atas setiap transaksi penjualan/ pembelian?
Jika ada perlindungan dan keselamatan, pastinya kerajaan akan menambah nilai perkhidmatan ini, membabitkan agensi kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) atau agensi berkaitan.
Secara tidak langsung, ia akan memberikan implikasi positif kepada pengguna.
Antaranya menambah keyakinan pengguna untuk terus membeli di platform atas talian ini.
Ia juga umpama jaminan insurans kepada pengguna yang membeli barangan dan pengguna lain.
Malah, ia mewujudkan situasi menang-menang di antara pengguna dengan kerajaan.
Caj 20 sen mungkin jumlah yang kecil untuk satu transaksi namun sebaliknya jika jumlah pembelian bernilai tinggi. Siapa yang perlu tanggung kos ini, penjual atau pembeli?
Caj 20 sen ini seperti bayaran untuk pengiklanan di media sosial dan secara tidak langsung (caj 20 sen) ditanggung oleh pengguna.
Peniaga dan pengguna perlu memahami konsep ini.
Peniaga berkemungkinan mengurangkan kadar caj itu, tetapi pada pada masa yang sama memberikan nilai tambah terhadap perkhidmatan dan jualan.
Jika caj ini dikenakan kepada penjual, mereka (penjual) mengenakan semula caj itu kepada pengguna.
Ramai peniaga dalam talian tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Jika syor caj 20 sen ini diwartakan, mereka juga perlu mendaftarkan perniagaan dengan SSM. Mengapa enggan mendaftar?
Punca utama peniaga enggan mendaftarkan perniagaan dalam talian kerana tiada kesedaran mengenai kepentingan itu (mendaftar).
Kedua, peniaga bimbang sekiranya pendaftaran itu akan menyebabkan mereka tidak dapat menerima pakej rangsangan ekonomi atau bantuan daripada kerajaan.
Ketiga, kemungkinan mereka dikenakan cukai berkaitan yang tidak setimpal dengan perniagaan atas talian yang dijalankannya.
Secara positifnya, jika membuat pendaftaran sudah tentunya menjadikan perniagaan mereka lebih teratur dan rancak.
Penipuan pembelian dalam talian juga menunjukkan peningkatan seiring dengan penjualan produk. Bagaimana tuan melihat perkara ini kerana ia merugikan pembeli?
Memang berlaku penipuan pembelian dalam talian dan ramai yang menjadi mangsanya.
Mekanisme dagangan secara dalam talian mempunyai pelbagai platform.
Antara platform dalam talian popular di negara ini ialah Lazada dan Shopee. Malah, ada juga peniaga menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram dan blog.
Pembeli yang memilih platform Lazada dan Shopee dapat mengurangkan risiko mereka menjadi mangsa penipuan.
Ini kerana platform terbabit (Lazada dan Shopee), ada jawatankuasa tindakan berfungsi untuk menjaga kualiti barangan, masalah bayaran balik, kesilapan dan sebagainya.
Pada pendapat saya, pengguna perlu bijak memilih platform dalam talian yang mahu digunakan untuk pembelian barangan.
Tetapi membeli barangan menggunakan platform tidak popular di media sosial sebenarnya mendedahkan diri mereka kepada risiko penipuan.
Seterusnya memastikan bank untuk pembayaran adalah sama seperti digunakan oleh syarikat terbabit. Ini satu kaedah untuk mengelakkan penipuan.
Satu lagi ialah membaca ulasan pelanggan lain di media sosial yang terlebih dahulu berurus niaga dengan syarikat ini.
Adakah caj 20 sen ini akan menjauhkan pembeli daripada berurus niaga secara dalam talian atau peniaga menjadi tamak dan menaikkan harga?
Caj 20 sen ini tidak akan menjauhkan pembeli daripada aktiviti berurus niaga dalam talian.
Kesan Covid-19 ini, mengubah trend pembelian pengguna yang mana orang ramai beralih kepada pembelian dalam talian.
Ditambah pula, keupayaan jalur lebar di negara ini menggalakkan orang ramai berbelanja secara dalam talian dan perniagaan itu juga semakin berkembang.
Penjual menjadi tamak juga kemungkinan boleh berlaku. Saya berpendapat, pelbagai platform dagangan secara dalam talian membolehkan pengguna membuat pilihan terbaik sebelum membuat pembelian.
Adakah kajian tertentu perlu dilakukan sebelum pelaksanaan caj 20 sen?
Kerajaan perlu mewujudkan jawatankuasa untuk membuat kajian implikasi pelaksanaan cadangan seperti ini.
Ini bagi menilai kemungkinan kesan buruk yang akan timbul sama ada kepada pengguna atau penjual.
Pelaksanaan caj 20 sen adalah salah satu cara kerajaan memperoleh pendapatan bagi menjalankan pelbagai pembangunan.
Oleh itu perlu ada situasi menang-menang di antara pengguna dan penjual.

#Sumber :  HMetro   
  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/ada-ura-ura-caj-20-sen-akan-dikenakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembelian Dalam Talian Mungkin Akan Dikenakan Caj Perkhidmatan 20 Sen

Pembelian Dalam Talian Mungkin Akan Dikenakan Caj Perkhidmatan 20 Sen

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 354 hits
Ini mungkin berita buruk bagi korang yang suka shopping secara online kerana baru baru ini kerajaan bercadang ingin mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 20 sen bagi pembelian di bawah RM1 000 tau Manakala lebih dari RM1 000 pula akan dikena...
Kerajaan Cadang Kenakan Caj Servis 20 Sen Untuk Pembelian Online Rm1 000

Kerajaan Cadang Kenakan Caj Servis 20 Sen Untuk Pembelian Online Rm1 000

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 391 hits
Kerajaan bercadang mengenakan caj perkhidmatan 20 sen untuk pembelian di bawah RM1 000 melalui platform online Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata langkah itu dapat menambah kewangan atau m...
Makan Satay Utara Harga 60 Sen Dan Nasi Ayam Tersedap Utara

Makan Satay Utara Harga 60 Sen Dan Nasi Ayam Tersedap Utara

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 343 hits
Assalammualaikum Dunia Hello September Sebelum cikbunga hilang ingatan pasai travel utara kan meh cikbunga sambung citer Gambau ulang tayang On the way balik hotel cikbunga nampak ada pakcik tengah bakau satay Singgah dan tengok hehehe 60 s...
Petrol Drops 1 Sen Diesel Unchanged

Petrol Drops 1 Sen Diesel Unchanged

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 256 hits
PETALING JAYA Petrol prices will see a slight drop across the board the finance ministry announced today The prices for RON97 and RON95 will go down by one sen per litre and will retail at RM2 01 and RM1 71 respectively The price of diesel ...
Ron95 Ron97 Naik 1 Sen Diesel Turun 2 Sen

Ron95 Ron97 Naik 1 Sen Diesel Turun 2 Sen

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing masing naik satu sen manakala diesel turun dua sen bagi tempoh 29 Ogos hingga 4 September ini Menurut kenyataan Kementerian Kewangan berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk ...
Petrol Ron95 Dan Ron97 Turun Satu Sen Diesel Tidak Berubah

Petrol Ron95 Dan Ron97 Turun Satu Sen Diesel Tidak Berubah

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 355 hits
KUALA LUMPUR 4 SEPT Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing masing turun satu sen manakala diesel tidak berubah bagi tempoh 5 hingga 11 September Menurut kenyataan Kementerian Kewangan berdasarkan kepada harga mingguan runcit bagi produk...
Pencemaran Sungai Agong Mahu Hukuman Lebih Berat Dikenakan

Pencemaran Sungai Agong Mahu Hukuman Lebih Berat Dikenakan

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 268 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menyifatkan pencemaran Sungai Gong hingga menyebabkan kira kira lima juta...
Berkempen Utk Pejuang Di Prk Slim Osman Bakal Dikenakan Tindakan

Berkempen Utk Pejuang Di Prk Slim Osman Bakal Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 278 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Pulai akan merujuk Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas Datuk Osman Sapian yang dipercayai berkempen untuk calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim kepada Lembaga Disiplin parti Ket...
Wanita Pulau Pinang Dikenakan Denda Rm30k Kerana Menganiaya Anjing Peliharaan

Wanita Pulau Pinang Dikenakan Denda Rm30k Kerana Menganiaya Anjing Peliharaan

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 318 hits
Ujian makmal mendapati kedua dua anjing telah dianiaya tanpa diberi makanan dan penjagaan yang betul mengakibatkan kedua duanya mengalami kesakitan dan penderitaan yang tidak perlu NSTP DANIAL SAADGEORGE TOWN Seorang kerani pentadbiran dide...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara