Ada Udang Di Sebalik Batu Di Dalam Rancangan Trump Untuk Gaza
![](https://i0.wp.com/blogger.googleusercontent.com./img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiH9P6N_jNVf39EtLyV-X7U-z2s71ukWotmsypQHCKW6iOYN50lou2qrQnAyTPpTIvi8MIUIVzRvMEeXbfpGUYdeCeUC9rbGVOepgSHbpcB5QWjkqO_mOEy-VrqrnDMYPRbZrGpc24P68-T48ufC_cLBh2YITNJ4xmSU-mALLr0PDThKZg6I7wZ0XnuWn0/w400-h224/mbs-trump-netanyahu.jpg)
K PRAGALATHFebruary 6, 2025Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ingin menukarkan Semenanjung Gaza kepada sebuah Riveria Timur dengan pengusiran paksa rakyat Palestin. Itu yang kita ketahui hari ini.
Kebanyakan negara termasuk Malaysia telah pun menyatakan pendirian menentang rancangan Trump kerana ia bertentangan dengan hak asasi manusia, konvensyen dan perjanjian yang telah pun dimeterai.
Mengapa Trump membuat pengumuman sebegitu? Ada udang di sebalik batu kerana semua tindakan atau pengumuman yang dibuat berdasarkan kepentingan negara dan rantau.
Percaturan politik antarabangsa bukanlah semudah itu untuk dihadam oleh masyarakat kebanyakan.
Semasa Trump menjadi presiden Amerika dalam penggal pertama, sebelum ditewaskan oleh Biden, beliau pernah menawarkan rancangan perdamaian yang memihak kepada Israel pada tahun 2020.
Pada ketika itu Trump menawarkan kawasan Tebing Barat yang lebih besar kepada Israel berbanding Palestin.
Tahun 2020 juga penting di dalam konteks pentadbiran Trump dan usaha perdamaian di Timur Tengah.
Pentadbiran Trump telah mengetengahkan Abraham Accords yang membawa kepada normalisasi hubungan Israel dengan Morocco, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Rancangan untuk mengambil alih kawasan Tebing Barat ketika tidak menjadi kenyataan kerana UAE telah bersetuju untuk mengiktiraf Israel.
Itu kisah 2020.
Usaha normalisasi yang dimulakan oleh Trump telah diteruskan dibawah pentadbiran Biden dalam tahun 2023.
Sasaran pada ketika itu ialah Arab Saudi.
Walau bagaimanapun serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023 bagaimanapun menghentikan usaha diplomasi di antara Tel Aviv dan Riyadh.
Jangan kita lupa persengketaan di antara Riyadh dan Tehran.
Trump sekarang berhasrat menghidupkan semula Abraham Accords dengan penyertaan Arab Saudi yang telah terhenti.
Dalam konteks ini, satu-satunya negara yang boleh menghentikan rancangan Trump ialah Arab Saudi.
Arab Saudi boleh menandatangani Abraham Accords agar Trump tidak melaksanakan rancangannya itu.
Arab Saudi boleh menolak perjanjian tersebut berdasarkan jumlah korban dalam perang yang telah berlangsung selama lebih daripada setahun.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/02/ada-udang-di-sebalik-batu-di-dalam.html