Ada Tak Orang Yang Akan Menangis Jika Anda Mati Sekarang




Saya ada terbaca tajuk satu buku yang lebih kurang begini pertanyaannya .. 

Siapa yang akan menangis jika anda mati?
Sejak itu, soalan itu selalu sangat melintas dalam benak fikiran.
Tajuk buku tu, dalam bahasa inggerisnya, ‘Who will cry when you die’. Saya hanya baca tajuk saja tapi masih tak beli sampai sekarang. Ia ditulis oleh Robin Sharma.
Kalau anda pernah baca buku terkenalnya bertajuk The Monk Who Sold His Ferrari, tentu boleh dapat gambaran bentuk tulisan dan penceritaan buku yang ini juga.
Sebab itu saya tak tergerak nak beli. 
Dia banyak tumpu bab spiritual. Mengajak pembaca perlahankan sebentar gerak langkah kehidupan untuk sentiasa bermuhasabah terhadap segala pengalaman yang dah dilalui.
Walaupun tak beli, tajuk power itu berjaya melekat masuk ke dalam benak otak kepala saya ini sampai ke hari ini, walaupun dah lebih 10 tahun terbaca tajuk buku itu di MPH Subang Jaya dulu.
Bila lihat kes covid-19 yang macam tak berkesudahan, kena redah keluar buat kerja juga untuk pastikan meja kat rumah boleh ada hidangan makanan untuk anak isteri, soalan 'siapa akan menangis jika saya mati sekarang' sering singgah masuk dalam fikiran.
Siapa mati yang buat saya menangisAda satu perkara pelik yang saya rasa malu nak kongsikan. Sebenarnya baru saya perasan bahawa selama ini saya belum pernah sekalipun menangis sebab orang mati.
Ramai yang saya kenal dah mati termasuklah saudara mara dan kawan. Tapi tiada seorang pun yang membuatkan saya menangis lagi.
Termasuklah ayah saya yang meninggal dunia pada tahun 1982. Saya masih bersekolah ketika itu.
Dia meninggal di atas rumah setelah beberapa hari dibawa balik dari hospital sebab dah tak boleh nak buat apa-apa lagi. Masa bawa balik dia dah tak sedarkan diri.
Berita itu saya terima dan reda. 
Tak menangis lansung.
Tapi suasana kesedihan tetap terasa. Saya lebih banyak memerhatikan kesedihan semua orang. Paling ketara adalah ibu saya. Tapi saya sendiri tetap tak menangis juga.
Selepas dah lama dia pergi, bulan demi bulan, ketika saya berseorangan terutamanya di bawah rumah atau di atas tangga. Imbauan kenangan bersama ayah akan datang.
Imbauan itu akan membuatkan air mata meleleh bila saya sedar tiada lagi peluang kedua untuk saya lalui atau bina apa-apa kenangan baru bersama dia lagi. 
Ketika seorang diri itu, dah lama selepas mati baru nak menangis.
Boleh dikira setakat ini, satu-satunya orang yang membuatkan saya menangis bila dia mati adalah ayah saya.
Dan yang membuatkan air mata bergenang dan jatuh menitis adalah semua kenangan bersama dengannya.
Walaupun kekerapan bersama ayah boleh kira jari, yang sedikit itu tetap memberikan kesan apabila ianya kenangan yang manis.
Saya rumuskan, siapa saja yang pernah bersama saya, membina kenangan manis, membina kasih sayang tanpa mengharap apa-apa balasan, akan membuatkan saya menangis seandainya dia pergi meninggalkan saya.
Boleh teka siapa yang paling banyak dan paling lama bersama saya dan masih ada lagi sekarang.
Tak lain tak bukan ibu saya.
Terlalu banyak kenangan dengan dia. Sampai sekarang saya tak pernah lepas luangkan masa untuk bersama dengannya secara berkala. Tinggalkan kerja dan lari untuk bersamanya 2 atau 3 hari jauh di Langkawi sana.
Covid-19 ni memang kacau daun menghalang rutin tersebut dari berlaku seperti biasa. Moga segalanya akan pulih balik dan dapatlah saya bertemu dengannya secara berkala seperti biasa semula.
Selain dari ibu, seorang lagi insan yang bakal membuatkan saya menangis tanpanya sudah tentu isteri saya.
Kemudian semua anak-anak yang saya ada. Entah siapa terlebih dahulu yang akan menangis, Tuhan saja yang tahu.
Bina hubungan berikan kasih sayangDalam banyak kajian yang dibuat, perasaan paling gembira dan kekal lama rasa gembira tersebut, akan berlaku apabila anda berusaha memberi kebaikan kepada orang lain.
Tak kisah beri hadiah, tolong, dan sebagainya.
Pemberian yang tulus ikhlas tanpa harapkan apa-apa balasan adalah bukti sayang anda kepada orang tersebut.
Makin memberi, makin rapatlah perhubungan anda, makin bahagia terasa di dada.
Yang tak bestnya adalah, perhubungan dan kebaikan yang dicurahkan itu membuatkan kesedihan yang kuat apabila berlaku perpisahan disebabkan kematian. 
Makin kuat saling bertukar balas kebaikan antara dua insan, makin besarlah kesedihan akan berlaku.
Tanpa ada hubungan, hidup jadi tidak bermakna. Bila banyakkan hubungan, perpisahan pula terpaksa dilalui penuh dengan kesedihan.
Walaupun tahu bakal hadapi semua kesedihan itu, adalah lebih berbaloi membina hubungan. 
Berbakti dan curahkan kasih sayang kepada insan lain. 
Daripada hidup berjiwa keras dan fikirkan diri sendiri saja.
Mungkin betul juga macam apa yang ayah Robin Sharma kata padanya dalam buku yang saya sebutkan kat atas tadi, yang saya sempat baca sikit ..
Ketika dilahirkan, anda menangis seorang diri dan semua orang gembira. Biarlah ketika anda pergi nanti, semua orang menangis dan anda pula gembira .. 
Semoga semua usaha kita berbuat baik semasa hidup ini, dapat berikan kesan di dalam hati dan mampu membina kenangan yang kuat kepada seramai mungkin orang disekeliling kita.
Jika ada orang menangis jika anda mati sekarang, itu tandanya hidup anda adalah berbaloi selama ini.
Dan jika rasa, tak akan ada sesiapa yang menangis jika anda mati sekarang, masih sempat untuk buat sesuatu sementara nafas masih ada. 
Jangan stress dalam hidup dan lemparkan kepada keluarga sendiri. Jalin hubungan dan rapatkan ikatan. Itu perkara positif yang perlu direbut terutamanya dalam suasana wabak sekarang ini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/01/ada-tak-orang-yang-akan-menangis-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Ditanya Sekarang Adakah Azam Baki Masih Mengatakan Akaunnya Diguna Adiknya

Kalau Ditanya Sekarang Adakah Azam Baki Masih Mengatakan Akaunnya Diguna Adiknya

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 170 hits
Sebagaimana kita semua sedia maklum dalam pengakuan awalnya berhubung kontroversi pemilikan berjuta saham yang dikaitkan dengannya Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dengan tegas menolak saham saham itu merupakan miliknya Sebaliknya kata beli...
Apakah Politik Dan Sikap Kerajaan Sekarang Lebih Wibawa Dan Bermoral

Apakah Politik Dan Sikap Kerajaan Sekarang Lebih Wibawa Dan Bermoral

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 221 hits
Satu contoh kes Azam Baki Setakat mana PM kerajaan Parlimen tangani isu tersebut Apakah Azam ada berlori rahsia hingga ia begitu kebal dan tidak boleh disentuh Apakah rahsia ITU pula berbentuk skandal yang sekali lagi memalukan NEGARA dan a...
Cawangan Ke 500 Guardian Di Aplikasi Telefon Pintar Jom Muat Turun Aplikasi Guardian Sekarang

Cawangan Ke 500 Guardian Di Aplikasi Telefon Pintar Jom Muat Turun Aplikasi Guardian Sekarang

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 343 hits
CAWANGAN KE 500 GUARDIAN DI APLIKASI TELEFON PINTAR JOM MUAT TURUN APLIKASI GUARDIAN SEKARANG Assalammualaikum semua Baru baru ini telah berlangsung pelancaran cawangan ke 500 kedai Guardian Menariknya kedai ini di dalam bentuk aplikasi yan...
Apakah Ini Gambaran Kehidupan Kita Sekarang Penuh Tekanan Dan Kecelaruan Mari Muhasabah

Apakah Ini Gambaran Kehidupan Kita Sekarang Penuh Tekanan Dan Kecelaruan Mari Muhasabah

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 227 hits
Melalui gambar gambar ini artis Mesir Muna Abdurrahman memutuskan untuk menggambarkan kebenaran sedih dan keras dalam kehidupan seharian kita Kita hidup dalam dunia yang maju bahawa prangkaian Google menjawab kami ke mana hendak pergi dan m...
Mengapa Baru Sekarang Jadi Isu

Mengapa Baru Sekarang Jadi Isu

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 196 hits
Oleh AQILAH MIOR KAMARULBAID AZAM BAKISAUDARA PENGARANG PADA 2015 Tan Sri Azam Baki memaklumkan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ketika itu Datuk Seri Mohamad Shukri Abdull mengenai urusan pembelian saham oleh...
Gadis Serik Amal Diet Air Mineral Selepas Takut Tengok Kesannya Sekarang Pagi Pagi Dah Makan Nasi Lemak

Gadis Serik Amal Diet Air Mineral Selepas Takut Tengok Kesannya Sekarang Pagi Pagi Dah Makan Nasi Lemak

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 313 hits
SETIAP wanita pasti mahu memiliki tubvh yang ramping dan menawan Pelbagai kaedah tip atau diet yang diamalkan demi menurunkan berat badan Namun ada yang tersalah percaturan dalam merealisasikan impian tersebut sehingga boleh memudaratkan ke...
Kerajaan Gagal Vaganza Pru15 Nak Jalankan Sekarang Selfish

Kerajaan Gagal Vaganza Pru15 Nak Jalankan Sekarang Selfish

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 174 hits
Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Pengarah Komunikasi KEADILAN YB Fahmi Fadzil mengulas kenapa kerajaan sekarang diberi nama jolokan KERAJAAN GAGAL VAGANZA Beliau juga menyentuh terdapat beberapa pihak yang mahukan PRU15 diadakan sekarang
Dulu Pegang Mikrofon Sekarang Pegang Sepana

Dulu Pegang Mikrofon Sekarang Pegang Sepana

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 243 hits
Oleh AMRAN MULUP AIDA Hajat di hadapan bengkel membaiki kereta dan motosikal miliknya di Taman Kota Laksamana Melaka UTUSAN AMRAN MULUP MELAKA Berbekalkan prinsip di mana ada kemahuan di situ ada jalan Kata kata itu menjadi pegangan bekas f...
Bintang Tiktok Terkenal Ditemui Mati Kongsi Video Terakhir Ketika Sedang Memasak

Bintang Tiktok Terkenal Ditemui Mati Kongsi Video Terakhir Ketika Sedang Memasak

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 355 hits
Bintang Tiktok terkenal berusia 36 tahun ditemui mati secara mengejut beberapa jam selepas mangsa berkongsi beberapa video di laman sosial berkenaan menunjukkan dia sedang memasak makan malam dan beberapa kucing miliknya Memetik laporan Dai...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean