Mengapa Baru Sekarang Jadi Isu


Oleh AQILAH MIOR KAMARULBAID AZAM BAKISAUDARA PENGARANG,
PADA 2015, Tan Sri Azam Baki memaklumkan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika itu, Datuk Seri Mohamad Shukri Abdull mengenai urusan pembelian saham olehnya bagi pihak adiknya, Nasir Baki yang selepas tujuh tahun tiba-tiba pula dijadikan isu, hari ini.
Malah, Azam telah bersifat jujur dengan berani berkongsi dan mendedahkan kepada pihak awam bahawa segala urusan jual beli dan transaksi saham beliau dengan adiknya tidak melanggar mana-mana peraturan.
Perkara itu tidak menyalahi etika penjawat awam seperti dalam pekeliling. Apatah lagi terdapat bukti cek wang tersebut daripada adiknya sendiri.
Pembelian saham oleh Azam bagi pihak adiknya bermula Januari hingga Mei 2015 sebanyak 2.9 juta unit saham KBES Berhad (kini Gets Global Berhad) dengan nilai RM1.12 juta. Pembelian ini pun dibuat secara berperingkat sebanyak empat kali, bukanlah secara lump sum (sekali gus).
Bagi setiap transaksi pembelian itu, ada bukti pembayaran. Tiada helah mahupun penyelewengan.
Bukanlah menjadi satu kesalahan untuk mana-mana penjawat awam membeli saham. Boleh berbuat demikian selagi ia tidak melebihi lima peratus daripada modal berbayar syarikat. Dalam konteks ini, ketika pembelian, modal berbayar syarikat KBES adalah sekitar RM100 juta. Jumlah yang dibeli oleh beliau tidak pun melebihi kadar lima peratus yang ditetapkan. Tiada kesalahan dilakukan Azam dalam perkara ini.
Kemudian atas permintaan Nasir, Azam memindahkan sahamnya sebanyak 1.9 juta unit pada nilai RM657,000 kepada adiknya itu. Transaksi ini menyebabkan Nasir mengalami kerugian sebanyak RM69,000.
Antara Julai dan September 2015, Azam membeli warrant (bukan saham) iaitu Excel Force MSC Berhad sebanyak 2.156 juta unit bernilai RM657,000. Pembelian ini tidak mencurigakan sebab beliau hanya menggunakan hasil duit jualan sahamnya.
Ads by KioskedJual beli saham ini sememangnya terdedah kepada turun naik nilai. Baki saham beliau dalam KBES sebanyak 1,029,500 unit pada kadar 38 sen seunit, hanya sekitar RM391,210. Sementara unit saham dalam Excel Force MSC sebanyak 2,156,000 pada kadar 30 sen seunit sekitar RM646,800 menjadikan jumlah yang dimiliki adalah RM1.038 juta.
Bagaimanapun, pada 29 April 2016, Azam memindahkan kesemua pemilikan saham KBES sebanyak 1.029 juta unit dan 2.0 juta unit saham dalam Excel Force MSC kepada adiknya. Pindah milik ini juga bukanlah sesuatu perkara yang mencurigakan. Ini dilakukan setelah mendapat kebenaran dan Letter of Authorization.
Melalui pindah milik tersebut, secara atas dokumennya, Azam sudah tidak lagi memiliki apa-apa unit saham, bahkan beliau mengalami kerugian pula sehingga mencecah RM62,000 daripada harga asal pembeliannya pada 2015.
Pemulangan saham kepada adiknya diselesaikan pada 2016 tetapi yang menghairankan, mengapakah isu ini timbul pada 2022?
Segala spekulasi yang mengatakan Azam mendapat keuntungan sehingga RM5 juta adalah berbentuk tohmahan dan fitnah jahat. Ini merupakan salah tafsir para netizen antara harga saham dan nilai seunit saham.
Malah, Azam sendiri menyerahkan dirinya kepada jawatankuasa-jawatankuasa SPRM untuk menyiasat dan percaya kebenaran akan diketahui semua orang suatu hari nanti. Sekiranya kes itu dirujuk, beliau juga bersedia menyerahkan kepada budi bicara Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) kerana tiada sebarang fakta disembunyikannya.
Beliau juga yakin tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah atau salah guna kuasa seperti yang didakwa pihak tertentu.
(*) PEMERHATI, Putrajaya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/mengapa-baru-sekarang-jadi-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpm Bertindak Pantas Siasat Isu Rmt

Kpm Bertindak Pantas Siasat Isu Rmt

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 124 hits
Hantaran mengenai makanan RMT yang tular di media sosial SEMALAM tular sekeping gambar menunjukkan bungkusan nasi putih dan hanya kuah yang didakwa sebagai makanan untuk murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan di sekolah Individu yang ber...
Isu Guna Barang Berjenama Palsu Point Of Omniscient Interference Sunting Rakaman Freezia

Isu Guna Barang Berjenama Palsu Point Of Omniscient Interference Sunting Rakaman Freezia

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 133 hits
Umum mengetahui bahawa Freezia dilanda kontroversi besar baru baru ini di mana dia mengakui memakai pelbagai barangan berjenama palsu namun mendakwa seperti ia adalah barangan tulen ARTIKEL BERKAITAN Meskipun sudah memohon maaf namun semaki...
Sidang Khas Parlimen Hanya Berkaitan Banjir Tidak Bahas Isu Azam Baki Speaker

Sidang Khas Parlimen Hanya Berkaitan Banjir Tidak Bahas Isu Azam Baki Speaker

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 141 hits
Tidak dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat KUALA LUMPUR Persidangan Khas Dewan Rakyat hari ini tidak membahaskan usul berkaitan pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki berik...
Isu Azam Baki Ph Nak Buat Demo Isu Zeti Ph Buat Dunno

Isu Azam Baki Ph Nak Buat Demo Isu Zeti Ph Buat Dunno

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 184 hits
Oleh Sirajuddin Ahmad Pakatan Harapan memang pakar dalam mencipta fake isu Selain pakar dalam mencipta fake issue PH juga pakar dalam mencipta fake news Paling terkenal dari PH ada lah Fake manifesto Manispesto tipu kerajaan PH yang di pimp...
Dia Takkan Buat Lagi Jamie Umum Jae Telah Mohon Maaf Secara Peribadi Dek Isu Sebelum Ini

Dia Takkan Buat Lagi Jamie Umum Jae Telah Mohon Maaf Secara Peribadi Dek Isu Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 142 hits
Dua minggu lepas Jae bekas ahli DAY6 telah dikritik oleh orang ramai dek gelaran tidak baik yang diberikannya pada Jamie ARTIKEL BERKAITAN Jamie atau nama sebenar Park Ji min juga merupakan sahabat buat Jae telah meluahkan rasa kesal atas g...
Penyokong Kerajaan Alih Isu Dr Maszlee Untuk Alih Isu Sebenar Perihal Banjir Balak Bentong

Penyokong Kerajaan Alih Isu Dr Maszlee Untuk Alih Isu Sebenar Perihal Banjir Balak Bentong

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 191 hits
BENTONG Agak menghairankan bila mana pemimpin portal dan cybertrooper kerajaan negeri lebih bernafsu untuk memainkan isu kenyataan Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik daripada isu sebenar perihal banjir balak di Bentong Mentakab ...
Isu Pekerja Asing Tiada Lagi Kuota Khas Benarkan Kemasukan Pekerja Asing

Isu Pekerja Asing Tiada Lagi Kuota Khas Benarkan Kemasukan Pekerja Asing

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 183 hits
Tiada lagi kuota kelulusan khas di peringkat menteri sebagai kebenaran kepada pihak pihak tertentu untuk memonopoli kemasukan pekerja asing ke negara ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin sebaliknya berkata majikan mesti menda...
Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Rumah Terbuka

Jangan Kahwin Pada Usia Terlalu Muda

Akhyar Cedera Dipukul Dompet Telefon Bimbit Disamun

Drama My Stolen First Kiss

Emy Yusuf Feat Driant Kenyang Beraya Chord

Dani Kurama Sumpah Kali Ini Chord