Ada Tak Kerja Part Time Dari Rumah Lipat Risalah Atau Kotak


Tahun 2020 ni saya ingatkan dah tak ada orang yang berminat nak buat kerja-kerja lipat risalah, masuk dalam sampul lepas tu pos dan juga kerja lipat kotak dari rumah.
 
Tapi saya silap, sebenarnya masih ada. Malahan ada individu yang sengaja mencari masalah, dengan sengaja cuba mencari peluang kerja kosong melipat risalah.
 
Tak percaya? Ini ada pembaca blog saya yang bertanya tentang kerja lipat kotak atau lipat risalah pada saya.

 
Cuba-cubalah cari maklumat yang banyak tersedia di Google. Baca dulu pengalaman-pengalaman individu sebelum ini yang pernah terjebak dalam kerja-kerja lipat risalah sebelum ini.
 
Ada banyak iklan kerja lipat risalah diiklankan diinternet. Tapi persoalannya berapa banyak iklan-iklan ini yang kita boleh percaya? Kalau baca pengalaman peserta terdahulu, kebanyakkannya kata benda ni scam.

Kebanyakkannya scam walaupun bukan semua.. Satu hari anda terlihat iklan melipat risalah kemudian masukkan dalam sampul surat sebelum diposkan kepada penerima.
 
Anda tertarik dengan iklan tersebut. Maklumlah, kerjanya sangat senang. Hanya perlu melipat risalah, kemudian pos. Apa yang susahnya kerja macam ni?
 
Untuk menampakkan iklan kerja ini menarik, anda ditawarkan pendapatan sehingga RM1,300 – RM1,800 setiap bulan.

 
Wow.
 
Cuma perlu lipat risalah. Masuk dalam sampul kemudian pos. Dengan buat kerja senang macam ni, setiap bulan boleh dapat income sehingga RM1,800 pula! Sikit lagi boleh dapat RM2,000 hanya dengan buat kerja mudah.
 
Bagi orang yang berfikir, dekat sini sepatutnya sudah nampak ada benda yang tak kena. Tak kan senang sangat nak buat duit. Kalau betul benda ni terlalu mudah seperti yang diiklankan, kenapa sebelum ini kita tak pernah dengar ada orang lain yang buat kerja ni full time.
 
Kenapa tak ada dalam senarai kawan-kawan kita yang kerja lipat risalah secara full time?
Kenapa dalam famili, kita tak dengar pun ada saudara mara kita yang kerja dia lipat risalah kemudian pos.
 
Malahan, kalau kita ada peluang pergi reunion kawan-kawan kita, atau jumpa semasa majlis kenduri, kita juga tak pernah dengar dialog seperti dibawah ini…
 
“Eh bro, lama kita tak jumpa kan… kerja mana sekarang ni?”
“Oh aku sekarang kerja lipat risalah dari rumah.”
“Eh lipat risalah jugak? Lebih kurang la dengan aku. Aku pun kerja lipat risalah jugak, kadang-kadang aku lipat kotak. Alhamdulillah boleh dapat RM2,000 – RM5,000 jugak dalam sebulan.”
 
Kalau anda rasa apa yang saya tulis ini nampak macam merepek, anda memang berada dipihak yang betul. Benda ini memang merepek. Kerja melipat risalah ini memang satu pekerjaan yang tak wujud dan sengaja diada-adakan bagi tujuan menipu orang-orang yang tak nak berfikir.
 
Ingat senang-senang anda nak dapat bayaran ribuan ringgit? Mestilah bukan senang.
 
Sebelum anda layak untuk diterima bekerja, anda dikehendaki untuk membuat bayaran sejumlah wang terlebih dahulu.
 
Bayaran ini diperlukan atas alasan yang pelbagai, antaranya
1. Untuk memastikan pihak pengurusan dapat masukkan nama anda dalam sistem database
2. Yuran komitmen untuk pastikan anda tidak lari dan betul-betul siapkan kerja on time.
3. Bayaran untuk tujuan bahan latihan.
 
Pihak yang menawarkan kerja ini, pasti akan memberikan anda macam-macam alasan, kenapa anda perlu buat bayaran. Yang lebih menarik ialah, jika anda berurusan melalui whatsapp, individu ini akan selalu follow up dan tanya bila anda nak buat bayaran.
 
Tapi awas.
 
Setelah anda buat bayaran, itulah kali terakhir anda akan dapat berita dari pengendali program ini.
 
Mesej anda akan diblok. Akaun media sosial anda juga akan kena blok. Anda tak akan dengar apa-apa berita dari orang ini, yang dulunya cukup rajin ingatkan anda untuk buat bayaran.
 
Selepas dia menerima duit dari anda, semua tu akan berubah. Ya, itulah cara dia memperolehi duit. Melalui duit yang kononnya dikenali sebagai yuran, bayaran untuk masukkan nama anda dalam sistem database dan sebagainya.
 
Bayangkan, kalau si penipu ini minta anda bayar RM60 untuk mula bekerja.
Kemudian, dalam sebulan dia berjaya tipu 30 orang.
Berapa dia berjaya dapat?
Ya.
RM1,800 sebulan.
 
Tapi buat duit dengan cara menipu. Anda sanggup ke?
 
Saya pernah tulis pengalaman saya berinteraksi dengan penipu seperti ini. Anda boleh baca dalam posting berjudul penipuan kerja sambilan melipat risalah – Anda mungkin Mangsa seterusnya!
 
Setengah orang, dia tahu apa yang dia buat tu adalah satu penipuan, tapi dia tetap nak teruskannya.
Ada orang dia tahu apa yang dia buat tu adalah suatu penipuan, dan dia tak sanggup nak teruskan.
Ada orang, cukup kasihan. Dia ingat apa yang dia buat tu betul, malahan bermati-matian cuba mempertahankan tindakan yang diambil sedangkan orang lain dapat lihat dengan jelas, ianya adalah satu penipuan semata-mata.
 
Saya harap, anda cukup cerdik dan dapat membezakan, mana satu program yang boleh dipercayai dan mana satu yang scam.
 
 
The post Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak? appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/kerja-part-time-dari-rumah-lipat-risalah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pindah Rumah Part Four Internet Time Dot Com Laju Amat

Pindah Rumah Part Four Internet Time Dot Com Laju Amat

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 905 hits
Assalamualaikum semua Okay setel bab pindah rumah rumah Kat rumah lama housemate pakai internet Unifi RM174 sebulan tapi lupa berapa mpbs Special rumah baru ni ialah dapat coverage TIME Dot Com Kalu perasan depan Suria KLCC penuh iklan Time...
Belajar Jana Income 4 5 Angka Kerja Di Rumah Dari Seorang Surirumah

Belajar Jana Income 4 5 Angka Kerja Di Rumah Dari Seorang Surirumah

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 490 hits
Siapa yang tak nak mendapat income bulanan sehingga 4 5 angka kan Apatah lagi kalau ianya merupakan kerja sampingan yang boleh dilakukan di rumah Sebenarnya memang banyak peluang untuk jana income sebanyak itu cumanya nak dengan tak nak je ...
Kerja Dari Rumah Yang Boleh Dibuat Untuk Tahun 2020 Ini

Kerja Dari Rumah Yang Boleh Dibuat Untuk Tahun 2020 Ini

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 491 hits
Banyak kerja yang boleh dibuat dari rumah pada masa ini 2020 adalah tahun paling mencabar kerana covid 19 ramai yang terputus punca pendapatan terutama mereka yang bergantung sepenuhnya kepada pendapatan harian seperti peniaga tepi jalan pe...
Solat Jumaat Berhimpun Di Masjid Atau Rumah Ibadat Tidak Dibenarkan Pm

Solat Jumaat Berhimpun Di Masjid Atau Rumah Ibadat Tidak Dibenarkan Pm

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 507 hits
Walaupun kebanyakan aktiviti termasuk kedai makan di buka mulai 4 Mei ini kerajaan memutuskan solat berjamaah di masjid dan surau masih tidak dibenarkan Aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah...
Premis Atau Lokasi Kerja Dikesan Ada Kes Covid 19 Selepas Dibenar Beroperasi Akan Ditutup Diletak Sebagai Pkpd

Premis Atau Lokasi Kerja Dikesan Ada Kes Covid 19 Selepas Dibenar Beroperasi Akan Ditutup Diletak Sebagai Pkpd

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 408 hits
Premis atau lokasi kerja yang akan mula beroperasi minggu hadapan akan ditutup sekiranya kes jangkitan COVID 19 dikesan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penutupan kawasan itu diletakkan di bawah Perintah Kawala...
Duduk Rumah Atau Menari Keranda Dengan Kami

Duduk Rumah Atau Menari Keranda Dengan Kami

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 649 hits
Duduk Rumah atau menari keranda dengan kamiKumpulan berkenaan yang dikenali sebagai Ghana Dancing Pallbearers atau nama asalnya Nana Otafrija Pallbearing and Waiting Service sensasi di internet selepas aksi mereka membawa keranda tular DUDU...
Pm Kakitangan Awam Digalak Kerja Dari Rumah

Pm Kakitangan Awam Digalak Kerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 361 hits
SHAH ALAM 1 MEI Kakitangan awam digalakkan bekerja di rumah apabila sektor awam mula dibenarkan beroperasi mulai Isnin kecuali urusan kerja yang memerlukan berada di pejabat kata perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan men...
Pm Minta Majikan Benarkan Pasangan Ada Anak Kecil Kerja Dari Rumah

Pm Minta Majikan Benarkan Pasangan Ada Anak Kecil Kerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 455 hits
Gambar hiasan foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Perdana Menteri meminta majikan membenarkan pasangan suami isteri yang ada keperluan menjaga anak anak kecil di rumah bekerja secara berselang hari atau bekerja dari rumah Tan Sri Muhyiddin Yass...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Hiburan Saya Rasa Mereka Ada Masa Depan Yang Baik Abby Abadi Dedah Aslam Kini Bawa Grab Dan Berniaga



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Ara Johari Delulu Chord

Apakah Pekerjaan Yang Paling Baik

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale

Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik

Ini Kata Kata Terakhir Korban Penganiayaan Senior Stip Sebelum Dipukuli Hingga Tewas