Ada Pihak Manipulasi Akaun Bank Najib


Kasthuri Jeevendran  



KUALA LUMPUR – Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan wujudnya pihak yang tidak mempunyai kebenaran telah memanipulasi akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mendakwa, pihaknya mempunyai ‘bukti secukupnya’ dalam menyokong dakwaan itu termasuk isu berkaitan pemalsuan tandatangan Najib dalam melakukan transaksi wang bagi akaun beliau.

Beliau juga tidak menolak ianya dilakukan oleh orang luar termasuk Jho Low dan juga ‘orang dalam bank’ sendiri.

“Soal balas kita dengan saksi hari ini sebenarnya akan menyokong kes pembelaan kita nanti bahawa akuan Najib sebenarnya telah di manipulasi oleh pihak yang tidak diberikan oleh Najib.

“Orang luar seperti Jho Low, juga lain-lain seperti orang dalam bank. Kerana itu saya berani katakan ada pegawai bank ‘penyangak’ dalam isu ini.

“Orang dalam dan luar. Datuk Seri Najib tidak tahu tentang transaksi-transaksi ini. Jika tidak bagaimana anda mahu jelaskan bagaimana tandatangan boleh dipalsukan? Pengurus bank hari ini sendiri bersetuju.

“Kita akan dedahkan lebih banyak bukti, ini adalah satu perbicaraan yang sangat menarik kerana ramai yang ‘tertangkap’. Kita mempunyai satu rantaian ‘email’ perbualan antara Pengurus Perhubungan Awam Ambank, Joanna Yu Ging Ping dengan Jho Low.

“Itu belum keluar lagi, minggu depan kamu semua akan tahu. Kita akan dedahkan perkara ini kelak,” katanya kepada pemberita di lobi mahkamah hari ini.

Terdahulu, ketika sesi soal balas, Uma Devi mendedahkan beberapa tandatangan yang digunakan untuk menandatangani cek bernilai jutaan ringgit tidak sama dengan asal.

Muhammad Shafee juga tidak menolak dakwaan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd,  Nik Faisal Ariff Kamil mungkin terlibat dalam ‘mengelirukan’ anak guamnya itu.

Uma Devi dalam keterangannya juga ada menyatakan terdapat juga surat arahan oleh Nik Faisal Ariff Kamil bertarikh 23 Jun 2014 bertajuk transfer instruction dan mengesahkan bahawa itu adalah surat arahan kepada AmBank untuk memindahkan RM3 juta daripada akaun AmBank bernombor 211-202-201188-0 milik Najib.

Nik Faisal Ariff Kamil juga telah mengeluarkan surat arahan kepada Ambank bertarikh 8 Julai 2014 untuk memindahkan RM20 juta daripada akaun AmBank 211-202-201188-0  milik Najib.

Surat arahan itu turut mengarahkan AmBank untuk memasukkan RM10 juta daripada RM20 juta itu ke akaun Ambank bernombor 211-202-2011898 (AmPrivate Banking-Y1MY).

Sekali lagi terdapat surat arahan oleh Nik Faisal bertarikh 21 Ogos 2014 untuk memindahkan RM10 juta daripada Akaun AmBank bernombor 211-202-2011898 (AmPrivate Banking-Y1MY) milik Najib.

Dalam pada itu, Muhammad Shafee sekali lagi menyatakan Najib adalah mangsa keadaan malah memberi gambaran seperti sebuah filem, akhirnya yang disangka jahat itu sebenarnya tidak bersalah.

“Kes ini sangat menarik, ramai yang akan terdedah dengan pendedahan-pendedahan yang mengejutkan, seperti dalam filem, seseorang yang kita sangka pada awalnya jahat rupanya adalah mangsa perbuatan orang lain. Kita tunggu dan lihat,” tegasnya. –MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/ada-pihak-manipulasi-akaun-bank-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bnm Serbu Cawangan Ambank Untuk Dapatkan Maklumat Akaun Bank Peribadi Najib

Bnm Serbu Cawangan Ambank Untuk Dapatkan Maklumat Akaun Bank Peribadi Najib

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 445 hits
BANK Negara Malaysia telah menyerbu sebuah cawangan AmBank dalam tahun 2015 untuk mendapatkan butiran akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak dedah seorang pegawai dari bank pusat itu hari ini di mahkamah push Serbuan itu dilakukan sebel...
Bank Negara Maklum Wang Besar Masuk Akaun Ambank Najib Kata Saksi

Bank Negara Maklum Wang Besar Masuk Akaun Ambank Najib Kata Saksi

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 466 hits
Uma Devi pegawai AmBank yang memberi keterangan pada perbicaraan Najib Razak hari ini Foto Daily Express Najib Razak buka akaun semasa di AmBank pada Januari 2011 untuk menerima sejumlah wang dari luar negara Mahkamah Tinggi diberitahu hari...
Saksi Perbicaraan Najib Kata Pemilik Akaun Bank Bertanggungjawab Semua Transaksi

Saksi Perbicaraan Najib Kata Pemilik Akaun Bank Bertanggungjawab Semua Transaksi

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 257 hits
Foto olehThe Malaysian InsightKUALA LUMPUR Pengurus AmBank cawangan Raja Chulan R Uma Devi berkata semua pemegang akaun bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi yang melibatkan akaun mereka lapor nbsp Astro Awani Loading va
Dari Mana Dan Ke Mana Wang Dalam Akaun Najib Di Ambank Dibelanjakan

Dari Mana Dan Ke Mana Wang Dalam Akaun Najib Di Ambank Dibelanjakan

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 448 hits
Walaupun ia akaun peribadi tapi tidaklah seperti akaun peribadi saya Najib Razak Kalau boleh bohong syarie buat apa nak bercakap jujur DARI MANA DAN KE MANA WANG DALAM AKAUN NAJIB DI AMBANK DIBELANJAKAN Senarai transaksi transaksi adalah be...
4 Transaksi Berjumlah Rm69 Juta Ke Dalam Akaun Najib

4 Transaksi Berjumlah Rm69 Juta Ke Dalam Akaun Najib

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 388 hits
foto sumber internet KUALA LUMPUR 30 April Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat empat transaksi pemindahan wang masuk ke dalam dua akaun bank peribadi milik bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjumlah R...
Umno Terima Bayaran Cek Rm1juta Dan Rm300 00 Dari Akaun Najib

Umno Terima Bayaran Cek Rm1juta Dan Rm300 00 Dari Akaun Najib

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 333 hits
Foto sumber internet KUALA LUMPUR 18 April Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan Umno Bahagian Johor Baru menerima pembayaran melalui cek masing masing berjumlah RM1 juta dan RM300 000 daripada a...
Rm Juta2 Masuk Akaun Ambank Najib Malu Apa Bosskuurr Kan Pas

Rm Juta2 Masuk Akaun Ambank Najib Malu Apa Bosskuurr Kan Pas

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 357 hits
Terdapat sekurang kurangnya 10 transaksi antara RM5 juta dan RM40 juta yang dikaitkan dengan akaun Ambank bekas perdana menteri Najib Razak SRC International Sdn Bhd dan anak syarikatnya Gandingan Mentari Sdn Bhd Transaksi berkenaan berlaku...
Najib Ada 5 Akaun Ambank Dengan Baki Rm12 Juta

Najib Ada 5 Akaun Ambank Dengan Baki Rm12 Juta

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 284 hits
Apr 24 2019 0 Comments KUALA LUMPUR Pengurus Cawangan AmBank Jalan Raja Chulan R Umadevi mendedahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai lima akaun bank Ambank antara tahun 2011 sehingga tahun 2015 Kata Uma Devi yang j
Land Swaps Land Grabs And Ugly Hands Of Politicians

Reason Will Probably Prevail Pm Anwar Says Asia Global Trade May Survive Initial Shock Of Trump 2 0

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Ktmb Introduces Special Train Service For Cny

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Yoursay Politicians Only Seem To Divide Nation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Majlis Sanding Ayuni

Ebook Berpantang Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

Menu Berbuka Semalam

Exists Kau Lebih Dari Kejora Chord

Criimson Atta Halilintar Dj Noiz Bebecita Chord