Ada Pesanan Isteri Di Pintu Bilik Arwah Adik Yana Ditemui Bersama Sepasang Baju Bayi


Pemergian adik lelaki tunggal dalam keluarga sememangnya memberi kesan yang begitu mendalam buat pelakon popular Yana Samsudin.
Dalam entri sebelum ini, Yana telah memaklumkan bahawa adiknya, Muhammad Fahmi Harith telah meninggal dunia ketika dalam tidur seorang diri.

Adik meninggal dalam tidur
Dia yang nyata terkejut dengan keadaan tersebut sempat memaklumkan kepada semua dan memohon agar orang ramai menyedekahkan al-Fatihah buat adiknya itu.
View this post on Instagram
Innalillahwainalillahirojiun… lately ni bila baca berita orang meninggal dan ziarah orang meninggal.. rasa terlalu sayu.. sampai rasa nak elak pun ada sebab tak dapat bayangkan kalau terjadi kat diri sendiri. Hilang abang, hilang ayah hilang suami sekelip mata. . . Rupanyaa hari ni… Aku kehilangan adik aku.. Ya Allah .. macam mana nak ada kekuatan diri ni.. satu satunya lelaki dalam adik beradik, baru jadi ayah 37 hari….. . . Dik… ada bagitau Nana yang nak balik Yong peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali? Rupanya betul akak bawa ko balik dik… kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah , mak abah dan semua ya.. . . Dik.. akak halalkan segalanya dunia akhirat… Dik , ko seorang yang memudahkan urusan orang lain.. ada masalah diam.. takda masalah pun diam.. . . Tak da apa lagi akak boleh cakap , akak dah sakit kepala sakit mata menangis dari siang tadi.. akak terlalu sayang kan ko , tapi Allah lebih sayang kan ko dari segalanya… . . Ko pergi tanpa kata apa apa kepada kami.. Nana masih pantang kat Sarawak .. ko pergi tinggalkan dunia ni sorang sorang kat rumah tu dik… . . Ya Allah sedih akak dik .. tapi akak tengok di sebalik hikmah semua ni mudahnya kau pergi dik… . Semoga Allah ampun segala dosa dan mudah kan urusan di akhirat kelak… amin.. . . Mohon doakan Al-Fatihah buat arwah adik saya Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin. @fahmiharith #achikamie yang meninggal masa tidur .. . . Mohon jika ada salah silap arwah minta halal makan minum arwah. Kalau ada apa apa PM saya dan suami saya ya.. @fadzilzahari … yang benar -YS @mizznana88
A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on Mar 3, 2020 at 4:16am PST

Pesanan isteri ditampal di pintu

Namun begitu, menerusi posting terbaru Yana di Instagram, dia telah memuat naik kembali penulisan seseorang yang menjadi orang terawal yang menemui jenazah adiknya.

Ternyata apa yang ditemui oleh Ustaz Faizal, (individu yang menemui arwah dirumah) di pintu bilik allahyarham adiknya sangat menyentuh hati. Nota yang ditampal dipintu bilik adalah pesanan dari isteri yang sedang berpantang di kampung buat suaminya yang berada seorang diri di rumah.
View this post on Instagram
Repost–‎- ‎انّا للہ و انّا الیہ راجعون ‎اللَّهُمَّ اغْفِرْله وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه. . Dapat panggilan dari Balai Polis memaklumkan ada kematian di kariah sini. Aku terus bergegas ke tempat kejadian. Cari waris, jumpa @fadzilzahari Dia bagi detail pasal arwah. Umur baru 30. Tak jauh umur dengan aku. . Ini yang Allah sebut dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat ke 61 “Maka apabila telah tiba waktunya (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun & tidak (pula) mendahulukannya.” . Arwah meninggal dalam tidur. Sorg2 kat rumah. Isteri tengah dalam pantang kat kampung. Isteri call seharian tak berjawab. Call tempat kerja kata dia tak masuk kerja. Keluarga dah risau. Waris kat sini datang nak check rumah.Tengok2 arwah dah terbaring kat atas katil. Baru2 ni ada juga 1 kes yang kami urus, meninggal macam ni. . Tapi, kes yang ni lain sikit. Suasana nya tu! Tak macam selalu yang kami uruskan sebelum2 ni. . Aku masuk bilik nak tengok keadaan jenazah. Arwah baring atas katil berselimut. Muka bersih mcm tengah tidur. Cuma sendi dah mula mengeras mungkin sebab jenazah dah lebih 12 jam. . Alhamdulillah, jenazah dapat diqiamkan. Kaki dapat diluruskan. Allah Maha Baik! . Masa tengah nak ambil kain batik utk selimutkan arwah tu yang aku perasan nota pesanan dari isteri arwah ni. Allah Allah. Nota dilekatkan di pintu bilik arwah. Menggambarkan betapa risau nya seorg isteri terhadap suami yang sedang berjauhan. . Aku capai kain batik, bila beralih ke bahagian kepala arwah baru aku perasan, ada sepasang baju baby kat tepi bahu arwah. Dapat tahu yang arwah rupanya baru jadi ayah 37 hari. Allah Allah. . Tersentak. Hiba. Sayu. Terkunci kata2. . Dgn bantuan jiran2, arwah telah dibawa turun dari apartment & selamat dibawa ke Jabatan Forensik HTAR. Takde yang sukar, semua urusan malam tadi Allah permudahkan. Allah Maha Baik! . Terima kasih semua yg hadir & membantu. Semoga Allah rezekikan kita husnul khotimah. . Aku X pernah kenal pon arwah ni. Tapi aku yakin, arwah merupakan org yang baik sepanjang hayat nya. . Salam takziah buat isteri arwah & keluarga Yana Samsudin. . Ustaz @faizal.khalid_ Badan Khairat Kematian, Bandar Setia Alam
A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on Mar 3, 2020 at 10:13pm PST

Sepasang baju bayi di bahu arwah
Menerusi perkongsian Ustaz Faizal lagi, terdapat sepasang baju bayi dibahu arwah ketika jenazahnya ditemui diatas katil dalam keadaan seakan sedang tidur itu.
Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman
Perkongsian yang dibuat oleh Yana Samsudin di Instagram miliknya telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Mereka juga berasa pilu membaca perkongsian tersebut kerana mengenangkan keadaan allahyarham yang baru saja bergelar bapa 37 hari lepas.

Ucapan takziah turut tidak putus diterima dan masing-masing mendoakan agar allahyarham adik kepada Yana Samsudin itu ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Belum sempat rasa kasih sayang ayah
Sumber: IG Yana Samsudin & OMM
The post Ada Pesanan Isteri Di Pintu Bilik. Arwah Adik Yana Ditemui Bersama Sepasang Baju Bayi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ada-pesanan-isteri-di-pintu-bilik-arwah-adik-yana-ditemui-bersama-sepasang-baju-bayi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jumpa Baju Bayi Tepi Bahu Arwah Yana Samsuddin Kongsi Kisah Arwah Adik

Jumpa Baju Bayi Tepi Bahu Arwah Yana Samsuddin Kongsi Kisah Arwah Adik

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 509 hits
Suasana sedih menyelubungi keluarga pelakon Yana Samsudin apabila adik lelakinya Muhammad Fahmi Harith Samsudin telah meninggal dunia dua hari yang lalu dipercayai secara mengejut ketika tidur Ustaz Faizal Kongsi Kisah Adik Yana Lebih memil...
Adik Yana Samsudin Meninggal Dunia Dalam Tidur Isteri Masih Dalam Patang

Adik Yana Samsudin Meninggal Dunia Dalam Tidur Isteri Masih Dalam Patang

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 812 hits
Adik lelaki pelakon Yana Samsudin yang baru bergelar bapa 37 hari lalu meninggal dunia dalam tidur petang semalam Yana berkongsi berita pemergian Allahyarham Muhammad Fahmi Harith di Instagram sebentar tadi Yana meluahkan kesedihan kehilang...
Isteri Berpantang Di Sarawak Adik Yana Samsudin Meninggal Dunia Seorang Diri Di Rumah

Isteri Berpantang Di Sarawak Adik Yana Samsudin Meninggal Dunia Seorang Diri Di Rumah

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 500 hits
Menerusi entri i i yang dibuat pelakon wanita itu dia meluahkan rasa sayu terhadap pemergian mengejut adik lelakinya yang meninggal dunia di saat baru 37 hari bergelar seorang bapa Sedih dengan kehilangan insan kesayangannya itu Yana berkat...
Adik Bunuh Simen Abang Tiri Kerana Kerap Pakai Baju Pemberian Teman Wanitanya

Adik Bunuh Simen Abang Tiri Kerana Kerap Pakai Baju Pemberian Teman Wanitanya

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 824 hits
Kerana kerap memakai baju pemberian dari teman wanita lelaki berusia 25 tahun ini sanggup membunuh abang tirinya yang juga merupakan penganggur sebelum disembunyikan dalam tong plastik air dan disimen Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7 ...
Perginya Tanpa Pesan Isteri Dalam Pantang Kehilangan Suami Bayi 25 Hari Serentak

Perginya Tanpa Pesan Isteri Dalam Pantang Kehilangan Suami Bayi 25 Hari Serentak

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 329 hits
Pergi bersama Itulah yang berlaku kepada tiga beranak apabila dijemput Allah secara serentak dalam kemalangan selepas kereta yang dinaiki terbabas di kilometer 47 Jalan Ipoh Lumut dekat Bota Tiga yang maut itu termasuk bayi lelaki berusia 2...
Anak Maut Kena Strok Haba Dalam Bilik Sendiri Bayi Kanak Kanak Berisiko Tinggi

Anak Maut Kena Strok Haba Dalam Bilik Sendiri Bayi Kanak Kanak Berisiko Tinggi

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 473 hits
Malaysia kini berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut dengan kurang taburan hujan yang akan menyebabkan cuaca kering dan panas sehingga hujung Mac Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan cuaca k...
Bengang Baju Awek Kasi Kerap Dirembat Adik Simen Mayat Abang Dalam Tong Air

Bengang Baju Awek Kasi Kerap Dirembat Adik Simen Mayat Abang Dalam Tong Air

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 989 hits
Hanya disebabkan masalah kecil seorang lelaki tergamak menamatkan riwayat abangnya sendiri sebelum mayatnya disimen di dalam tong air Perkara tersebut terbongkar apabila suspek telah menceritakan tindakannya kepada seorang lagi abang yang b...
Baru Jadi Ayah 37 Hari Adik Pergi Ketika Tidur Ini Luahan Sayu Yana Samsudin

Baru Jadi Ayah 37 Hari Adik Pergi Ketika Tidur Ini Luahan Sayu Yana Samsudin

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 341 hits
Pelakon popular Yana Samsudin malam tadi telah memaklumkan khabar duka di mana adik lelakinya telah meninggal dunia Yana telah membuat kenyataan tersebut menerusi akaun media sosialnya disertakan dengan gambar gambar bersama Allahyarham Adi...
Dia Macam Adik Kandung Terb0ngkar Siapa Sebenarnya M4ngsa T1pu Isteri Da I Farhan

Dia Macam Adik Kandung Terb0ngkar Siapa Sebenarnya M4ngsa T1pu Isteri Da I Farhan

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 446 hits
PERUNDING dan usahawan kecantikan Norsiha Aala mengakui kecew4 dan terkilan dengan tind4kan isteri kepada pendakwah bebas Da i Nik Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi yang sudah dianggap sebagai saudaranya sendiri Dia Macam Adik Kandung...
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Sky Mirror Pantai Sasaran Kuala Selangor Pengalaman Magis Pantulan Cermin Langit Di Malaysia

Kisah Seorang Apeque Yang Menjual Sebuah Basikal Kepada 5 Orang Yang Berbeza

Kashmir Kembali Bergolak Pada Tahun 2025

Koleksi Mikrokontroller

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga