Ada Kartel Kawal Harga Ayam



PETALING JAYA: Kewujudan kom­plot atau kartel yang me­ngawal harga pasaran ayam di negara ini didakwa menyebabkan harga ternakan itu tidak menentu di pasaran sejak kebelakangan ini.
Malah, hampir keseluruhan rantaian industri penternakan itu dikawal beberapa kartel besar yang menggunakan persatuan sebagai kaedah penyamaran perbuatan mereka.
Sumber dalaman industri memberitahu Utusan Malaysia, cengkaman kartel itu berlaku ke atas keseluruhan rantaian industri termasuk berkuasa menentukan harga anak ayam berusia sehari untuk tujuan baka, harga dedak malah harga ayam di pasaran.
Kata sumber itu, ini sekali gus menyangkal dakwaan sesete­ngah pihak kononnya golongan penternak ayam, iaitu kumpulan terbawah dalam proses rantaian bekalan menjadi dalang kepada peningkatan harga ayam.
Sedangkan, katanya, kumpulan penternak termasuk di negeri-negeri hanya terlibat menerima bekalan anak ayam dan sumber makanan daripada pihak kartel dan mem­bela sehingga tempoh tertentu sebelum dijual semula kepada kartel berdasarkan harga yang ditetapkan.
“Kebanyakan kartel yang mengawal harga ayam hidup, anak ayam dan dedak. Mereka ini adalah pembekal dedak, pembekal anak ayam serta ayam siap sembelih kepada pasaran. Selalu berlaku salah faham dalam kalangan masyarakat yang mendakwa kumpulan penternak yang kawal harga. Hakikatnya penternak tiada kuasa mengawal harga.
“Kami menternak sebab kami ada reban. Jadi, bila kami ikat kontrak dengan sesiapa, maka, kartel atau dalam istilah industri disebut integrator ia­itu syarikat-syarikat ternakan besar yang bertindak selaku orang tengah. Mereka akan bekalkan kami dengan anak ayam, dedak dan ia proses yang diikat melalui kontrak.
“Bila cukup tempoh, kita jual kembali kepada integrator itu tadi, kami tak akan hantar kepada kilang sembelihan. Sebaliknya integrator yang akan hantar lori kepada kami untuk dimuatkan dengan ayam hidup sebelum mereka uruskan pro­ses selanjutnya.
“Jadi di pihak penternak ini, kami hanya tukang bela sahaja. Kami tidak menentukan harga ladang ayam-ayam tersebut, sebab kami diikat dengan kontrak.
“Bila kita ikat kontrak, bermakna apa saja proses yang berlaku selepas dari ladang ternakan, ia bukan tanggungjawab kami dan bukan perkara di bawah urusan kami,” kata­nya di sini, semalam.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan keluhan orang ramai di beberapa negeri berhubung kenaikan mendadak harga ayam standard sehingga dijual RM10 sekilogram berbanding RM8.90 harga yang ditetapkan oleh kerajaan.
Mengulas lanjut, sumber berkata, alasan bahawa harga ayam di pasaran terpaksa dinaikkan sebab harga dedak meningkat, sangat tidak masuk akal.
Walhal katanya, pada 6 April, harga jualan ayam sekilogram pihaknya kepada integrator ialah RM4.60, sedangkan harga purata sekilogram ayam pada hari tersebut di pasaran mencanak naik sehingga mencecah RM10 sekilogram.
“Kami ada laporan kewa­ngan harian, yang mana jelas menunjukkan bahawa pada 6 April, harga yang integrator bayar kepada kita bagi satu kilogram ayam hidup ialah RM4.60. Itu harga ayam hidup yang sudah dicampur kos makanan.
“Selepas menjual kepada mereka, kartel-kartel ini akan melakukan beberapa proses seperti hantar ke pusat sembelihan sehingga ayam sampai ke pasaran.
“Sekarang cuba bayangkan, harga yang mereka bayar kepada kami selaku penternak ialah RM4.60. Harga sembelihan pula, lazimnya RM1.50 termasuk kos pembungkusan.
“Kenapa harga di pasaran pada 6 April, mencecah RM10? Apa lagi kos-kos tersembunyi yang kartel sorokkan?” soalnya.
Sumber menambah, alasan kartel kononnya harga ayam melambung akibat kenaikan kos logistik bagi mengeksport komoditi yang menghasilkan dedak seperti jagung dan soya, adalah tidak berasas sama sekali. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/04/ada-kartel-kawal-harga-ayam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Ada Tak Rasa Bersaloh Mase Sek Awok Nipu Harga Tular Video Peniaga Ayam Disaman Pelanggan Jelaskan

Hiburan Ada Tak Rasa Bersaloh Mase Sek Awok Nipu Harga Tular Video Peniaga Ayam Disaman Pelanggan Jelaskan

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 197 hits
Baru baru ini tular sebuah video menunjukkan seorang peniaga ayam meluahkan rasa kecewa selepas disaman oleh pihak berkuasa Menerusi video itu lelaki tersebut berkata dia terpaksa menggunakan duit yang sudah disimpan untuk membeli baju raya...
Kerajaan Bn Gagal Kawal Harga Barang Ph

Kerajaan Bn Gagal Kawal Harga Barang Ph

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 145 hits
Kerajaan BN kelihatan tidak mampu mengawal harga bahan mentah makanan pada bulan Ramadan dan dikhuatiri akan menjejaskan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi umat Islam Alasan perang Rusia dan Ukraine yang biasa didengar sejak sebulan lalu ju...
Ramai Pengguna Tak Puas Hati Ayam Gunting Naik Harga Rm9

Ramai Pengguna Tak Puas Hati Ayam Gunting Naik Harga Rm9

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 234 hits
Menjelang endemik tidak dinafikan ramai peniaga yang mula menaikkan harga barangan Ditambah pula Putrajaya baru baru ini mengumumkan pintu sempadan negara akan dibuka pada 1 April ini dan pelaksanaan gaji minimum RM1 500 mulai 1 Mei Biarpun...
Ayam Mangga Thai Resepi Khairul Aming

Ayam Mangga Thai Resepi Khairul Aming

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 348 hits
Hari hari kak ana tengok IG post Khairul Aming sepanjang seminggu dah Ramadan Mubarak 2022 ni Setiap resepi tu pasti terliur nak cuba kan Semuanya nampak simple bahan murah dan senang nak beli Cuma kali ni resepi Ayam Mangga Thai ni cukup m...
Resipi Rendang Rasa Tradisi Ayam Brand

Resipi Rendang Rasa Tradisi Ayam Brand

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 235 hits
RENDANG AYAM CILI PADIAYAM BRAND RENDANG AYAM CILI PADI BY BAHAN BAHAN Ayam Bahan Kisar2 Bawang 3 Bawang Putih 3 Batang Serai 1 Halia 1 Lengkuas 1 Kunyit Hidup 1 Cawan Cili Api Kampung Bahan Lain 1 Kotak Santan Ayam Brand 200ml 2 Sudu Besar...
Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 208 hits
Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan PEJAM celik kini dah seminggu kita berpuasa Setiap hari memasak mesti sudah mencuba pelbagai resipi untuk juadah berbuka dan bersahur bukan Bila sebut pasal berbuka atau bersahur ramai antara kita memilih...
Resipi Ayam Masak Kurma Yang Pekat Sedap Tak Sampai Setengah Jam Dah Boleh Siap

Resipi Ayam Masak Kurma Yang Pekat Sedap Tak Sampai Setengah Jam Dah Boleh Siap

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 205 hits
Hidangan Ayam Masak Kurma wajiblah pekat barulah sedap bila dimakan Nak sediakan pun mudah Antara lauk kurma yang sering dibuat ialah ayam lembu kambing itik telur ketam dan udang Kali ini mari kita cuba resipi Ayam Masak Kurma seperti yang...
Nasi Beriani Ayam Masak Merah Dan Acar Timun Nanas

Nasi Beriani Ayam Masak Merah Dan Acar Timun Nanas

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 227 hits
Hari ke enam berpuasa cuti masak tanpa sengaja Tanpa sengaja tau Bukan buat buat cuti malas masak ke apa Lebih kurang pukul 5 lebih macam tu encik suami keluar nak membeli kuih Saya usulkan beli kuih pulut serunding kelapa kuih puteri ayu a...
Ayam Goreng Berlado Sedap Knorr

Ayam Goreng Berlado Sedap Knorr

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 243 hits
Hidup di zaman sekarang ini kena banyak berhati hati Umpama berjalan di kawasan berduri kena melangkah dengan berhati hati takut terpijak duri Begitulah umpamanya dengan scammer di dalam dunia media social Malam tadi saya terima satu pesana...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain

Gunawan Lida Karmamu Chord

Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Mama

Aaliyah Massaid Umumkan Hamil Anak Pertama Tepis Gosip Miring Di Awal Pernikahan