Ada Kaitan Dengan Is Ini Senarai Produk Kecantikan Dari Korea Yang Harus Diboikot
Sehingga hari ini, penduduk Palestin masih lagi bergelut untuk terus hidup dek serangan dari Israel.
ARTIKEL BERKAITAN
"Baling Tomato Kat Dia" - Meski Teruja Nak Jumpa Peminat, Kehadiran Jeon Somi Di Malaysia Teruk Dihentam Netizen
Sebagai tanda protes, orang ramai sedang cuba untuk memboikot semua jenama yang mempunyai apa-apa kaitan dengan Israel, termasuklah produk kecantikan dari Korea Selatan.
Menerusi satu hantaran yang dikongsi di laman TikTok, seorang pengguna telah menyenaraikan beberapa jenama kecantikan Korea yang mempunyai hubungan dengan Israel dan harus diboikot.
K beauty brand we need to boycott (support Isr*el) thread : pic.twitter.com/leeXmAB7Ft
— مليحة (@_miaoumiaou_) March 7, 2024
Jenama dimiliki Amorepacific Corporation
Amorepacific Corporation atau juga dikenali sebagai Amore Pacific, dikaitkan dengan Vanguard Investments. Menurut data Morningstar, Vanguard adalah salah satu daripada 22 syarikat pelaburan yang memegang pelaburan di Israel. Antara jenama yang dimiliki oleh syarikat ini adalah Cosrx, Innisfree, Laneige, Etude, Illiyoon, Sulwhasoo, Mise En Scène, Espoir, Hera, Mamonde, IOPE, Aestura, Ryo dan Hanyul.
Dr.Jart+
Walaupun Dr.Jart+ adalah jenama Korea, syarikat induknya ialah Estée Lauder, di mana pengerusinya adalah seorang Zionis.
3CE
Jenama kosmetik Korea Selatan 3CE telah dilancarkan fesyen blogger terkenal iaitu StyleNanda. Bagaimanapun, L’Oréal iaitu syarikat kecantikan No.1 di Israel telah membelinya.
Namun, ada juga beberapa jenama kecantikan Korea yang dipercayai tiada ikatan dengan Israel dan korang boleh beli termasuklah Beauty of Joseon, Nature Republic, Colorgram, Dermatory, Goodal, Healing bird, Peripera, Clio Cosmetics, TONY MOLY, Wakemake, Mixsoon, Round Lab, Anua, Amuse, Lilybyred dan banyak lagi.
Lihat senarai penuh di SINI!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Ada Kaitan Dengan Is****, Ini Senarai Produk Kecantikan Dari Korea Yang Harus Diboikot! first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/ada-kaitan-dengan-is-ini-senarai-produk-kecantikan-dari-korea-yang-harus-diboikot/