Ada Apa Di Sebalik Cuti Bersama Azmin Dan Hishammuddin




Sebelum ini, ketika tersebar gambar dan video Anwar Ibrahim berbual mesra dan bergelak ketawa dengan beberapa Ahli Parlimen UMNO di Parlimen, kecoh seluruh negara membuat pelbagai spekulasi mengenainya.


Walhal, kejadian itu hanyalah suatu kebetulan di mana memang menjadi kebiasaan sesama Ahli Parlimen bergurau senda sesama mereka.


Namun, oleh kerana ia melibatkan Anwar dan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang baru hilang kuasa, gurau senda dan gelak ketawa itu segera ditafsirkan ada agenda yang tersembunyi untuk tujuan mempercepatkannya menjadi Perdana Menteri.


Begitulah politik adanya....


Kemudian Rafizi Ramli memuat-naik gambar pertemuannya dengan Khairy Jamaluddin dan Nurul Izzah Anwar di sebuah restoran di ibu kota.


Berbeza dengan gurau senda dan gelak ketawa Anwar dengan beberapa Ahli Parlimen UMNO di Parlimen yang sebenarnya hanyalah kebetulan, pertemuan Rafizi, KJ dan Nurul Izzah adalah sesuatu yang dirancang dan ada temujanjinya.


Pertemuan itu segera digambarkan mereka dikatakan merancang menubuhkan parti mewakili anak muda bagi menghadapi PRU15 akan datang, meskipun mereka barangkali sekadar bertemu biasa, minum-minum dan berbual kosong saja.


Tetapi, begitulah politik adanya...


Semalam, tersebar pula gambar dan video percutian bersama antara Azmin Ali dan Hishammuddin Hussein serta keluarga masing-masing di Maghribi.


Dengan kedudukan mereka yang berbeza parti, tetapi dikatakan sama-sama sedang "dijaga" dan pro kepada Tun Mahathir Mohamad, percutian bersama itu tidak dapat dielakkan menimbulkan macam-macam andaian serta spekulasi.


Sekali lagi, begitulah politik adanya...


Ada yang mengandaikan, Azmin dan Hishammuddin sedang merancang sesuatu dan berdasarkan pergolakan politik semasa, kedua-dua mereka dikatakan tidak mustahil akan menyertai Bersatu selepas ini bagi "mencerahkan" kerjaya politik masing-masing dan sekaligus bertujuan menyingkirkan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ke-8.


Lebih memusykilkan, gambar dan video yang pada mulanya dimuatnaik oleh salah seorang anak Azmin dalam Instagramnya, didapati dipadam tidak berapa lama kemudiannya.


Kenapa dipadamkan?


Jika sekadar percutian keluarga dan tiada maksud yang lain, mengapa perlu dipadamkan?


Apakah ia dipadamkan kerana Azmin dan Hishammuddin tidak menyangka percutian mereka bersama itu akhirnya diketahui oleh rakyat umum serta penyokong masing-masing dan ia telah menimbulkan kekeliruan lain yang tidak dijangka?


Meskipun tidak dinafikan Azmin dan Hishammuddin adalah kawan lama dan tinggal pula berdekatan, tetapi percutian bersama itu sukar dinafikan seolah-olah ia ada sesuatu yang dirancang dan bukan sekadar percutian biasa.


Apakah semua ini ada kaitan dengan keputusan Hishammuddin tidak bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan UMNO, Jun lalu dan selari dengan tingkah laku Azmin yang kebelakangan ini semakin berani "melawan" Anwar, "mentornya" sendiri?


Tetapi, bukankah Tun Mahathir sekali lagi sudah mengulangi janjinya akan tetap menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dan sebarang perancangan atau komplot lain tidak mempunyai makna lagi?


Hmmmmmm.......(ShahbudinHusin 31/12/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/12/ada-apa-di-sebalik-cuti-bersama-azmin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Hishammuddin Cuti Bersama Di Maghribi

Azmin Hishammuddin Cuti Bersama Di Maghribi

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 538 hits
KUALA LUMPUR Gambar keluarga Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bercuti di Maghribi baru baru ini mencetuskan pelbagai tanda tanya terhadap perpecahan yang dipercayai tercetus dalam kepimpinan PKR Gambar k...
Anak Azmin Padam Gambar Cuti Dengan Keluarga Hisham

Anak Azmin Padam Gambar Cuti Dengan Keluarga Hisham

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 995 hits
Anak menteri ekonomi Azmin Ali Ameer memadamkan gambar percutian keluarganya dengan bekas naib presiden Umno Hishammudin Hussein yang bercuti di Maghribi Ia dipadamkan di Twitter selepas media membuat spekulasi ia berkaitan dengan dakwaan p...
Tular Gambar Azmin Hishammuddin Di Maghribi Cetus Khabar Angin

Tular Gambar Azmin Hishammuddin Di Maghribi Cetus Khabar Angin

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 491 hits
SEKEPING gambar telah membuatkan khabar angin konspirasi politik bertiup kencang apabila keluarga Azmin Ali dan Hishamuddin Hussein dirakamkan sedang bercuti bersama sama di Maghribi Anak sulung Azmin Ameer Azmin telah menghantar gambar ter...
Azmin And Hishammuddin To Form A New Party To Overcome Dr Mahathir S Present Predicament

Azmin And Hishammuddin To Form A New Party To Overcome Dr Mahathir S Present Predicament

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 272 hits
UMAR MUKHTAR Two boys met in Morocco to help make Tun Dr Mahathir Mohamad politically stronger with some steroid of their own making Dr Mahathir has been warned by Bersatu not to take in UMNO MPs except those with a clean record That s a to...
Protes Azmin Langkah Awal Untuk Halang Anwar Jadi Perdana Menteri

Protes Azmin Langkah Awal Untuk Halang Anwar Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 430 hits
Tindakan Azmin Ali secara terbuka mengkritik dan menolak beberapa perlantikan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim bagi pengisian jawatan dalam PKR dengan jelas menunjukkan beliau kini tidak lagi sebulu dengan Presiden PKR itu Ikut hukum berparti...
Azmin Pertikai Keputusan Anwar Melantik Rafizi Dan Lain Lain

Azmin Pertikai Keputusan Anwar Melantik Rafizi Dan Lain Lain

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 399 hits
Azmin pertikai pelantikan jawatan utama PKR Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempertikaikan pelantikan beberapa jawatan utama kepemimpinan parti seperti yang diumumkan semalam yang disifatkan membelakangkan pandangan akar ...
Akhirnya Azmin Menunjukkan Belangnya Kepada Anwar Ibrahim

Akhirnya Azmin Menunjukkan Belangnya Kepada Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 426 hits
Lantik MPP ikut merit bukan sogokan politik kata Azmin Ali MALAYSIADATELINE Timbalan Presiden PPKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa presiden parti itu supaya meneliti semula pelantikan jawatan utama kepimpinan parti Menurut Azmin pelan...
Ketua Wanita Pkr Kritikan Azmin Benar Tak Bersifat Peribadi

Ketua Wanita Pkr Kritikan Azmin Benar Tak Bersifat Peribadi

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 370 hits
MALAYSIAKINI Ketua Wanita PKR Haniza Talha mempertahankan kritikan Mohamed Azmin Ali bahawa pelantikan jawatan bagi kepimpinan parti itu yang diumumkan semalam mengabaikan prinsip perwakilan yang adil dan saksama Beliau berkata ia dapat dil...
Azmin Nak Naik Pm 2019 Atau Lambat Lagi

Azmin Nak Naik Pm 2019 Atau Lambat Lagi

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 400 hits
Dari 2014 15 Husin dah tahu dan ikuti pencak silat politik Tun Dr Mahathir untuk naikkan Azmin sebagai PM Kononnya strategi yang diguna adalah game changer yang berakhir dengan Anwar tidak jadi PM pengganti dan terjadilah Semua dah susun da...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice