Ada Anak Umur 7 Tahun Elak Paksa Dia Buat Sesuatu Biar Dia Buat Sebab Kehendaknya Sendiri


Anak solat sebab takut kena rotan. Anak pakai tudung sebab nanti mak ayah marah. Anak tingkatan 4 tak mahu puasa kalau tak dapat hadiah?Ya, beri hadiah atau hukuman memang salah satu teknik yang berkesan untuk mengajar rutin dan tabiat pada anak.
Tetapi persoalannya sampai bila?
Sampai bila anak perlu bergantung harap pada “extrinsic motivation” ataupun motivasi luaran?

BIARKAN ANAK YANG MAHU
Tahukah mak ayah, dalam kita menerapkan sesuatu rutin, tabiat atau perbuatan baik pada anak. Semuanya bergantung kepada motivasi anak melakukan sesuatu.
Motivasi untuk solat.
Motivasi untuk berbuat baik.
Motivasi untuk belajar.
Motivasi untuk menutup aurat.
Motivasi untuk berkelakuan baik.
Kalau tak ada motivasi, memang susah untuk kita buat dengan sendiri. Motivasi pula ada 2 jenis;
1. Motivasi luaran – Hadiah atau elak dari dapat hukuman. 🎁
2. Motivasi dalaman – Datang dari diri sendiri. 😍
Ada kajian yang menunjukkan apabila kita terlampau beri motivasi luaran seperti beri hukuman atau hadiah, ia boleh mengurangkan motivasi dalaman.
Dalam kajian itu terbukti kanak-kanak yang selalu diberi ganjaran untuk bermain sesuatu mainan yang mereka memang minat menjadi kurang minat untuk main mainan tersebut setelah mainan itu diberi sebagai ganjaran.
Contohnya kita selalu beri hadiah pada anak untuk main Lego jika berkelakuan baik, kesannya anak akan jadi kurang minat untuk main Lego.
Dalam kes yang lebih ekstrim, jika kita selalu sangat beri hadiah kepada anak yang memang suka membaca buku selepas anak membaca buku. Anak akan jadi kurang minat membaca buku. ⚠️
Sebab itu bagi saya sistem hukuman atau hadiah sangat bahaya kalau terlalu berlebihan atau salahguna. Boleh guna untuk sesuatu perkara yang anak memang tak suka lakukan cuma perlu rangsang motivasi dalaman anak bersama-sama.

Dalam kes solat, puasa atau menutup aurat, pendapat saya seeloknya mak ayah rangsang motivasi dalaman dahulu sebab itu adalah kewajipan sebagai orang Islam.
Buat anak mahu buat dahulu dengan cara:
1. Jadi “role model” pada anak. 👩‍🏫
2. Cerita tentang kenapa kita solat, puasa dan menutup aurat.
3. Tunggu anak yang minta nak solat dan puasa bersama-sama semasa anak 7 tahun kebawah. Kebiasaannya anak umur 1 tahun sudah mula meniru perbuatan mak ayah. Itu yang bila kita solat, dimana tempat sujud disitulah anak mahu duduk. 😅
4. Dalam Islam juga kita tidak boleh merotan anak semasa anak 7 tahun kebawah. Dedahkan dan ajak anak boleh cuma belum wajib lagi.
5. Rangsang motivasi dalaman anak dahulu sebelum kita beri hadiah atau hukuman.
6. Umur 7 tahun barulah terapkan disiplin dan tanggungjawab.
7. Tekankan kewajipan anak dan hadiah hanya sampingan.
8. Umur 10 tahun baru boleh hukum jika tinggal solat.

Memang normal kita sebagai mak ayah kalau boleh mahu anak kita cepat dari semua aspek. Tetapi apa guna cepat tetapi tidak tahan lama?
Kita tak mahu jadi punca anak solat dan puasa hanya didepan mak ayah. 😔
Dalam parenting, kita perlu fikir jangka masa panjang. 12 tahun sahaja kita ada masa untuk bentuk anak. Anak dah masuk sekolah menengah, mereka sudah masuk alam separuh dewasa.
Sebab itu dalam didikan agama, saya dan suami ambil pendekatan untuk tidak terburu-buru dan ikut didik ikut cara Nabi Muhammad kerana kami juga dibesarkan dengan cara ini.
Kami mahu anak gembira setiap kali waktu solat atau puasa semasa umur 7 tahun dibawah. Jadikan perkara tersebut sebagai perkara yang seronok dan ceria bukannya sebagai sesuatu yang stress.
Percayalah, pasti anak yang mahu lakukannya sendiri.
Sepanjang saya membesar, seingat saya, masa darjah 3 barulah ayah saya rotan bila tinggal solat. Tiap kali lepas maghrib, ayah saya akan soal setiap waktu solat sembahyang atau tidak. Kalau 3 waktu tidak solat, alamatnya dapatlah 3 kali rotan. 😂
Tapi tak lama pun, masa awal-awal sahaja. Lepas itu sendiri dah biasa.
Dalam kes menutup aurat pula, bila dah umur 7 tahun memang dah tak ada pakai skirt ataupun seluar pendek tak kiralah anak lelaki atau perempuan. Pakai baju “princess” tetapi berseluar panjang. Belilah baju fesyen apa-apa yang penting sopan.
Tudung pula tidak pernah mak ayah paksa pakai, cuma sentiasa diingatkan yang nanti dah baligh kena tanggung dosa sendiri. Pakai tudung untuk diri sendiri, tak mahu tanggung dosa bukan sebab takut mak ayah marah.
Saya pasti apabila berbicara tentang ini memang semua ada pendapat dan hujah masing-masing. Poin penting saya adalah, gunalah apa-apa cara tetapi yang penting kita mak ayah rangsang motivasi dalaman bukannya mengharap motivasi luaran semata-mata.
Dunia parenting penuh dengan seni. Lagi-lagi dalam keadaan dunia semakin mencabar, seperti menarik rambut dalam tepung. Kena faham dan banyak belajar tentang psikologi anak. Setiap personaliti dan umur anak pendekatannya berbeza.
Cuba kongsikan cara kalian dididik puasa atau solat dahulu? 🤔
Semoga semua mak ayah dipermudahkan dalam mendidik anak. Semoga bermanfaat. ❤
Kredit: Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy
The post Ada Anak Umur 7 Tahun? Elak Paksa Dia Buat Sesuatu, Biar Dia Buat Sebab Kehendaknya Sendiri appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ada-anak-umur-7-tahun-elak-paksa-dia-buat-sesuatu-biar-dia-buat-sebab-kehendaknya-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Usia 41 Tahun Sedih Terpaksa Tunda Malam Pertama Gara Gara Suami Belum Cukup Umur

Wanita Usia 41 Tahun Sedih Terpaksa Tunda Malam Pertama Gara Gara Suami Belum Cukup Umur

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 215 hits
Wanita usia 41 tahun sedih terpaksa tunda malam pertama gara gara suami belum cukup umur Seorang wanita Mariana yang berusia 41 tahun di Indonesia mencetuskan kontroversi baru baru ini selepas dia bernikah dengan seorang remaja lelaki Lebih...
Warna Kulit Fizikal Jauh Beza Dengan Anak Lain Selepas 1 Tahun Baru Ibu Sedar Bayi Tertukar

Warna Kulit Fizikal Jauh Beza Dengan Anak Lain Selepas 1 Tahun Baru Ibu Sedar Bayi Tertukar

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 248 hits
Seorang wanita di Bogor Indonesia mendakwa bayi yang ditatang bagai minyak yang penuh selama setahun bukan anak kandungnya Siti Mauliah mengesyaki bayinya tertukar akibat kecuaian petugas kesihatan selepas bersalin di Hospital Sentosa di Ke...
Gementar Nak Urus Tiga Anak Dr Say Tak Mahu Lepas Tangan Uruskan Anak Anak Sendiri

Gementar Nak Urus Tiga Anak Dr Say Tak Mahu Lepas Tangan Uruskan Anak Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 194 hits
Walau anak semakin bertambah namun doktor selebriti Dr Say Shazril mengakui agak gementar untuk menyambut kelahiran bayi ketiganya awal tahun hadapan Namun akui Dr Say dia mahu menguruskan sendiri ketiga tiga anaknya walaupun mempunyai pemb...
Berpisah Hingga Dia Cukup Umur Kena Tidur Berasingan Selama 2 Tahun Mariana Sedih Tunda Malam Pertama

Berpisah Hingga Dia Cukup Umur Kena Tidur Berasingan Selama 2 Tahun Mariana Sedih Tunda Malam Pertama

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 136 hits
Wanita berusia 41 tahun yang tular sebelum ini selepas berkahwin dengan anak lelaki rakannya berusia 16 tahun meluahkan rasa sedih kerana disuruh bercerai 1 day ago Suami Umur 16 Tahun Baru Lepas Khatan Isteri Dedah Perkahwi
Usia 1 Tahun Boleh Beri Susu Kultur Tapi Perlu Di Kawal Doktor Sarankan Jumlah Ini Untuk Diberi Pada Anak

Usia 1 Tahun Boleh Beri Susu Kultur Tapi Perlu Di Kawal Doktor Sarankan Jumlah Ini Untuk Diberi Pada Anak

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 210 hits
Susu kultur adalah antara contoh makanan yang mengandungi probiotik atau dipanggil bakteria baik Bakteria baik ini berfungsi meningkatkan persekitaran sihat di dalam sistem penghadaman Puan Nurbaidurah Bazid Pegawai Dietetik berkongsi bilak...
Hiburan Saya Digantung Tak Bertali Dah 10 Tahun Dia Tak Hargai Nd Lala Buang Anak Isteri Demi Penyondol

Hiburan Saya Digantung Tak Bertali Dah 10 Tahun Dia Tak Hargai Nd Lala Buang Anak Isteri Demi Penyondol

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 216 hits
Datin Fauziah iaitu merupakan isteri kepada penyanyi veteran ND Lala memaklum bahawa dirinya sudah cuba berjuang sehabis mungkin untuk menyelamatkan rumah tangga namun gagal kerana hanya dia saja berusaha Katanya dia sudah tiada masa untuk ...
Ubat Sakit Perut Anak Anak Bawah 5 Tahun

Ubat Sakit Perut Anak Anak Bawah 5 Tahun

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 203 hits
Anak anak Kerap Alami Sakit Perut Sakit perut merupakan salah satu masalah kesihatan yang kerap dialami oleh kanak kanak Ia boleh menjadi sumber ketidakselesaan pada perut The post appeared first on
Ibu Moden Menggalakkan Anak Gadisnya Memasang Alat Pencegah Hamil Untuk Elak Hamil Luar Nikah

Ibu Moden Menggalakkan Anak Gadisnya Memasang Alat Pencegah Hamil Untuk Elak Hamil Luar Nikah

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 380 hits
Sebagai Bolgger saya ingin menegaskan bahwa saya bukan dokter atau ahli kesehatan Namun saya dapat memberikan beberapa saran umum yang sering direkomendasikan untuk mencegah kehamilan 1 Kontrasepsi hormonal Gunakan pil KB patch suntikan ata...
Bapa Saudara Mengaku Bersalah Cubaan Membunuh Anak Saudara Berusia 44 Hari 3 Tahun

Bapa Saudara Mengaku Bersalah Cubaan Membunuh Anak Saudara Berusia 44 Hari 3 Tahun

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 317 hits
Seorang penganggur mengaku bersalah atas dua pertuduhan cubaan membunuh terhadap seorang bayi dan kanak kanak perempuan di Mahkamah Sesyen 2 di sini pada Rabu Tertuduh Mohammad Azmin Hamanullah 28 yang memakai pakaian hospital dalam keadaan...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration