Ada Anak 2 Nak Rehat Tu Susah Sikit Anak Rapat Rapat Eyra Hazali Akui Mencabar


Bergelar ibu pada usia yang terlalu muda iaitu pada usia 21 tahun tidak pernah membuatkan pelakon cantik manis, Eyra Hazali merasa payah dalam membesarkan dua anaknya.
Melewati Instagram ibu kepada dua anak ini, jarang-jarang sekali mendengar Eyra bertegas dengan anak sulungnya, Muhammad Hayder Qalish. Semuanya penuh kelembutan dalam membesarkan dua anaknya.

Berkongsi cerita menerusi Live Pa&Ma, Eyra yang dipilih sebagai penerima Anugerah Best Mama Mellenial 2022 mengakui kepayahan bergelar ibu kepada dua anak namun mengakui atas dasar itulah dia sentiasa belajar banyak perkara demi dua anaknya.
Apa sahaja perkembangan dua anaknya saban hari membuatkan Eyra terus mempelajari ilmu baru agar lebih mengetahui perkembangan anaknya.

“Sebenarnya nak menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan isteri bukan satu yang mudah untuk saya sebab saya pun masih muda. Tapi ada anak-anak ni beri saya cabaran, setiap hari ada sahaja ilmu baru.
“Setiap kali Hayder atau Endra ada perkembangan baru, Eyra cepat-cepat buat research. Jadi Eyra tak panic atau gabra. Insyallah dengan cara ini semuanya boleh berjalan dengan lancar,” kongsi Eyra lagi.

Ditanya cabaran menjadi ibu pada usia yang cukup muda, akui Eyra dia bersyukur kerana pengalamannya ketika remaja menjaga anak-anak sepupunya banyak mengajarnya serba sikit ilmu keibubapaan.
“Sebenarnya dari kecil lagi, cousin dan kawan kakak suka hantar anak dekat rumah jadi dari situlah Eyra banyak belajar. Macam mana nak tukar pampers, nak bagi susu, nak bagi makan. Dari situlah Eyra banyak belajar walaupun time tu baru sekolah menengah.
“Bila dengan anak ni kita kena cepat sebab kita jaga anak dari hari pertama lagi kan. Bila anak menangis nak susu kita bagi susu, nak tukar pampers kita tukarkan cepat-cepat. Nak tak nak kena keep up dan kena banyak buat research dan familylah yang selalu beri Eyra tunjuk ajar,” luah Eyra lagi.

Biarpun mencabar namun Eyra dilihat sebagai ibu yang cukup positif dalam segala hal. Baginya bukan satu kepayahan bahkan semuanya ilmu baru buat dirinya.
Jarak usia anak rapat
Namun kata Eyra, dia mengakui agak mencabar ditambah pula dengan usia dua anaknya yang rapat. Pun begitu dia bersyukur adanya suami yang begitu memahami yang sentiasa membantu.

 
“Sebenarnya nervous juga bila ada dua orang anak ni. Lebih-lebih lagi sebab jarak umur yang dekat. Jujurnya saya masih lagi belajar dengan dua anak. Tapi peranan suami tu penting sebab bila kita nak buat sorang memang tak terkejar, sebab nak me time tu memang tak sempat, nak mandi pun tak sempat.
“Bila suami cuti barulah saya ambil masa untuk nak ke mana-mana sekejap, me time untuk diri saya. Bagi Eyra, bantuan suami tu memang penting,” kongsi Eyra lagi.

Hayder abang yang penyayang
Bukan mudah memujuk anak sulungnya, Hayder menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka. Namun Eyra punya caranya yang tersendiri.
“Sebenarnya Hayder sangat penyayang. Dia cukup suka budak. Dari masa mengandung, awal-awal lagi memang dah bagitau ada adik dalam perut walaupun dia tak berapa faham.
“Mula-mula jumpa adik dia terkejut, dia tak nak pegang pun. Jadi saya tunjuk dekat dia dan beritahu inilah adik dalam perut mama.
“Hari-hari minta dia cium adik, sayang adik. Mungkin sebab hari-hari dia tengok ada adik, dia dah tahu kehadiran adik dia as family member, lama-lama dia dah boleh terima walaupun kadang-kadang tak dinafikan ada masa dia cemburu.

“Now dia dah tak ada rasa cemburu pun, dia dah tahap sayang dengan adik dia sampaikan kadang-kadang kita nak pegang pun dia tak bagi. So dari situ Eyra ajar dia untuk sayang adik macam mana dan alhamdulillah dia dah tak cemburu. Apapun saya tetap luangkan masa untuk Hayder.
“Orang kata dalam pantang kena rehat kan, tapi bila baby tidurlah saya luang masa untuk Hayder. Memang bila ada anak dua nak rehat tu susah sikit,” jelas Eyra lagi yang gembira melihat perkembangan anak sulungnya kini.
Bertegas dengan anak, kata Eyra dia meletakkan tanggungjawab itu kepada suaminya yang lebih bertegas dengan anaknya dan dia pun lebih senang memanjakan anak. Biar ada kontra. Begitu kongsi Eyra.
Menarik: Dengar Lagu Je Terus Menjerit Happy, Anak Issey Peminat Dikir Barat, Sama Minat Macam Daddy!

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Ada Anak 2 Nak Rehat Tu Susah Sikit” Anak Rapat-Rapat, Eyra Hazali Akui Mencabar! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ada-anak-2-nak-rehat-tu-susah-sikit-anak-rapat-rapat-eyra-hazali-akui-mencabar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Suruh Rehat Dari Kerja Aprena Manrose Fokus Nak Dapatkan Anak Lepas 6 Tahun Kahwin

Suami Suruh Rehat Dari Kerja Aprena Manrose Fokus Nak Dapatkan Anak Lepas 6 Tahun Kahwin

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 363 hits
Pelakon Aprena Manrose akur dengan ketentuan Tuhan apabila masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata sulung bersama suaminya Mohd Afiq Hazman meskipun sudah mendirikan rumah tangga selama enam tahun Artikel Menurut Aprena dia ...
Rumah Ada Bilik 2 Mencabar Nak Asingkan Tempat Tidur Anak Ini Tipnya

Rumah Ada Bilik 2 Mencabar Nak Asingkan Tempat Tidur Anak Ini Tipnya

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 213 hits
Mengasingkan tempat tidur anak memang sukar Apatah lagi bila rumah tidak punya lebihan bilik yang sesuai untuk anak Sudahnya anak terpaksa tidur bersama mak ayah Jangan dibiarkan kerana aurat mak ayah perlu dijaga sebaiknya Bilik tak cukup ...
Buah Berangan Sedap Tapi Susah Nak Dapat

Buah Berangan Sedap Tapi Susah Nak Dapat

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 366 hits
Buah berangan buah rare yang semakin susah nak dapat Dulu masa zaman kanak kanak abah saya suka betul beli buah berangan ni Sekarang bila jumpa buah berangan saya pula beli untuk abah Disebabkan buah berangan ni rare jarang dijumpai harga d...
Nak Bagi Anak Makan Buah Anggur Pastikan Basuh Dengan Bahan Ni Dulu Baru Bersih Manis

Nak Bagi Anak Makan Buah Anggur Pastikan Basuh Dengan Bahan Ni Dulu Baru Bersih Manis

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 264 hits
Perasan tak setiap kali makan buah anggur pasti ada waktunya kita rasa sakit tekak Semuanya disebabkan buah anggur tidak dicuci dengan bersih Buahan buahan seperti anggur yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin bagi mem...
Mikayla Nak Jadi Barbie Sambut Birthday 4 Tahun Memey Norman Tunaikan Impian Anak

Mikayla Nak Jadi Barbie Sambut Birthday 4 Tahun Memey Norman Tunaikan Impian Anak

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 276 hits
Tak salah kita menunaikan impian anak kecil kita jika berkemampuan Asal anak happy mak ayah pasti turun sama merasa bahagia Impian anak kecil Mikayla Delisha Hakim anak ketiga pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang mahu memi...
Punca Susah Nak Turun Berat Badan Fakta

Punca Susah Nak Turun Berat Badan Fakta

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 265 hits
Punca susah nak turun berat badan Makan lewat malam Kurang minum air putih Makan ketika stress Skip breakfast Tak banyak bergerak Suka minum air manisDan punca yang paling tak okay sekali sebab Tak minum air kikis lemak viral ni Rugi tau Se...
Anak Sulung Dah Besar Sekalipun Dia Tetap Rindu Nak Dibelai Peluk

Anak Sulung Dah Besar Sekalipun Dia Tetap Rindu Nak Dibelai Peluk

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 154 hits
Entah la sejak bila kita jadi cepat termarah anak Terutama pada anak yang sulung Benar dia anak yang paling tua antara adik adiknya Tapi dia juga anak yang paling awal dan paling lama ada bersama dengan kita Menurut Influencer Parenting Moh...
Tak Nak Berenggang Langsung Tak Normal Untuk Anak 4 Tahun Nak Jarakkan Kena Ada Trik

Tak Nak Berenggang Langsung Tak Normal Untuk Anak 4 Tahun Nak Jarakkan Kena Ada Trik

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 270 hits
Sukar jadinya bila anak asyik nak melekat 24 jam dengan ibu atau ayah Rasa diri takut dari ancaman dari wajah yang asing Ini sebenarnya yang dirasakan anak kecil kita Pun begitu menurut Penulis Keibubapaan Pn Wan Nur Syakira sikap ibu ayah ...
Main Petai Dah Nak Sejam Tak Perlu Mainan Mahal Petai Buat Anak Elfira Loy Duduk Diam

Main Petai Dah Nak Sejam Tak Perlu Mainan Mahal Petai Buat Anak Elfira Loy Duduk Diam

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 323 hits
Melewati Instagram pelakon Elfira Loy dengan gelagat dua anak saban hari memang mencuit hati Paling menarik pastinya si comel Muhammad Rayyan Khalaf anak sulung Elfira yang semakin aktif meraih perhatian ibunya saban waktu Berkongsi gelagat...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa