Ada Anak 0 6 Tahun Buat Persiapan Ini Bila Masuk 6 7 Tahun Anak Bersedia Untuk Menulis Membaca
Ramai yang salah sangka. Bila pakar kata jangan kalut ajar anak bawah 6 tahun membaca, tak bermakna kita kena biar kan anak tu tak buat apa-apa.
Salah faham ni sangat bahaya.
Apa yang lagi seram, kenyataan ‘biar anak bermain’ tu diambil untuk membenarkan anak dibiar bermain gajet berjam-jam lamanya.
Bermain game di skrin tidak dikira sebagai bermain tau. Malah, kanak-kanak yang menghadap skrin berjam-jam lamanya berisiko untuk mengalami Global Development Delay.
Ya, kita jangan tergopoh-gapah ajar anak kecil membaca. Tapi kita perlu sediakan stage yang betul. Supaya bila dah masuk usia 6-7 tahun, dia dah ada kesediaan untuk mula membaca. Mula menulis. Mula bersedia untuk menghadapi persekolahan.
Jadi, apa kita nak buat pada anak 0-6 tahun?
Cadangan :
🧩 Kurangkan kebergantungan pada penggunaan peralatan bayi seperti walker dan rocker. Dan galakkan anak tummy time dan merangkak (sambil diawasi)
🧩 Bawa anak keluar menikmati alam sekitar sambil explore deria badan.
-Pijak rumput, kocak air laut, pegang bunga, tengok daun, dengar bunyi burung dan sebagainya
🧩 Bermain dengan tekstur dan messy play untuk meransang deria sentuhan anak. (since ramai anak penggeli dan ada masalah deria sentuhan)
Contoh :
– main pasir
– main ais
– main warna
– main tepung / doh
🧩 Lakukan self-talk dan parallel-talk dengan anak walaupun anak masih belum mampu bertutur
🧩 Melibatkan anak sewaktu memasak. Ajar anak cium bau rempah, bau daun, rasa masam buah dan sebagainya
🧩 Melakukan read aloud kepada anak menggunakan buku-buku yang interaktif
🧩 Memperkenalkan aktiviti menggunakan educational toys mudah
🧩 Kurangkan melarang. Cukup sekadar pantau

🧩 Tanda anak mempunyai kesediaan akademik yang baik adalah :
– Mudah mengingat huruf
– Mengenal bentuk dan warna
– Tidak mudah penat apabila menulis
– Daya fokus yang baik
– Boleh fokus duduk di atas kerusi dalam jangka masa 20 minit setiap sesi
– Boleh memberi respon di dalam kelas dengan baik
– Boleh bergaul dengan baik.
– Ada minat yang baik terhadap buku
Kalau ikut fitrah perkembangan kanak-kanak (bukan ikut sistem sekolah), Boleh membaca dengan lancar adalah bonus.
Kredit: Wawa Shauqi,Penulis keibubapaan
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Ada Anak 0-6 Tahun? Buat Persiapan Ini, Bila Masuk 6-7 Tahun Anak Bersedia Untuk Menulis, Membaca appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ada-anak-0-6-tahun-buat-persiapan-ini-bila-masuk-6-7-tahun-anak-bersedia-untuk-menulis-membaca/