Bertuah Badan Baru Usia 2 Tahun Satu Famili Kumpul Duit Nak Hadiahkan Lori Paling Mencabar Saat Angkut Masuk Bezza


PELBAGAI idea kreatif dirancang sebagai kejutan hadiah hari jadi buat insan tersayang.
Seorang kanak-kanak begitu ceria apabila menerima permainan replika lori yang boleh dipandu.
Bercakap kepada mStar, Muhammad Akmal Mohamad Azwan berkata, kejutan dibuat sempena ulang tahun kelahiran anak saudara lelakinya yang ke-2 pada 11 September lalu.
Mengenai majlis hari jadi yang disambut pada bulan lalu itu, katanya, hadiah tersebut diidamkan anak saudaranya, Iqwan Danish Muhammad Iqbal yang menyukai kenderaan itu.
“Anak buah memang rapat dengan saya. Dia memang minat dengan lori, kalau nampak mana-mana permainan lori pasti minta dibelikan.
“Sempena hari jadi dia, saya bincang bersama keluarga termasuk mak ayah dia tentang hadiah yang menarik selain mainan lori kecil dah banyak dia ada,” katanya ketika dihubungi.

Akmal membuat persiapan kejutan hadiah hari jadi buat anak saudara.
Pemuda berusia 24 tahun itu berkata, minat anak saudaranya terhadap permainan kenderaan itu turut dipengaruhi oleh pekerjaannya sebagai pemandu lori.
“Dah empat tahun saya kerja bawa lori, dari anak buah belum lahir lagi. Bila selalu jumpa anak buah, pasti dia minta saya bawa jalan-jalan naik lori.
“Secara kebetulan, saya ternampak mainan replika lori yang menggunakan bateri dan alat kawalan jauh, semasa melalui sebuah kedai permainan ketika bekerja.
Video:
@kemalkutok97Birthday anak buah . Nasib baru sorang . Layan kn jelah . #Budakbijak#Pilotkecik2years…
♬ original sound – KemalKutok – KemalKutok

“Saya fikir kenapa tidak hadiahkan lori tu? Konsepnya macam main basikal atau mainan replika kereta dan motosikal,” ujarnya yang berasal dari Klang, Selangor.
Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, bersama keluarga beramai-ramai, mereka mengumpul wang bagi membeli permainan replika lori.
“Kami satu famili kumpul duit beli lori tu. Harga asal RM1,800 sebuah, tapi dapat special offer iaitu RM1,500,” katanya yang bertugas melibatkan servis penyelenggaraan pam air.

Lori permainan menggunakan alat kawalan jauh.
Lebih mesra disapa Akmal, katanya, kepala lori yang berwarna putih kemudian dicat dengan biru untuk disamakan warna kereta kedua-dua ibu bapa anak saudaranya.
Akmal turut berkongsi pengalaman selepas membeli hadiah permainan replika lori yang boleh menampung muatan maksimum 30 kilogram itu untuk dibawa pulang ke rumah.
Dah empat tahun saya kerja bawa lori, dari anak buah belum lahir lagi. Bila selalu jumpa anak buah, pasti dia minta saya bawa jalan-jalan naik loriMUHAMMAD AKMAL MOHAMAD AZWAN“Masa saya beli tu pada hari cuti, dan lori tu kepunyaan syarikat yang ditinggalkan di parking di tempat kerja. Jadi, kami guna kereta Perodua Bezza milik bapanya untuk bawa balik mainan tu.
“Kami leraikan mainan lori tu kepada dua bahagian iaitu bahagian kepala dan rangkanya. Memang mencabar nak bawa masuk dalam kereta menggunakan tenaga empat orang termasuk saya dan bapanya, tapi syukur akhirnya muat juga selepas hampir sejam,” katanya.

Akmal (kiri) bersama anak saudara yang seronok menaiki lori permainan.
Bagi menampilkan kelainan, jelasnya, hadiah tersebut dibawanya menggunakan lori yang dipandunya untuk tugasan sempena majlis sambutan hari jadi anak saudaranya.
“Idea tersebut timbul selepas mendapat inspirasi daripada orang lain yang bawa hadiah basikal guna lori. Alang-alang hadiah tu lori, jadi bawa balik dengan naik lori juga.
“Anak buah excited dapat hadiah tu. Sekarang tak perlu lagi tunggu saya bawa dia jalan-jalan naik lori sebab dia dah ada ‘lori’ sendiri!” katanya.
Komen Netizen:




Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar


Sumber: Sinar Viral

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2021/12/bertuah-badan-baru-usia-2-tahun-satu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Titik Nol Kilometer Yogyakarta Akan Dipagar Cegah Kerumunan Saat Tahun Baru

Titik Nol Kilometer Yogyakarta Akan Dipagar Cegah Kerumunan Saat Tahun Baru

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 147 hits
Selain itu Pemkot Yogyakarta disebut Heroe juga akan menutup kawasan Alun alun Selatan
Cegah Kecelakaan Saat Natal Dan Tahun Baru Tim Urai Disiapkan Polisi Di Tol Solo Ngawi

Cegah Kecelakaan Saat Natal Dan Tahun Baru Tim Urai Disiapkan Polisi Di Tol Solo Ngawi

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 179 hits
Kepolisian membentuk tim urai di jalur tol Solo Ngawi sepanjang 91 kilometer menjelang libur Natal dan Tahun Baru 2022 Tim urai yang dilengkapi moge akan bertugas mengurai lalu lintas saat terjadi kecelakaan maupun kemacetan di tol
Masuk Usia 2 Tahun Ini Jumlah Gigi Si Kecil Anda Yang Perlu Tumbuh

Masuk Usia 2 Tahun Ini Jumlah Gigi Si Kecil Anda Yang Perlu Tumbuh

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 224 hits
Perkembangan gigi anak adalah proses transformasi berterusan sehingga mereka memasuki alam dewasa Untuk lebih lanjut berikut adalah pecahan pertumbuhan gigi anak anda Jenis gigi anak Terdapat empat jenis gigi utama Setiap satunya adalah uni...
Baru Keluar Dari Hospital Zul Ariffin Dapat Hadiah Paling Bernilai Memang Penutup Tahun 2021 Yang Baik

Baru Keluar Dari Hospital Zul Ariffin Dapat Hadiah Paling Bernilai Memang Penutup Tahun 2021 Yang Baik

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 223 hits
Sebelum ini pelakon Zul Ariffin pernah dikejarkan ke sebuah pusat perub4tan swasta ekoran masalah tek4nan d4rah tinggi atau hypert3nsion Ketika ditemui ketika Festival Filem Malaysia ke 31 Zul 35 mended4hkan dia baru sahaja keluar daripada ...
Wagub Dki Tegaskan Tak Ada Penyekatan Saat Natal Dan Tahun Baru Di Jakarta

Wagub Dki Tegaskan Tak Ada Penyekatan Saat Natal Dan Tahun Baru Di Jakarta

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 176 hits
Riza menambahkan Pemprov DKI tidak akan memberlakukan kebijakan surat izin keluar masuk saat libur Natal dan Tahun Baru
Hiburan Saat Yang Paling Mengubah Hidup Kami Little Mix Kenang Kembali Kemenangan Di X Factor

Hiburan Saat Yang Paling Mengubah Hidup Kami Little Mix Kenang Kembali Kemenangan Di X Factor

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 152 hits
Kumpulan penyanyi antarabangsa mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi kumpulan penyanyi pertama memenangu pertandingan nyanyian realiti popular X Factor Walaupun kini ahlinya hanya tinggal betiga selepas Jesy Nelson mengambil keputusan...
Asyar Buat Umi Duduk Baru 2 Tahun Lebih Tapi Dah Pandai Jaga Ummi

Asyar Buat Umi Duduk Baru 2 Tahun Lebih Tapi Dah Pandai Jaga Ummi

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 304 hits
Isteri kepada bekas peserta Pencetus Ummah Abu Sufyan iaitu Ain Afini berkongsi moment menjadi ibu di usia yang muda kepada dua anak kecil di laman Instagramnya Tambahnya moment ini sangat berharga walaupun mengakui kadang kadang ada cabara...
Usia 6 Bulan Bagi Bubur Kosong Baru Anak Tak Memilih Rasa Nikmat Makanan

Usia 6 Bulan Bagi Bubur Kosong Baru Anak Tak Memilih Rasa Nikmat Makanan

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 231 hits
Pada usia 6 bulan anda boleh mula memperkenalkan makanan kepada bayi Untuk permulaan pastikan anda menghidangkan bubur nasi kosong tanpa tambahan perisa ARTIKEL BERKAITAN Perkara ini SANGAT PENTING untuk membina deria rasa yang baik agar an...
Tak Sempat Nak Bermanja Pengantin Baru Ditahan Polis Disyaki Terbabit Dalam Samun Bersenjata

Tak Sempat Nak Bermanja Pengantin Baru Ditahan Polis Disyaki Terbabit Dalam Samun Bersenjata

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 201 hits
Hasrat seorang kelindan lori untuk menikmati kebahagian di hari pertama perkahwinan terbantut apabila dia ditahan polis untuk membantu siasatan kes samun berkumpulan dan bersenjata Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berk...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Ringgit Closes Almost Unchanged As Opr Remains At 3

Asal Usul Coca Cola

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

Spiritual Leader Indians May Vote For Bersatu Candidate Because Of Pas

Staycation Di Flemington Hotel Taiping



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Harum Mewangi

Websitepgslot 4 May 67 Pgslot Top 36 By Joy Temmax69 Temmax69 Me

Pgslot Pgslotth Games 24 24 Pg Top 32 By Shona

Crisis Management 101

Elok Kita Saja Yang Tanam Bawang Harian Metro 09 05 2024

Tarikh Bayaran Gaji Ogos 2024