Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


 Assalamualaikum...
SETIAP kali nampak siput sedut di pasar, mesti terbayang sedapnya jika dapat makan Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. Tapi, nak menyiangnya tu, bercintalah pulak. Jadinya, cuma hanya memandang jer la plastik siput tu sambil berlalu. Nak beli yang dah siap masak, sekali sekala bolehlah. Tu tak pa, rasa tak puas menyedut. Orang kaya pun kata mahal siput sedut dah siap masak tu, apalagi yang tak berapa kaya macam Sk, hahaha

Mana tak mahalnya. Yang masih hidup pun RM16 sekilo. Tu belum kos pekerja, tukang masak, bawang, cili, kunyit, serai, halia dan santan. Kalau dimasukkan keladi ke atau sayur-sayur lain lagi bertambah kos. Belum campur lagi kos gas dan sewa kedai, bil api air semua. Jadi, tak boleh komplen sangat la kenapa makan di luar mahal

Nekad jugaklah beli siput masa ke Pasar Pontian, Sabtu lepas. Balik dari pasar terus ke kedai beli kelapa parut. Tu pun ada halangan jugak, kelapa tak ada dan yang ada pulak, tak elok. Mujur dapat jugak kelapa parut di kedai yang ketiga, mujur semua kedai ni dekat-dekat aje. Sampai rumah, terus masukkan siput dalam besen dan serkup dengan bakul buah. Cari bakul yang biasa tak jumpa, siapa tah pinjam? Hahahahaha

Kelapa parut tadi, masukkan dalam jug blender dan perahkan santannya. Santannya simpan dulu dalam peti sejuk. Cadangnya nak masak siput tu petang tu jugak. Hampas kelapa tu, tabur dan gaulkan pada siput. Sk belajar petua ni dari Che Mat Gebu, tujuannya untuk men'suci'kan siput tu. Ialah, depa kan duduk dalam lumpur, makanannya tentulah lumpur. Bila kita bagi hampas tu, dia makanlah hampas tu, jadi tak adalah siput kita rasa lumpur. 

Tayangan dari dalam periuk, Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. Masak hari esoknya sebab petang tu Pak Inche kata, nak makan Nasi Kenduri. Punyalah risau siput-siput ni mati sebab dah hampir 24 jam duduk dalam besen. Nasib baiklah dah bagi makan hampas kelapa, taklah depa mati kelaparan, hahahaha. Siput, kalau dah mati sebelum dimasak, akan jadi pahit rasanya


Ada orang cuci dulu siput ni sebelum masukkan hampas kelapa tapi Sk tak cuci, biar jer dia menikmati detik-detik terakhir habitat asalnya yang berlumpur tu. Lagipun tak tahu, bila nak masak, takut dia mati cepat bila cuci dengan air paip yang berklorin


Tabur jer hampas kelapa pada siput tu dan gaulkan. 

Lepas tu biarkan semalaman lebih elok. Paling cepat dua jam

Bagus jugaklah Sk guna bakul buah ni, lubangnya besar-besar, cepat nak bersihkan lumpur tu, pancit air terus bersih. Ni Sk bawa ke luar rumah, cuci guna paip luar di halaman yang berumput, senang kerja

Lepas bilas, barulah potong bontot siput tu. Potong jangan terlalu sikit dan jangan sampai lebih separuh. Sebab kalau lebih separuh nanti isi siput akan tersangkut di bahagian cengkerang yang dalamannya melingkar. Kalau potong sikit sangat, susah pulak nak sedut, hihi


Puas hati betullah dapat menyedut siput yang dimasak sendiri. Memang lain rasa dan tekstur siput ni dari yang biasa makan di kedai. Kuah masak lemak tu pun sedap gilos. Iman siap buat hashtag, #sedutsedutjangansampaisemputHahahahahaha

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan :1 kilogram siput sedut 1" kunyit hidup (kisar halus)1" halia (kisar halus)1 genggam cili api (kisar halus)1 batang serai diketuk1 biji kelapa1 kiub pati ikan bilis2 asam gelugor2 helai daun kunyit disiatGaram secukup rasaAjinomoto jika suka
Cara-cara :
1. Perah kelapa, dapatkan dalam 4 cawan santan, simpan dalam peti sejuk

2. Hampas kelapa tabur pada siput, biarkan semalaman

3. Selepas semalaman, bilas siput dan potong 1/3 bontot siput, bilas semula

4. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk, panaskan hingga cili masak

5. Masukkan serai dan santan, masak seketika

6. Masukkan siput, asam gelugor, kiub pati ikan bilis dan daun kunyit, masak hingga mendidih

7. Tambah garam secukup rasa dan ajinomoto jika suka

8. Renihkan sebentar dan boleh matikan api


Goreng udang. Udang tu cuma perap dengan garam dan kunyit, kemudian goreng. Iman tak makan siput sedut, tu la sebabnya gorengkan udang ni. Yang pelik Siput Gonggong, suka pulak. Tu pun mula dia makan udang dengan nasi semata, paksa dia ambil kuah lemak siput tu, jadi adalah rasa macam makan Udang Masak Lemak Cili Api, kan.. hahahaha


Goreng ikan gelama kering atas permintaan Pak Inche. Cuci bersih ikan kering, toskan, kemudian goreng. Ada orang panggil ikan masin kan, tapi Sk dah biasa panggil ikan kering. Sedaplah rasa masin-masin dan garing-garing bila digandingkan dengan siput yang lemak-lemak tu. Yang tak lengkap cuma tak ada sambal belacan. Nasib baik tak ada orang mengamuk, Sk masak lemak tak ada sambal belacan... hahahahaha.. hahahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/01/siput-sedut-masak-lemak-cili-api.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api Pedas Berapi

Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api Pedas Berapi

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 743 hits
Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api Pedas Berapi Masak apa dinner korang Tapau atau masak sendiri Kalau masak sendiri kita geng kalau tak sempat masak nak buat macam mana kan Kadang kadang jalan jem pun boleh jadi sebab kita tak sempat masak ...
Sambal Sotong Ayam Masak Lemak Cili Api Menu Tengahari Ni

Sambal Sotong Ayam Masak Lemak Cili Api Menu Tengahari Ni

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 333 hits
Assalamualaikum Hi korang Hari ni cukup 2 lauk je ye eh 3 la sebab nak goreng ikan masin jugak hari ni xde sayur sebab dah abis stock ada la Pak Zain beli macam sawi tapi pahit giler Pak Zain salah capai dia kata dia capai sawi terus masuk ...
Cara Masak Bakso Mudah Tapi Sedap Sup Ringkas Siap Sambal Cili Power

Cara Masak Bakso Mudah Tapi Sedap Sup Ringkas Siap Sambal Cili Power

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 354 hits
Hidangan seperti bihun mungkin sudah terbiasa bagi anak anak kita Apa kata kali ini kita cuba kelainan dengan menghidangkan bakso pula untuk anak anak Resipi bakso simple tapi sedap menyengat perkongsian Nor Asiah ini mama wajib cuba Sedap ...
Cara Simple Masak Nasi Lemak Pandan Sambal Ayam Goreng Berempah

Cara Simple Masak Nasi Lemak Pandan Sambal Ayam Goreng Berempah

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 280 hits
Menu nasi lemak antara yang mudah untuk dimasak dan senang disediakan buat hidangan keluarga Resipi nasi lemak pandan bersama sambal dan ayam goreng berempah yang dikongsi Nurul Huda Sulaiman ini mudah saja untuk dimasak NASI LEMAK BERSAMA ...
Resepi Ayam Masak Cili Kering Memukau

Resepi Ayam Masak Cili Kering Memukau

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 222 hits
Resepi Ayam Masak Cili Kering Memukau MASAKAN berasaskan ayam memang selalu digemari ramai tidak kira kanak kanak mahupun dewasa Hampir semua keluarga sangat menyukai ayam dan menjadikannya lauk pauk harian Bila sebut pasal ayam aduhai Tiba...
Cara Mudah Buat Cili Jeruk Tanpa Masak Potong Gaul Siap

Cara Mudah Buat Cili Jeruk Tanpa Masak Potong Gaul Siap

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 233 hits
Kalau makan mi nasi atau kuey teow goreng memang sedap kalau dinikmati bersama cili jeruk ni Ada cara yang mudah dan cepat untuk buat cili jeruk tanpa masak Cara yang dikongsikan saudari Aisyah Humaira ini hanyalah potong dan gaul dah siap ...
Zarina Anjoulie Sound Balik Netizen Tegur Haram Buat Rawatan Sedut Lemak

Zarina Anjoulie Sound Balik Netizen Tegur Haram Buat Rawatan Sedut Lemak

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 164 hits
Zarina Anjoulie Sound Balik Netizen Tegur Haram Buat Rawatan Sedut Lemak Pelakon sensasi Zarina Anjoulie memang dikenali sebagai seorang artis yang lantang mengeluarkan pendapatnya sendiri di platform media sosial Zarina atau lebih dikenali...
Sedapnya Lauk Pucuk Ubi Masak Lemak

Sedapnya Lauk Pucuk Ubi Masak Lemak

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 276 hits
Assalamualaikum semua Alhamdulillah dah setengah bulan Januari 2022 dah kita Cepat betul rasa masa berlalu Masa bawa anak anak balik ke kampung dua minggu lepas mak ada masakkan lauk pucuk ubi masak lemak Lama betul tak makan lauk ni Kalau ...
5 Bahan Je Resipi Kuih Siput Lemak Manis Rangup Yang Super Sedap

5 Bahan Je Resipi Kuih Siput Lemak Manis Rangup Yang Super Sedap

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 444 hits
Sebut sahaja Kuih Siput sama ada yang berempah atau lemak manis ramai yang menyukainya Rangup dan enak Sekali makan memang ralit dibuatnya Nak buatnya pun mudah je Hanya menggunakan 5 bahan mudah anda sendiri boleh hasilkan untuk kudapan su...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

Posting Di Ig Raih Perhatian Assistant Cik Epal Dibelasah Jofliam Aku Jumpa Kau Pecah Muka Kau

Kepulangan

Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year