Acap Mak Kat Sini Baliklah Ye Nak




“ACAP...Acap..mak kat sini...balik Acap,” demikian panggilan pilu ibu Mohammad Ashraf Hassan, 29, dalam usaha mencari peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak 23 Mac lalu.

Walaupun ada masalah kesihatan jantung, Siti Maznah Khamis, 62, menggagahkan diri memasuki hutan dan mendaki bukit di kawasan anak kelima daripada tujuh beradik itu dipercayai hilang.

Rakaman video usaha keluarga mencari mangsa yang mesra dipanggil Acap dikalangan keluarga dan rakannya itu tersebar hari ini dan video itu meruntun hati mereka yang menontonnya.

Sejak kehilangan Pembantu Makmal di Klinik Kesihatan Daerah Muar, Johor itu dilaporkan, ahli keluarganya berkumpul di situ bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kehilangan mangsa selain turut membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini memasuki hari ke-10.

Abangnya, Mohd Zahiruddin, 35, berkata, mereka tidak pernah putus harapan dan akan terus berusaha mencari Acap setiap hari tidak kira waktu hingga jumpa.

“Ibu ada sakit jantung, tetapi semangatnya kuat untuk mencari Acap termasuk mendaki bukit serta masuk hutan walaupun pada waktu malam.



“Kami sekeluarga sejak dari awal hingga kini masih berusaha mencarinya dengan menyusuri laluan larian, kawasan sungai dan hutan bersama pasukan SAR serta penduduk kampung,” katanya hari ini.

Menurutnya, ibu bapanya serta kakak dan adik-adik lain turut membantu mencari dan mereka menetap di inap desa berhampiran bagi memudahkan urusan pencarian.

“Selain menyertai operasi mencari kami turut berusaha cara perubatan Islam dengan mendapatkan bantuan ustaz serta ibu juga tak pernah putus membuat solat hajat memohon Acap segera ditemui.

“Belum ada sebarang petunjuk setakat ini mengenai keadaan dan lokasi di mana adik berada dan kami mohon orang ramai turut sama mendoakan agar Acap dijumpai,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Acara Gopeng Ultra Trail 2019, Muhammad Irwan Yusuf berkata, larian terbabit adalah penganjuran kali ketiga sejak 2017 dan laluannya pernah digunakan pada penganjuran program sebelum ini.

“Kalau nak diikutkan laluan itu adalah kawasan kampung, banyak rumah serta kebun manakala laluan sebelum ke Gua Tempurung pula laluan berbatu yang aktif digunakan penduduk kampung dan pasukan bomba turut mengatakan ia bukan laluan berbahaya untuk pelari,” katanya.

Menurutnya, selain membantu operasi mencari pihaknya juga memberi tumpuan kepada ahli keluarga mangsa dengan memastikan segala kebajikan mereka terjaga termasuk penginapan.

sumber : hmetro.com.my © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Sumber (Video) 'Acap...mak kat sini...baliklah ye nak'

Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/04/video-acapmak-kat-sinibaliklah-ye-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nampak Mak Tak Acap Mak Kat Sini Jalan Sikit Lagi Sebak Rintihan Ibu Rayu Acap Pulang

Nampak Mak Tak Acap Mak Kat Sini Jalan Sikit Lagi Sebak Rintihan Ibu Rayu Acap Pulang

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 1022 hits
Nampak Mak Tak Acap Mak Kat Sini Jalan Sikit Lagi Sebak Rintihan Ibu Rayu Acap Pulang Esok masuk hari kesepuluh kehilangan Mohamad Ashraf atau dikenali sebagai Acap Peserta acara larian denai Gopeng Ultra yang bermula di Gua Tempurung Gopen...
Takut Nak Tinggalkan Anak Kepada Pengasuh Dazrin Sanggup Usung Sana Sini

Takut Nak Tinggalkan Anak Kepada Pengasuh Dazrin Sanggup Usung Sana Sini

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 673 hits
PELAKON Dazrin Kamarudin memberitahu dia dan isteri sepakat memilih untuk menjaga sendiri anak sulung mereka iaitu Dasuki tanpa bantuan pengasuh Menurut Dazrin 30 isu penderaan kanak kanak membabitkan pengasuh membuatkan dia takut dan bimba...
Kalau Anak Sembelit Mesti Mak Mak Nak Tukar Susu Susu Tak Bersalah Kalau Anak Sembelit Tengok Punca Dari Pelbagai Sudut

Kalau Anak Sembelit Mesti Mak Mak Nak Tukar Susu Susu Tak Bersalah Kalau Anak Sembelit Tengok Punca Dari Pelbagai Sudut

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 600 hits
Sembelit 70 disebabkan dari pemakanan anak yang kurang tepat Sembelit akibat susu adalah jarang sekali dan jika ya bukan disebabkan komposisi susu tersebut malah lebih kepada cara bancuhan susu yang kurang tepat Cuba baca dengan selanjutnya...
Nafkah Kapel Utamakan Mak Ayah Dulu Trend Mengarut Belum Kahwin Dah Sibuk Nak Bagi Nafkah Couple

Nafkah Kapel Utamakan Mak Ayah Dulu Trend Mengarut Belum Kahwin Dah Sibuk Nak Bagi Nafkah Couple

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 1217 hits
Nafkah kapel Utamakan Mak Ayah Dulu Trend mengarut Belum kahwin dah Sibuk nak bagi nafkah couple Semakin menjadi jadi kepelikan anak anak muda kita zaman sekarang pelbagai trend baru yang diperkenalkan ada yang boleh diterima akal namun ada...
Penat Jaga Ameena Tapi Nikmatnya Tak Boleh Nak Share Mak Mak Je Tahu Feeling Ni Shakilla Khoriri Enjoy Berpantang

Penat Jaga Ameena Tapi Nikmatnya Tak Boleh Nak Share Mak Mak Je Tahu Feeling Ni Shakilla Khoriri Enjoy Berpantang

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 662 hits
Berpantang sememangnya momen indah setiap ibu Begitu juga yang dilalui oleh selebriti yang satu ini Shakilla Khoriri yang masih berpantang selepas melahirkan anak sulungnya Ameena Sofea pada 15 Mac lalu Shakilla sempat berkongsi rasa penatn...
Belajar Tak Fokus Macam Mana Nak Dapat Kisah Selempang Pink Ayah Sebak Mak Mera Juk Dua Hari

Belajar Tak Fokus Macam Mana Nak Dapat Kisah Selempang Pink Ayah Sebak Mak Mera Juk Dua Hari

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 845 hits
Kau belajar main main macam mana nak dapat Kisah selempang pink Ayah sebak Mak merajuk dua hari Seorang bapa kecewa apabila anaknya tidak memakai selempang merah jambu pada majlis konvokesyen tamat pengajian diploma di Universiti Teknologi ...
Abg Kakak Keje Kerajaan Kereta Jenama H Tapi Biarkan Mak Keje Jaga Tandas Semata Mata Nak Sara Aku Masih Belajar

Abg Kakak Keje Kerajaan Kereta Jenama H Tapi Biarkan Mak Keje Jaga Tandas Semata Mata Nak Sara Aku Masih Belajar

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 438 hits
Foto sekadar hiasan Nama saya Wina Umur saya 23 tahun Saya lepasan SKM yang tersilap memilih bidang namun berusaha menamatkan pengajian meskipun selepas tamat belajar tiadalah mendapat pekerjaan dalam bidang yang dipelajari Masa saya study ...
Prkrantau Tok Mat Orang Sini Senang Nak Jumpa Penduduk Rantau

Prkrantau Tok Mat Orang Sini Senang Nak Jumpa Penduduk Rantau

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 863 hits
Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan disifatkan oleh penduduk sebagai individu yang paling layak mewakili mereka Berlatarbelakangkan anak tempatan serta telah banyak membantu d...
Ecah Rindu Anak Sulong Acap Cari Setiap Kali Nak Tidur

Ecah Rindu Anak Sulong Acap Cari Setiap Kali Nak Tidur

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 413 hits
Ecah Rindu Anak Sulong Acap Cari Setiap Kali Nak Tidur Ecah rindu Anak sulung Mohammad Ashraf Hassan 29 atau Acap merindui bapanya Umur Ecah setahun setengah Dia amat rapat dengan daddy dia Setiap malam setiap kali nak tidur Ecah akan cari ...
Singapore S Success A Lesson Malaysia Can No Longer Ignore

Zafrul Rm1 Trillion Commitments To Us Not Govt Funds Bumi Rights Protected

You Want The Truth Prosecution Cites A Few Good Men To Dismiss Najib S Saudi Donation Claim In 1mdb Trial

Sabah Sarawak Left Out Again As Us Trade Deal Favours Peninsula Leaders

Johor Becomes Malaysia S First Smart State Five Years Ahead Of Schedule

Stop Pr Spin And Call Trade Deal What It Truly Is Muda

Mitra Disbursed Rm100mil To Empower Indian Community Says Ramanan

Mywira Cara Mohon Pengeluaran Ltat 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Atur Keuangan Gen Z Cerdas Di Era Cashless Digital

Cara Beli Motor Secondhand Tanpa Rugi Panduan Lengkap 2025

Hypothyroid Bukan Automatik Kanser Tiroid

Spontaneous Thursday

Kelantan Pasangan Kekasih Mengaku Tak Salah Rompak Barang Kemas Rm5 76 Juta

Just Revoke Citizenship Of Muhyiddin S Sil For Using Foreign Passport If It S So Difficult To Track Him Down