Abu Bakar As Siddiq Memerangi Kaum Murtad



Kalau saya menyebut nama Abdul Kaabah ataupun Abdullah ibni Abi Qahafah, pasti tiada seorang pun antara kita yang mengenali siapakah gerangan pemilik nama itu. Namun, itu adalah Abu Bakar As-Siddiq yang merupakan khalifah pertama umat Islam. Nama beliau sebelum memeluk Islam ialah Abdul Kaabah, yang membawa maksud Hamba Kepada Kaabah”. Nama beliau selepas Islam ialah Abdullah ibni Abi Qahafah. Panggilan Abu Bakar kepada beliau lahir akibat sikap beliau yang suka menternak unta.
Nama Bakar itu pun membawa maksud unta muda. As-Siddiq pula bermaksud “membenarkan” kerana sikap beliau yang sentiasa membenarkan apa sahaja yang dikatakan oleh Rasulullah seperti peristiwa isu Isra’ Mikraj.
Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, sebuah majlis yang dianggotai oleh Ansar dan Muhajirin telah ditubuhkan untuk membincangkan siapakah gegerangan dan calon khalifah pengganti tempat Rasulullah. Nama Abu Bakar telah dipetik dan akhirnya dipilih.
Ketika dalam majlis itu, nama Umar dan Abu Ubaidah telah dicadangkan oleh Abu Bakar namun Umar telah menyambar tangan Abu Bakar dan memberi baiah kepada Abu Bakar dan akhirnya perbuatan diikuti oleh semua orang Ansar dan Muhajirin.
Pada zaman awal pemerintahan Abu Bakar, kita menyaksikan di mana terdapat pemberontakan yang datang daripada puak dan kabilah arab melawan pemerintah. Ada puak pula yang mendakwa bahawa bilamana Rasulullah telah wafat, maka mereka telah bebas dari ajaran Islam dan ada pula puak yang mengangkat seorang lelaki dari kalangan mereka dan mendakwa bahawa itu adalah rasul baru dan mereka berhak melawan khalifah. Maka peperangan antara Abu Bakar melawan puak nabi palsu adalah permulaaan rentetan Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Peperangan ini dikenali sebagai Perang Ridda.
PERANG RIDDA
Perang ini diketuai oleh Abu Bakar yang bersifat kempen Abu Bakar melawan puak-puak arab yang memberontak dan mendakwa sebagai nabi. Antaranya ialah Tulayha dan Musaylimah serta Saljah.
Usamah Bin Zaid telah diarahkan oleh Abu Bakar untuk mengerahkan batalion askar untuk memulakan ekpedisi menundukkan puak-puak arab di jaziriah arab yang memberontak dan mendakwa sebagai nabi. Lokasi pertama yang menjadi destinati Usamah adalah Tabuk. Puak-puak arab di kawasan Tabuk telah mengisytiharkan perang ke atas Usamah tetapi akhirnya berjaya dikalahkan oleh Usamah. Usamah kemudian bergerak ke beberapa lokasi untuk meneruskan kemaraan tentera Islam di bawah pimpinan beliau.
Dalam masa yang sama, Kota Madinah yang menjadi pusat pemerintahan Abu Bakar pula menjadi mangsa apabila par apemberontak mengetahui bahawa hampir kebanyakan askar Madinah telah ikut bersama Usamah untuk berperang dan berkempen membersihkan bumi arab daripada pemberontak. Seorang nabi Palsu bernama Tulayha telah mengumpulkan askar untuk menyerang Madinah. Maklumat ini sampai di telinga Abu Bakar, maka tentera dikumpulkan bersama pangilma perang yang bukan calang-calang orang seperti Ali bin Abi Talib, Talha bin Ubaidullah serta Zubair Al-Awam.
Keesokan harinya Abu Bakar mengetuai askar ini dan bergerak ke tempat kubu musuh. Askar yang tidak bersedia itu diserang hendap oleh musuh dan akhirnya tentera Islam terpaks aberundur ke Madinah kembali. Askar kembali disusun oleh Abu Bakar dan keesokan harinya, dan menyerang pemberontak pada waktu malam.
Pemberontak telah berundur ke Dhu Qhissa dan Abu Bakar selepas menawan kubu pemberontak kembali ke Kota Madinah menunggu kepulangan Usama, untuk sama-sama menyerang sisa baki pemberontak sebelum mereka memenangi peperangan ini.
Kemudian beberapa siri peperangan berlaku lagi di bawah Abu Bakar untuk membersihkan bumi arab daripada nabi palsu. Antaranya ialah melawan bala 40, 000 orang tentera Musailamah al Khazab di bawah pimpinan Ikram bin Amru. Tentera Islam hampir sahaja kalah dalam pertempuran ini sebelum Khalid Al-Walid menggunakan kebijaksanaan akalnya membantu tentera Islam.
EKPEDISI MENAWAN PARSI
Selepas berjaya memenangi siri peperangan dengan para pemberontak, maka Saidina Abu Bakar mula merancang sesuatu yang lebih hebat daripada itu. Setelah sekian lama kita melihat bagaimana bangsa arab ditindas oleh dua empayar hebat di kiri dan kanan jaziriah mereka, maka inilah masanya untuk bangsa yang telah lama hidup dalam kehinaan untuk kembali menunjukkan taringnya. Lalu, Abu Bakar melihat ke arah timur kerajaannya, sebuah empayar yang telah lama menindas bangsa arab yang diangkat kemuliannya kerana Islam. Dua empayar yang hebat sedang mengelilingi bangsa arab dan ianya tidak selamat untuk Kerajaan Islam Madinah. Rom dan Parsi bila-bila masa saja boleh menghancurkan umat Islam. Maka Abu Bakar mula menyasarkan Parsi dan Syiria sebagai sasaran utama. Sempadan kerajaan Islam ini harus ditawan terlebih dahulu sebelum Kerajaan Islam di tawan.
Seorang ketua puak arab yang menduduki utara kerajaan Islam ketika itu, Muthanna bin Harithah telah menyerang dan menyerbu kota-kota di wilayah Iraq yang berada di bawah Empayar Parsi ketika itu. Askar Parsi yang cuba mengejar askar Mutahnna yang lengkap dengan kuda-kuda yang sangat laju tidak terdaya apabila Muthanna kembali menghilang ke dalam padang pasir. Beberapa kali serbuan dilakukan oleh Mutahnna sehingga mengumpul harta rampasan perang lalu kembali ke Madinah, dan menceritakan apa yang berlaku sekaligus menguatkan lagi keyakinan Abu Bakar untuk membuat ekpedisi ke Wilayah Empayar Parsi.
Namun, satu-satunya masalah bangsa arab ketika itu perasaan rendah diri yang terlalu menebal setiap kali melihat bangsa Parsi. Khalid Al-Walid, pahlawan Islam yang paling digeruni dan hebat diminta untuk mengetuai battalion tentera Islam dan mengembalikan maruah bangsa Arab yang dahulu dipijak-dipijak oleh Parsi.
18, 000 orang askar telah diberikan kepada Khalid untuk memasuki wilayah Iraq. Beberapa siri peperangan telah dihadapi oleh Khalid yang kemudiannya akan dikenang sebagai panglima perang yang dikatakan setaraf Lu Bu dan Alexander The Great, tokoh lain dalam sejarah perang yang dikatakan tidak terkalahkan. Dan dalam masa yang yang singkat sahaja keseluruhan wilayah Iraq akhirnya jatuh ke tangan Kerajaan Islam.
SERANGAN KE ATAS ROM
Selepas kejayaan menawan Iraq, maka Abu Bakar pun mula merencanakan untuk menyerang Syria yang berada di bawah naungan empayar Rom. Terdapat dua laluan untuk ke Syria daripada Iraq. Pertama melalui Daumatul Jandal dan laluan yang lain pula melalui Mesopotamia dengan meluntasi Ar Raqqah, wlayah yang sekarang berada di dalam negara Syria.
Namun, kebijaksanaan Khalid adalah tidak mengambil dua laluan ini berdasarkan sebab pertama di mana melalui Daumatul Jandal, maka terdapat tempoh dua minggu untuk sampai ke Syria manakala melalui Ar-Raqqah, kerana askar Rom berjaga di situ. Konflik dengan askar Rom ini akan menjadi nanah kepada battalion askar Islam kerana jumlah mereka mengatasi jumlah askar Islam sebenarnya dan tentera Islam ketika memang memerlukan bantuan. Maka, Khalid telah memilih jalan pendek untuk ke Syria dengan melalui jalan pasir yang terik memancar panasnya. Masih segar tercatat bagaimana tingginya semangat para pemburu syahid sehingga sanggup tidak meminum air selama dua hari menempuh padang pasir sebelum mereka menemui sebuah oasis. Taktik yang dipilih oleh Khalid ini akhirnya membuahkan hasil apabila tentera Islam masuk ke dalam Syria dari laluan yang langsung tidak terfikir oleh askar Rom.
Sawa, Arak dan Tadmur adalah Bandar-bandar Rom di Wilayah Syria yang jatuh ke tangan Khalid ketika awal maranya tentera Islam ke dalam Empayar Rom. Selepas itu, Khalid Al-Walid membawa askarnya memasuki Damsyik melalui Uqab. Beberapa siri peperangan dengan Bandar-bandar dan kerajaan kecil yang terpaks amenjadi anjing Rom ketika itu dihadapi oleh Khalid A-Walid sehinggakan pada 30 Julai 634 Masihi, kita menyaksikan bagaimana idea dan taktikal Khalid Al-Walid berjaya memenangkan peperangan melawan 90, 000 orang askar Rom di Pertempuran Ajnadayn. Kekalahan Rom di Ajnadyn membawa kepada penawanan Damsyik di bawah tentera Islam. Selepas 30 hari pengepungan Damsyik, akhirnya tarikh 18 September 634 Masihi menyaksikan bahawa Damsyik akhirnya jatuh ke tangan orang Islam walaupun beberapa siri peperangan seperti Pertempuran Sanita A-Uqab dan Pertempuran Maraj Al-Debaj.
PEMELIHARAAN AL-QURAN
Abu Bakar merupakan penggerak kepada idea untuk memelihara Al-Quran dalam bentuk tulisan kerana sebelum ini Al-Quran hanya diingati oleh para hafiz. Namun dalam Peperangan Yamana melawan Musaylimah, para hafiz banyak yang syahid maka Umar mencadangkan kepada Abu Bakar untuk dilaksanakan pengumpulan AL-Quran dan dijadikan dalam naskah tulisan.
Abu Bakar telah melantik Zaid bin Thabit untuk mengumpulkan semua versi Al-Quran yang dinggati oleh para hafiz yang masih hidup. Zaid bin Thabit dan ahli-ahli jawatankuasa itu mengesahkan bacaan dengan membandingkan dengan orang-orang yang telah menghafal Al-Quran.
Selepas mereka berpuas hati bahawa mereka tidak terlepas mana-mana ayat atau membuat apa-apa kesilapan dalam membaca atau menulis, maka sbeuah kitab versi tulisan telah dihasilkan sebagai salah satu manuskrip tunggal dan dipersembahkan dalam bentuk buku kepada Khalifah Abu Bakr. Adalah dipercayai bahawa proses ini berlaku dalam tempoh satu tahun kematian Muhammad apabila kebanyakan sahabat beliau (sahabat) masih hidup.
KEWAFATAN ABU BAKAR
Detik 23 Ogos 634 menyaksikan antara detik yang paling menyedihkan dalam sejarah Islam di mana Abu Bakar telah jatuh sakit lalu meninggal. Dikatakan bahawa kewafatan Abu Bakar ini berpunca daripada makanan yang dibubu racun dan efeknya adalah sangat perlahan. Umar telah dipilih Abu Bakar sebagai pengganti. Kata-kata Abu Bakar didengari oleh Usman.
Sebelum kewafatan Abu Bakar, sempat juga beliau bertanya kepada Aishah berapakah kain kafan yang digunakan untuk membalut tubuh Rasulullah, maka Aishah mengatakan sebanyak tiga maka Abu Bakar mahu dalam jumlah itu.
Solat jenazah Abu Bakar telah diimamkan oleh Umar dan jenazah Abu Bakar telah ditanam di sebelah Nabi Muhammad S.A.W.
Sumber: The Patriots -HE-
The post Abu Bakar As-Siddiq Memerangi Kaum Murtad appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/abu-bakar-as-siddiq-memerangi-kaum-murtad/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abu Bakar Hina Pm Polis Di Minta Siasat Fb Jufazli Shi Ahmad

Abu Bakar Hina Pm Polis Di Minta Siasat Fb Jufazli Shi Ahmad

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 779 hits
SHAH ALAM Pihak berkuasa diharap dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang pemilik akaun Facebook Jufazli Shi Ahmad yang didakwa biadap serta menghina Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Perkara itu disuarakan Ahli Majlis Pim...
Ph Dap Gagal Kukuhkan Perpaduan Kaum Penyokong Pas

Ph Dap Gagal Kukuhkan Perpaduan Kaum Penyokong Pas

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR 10 Mac Serangan terhadap PAS oleh beberapa pemimpin DAP dengan menyentuh soal perkauman merupakan antara bukti kerajaan Pakatan Harapan gagal mengukuhkan perpaduan kaum sejak memenangi Pilihan Raya Umum Ke 14 Ketua Dewan Himpu
Umno Pas Takkan Ada Diskriminasi Kepada Kaum Lain Di Malaysia Dr Shamsul

Umno Pas Takkan Ada Diskriminasi Kepada Kaum Lain Di Malaysia Dr Shamsul

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 335 hits
Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah memberikan jaminan bahawa kerjasama antara parti itu dengan Pas sama sekali tidak akan meminggirkan mana mana kaum di negara ini sebaliknya akan diperkukuhkan dalam usaha menjadikan sebua...
Kerjasama Umno Pas Lihat Umno Dalam Bn Lebih 60 Tahun Pas Pula Di Kelantan Tak Ada Diskriminasi Kaum

Kerjasama Umno Pas Lihat Umno Dalam Bn Lebih 60 Tahun Pas Pula Di Kelantan Tak Ada Diskriminasi Kaum

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 268 hits
JASIN 10 Mac Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah memberikan jaminan bahawa kerjasama antara parti itu dengan Pas sama sekali tidak akan meminggirkan mana mana kaum di negara ini sebaliknya akan diperkukuhkan dalam usaha men...
Angka Kecelakaan Di Jakarta Naik 10 Persen Didomonasi Kaum Milenial

Angka Kecelakaan Di Jakarta Naik 10 Persen Didomonasi Kaum Milenial

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 254 hits
Data statistik enam tahun terakhir angka kecelakaan itu meningkat 10 persen menjadi 36 595 dan rata rata bahwa salah satu penyebab kematian terbesar itu dari kecelakaan dan dari korban itu kebanyakan milenial jadi 61 persen Korban mulai usa...
Program Daycare Dinilai Bentuk Perhatian Jokowi Untuk Kaum Perempuan

Program Daycare Dinilai Bentuk Perhatian Jokowi Untuk Kaum Perempuan

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 194 hits
Wanda mengatakan program penitipan anak ini sebenarnya telah menjadi prioritasnya semenjak berada di DPRD DKI Namun ternyata program tersebut mendapatkan sambutan hangat baik dari eksekutif maupun legislatif
Sebagai Mp Kaum India Saya Malu Tengok Rayer Saravanan

Sebagai Mp Kaum India Saya Malu Tengok Rayer Saravanan

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 777 hits
Ahli Parlimen Tapah Datuk M Saravanan KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Tapah Datuk Seri M Saravanan melahirkan rasa kecewa dengan perangai terkinja kinja RSN Rayer yang sentiasa membuat provokasi serta kekacauan terutamanya ketika sesi perbahasan...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids