Abang Saya Turut Menjadi Korban Kisah Sedih Bekas Buruh Landasan Kereta Api Maut Burma Siam 1942



2017, KUALA LUMPUR: Wacana Sejarah: Forgotten Victim of Siam-Burma Death Railway di Universiti Malaya (UM) di sini, Sabtu lalu, sangat luar biasa untuk Arumugam Kandasamy, 90, iaitu bekas penterjemah tentera Jepun yang pernah berkhidmat di projek jambatan kereta api maut Sungai Kwai, Burma (kini Myanmar) pada 1942 yang sejarah hitamnya tidak terpadam hingga hari ini.

Arumugam Kandasamy (kiri) menceritakan azab
ketika terlibat dengan projek landasan
kereta api maut
Selepas 75 tahun berlalu, Arumugam dijemput menjadi panel wacana anjuran Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM) dan Death Railway Interest Group (DRIG).

Dalam usia tuanya, mengenang peristiwa lampau memang sangat sukar, ditambah dengan kemarahan dan dendam yang belum padam. Malah, sepanjang acara itu juga Arumugam beberapa kali menyebut, beliau bernasib baik kerana masih hidup dan dapat pulang ke kampung halamannya di Rantau, Negeri Sembilan kerana ditugaskan sebagai penterjemah.

Jika turut dikerah membina jambatan maut yang menghubungkan Siam (Thailand) dan Burma (Myanmar) itu, Arumugam sendiri ragu-ragu apakah beliau mampu bertahan untuk terus hidup.

"Saya dibawa ke Nikki, sempadan Siam dan Burma ketika berusia 15 tahun. Bersama saya adalah abang kandung dan 48 penduduk Estet Ling Seng, Rantau.

"Ketika Jepun datang ke estet, mereka mengajak kami ke sana untuk memulakan hidup baharu. Kami hanya berfikir untuk berniaga atau bekerja mencari duit," katanya dalam sesi yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh cucu bekas buruh paksa, Ganapathy.

Kemarahan belum reda

Dibawa ke sana pada 1942, Arumugam melihat sendiri abang kandungnya meninggal dunia akibat penyakit dan mayatnya tidak diuruskan sebaik mungkin.

"Hingga sekarang walaupun sudah 75 tahun, marah saya masih belum reda dan tidak pernah ingin kembali ke sana," katanya.

Sejarah pembinaan landasan kereta api merentasi Sungai Kwai yang menghubungkan Siam dan Burma memang penuh tragik. Selain 13,000 tawanan perang dalam kalangan anggota tentera bersekutu yang dikurung di Penjara Changi, Singapura, ia turut membabitkan lebih 100,000 buruh paksa dalam kalangan orang awam penduduk Tanah Melayu, Indonesia, Thailand dan Burma.

Tentera Jepun mengawasi buruh-buruh landasan kereta api
Mengimbau kembali perjalanan beliau ke Nikki, Arumugam berkata, mereka bertolak dari estet ke Singapura menaiki lori sebelum menuju Saigon dengan kapal hingga ke Phnom Penh dan akhirnya ke Kanchanaburi, Siam. Dari Kanchanaburi, Arumugam dan kumpulan pekerja lain berjalan kaki ke Nikki yang mengambil masa 12 hari.

Mayat disusun seperti benteng

"Sepanjang perjalanan saya melihat mayat bergelimpangan. Waktu itu hati saya sudah kecut, apakah saya boleh kembali ke Rantau dengan selamat?

"Tiba di kem Jepun di Nikki, lebih banyak mayat ditemui, tetapi disusun seperti benteng," katanya.

Arumugam dalam usia 90 tahun kelihatan masih sihat dan gagah melangkah. Malah ingatannya terhadap kepedihan 75 tahun lalu masih sangat segar. Patah katanya pantas dan laju bercerita mengenai kehidupan di kem sepanjang hampir dua tahun yang disifatkannya sangat menyayat hati.

"Kami hanya makan sehari sekali tetapi dikerah bekerja setiap hari dengan tempoh masa yang panjang.

"Ramai orang mati sebab makanan yang tidak bersih, cirit-birit yang berpanjangan dan masalah kesihatan seperti luka yang lama-kelamaan menjadi bernanah, membesar serta membuatkan pergelangan kaki menjadi genting," katanya.

Mangsa dibuang hidup-hidup

Paling sukar dilupakannya adalah kawasan yang dinamakan Sangili yang terletak jauh sedikit dari kem. Di situ, terdapat lubang besar digali untuk menghumban mayat.

"Ada-kala saya melihat orang yang belum mati tetapi sakit teruk dicampakkan ke lubang itu," katanya dengan nada perlahan.

Arumugam menyebut kerana tugasnya sebagai penterjemah, beliau boleh dikira bernasib baik berbanding kawan-kawan yang lain. Bagaimanapun tentera Jepun selalu bersamanya kerana ingin tahu apa yang dibualkan oleh buruh paksa berbangsa India.

Hampir dua tahun di Nikki, projek membina landasan kereta api sejauh 420 kilometer itu siap sepenuhnya pada Disember 1943. Ketika itulah, kata Arumugam, beliau dihantar kembali ke Singapura untuk balik ke Tanah Melayu.

Hanya tujuh selamat

Daripada 50 buruh paksa yang datang bersamanya ke Nikki, hanya tujuh orang berjaya pulang dengan selamat.


Berkongsi bagaimana beliau boleh mempelajari bahasa Jepun, Arumugam menjelaskan proses pembelajarannya berlangsung secara tidak formal.

"Saya belajar dengan kamus yang mudah didapati di estet ketika itu. Dari situ, saya boleh membina ayat mudah dan faham bahasa mereka," katanya yang disokong oleh pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang turut diundang sebagai panel jemputan.

Tegas Kay Kim, bukan luar biasa Arumugam dapat mempelajari bahasa Jepun menerusi kamus kerana sebelum Jepun menawan Tanah Melayu, mereka sudah memiliki beberapa estet di Negeri Sembilan.

Tiada kajian mangsa jambatan maut

Sementara itu, Presiden DRIG, Chandrasekaran Ponnusamy, berkata sehingga kini belum ada kajian akademik mengenai mangsa jambatan maut dibuat oleh sarjana tempatan.

"Kebanyakan kajian datang dari Barat atau Jepun, manakala sarjana tempatan masih belum ramai yang tampil berbuat demikian sedangkan masa kian suntuk mereka untuk terus bercerita," katanya.

Tanpa dokumentasi dan kajian mendalam daripada sumber primer, kisah tragik ratusan ribu buruh paksa landasan kereta api maut itu akan luput daripada ingatan kolektif bangsa ibarat perjalanan panjang yang tidak mempunyai 'stesen terakhir' tetapi hilang ditelan kabus zaman.

Info

Landasan kereta api maut

Awal 1942, Jepun menawan Burma.

Untuk menghantar bekalan makanan dan tentera, Jepun menggunakan laluan Selat Melaka dan Laut Andaman yang selalu diserang oleh tentera bersekutu.

Pada Jun 1942, Jepun membina landasan kereta api dari Thanbyuzayat, Burma menghubung Ban Pong di Thailand sejauh 420 kilometer.

Projek siap sepenuhnya pada Disember 1943.

Sumber : Berita Harian

KR: Landasan kereta api maut antara siri jenayah perang yang dilakukan oleh Tentera Jepun sepanjang Perang Dunia Kedua


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2019/11/abang-saya-turut-menjadi-korban-kisah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+krissmerah+%28Kriss+Merah.com+%28Blogger+Melayu%29%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Origin Clint Barton Akan Turut Diceritakan Dalam Siri Disney Hawkeye

Kisah Origin Clint Barton Akan Turut Diceritakan Dalam Siri Disney Hawkeye

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 392 hits
Rancangan bersiri Hawkeye merupakan antara salah satu rancangan Marvel Cinematic Universe yang akan disiarkan di platform penstriman video Disney Setakat ini plot rancangan tersebut masih lagi tidak diketahui tetapi terdapat ura ura yang me...
Kisah Siswa Sma Nyamar Jadi Cewek Cantik Di Fb Raup Rp 141 Juta Dari Korban Tetangganya Sendiri

Kisah Siswa Sma Nyamar Jadi Cewek Cantik Di Fb Raup Rp 141 Juta Dari Korban Tetangganya Sendiri

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 308 hits
Siswa SMA di Kabupaten Merangin Provinsi Jambi berinisial AN berhasil memperdaya seorang pria berinisial JY Melalui akun facebook miliknya AN memperdaya JY seolah dirinya seorang wanita cantik hingga pria tersebut mengeluarkan uang ratusan ...
Biola 310 Tahun Tertinggal Dalam Kereta Api Di Britain

Biola 310 Tahun Tertinggal Dalam Kereta Api Di Britain

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 276 hits
Biola 310 tahun tertinggal dalam kereta api di Britain Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 28 Oct 2019 11 00PM
Viral Gambar Kereta Remuk Teruk Terlibat Kemalangan Maut Libatkan Sekurang Kurangnya 8 Kenderaan

Viral Gambar Kereta Remuk Teruk Terlibat Kemalangan Maut Libatkan Sekurang Kurangnya 8 Kenderaan

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 855 hits
Sebuah kemalangan maut dilaporkan berlaku awal pagi tadi di KM 273 2 SB hingga menyebabkan laluan sesak teruk sepanjang 1 1 kilometer diantara Nilai menuju Bandar Ainsdale 10 01am PLUS E2 Trafik masih sesak 1 1 km dari Nilai ke Bandar Ainsd...
Pokok Tumbang Seorang Maut 3 Kereta Rosak Teruk

Pokok Tumbang Seorang Maut 3 Kereta Rosak Teruk

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 381 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Mangsa Maut Selepas Kereta Yang Dinaiki Rempuh Pokok

Mangsa Maut Selepas Kereta Yang Dinaiki Rempuh Pokok

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 311 hits
Sumber Gambar Berita HarianAwal pagi tadi satu kemalangan telah berlaku di Jalan Tanah Merah yang mengakibatkan dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh sebuah pokok Pihak bomba mendapat berita tersebut kira kira jam 2 44...
Lelaki Sambut Deepavali Maut Sumbu Bunga Api Meletup

Lelaki Sambut Deepavali Maut Sumbu Bunga Api Meletup

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 416 hits
JOHOR BAHRU Sambutan perayaan Deepavali sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang lelaki maut selepas sumbu bunga api yang dinyalakan di rumahnya meletup Ahad lepas Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kejadian berlaku...
Curhat Sedih Ibu 5 Anak Ditinggal Suami Diambil Pelakor Ini Isi Kisah Viral Layanganputus

Curhat Sedih Ibu 5 Anak Ditinggal Suami Diambil Pelakor Ini Isi Kisah Viral Layanganputus

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 308 hits
Jagat media sosial Facebook dan Instagram dihebohkan dengan tagar layanganputus Ratusan netizen membagikan kisah mengenai perselingkuhan tersebut Kisah tersebut ditulis oleh akun Mommi Asf Namun saat ini tulisan tersebut sudah dihapus namun...
Dianggap Hero Petugas Ubah Takdir Lelaki Daripada Digilis Kereta Api

Dianggap Hero Petugas Ubah Takdir Lelaki Daripada Digilis Kereta Api

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 250 hits
Berpantang maut sebelum ajal itulah pepatah sesuai yang boleh digambarkan kepada seorang lelaki apabila nyaris terjatuh ke dalam landasan kereta api semasa kenderaan berkelajuan tinggi itu menghampiri stesen Detik mencemaskan itu yang berla...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba