Abang Kakak Keje Gomen Kereta Jenama H Tapi Biarkan Mak Keje Jaga Tandas Semata Mata Nak Sara Aku Masih Belajar


Nama saya Wina. Umur saya 23 tahun..Saya lepasan SKM yang tersilap memilih bidang namun berusaha menamatkan pengajian meskipun selepas tamat belajar tiadalah mendapat pekerjaan dalam bidang yang dipelajari. Masa saya study..Mak saya keje jaga tandas je kat satu kedai makan ni. Mak saya dah tua tau. 60 lebih dah..
Masa mak saya lahirkan saya,umur dia 40 lebih gitulah. Saya anak bongsu daripada 4 adik beradik..Dan jarak usia antara saya dan adik beradik yang lain amatlah jauh. Saya dengan kakak atas saya pun beza 15 tahun. Kiranya mak cakap saya ni accidently lah. Tapi mak cakap nilah kebetulan yang paling membahagiakan..
Sebabnya di usia senja mak,mak ada peneman..Saya lah tu. Ayah dah lama takde..Masa tu saya sekolah rendah lagi. Masa saya study dulu,saya rasa kesian sangat dekat mak saya..Sebabnya walaupun dah tua dia korbankan tulang empat kerat dia untuk saya..Supaya saya dapat belajar dengan selesa.
Mak kerja kuli2..Kadang2 bila balik bercuti saya tolong dia. Bila saya dekat kolej,saya selalu menangis rindukan dia. Risaukan dia. Plus dia ada sakit thyroid..Malam2 dia tersedak kan. Saya risau kalau dia terbatuk,takda sapa nak hulurkan air.Bila solat,saya doakan dia..Sampai menangis. Saya minta Allah panjangkan umur dia dan berikan dia kesihatan yang baik..
Abang-abang saya kerja kerajaan..Sorang navy,sorang airforce. Diorang jarang balik..Dua2 dah kawin..Kakak saya pulak surirumah tangga. Saya faham diorang jauh..Sibuk kerja. Plus komitmen kepada keluarga pulak kan. Anak bini. Tapi saya kekadang terasa jugak..Bila balik,mesti komplen. Rumah mak ni semak. Rumah mak ni buruk,kotor lah.
Kecik hati mak..Bila bercakap selalu yang pedas2. I feel her..Kerja keras untuk besarkan anak bongsu. Sedangkan anak2 keje gov kan. Sembang kencang gaji ribu2..Kereta brand tempatan tak main lah. Nak jenama H. Tapi mak? Mak kerja jaga tandas.
Habis je belajar..Saya terus balik kampung..Dan cari kerja dekat2 dengan rumah. Alhamdulillah.. Harini saya gi mintak keje. Petang tu jugak dia call bagitau esok boleh masuk keje. Saya hepi gila masa tu.
Saya terus peluk mak..Walaupun dapat keje kedai hardware je. Hahaha. Basic pun adalah rm1200.. Teringat masa dapat gaji pertama..Sebab baru kerja..10 hari je. Pastu hari gaji kan. Saya gi cek ada rm600. Saya seronok masa tu. Budak baru pegang duit. Masa tu umur 20. Hahaha. Bila teringat mengalir air mata..Sedih ada. Seronok ada.
Saya teringat opah kata. Kalau dapat gaji pertama,bagi dekat mak sikit. Saya siap beli angpau raya. Excited punya pasal. Saya bagi dekat mak rm250.. Mak,Wina dah dapat gaji ni. Ni Wina belanja mak. Saya taktau kenapa rasa nak nangis bila remind benda ni.
Mak sebak sangat. Mak tolak,mak kata simpanlah untuk Wina..Saya bagi jugak.. Saya kerja pagi sampai malam..Cuti sehari seminggu. Bila hari cuti saya bawak mak ronda naik motor..Pegi pekan beli barang dapur.
3 bulan lepas saya kerja..Saya pujuk mak berhenti kerja..Saya nak dia rehat,tanam pokok kat rumah. She really loves planting. Dia pun dah tua..Saya dah habis belajar. Saya dah kerja..Ya,mak berhenti kerja.
Mak berehat saja. Seperti seharusnya. Saya pun gembira di tempat kerja. Kawan2 saya baik hati. Kekadang ada jugak selisih faham. Alah. Biasalah. Saya kerja rajin2..Sebab target nak beli kereta. Saya ambil lesen. Lepastu lama jugak menyimpan,baru dapat beli kereta.
Dalam 7 bulan kerja,saya beli kereta kancil. Saya nak tergelak sangat. Sebabnya masa dapat tu kereta dengan cat terkopak. Tinted takde. Dah macam akuarium. Saya perbaikilah sikit2..Yang mana mampu. Kereta tu saya beli cash..Yang penting maklah orang yang paling hepi.
Sebabnya lama dah berangan nak ada kereta. Kadang2 cuaca hujan,bila naik moto basah kuyup kami berdua. Tapi masih mampu gelak lagi. Jadi bila dah ada kereta panjanglah sikit langkah kami.
For me,mak lah bestfriend saya. Saya takda kawan sangat pun. Ada jugak diorang ajak lepak lah apa. Tapi saya ni macam introvert. Tak reti nak sembang apa. Nak buka isu apa. Cuma hai2 bye2 gitu jelah. Ada kawan masa kolej. Ex roomates. Haa yang tu betul ngam sekepala. Tapi lama dah tak jumpa..
Saya tak kisah orang nak kata saya takde life ke apa. For me,inilah life saya. Even orang kata duduk dengan mak tak pandai berdikari. Sewa rumah takyah bayar. Bil api air ditanggung beres. Err. Suka2 je kan. Mandai je. Buat dosa kering cukup mau. Hello saya bayar ye bil api air since bukan mahal pon. Saya dan mak saja.
Tak kata orang luar..Adik beradik sendiri pun mengata. Mak tu manjakan sangat adik. Ahahaa. Kadang2 pedih rasa hati ni..Dan kadang2 rasa nak je tanya diorang balik. Sapa manja? Aku ke kau?
Kau rasa kasih sayang abah sampai kau kahwin,kau ada anak..Aku? Aku sekolah rendah abah dah takde. Kau pegi sekolah abah hantar abah ambil..Aku? Aku bawa motor sendiri. Hari aku SPM hujan..Aku bermotor tengah hujan..Aku jawab exam dengan menggigil sebab basah kuyup.
Kau ambil lesen abah bayar..Aku? Aku kerja aku kumpul duit sendiri.. Kau masuk kolej abah hantar abah ambil..Aku? Aku sendiri naik bas dengan bagasi selimut dan berbagai harta pusaka aku..
Kau kerja gov pun pakai kabel..Yang interview tu kawan abah..Aku? Aku pegi mintak kerja sendiri..Aku kerja cari rezeki yang halal untuk bahagiakan mak.. Yee. Itu kata hati saya..Yang saya pendam sekian lama. Tak mampu nak meluah..Telan jelah. Anak bongsu tak semestinya manja..
Dan tak semua anak sulung tu berdikari. Jadi jangan perasan bagus sangat.. Duduk dengan mak tayah bayar sewa rumah..Yaa itu bonus. Tapi selebihnya saya cuma nak spend masa banyak2 dengan mak. Saya cuma nak peluk dia setiap malam..Nak solat subuh bersama setiap pagi. Nak main kucing kami hari2..
Bila hari cuti bawak mak berjalan..She loves shopping very much. Kami tengok wayang bersama. Especially horror movies..Dia suka cite hantu. Saya terlalu sayangkan mak saya. Saya nak bahagiakan dia..
Walaupun takdelah kaya tahap boleh travel 30 negara. Huhu. Tapi hidup saya bahagia..Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Tapi taktaulah pulak lepas travel merata ni jadi riak takbur..Makin sempit tengok otak.
Bahagia ni universal..Ada orang bahagia travel. Ada orang bahagia duit banyak. Ada orang bahagia ada rumah banyak boleh sewakan pada ramai orang. Saya? Saya bahagia dengan mak saya. Saya tau jasa dia melahirkan dan membesarkan saya takkan mampu saya balas. Tapi selagi dia hidup dan cergas ke sana sini ni,saya nak sangat berjalan dengan dia jauh2..
Jadi takyah la kita compare2 life kita. Nak kecam2 sana sini. Kalau betul bahagia,teruskan..Semoga kebahagiaan melimpah ruah. Saya ada jugak saving..Kot ada emergency ke kan. Sediakan payung sebelum hujan. Tapi taklah seekstrem orang lain.
Alhamdulillah..Berkat doa mak. 3 tahun dah saya kerja. Saya bertahan dengan pelbagai dugaan..Saya dinaikkan gaji dan pangkat.. Saya renovate rumah mak ni sikit2..Pasang tiles. Cat baru..Supaya mak selesa..Dan supaya abang2 saya tak kata rumah mak ni buruk lagi.
Last but not least..Saya doakan pembaca sekalian dimurahkan rezeki..Dan semoga anda doakan mak saya diberikan kesihatan yang baik selalu. Ingat ya. Life kita berbeza..Jangan berani kata orang takde life. Tak travel,tak lepak dengan kawan..Bukan makna takda life. Tapi life kami lebih kepada ibu ayah kami. Kredit Darwina via kisah rakyat
The post Abang kakak keje gomen. Kereta jenama H. Tapi biarkan mak keje jaga tandas semata-mata nak sara aku masih belajar appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/12/21/abang-kakak-keje-gomen-kereta-jenama-h-tapi-biarkan-mak-keje-jaga-tandas-semata-mata-nak-sara-aku-masih-belajar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mak Ayah Banyak Berjanji Tapi Tak Tunaikan Jangan Pelik Kalau Anak Liat Nak Ikut Arahan

Mak Ayah Banyak Berjanji Tapi Tak Tunaikan Jangan Pelik Kalau Anak Liat Nak Ikut Arahan

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 614 hits
Berjanji nak buat atau berikan anak bermacam macam tapi akhirnya ia tinggal janji tak ditunaikan Nampak ringan tapi impaknya sangat besar kepada emosi anak anak Tidak dinafikan berjanji untuk membuat memberikan sesuatu salah satu cara ibu a...
Tak Perlu Lagi Beratur Semata Mata Nak Tengok Dividen Dan Baki Ini Cara Senang Untuk Semak Penyata Asb Secara Online

Tak Perlu Lagi Beratur Semata Mata Nak Tengok Dividen Dan Baki Ini Cara Senang Untuk Semak Penyata Asb Secara Online

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 561 hits
Bagi penyimpan dan pelabur Amanah Saham Bumiputera atau singkatannya ASB hujung tahun begini tentulah masa yang ditunggu tunggu untuk menuai hasil pelaburan Bila masuk tahun baru ramailah yang akan beratur untuk tengok penyata kewangan masi...
Anak Banyak Akal Otaknya Aktif Tapi Buat Mak Ayah Geram Follow Tip Ini Sebelum Marah

Anak Banyak Akal Otaknya Aktif Tapi Buat Mak Ayah Geram Follow Tip Ini Sebelum Marah

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 505 hits
Apa yang ibu bapa perlu lakukan untuk menghadapi si kecil yang aktif dan banyak akal Perlu ingat sebelum marah pada anak adalah lebih baik beri kesempatan kepada mereka untuk menjelaskan apa yang ingin dia lakukan agar kita sebagai ibu ayah...
Sudah Kena Belasah Dengan Suami Selama 43 Tahun Sampai Keguguran 5 Kali Tapi Masih Percaya Suami Akan Berubah

Sudah Kena Belasah Dengan Suami Selama 43 Tahun Sampai Keguguran 5 Kali Tapi Masih Percaya Suami Akan Berubah

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 379 hits
Kenapa ada manusia sekejam ni Seorang warga emas berusia 76 tahun dari Singapura alami keguguran sebanyak 5 kali sepanjang 43 tahun usia perkahwinannya Lagi malang 4 daripada 5 keguguran tu disebabkan oleh suaminya seorang kaki dera Menurut...
Tidak Boleh Nak Kata Serik Uqasha Dedah Suka Lelaki Tinggi Tapi Kurang Tertarik Lelaki Sado

Tidak Boleh Nak Kata Serik Uqasha Dedah Suka Lelaki Tinggi Tapi Kurang Tertarik Lelaki Sado

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 636 hits
Jika yang lain meminati lelaki sado tapi bagi pelakon cantik dan terkenal iaitu Uqasha Senrose mengatakan dia kurang tertark dengan lelaki terlalu bertubuh sasa BACA Mira Filzah Pesan Anak Dara Kena Jaga Solat Kalau Nak Bakal Suami Jaga Sol...
Time To Say Goodbye Tapi Mamat Ni Keras Kepala Tak Nak Undur

Time To Say Goodbye Tapi Mamat Ni Keras Kepala Tak Nak Undur

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 266 hits
Pemuda PPBM malam tadi mengutuskan lagu Time to Say Goodbye nyanyian penyanyi Itali Andrea Bocelli buat Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy Ketua Biro Keselamatan Keamanan Mahathir Mohd Rais berkata Waytha perlu pamit kerana...
Macam Mana Nak Cari Duit Lebih Dengan Bisnes Modal Rendah Tapi Menguntungkan

Macam Mana Nak Cari Duit Lebih Dengan Bisnes Modal Rendah Tapi Menguntungkan

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 391 hits
Anda tengah ketuk ketuk butang keyboard ke tadi Kemain lagi khusyuk dok tanya Pakcik Google macam mana nak cari duit lebih dari rumah dengan bisnes yang tak pakai modal besar Kalau betul laa itu yang anda tengah cari saya ada satu bisnes be...
Kalau Ada Insan Sempurna Tapi Masih Merungut Netiz3n Kagum Dengan Ketabahan Rider Food Panda Ini

Kalau Ada Insan Sempurna Tapi Masih Merungut Netiz3n Kagum Dengan Ketabahan Rider Food Panda Ini

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 701 hits
Kalau Ada Insan Sempurna Tapi Masih Merungut Netiz3n kagum dengan ketabahan rider Food Panda ini Saya amat kagum dengan insan istimewa ini demikian kata netizen sampockettrade mengenai seorang rider Food Panda ini Sam tidak menyangka pesana...
Setiap Kali Tanya Bilik Budak Tak Boleh Habis Tu Kalau Ada Anak Takkan Nak Bunuh Je Anak Tu Nak Sewa Bilik Tapi

Setiap Kali Tanya Bilik Budak Tak Boleh Habis Tu Kalau Ada Anak Takkan Nak Bunuh Je Anak Tu Nak Sewa Bilik Tapi

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 474 hits
Setelah berumah tangga sudah pastinya tempat tinggal akan menjadi keutamaan si suami untuk kemudahan isteri dan anak anak Walaupun hanya sebuah rumah kecil tetapi sekurang kurangnya rumah tersebut dapat memberikan keselesaan buat sesebuah k...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

Siti Kasim Allow Malaysian Muslims To Choose If They Wish To Come Under Syariah Or Civil Law

Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah