Abang Aktif Dalam Dunia Politik




BELASUNGKAWA (3)

RAMAI yang tidak tahu abang juga seorang ahli politik yang terkemuka suatu masa dahulu. Dia adalah orang politik. Bakat kepimpinan dan semangat perjuangan dipunggut sewaktu berada di kampus UPM, Serdang, awal tahun 70an.

Abang bersama Mohd Asri 
yang dianggap sebagai mahaguru
politiknya. Semasa gerakan pelajar meranjaui negara sekitar tahun itu abang ikut sama aktif. Malahan abang sempat bersama perdana menteri Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai penggerak gerakan mahasiswa waktu itu.
Beliau ikut sama mengikut demostrasi, keluar kampus untuk bergabung dengan mahasiswa mengadakan unjuk rasa di beberapa kedutaan asing sekitar Kuala Lumpur dan masjid negara. Abang juga sempat berdemostrasi sampai ke Baling.
Beliau aktif dalam gerakan mahasiswa dan memegang jawatan Naib Presiden II UPM. Mengulati diri dalam politik kampus. Disitulah abang mangembang bakat sebagai pemimpin dan nekad memperjuangkan nasib rakyat marhean Kelantan. 
Apabila berlaku krisis politik Kelantan di antara Allahyarham Datuk Mohamad Nasir dan Datuk Mohad Asri tahun 1977 kemudian membawa kepada darurat yang akhirnya menumbangkan kerajaan Pas pimpinan, tahun 1978, abang ikut bantu Pas Kelantan.
Bermula dari situ selepas tamat pengajian di UPM dan berkerja di MARDI, abang terus aktif dalam Pas. Kerana kegilaanya dalam politik menyebabkan beliau ditukar 24 dari Kota Bharu ke Batu Pahat Johor. Pertukaran politik itu berlaku atas kehendak Menteri Pertanian ketika itu Sharif Ahmad. Abang ditukar kejam selepas menolak tawaran Sharif kepadanya agar melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan biasiswa penuh. 
Tawaran itu adalah tektik dan strategi Sharif atau Umno bagi membendung kegiatannya dalam Pas sekaligus mengendurkan pengaruh Pas di Kelantan. Abang pada masa itu adalah pemuka muda Pas Kelantan. 

Abang bersama Mohd Asri, Abu Bakar
Hamzah, Hassan Shukeri dimuktamar
Pas tahun 1977.Pertukaran abang ke Batu Pahat itu sedikit pun tidak mengentarkanya. Ia tidak memberi kesan kepada abang. Beliau mengkoordinator gerakan Pas Kelantan dari jauh. Dalam pada itu, pertukaran itu memberi kesempatan kepada untuk mengembangkan Pas di Johor khasnya di Batu Pahat. Bersama beberapa aktivis Pas di Batu Pahat, abang menubuhkan cawangan Pas disitu dengan beliau sendiri menjadi Ketua Pemuda Pas Batu Pahat.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan benih Pas yang ditanam dan dipupuk oleh abang dan beberapa aktivis menjadikan Pas Johor hidup dan berkembang pesat. Boleh didakwa kehebatan Pas Johor hari ini sedikit sebanyak adalah sumbangan beliau. 
Di akhir tahun 1978, saya sempat mengikut abang menghadiri beberapa majlis ceramah dan penerangan abang untuk menubuhkan cawangan atau ranting Pas disekitar Batu Pahat dan Parit Sulong. Berbekalkan cara pendekatan dan hubungan mesranya dengan orang sekejap masa sahaja Pas berkembang biak di Johor Bharu.
Kekalahan Pas di Kelantan.

Kekalahan Pas di Kelantan dan kehilangan kerajaan Pas selama 18 tahun pada tahun 1978 menjadikan abang lebih nekad untuk membela Pas Kelantan. Beliau bertindak lebih berani dan latang tidak mempedulikan larangan dan sekatan, sebaliknya dengan berani mengambil risiko berhenti kerja dan pulang ke Kelantan. 
Demi minat dan rontaan jiwa perjuanganya dalam Pas, abang mengambil keputusan berhenti kerja. Ini adalah tindakan yang serius dan benar-benar mencabar kehidupannya. Tindakan itu timbul pro kontra dikalangan keluarga, ada yang memarahinya,  dan ada yang mengambil sikap menyerahkan kepada kebijaksanaan abang. Ketika itu abang baru mendirikan rumah tangga dengan kekanda Nawiah binti Salleh dan masih belum memperolehi cahaya mata.
Bersama isterinya kekanda Nawiah.Setelah meninggalkan kerja abang menceburi bidang perniagaan sebagai sumber kehidupan dan juga bantuan untuk perjuangan. Abang adalah seorang dermawan merupakan penyumbang tetap untuk parti. Dia juga seorang pemurahan, kalau masuk ke mana-mana kedai atau restoran beliau akan membayar sesiapa saja yang makan dalam kedai itu, tanpa dia kenal atau tidak.
Kejatuhan kerajaan Pas tahun 1978 meletakkan namanya di hadapan dan menjadi hero Pas dan satu-satunya profasional dalam Pas atau tidak dikenali dengan ustaz. Beliau jadi pemimpin muda Kelantan yang latang memperjuangkan untuk membangkitkan semula Pas di Kelantan selepas pilihan raya 1978 Dalam pilihan raya selepas Kelantan didarurat itu, Pas menang hanya dua kerusi di Sering (Nik Abdullah Arshad) dan Manek Urai (Abdullah Su). 
Dalam usaha memberi semangat kepada Pas ini, pengorbanan abang tidak ternilai. Selepas mengalami kekalahan itu semangat orang Pas seperti hilang dan hancur. Pas juga seperti lumpuh. Ketika itu tidak ada pemimpin yang berani "benguh" kepala kerana malu dengan BN.
Saat inilah abang mengambil tanggungjawab membangun dan pulihkan semulah para penyokong Pas.  Beliau bergerak aktif di Pasir Puteh Kelantan dan menjadi ketua pemuda Pas kawasan itu, dan merupakan Exco Pemuda Pas Kelantan, yang ketika itu Dewan Pemuda Pas dibawah pimpinan Abdul Halim Abdul Rahmah. Abang juga menjadi jurubicara Pemuda Pas Kelantan dalam muktamar Pas. 

Abang bersama Allahyarham
Sallahuddin Ayub.Beliau bekerja menggerak dan menyuntik semangat penyokong Pas siang dan malam. Beliau menjadi penceramah utama Pas. Sepanjang tahun 1978 hingga 1981, beliau tidak berhenti berceramah ke seluruh pelusuk negeri Kelantan. Masa dan wang ringgitnya dikorbankan untuk perjuangan Pas tidak ternilai

Pemimpin atau tokoh lain bersamanya, cikgu Musa Salleh, Mohd Zahari Awang, Wan Ismail Wan Ahmad, Bunyiamin Yaakob, Omar Mohamad dan lain-lain. Ketika itu Allahyarham Nik Aziz Aziz belum aktif dalam parti, Allahyarham hanya menyamapaikan kulliyah atau mengajar di Dewan Zulkefli Mohamad di bangunan Pas Jalan Dato' Pati Kota Bharu
Dengan usahanya bersama rakan-rakan aktivis Pas darivcawangan Bukit Abal Pasir Puteh, Allahyarham Pak Muda, Haji Mat Tonek, Penghulu Dollah, Haji Shahir dan lain-lain, Pas mula kembali pulih sedikit demi sedikit. Boleh dikatakan setiap hari diadakan perbincangan mencari idea dan merancang untuk menghidup atau memulihkan semula semangat para penyokong Pas.
Suatu kenduri besar-besaran diadakan di merkaz Pas Bukit Abal dengan menyembelihkan tujuh ekor kerbau dan kerbau. Sempena itu juga diadakan ceramah agung melibatkan para pemimpin tertinggi Pas. Antara pemimpin agung Pas yang hadir, Datuk Mohd Asri Haji Muda, selalu presiden Pas dan beberapa pemimpin dari negeri lain, Abu Bakar Ummar, Wahab Sudin dari Kedah, Haji Zabidi Ali Pulau Pinang, dan jika tidak silap Abdul Hadi Awang juga hadir sama.
Kehadiran dimajlis itu sungguh luar biasa, dianggarkan puluhan ribu. Bermula dari himpunan dan ceramah perdana di Bukit Abal dengan menumbangkan tujuh ekor kerbau lembu itu semangat orang-orang Pas mula bangkit semula. Saya menamakan majlis itu sebagai "menyemah" semangat orang Pas.Selepas himpunan dan majlis ceramah besar-besaran turut diadakan di beberapa daerah dan jajahan di Kelantan. 
Abang meminggir diri.
Apabila Pas mengorak langkah dan pulih sedikit demi sedikit abang menarik hand break, terutamanya setelah berlaku pertelingkahan di antara Asri dengan Nik Aziz. Era kepimpinan ulama dalam Pas menjadikan abang dingin hati untuk aktif. Sebagai jalan tengah abang mengambil sikap bertawakuf dari luar Pas. 

Abang bersama Zahari Awang
(Abang Z) ditengah yang merupakan
guru politiknya.Selepas Pas yang bermuafakat dengan Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh dan memenangi pilihan raya 1990, abang tidak lagi bersama Pas. Namun perhubungannya dengan pimpinan Pas termasuk dengan Tok Guru Nik Aziz tidak putus. Hal demikian menjadi kebiasaan kepada abang. Dia tidak mencari untung laba untuk dirinya. Dia lebih suka menjadi peneroka atau perintis kepada sesuatu kemudian ia akan diserahkan kepada orang lain meneruskannya atau menikmati hasilnya. 

Justeru tidak harian kalau orang Pas kini tidak mengenali siapa dia Ahmad Laksamana.  Namanya seakan tiak tersenarai langsung dalam kitab kehidupan Pas. Apa lagi Pas sebuah parti yang tidak melihat pentingnya sejarah yang dilakar untuk parti itu. Pas tidak cakna kepada sejarah. Pas tidak melihat pengorbanan orang-orang terdahulu sebagai jasa dan budi. 
Apa lagi kalau seseorang itu berhenti atau dipecat daripada parti itu kerana sebab tertentu, dia akan dicemuh dan dibenci. Lebih zalim lagi akan dianggap sebagai orang menderhaka kepada perjuangan. Nama dan jasa-jasanya tidak perlu disebut ingat. 
Hal ini berlaku kepada semua. Usahkan abang, orang lebih hebat dari itu seperti Mohd Asri, pernah memimpin Pas sebagai presiden, orang yang mengasaskan Pas di Kelantan, Terengganu juga tidak diharga, malahan sejarah dan jasa Asri ditutup begitu sahaja. Demikian juga dengan tokoh-tokoh morden atau professional lain seperti Abu Bakar Hamzah, pernah menjadi Setiausaha Agung Pas langsung tidak dikenang. Datin Sakinan Junid isteri kepada Mohd Asri pernah memimpin Deewan Muslimat Pas, juga seakan tidak pernah wujud dalam maqasid Pas.
Demikian sekelumit kisah dan perjalanan perjuangan abang bersama Pas yang jarang diketahui. Orang lebih ramai mengenali dan menyebut-nyebut sisi buruknya. Orang tidak pernah membelek kitab sejarahnya dalam politik di tahun 1970an hingga 1980an. [wm.kl. 12:15 PM 27/08/2024]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2024/08/abang-aktif-dalam-dunia-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkbb Tegaskan Tidak Terlibat Politik Praktis Di Pilkada Serentak

Pkbb Tegaskan Tidak Terlibat Politik Praktis Di Pilkada Serentak

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 104 hits
Anggota dipersilakan menggunakan hak pilih secara individu bukan mengatasnamakan PKBB Jika ketahuan memakai embel embel PKBB akan dikenakan sanksi
Perlekeh Mufti Negeri Mengipas Ulama Politik Siapa Mengkarung Yang Dimaksudkan

Perlekeh Mufti Negeri Mengipas Ulama Politik Siapa Mengkarung Yang Dimaksudkan

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 145 hits
HarapandailyPemerhati politik Liyana Marzuki melontarkan teka teki menarik dengan menyenaraikan beberapa ciri dipercayai merujuk kepada seorang ahli politik Pengendali audio siar Jangan Pajak Otak itu menggelarkan politikus berkenaan sebaga...
Drama Ofis Politik

Drama Ofis Politik

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 131 hits
Nantikan drama Ofis Politik terbitan Kl Motion Picture akan datang di Astro Dibintangi oleh Rashidi Ishak Syafi Tee Erysha Emyra dan ramai lagi Ofis PolitikEpisod Tarikh Tayangan 2024Rangkaian Astro Pengarah Wan Alauddin Wan ZainuddinProduk...
Istana Bantah Jokowi Ramai Ramai Ditinggalkan Jokes Segar Politik

Istana Bantah Jokowi Ramai Ramai Ditinggalkan Jokes Segar Politik

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 159 hits
Hasan pun menilai wajar bila presiden ditinggalkan jelang akhir masa jabatan
Dedi Mulyadi Minta Tak Ada Politik Identitas Di Pilkada Jabar

Dedi Mulyadi Minta Tak Ada Politik Identitas Di Pilkada Jabar

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 94 hits
Dedi Mulyadi menegaskan dirinya tidak pernah menggunakan politik identitas untuk kepentingan pemenangan
Video Gejolak Politik Kris Dayanti Di Pilkada Batu Sempat Pasang Status Mundur Kini Tetap Maju

Video Gejolak Politik Kris Dayanti Di Pilkada Batu Sempat Pasang Status Mundur Kini Tetap Maju

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 91 hits
Penyanyi Kris Dayanti memastikan memantapkan siri maju menjadi bakal calon Wali Kota Batu Jawa Timur dalam Pemilihan Kepala Daerah 2024
Lagi Cikgu Nak Jadi Orang Politik

Lagi Cikgu Nak Jadi Orang Politik

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 112 hits
Mamat ni cikgu rupanya komen macam walaun curi sekerap jer Sebab tu lah ramai budak2 di Kedah jadi walaun Guru PK pun walaun masuk ayaq Sekolah ni sebelah jer dgn kampung aku kampung Phongpisut Srirat dengan Mohd Azim ni Mohon pej YB Fadhli...
Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Slot 4 December 2567 Bestbet 200 Slot Top 2 By Olivia Bestbet69 Com

Do You Know About Mah Meri Wood Carving

A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Huawei Unfold The Classic With Mate X6 For The Malaysian Market

Malaysia Launches The Lancet Countdown 2024 Report A Call To Action On Climate Change Food Security And Health

Slot Betwayvietnam Com 23 Feb 25 Betway Casino Betway Top 50 By Kathlene

It Is The Government Not Capitalists That Should Be Allowed Near The Malaysian Healthcare System


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam


Stara Mahu Lebih Ramai Pelajar Sekolah Rendah Fokus Akademik Dari Awal Usia

Rosmah Bebas 12 Kes Ubah Wang Haram Lebih Rm7 Juta Lima Kes Lhdn

Rahsia Mereka Yang Tak Pernah Lesu Apa Dia

Kerang

Tergamak Bakar Isteri Hanya Disebabkan Pengecas Telefon

Bawa Bertenang Belum Lagi Adui Amelia Christie