Abam Beli Axia Ulasan Teknologi Pada Axia 2023 Setelah Hampir Setahun Menggunakannya



Perodua Axia 2023 tampil sebagai model generasi terbaru yang telah direka semula secara menyeluruh. Sejak dilancarkan pada tahun 2014, Perodua Axia telah menjadi pilihan popular di kalangan rakyat Malaysia sebagai kereta mampu milik yang menepati keperluan pemanduan harian. Pada tahun 2023, Axia baharu hadir dengan reka bentuk lebih segar, platform lebih canggih, serta pelbagai teknologi moden yang menambah nilai kepada pengguna.
*************
Ceritanya – Pada tahun 2023, bulan puasa (7 April), abam terlibat dengan kemalangan. Dipendekkan cerita, akibat daripada kemalangan itu, abam sudah tidak boleh lagi menunggang motosikal seperti biasa.
Maka semua motosikal yang ada telah pun dijual, termasuklah motosikal yang terlibat dengan kemalangan tersebut. Kusut juga kepala memikirkan apa hendak ditunggangi ke pejabat memandangkan diri sudah tidak mampu.
Gambar di bawah adalah hantaran Facebook pada tahun 2023.

Maka ketika itu juga Perodua Axia 2023 hadir bersama teknologi baharu yang memikat. Sumpah, pada awalnya sasaran abam hanya ingin beli kereta terpakai sahaja, dan Axia lama menjadi pilihan hati kerana inginkan kereta kecil, kompak, serta jimat penggunaan bahan api.
Tetapi setelah meneliti ciri yang ada pada Axia 2023, diri terus menjadi tertarik dan.. apa lagi ditunggu, terus ke pusat jualan Perodua di Jalan Kuala Kangsar. Setelah permohonan diserah, tunggu juga kelulusan lebih kurang seminggu dua. Bila lulus sahaja, tidak bertangguh lagi, tanda tangan segala macam borang diperlukan, dan ambil kereta ketika ia sudah tiba di pusat jualan.
Permohonan dihantar bulan Ogos, dalam bulan November abam mula menggunakan kereta kecil ini.

Dari segi rekaan, secara jujur dari pemerhatian mata abam sendiri, Axia 2023 kini tampak lebih dinamik dan aerodinamik, dengan garisan badan agresif dan sporty (grrr). Lampu hadapan LED lebih tajam serta rekaan grill hadapan yang besar memberikan wajah dengan tampilan premium kepada model ini. Bahagian belakang pula menampilkan rekaan lampu yang kemas dengan integrasi spoiler bagi menyerlahkan lagi elemen ‘kesukanan’ a.k.a sporty itu.
Ada yang suka, ada yang tidak suka dengan rekaan bentuk belakangnya, tetapi pada abam benda ni mudah saja – beauty is in the eye of the beholder.
Dalam aspek dalaman, Axia 2023 hadir dengan ruang kabin lebih luas dan selesa.
Serius luas! Material digunakan pada tempat duduk serta panel dalamannya dirasai berkualiti, memberikan sentuhan premium berbanding generasi sebelumnya. Papan pemuka dan kawalan di dalam kereta kini direka lebih ergonomik dan mesra pengguna.
Oh ya, abam hanya beli varian SE sahaja ya. Maka tak dapatlah hendak diulas tentang sistem infotainment kereta dari varian AV. Tapi tak perlu bimbang, kerana abam dah pasangkan Eonon Android Player – Dashcam & Reverse Cam:

Dalam ulasan, sebenarnya abam nak kupas sedikit tentang teknologi apakah yang menyebabkan abam terus menjadi berminat untuk ‘menyambar’ Axia 2023 ini. Jom kita telusuri serba sedikit apa yang berjaya ‘triggered’ diri abam untuk membeli kereta kompak terbaru dari Perodua ini dan adakah ia signifikan untuk anda juga:
Teknologi Terkini dalam Perodua Axia 2023 Salah satu ciri utama Axia 2023 ialah penggunaan platform DNGA (Daihatsu New Global Architecture), yang telah memberikan perubahan besar dalam prestasi dan pengendalian. Platform DNGA memberikan kestabilan lebih baik, terutama ketika mengambil selekoh (yup, yup!), serta pemanduan yang lebih lancar dan senyap.
Teknologi D-CVT (Dual-Mode Continuously Variable Transmission) yang terdapat dalam Axia 2023 juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan enjin. D-CVT ini menambah baik kelancaran penukaran gear dan memberikan pemanduan lebih responsif.
Gabungan teknologi ini dengan enjin EEV (Energy Efficient Vehicle) memastikan penggunaan bahan api yang sangat rendah, sekitar 27.4 km/liter, menjadikannya salah satu kenderaan paling jimat di pasaran.
Ok lah, ok lah.
Itu – kalau mengikut kepada hasil keputusan ujian yang telah dijalankan oleh pihak Perodua. Tetapi dalam hasil pemanduan abam sendiri, ya, memang boleh dikatakan tersangat jimat. Setakat 400-500km sudah menjadi ‘mainan’ sahaja buat kereta ini.
CUMA, jika diteliti penggunaan dalam bandar, sehabis ‘jimat’ kereta ini boleh memperoleh lebih daripada 400km juga (nafsu menekan pedal harus dijaga). Dengan jarak pemanduan dari rumah ke pejabat, dan pejabat ke rumah dalam lingkungan 32KM (dengan lampu isyarat yang banyak beserta keadaan trafik yang selalu berhenti – Ipoh ni banyak kereta!), abam boleh gunakan kereta tanpa mengisi minyak dalam jangka masa menghampiri 2 minggu juga.
Berikut ialah paparan penggunaan petrol dari aplikasi Drivvo. Penggunaan Drivvo adalah sejak dari mula dapat kereta hingga kini. Anda nilaikan sendiri – sama ada ok atau tidak.

Ulasan Teknologi Pada Perodua Axia 2023: Mengapa DNGA Pilihan Terbaik Untuk Perodua Dan Toyota (Pendapat Abam)
Penggunaan platform DNGA adalah langkah strategik yang bijak oleh Perodua dan Toyota. DNGA menawarkan fleksibiliti yang tinggi dalam menghasilkan pelbagai model kenderaan dengan kos lebih rendah. Dengan menggunakan satu platform yang modular, mereka boleh mengadaptasi reka bentuk dan ciri teknologi yang berbeza tanpa perlu membangunkan platform baru untuk setiap model. Ini bukan sahaja menjimatkan kos pembangunan, tetapi juga mempercepatkan proses pembuatan dan pelancaran model-model baharu – serta penghasilan alat ganti kenderaan.
Selain itu, DNGA dioptimumkan untuk kecekapan bahan api dan pengurangan pelepasan karbon. Dengan semakin ketatnya peraturan emisi global dan keperluan pengguna yang semakin mengutamakan kereta ekonomi (terutamanya di Malaysia, semestinya), DNGA adalah jawapan terbaik kepada cabaran ini. Ia juga menawarkan pengalaman pemanduan lebih baik, dengan pengendalian mantap dan kestabilan yang setara dengan model yang lebih tinggi.
Power Mode (Antara Ciri Kegemaran Abam Pada Axia 2023 Ini)
Ini juga antara ciri-ciri yang ada pada Axia varian SE (dan AV, of course) yang membuatkan abam tidak berfikir panjang untuk mendapatkan model dari varian SE (semestinya kerana murah sedikit berbanding AV). Axia 2023 mempunyai ciri Power Mode, yang boleh diaktifkan oleh pemandu melalui butang khas di stereng. Apabila diaktifkan, ia mengubah karakter enjin dan transmisi untuk memberikan tindak balas lebih cepat dan prestasi bertenaga, terutamanya ketika mendaki bukit atau memotong kenderaan lain.
Bagaimana Power Mode Berfungsi? (Penerangan Seorang Nerd Teknologi)
Apabila Power Mode diaktifkan melalui butang khas, ia mengubah cara enjin dan transmisi D-CVT beroperasi. Secara amnya, Power Mode melakukan beberapa perubahan berikut:
Dalam keadaan biasa, transmisi D-CVT berfokus kepada penjimatan bahan api dengan mengekalkan nisbah gear rendah pada kelajuan rendah dan sederhana. Apabila Power Mode diaktifkan, sistem transmisi akan mengekalkan nisbah gear lebih tinggi untuk memberikan kuasa dan pecutan pantas. Ini bermaksud enjin akan beroperasi pada RPM lebih tinggi untuk menghasilkan tork yang kuat.
Sistem Power Mode juga akan mengubah peta pendikit (throttle) untuk memberikan respons pantas apabila pedal minyak ditekan. Dalam mod ini, walaupun dengan sedikit tekanan pada pedal minyak, enjin akan memberikan banyak kuasa berbanding mod pemanduan biasa. Ini memudahkan pemandu mendapatkan pecutan segera ketika diperlukan.
Selain perubahan pada transmisi dan pendikit, Power Mode turut melibatkan pengurusan enjin secara keseluruhan. Sistem elektronik kenderaan akan menyesuaikan masa pembakaran dan campuran bahan api untuk mengoptimumkan kuasa yang dihasilkan. Ini membolehkan enjin mencapai prestasi tinggi dengan cepat.
Bagaimanapun, ia hanya disyor untuk diaktifkan ketika benar-benar diperlukan, dan bukan untuk penggunaan harian biasa jika anda ingin mengekalkan kecekapan bahan api yang optimum. Kalau tidak, mungkin anda akan mengisi minyak seminggu sekali pula. Nafsu menekan harus dijaga ya!
Ada faham ke semuanya?
Abam memang suka membuat penerangan sebagai seorang geek atau nerd IT – bukan sebagai seorang pengulas kenderaan ya. Harap anda semua berpuas hatilah dengan penerangan di atas ini.
Baik, apa lagi yang tak cukup? Apa lagi penerangan yang anda ingin tahu?
Apa dia? D-CVT?
Baiklah.
D-CVT (Dual-Mode Continuously Variable Transmission) adalah teknologi transmisi terkini yang diperkenalkan oleh Perodua dalam beberapa model terkini, termasuk Perodua Axia 2023 – semestinya. Berbanding dengan CVT (Continuously Variable Transmission) biasa, D-CVT mempunyai ciri termaju dan mampu memberikan prestasi lebih baik serta pemanduan lancar.
Bagaimana D-CVT Berfungsi?
CVT konvensional menggunakan sistem pulley dan tali sawat (belt) yang boleh menukar nisbah gear secara berterusan untuk memberikan pemanduan lancar dan menjimatkan bahan api. Namun, D-CVT membawa konsep ini lebih jauh dengan menambah satu lagi mod transmisi untuk meningkatkan kecekapan dan prestasi.
D-CVT menggunakan dua mod operasi utama iaitu:
Mod Belt Drive (Low-Speed Mode):
Dalam mod ini, D-CVT beroperasi seperti CVT biasa, di mana ia menggunakan tali sawat dan sistem pulley untuk menukar nisbah gear. Mod ini digunakan untuk kelajuan rendah hingga sederhana, di mana kecekapan bahan api dan kelancaran pemanduan adalah keutamaan.
Mod Gear Drive (High-Speed Mode):
Apabila kelajuan meningkat, D-CVT secara automatik beralih kepada mod gear drive. Dalam mod ini, ia menggunakan gear fizikal untuk menyalurkan kuasa dari enjin ke roda. Mod ini meningkatkan kecekapan penghantaran kuasa, mengurangkan kehilangan tenaga, dan memberikan lebih banyak respons pemanduan pada kelajuan tinggi.
Kelebihan D-CVT Berbanding CVT Biasa
Salah satu kelemahan CVT biasa ialah ‘rubber band effect,’ di mana terdapat sedikit kelewatan atau rasa tarikan ketika pemandu menekan pedal minyak. D-CVT mengurangkan kesan ini dengan peralihan yang lebih responsif dan lancar di antara mod belt drive dan gear drive.
Dengan menggabungkan kelebihan CVT konvensional dan sistem gear, D-CVT mencapai keseimbangan antara penjimatan bahan api dan prestasi yang optimum. Nisbah gear yang lebih fleksibel pada kelajuan rendah dan sederhana membantu mengekalkan penggunaan bahan api yang rendah, manakala mod gear drive memberikan lebih banyak kuasa apabila diperlukan.
Dalam mod gear drive, pemandu akan merasai tindak balas yang lebih segera apabila memecut, terutama ketika mendaki atau memotong kenderaan lain. Ini adalah sesuatu yang sukar dicapai dengan CVT konvensional yang kadang-kadang kurang responsif dalam situasi sebegini.
D-CVT direka dengan komponen yang kurang kompleks berbanding transmisi automatik konvensional, menjadikannya lebih tahan lasak dan memerlukan penyelenggaraan yang mudah dan murah (sepatutnyalah!).
Pada pendapat abam, D-CVT adalah satu langkah evolusi yang signifikan dalam dunia transmisi, menggabungkan kelebihan CVT dan transmisi gear konvensional.
Konklusi Sepanjang bertahun menulis di sini, abam belum pernah mengulas tentang kenderaan – dan ulasan ini tidak terkecuali. Sekali lagi abam tekankan, abam mengulas tentang teknologi yang ada pada Axia 2023 – sekaligus menjadi antara faktor-faktor utama mengapa technology nerd seperti abam terus berminat untuk menggunakannya.
Abam tidak dibayar oleh Perodua untuk artikel ini, apatah lagi mendapat sebarang tajaan. Tetapi artikel ini hanya ingin menceritakan mengenai beberapa kelebihan pada Axia baharu tahun 2023, yang menyebabkan ia menjadi lebih mahal – tetapi punyai asbab kukuh mengapa harganya terpaksa meningkat naik.
Ya, ia agak lebih mahal berbanding Axia lama. Namun dengan bawaan teknologi baharu beserta platform moden, Axia 2023 ini akan relevan untuk waktu yang lama. Kita jumpa lagi pada artikel akan datang, terima kasih semua!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/ulasan-axia-2023/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadi Kaya Raya Aset Kini Cecah Hampir Rm2 Juta Setelah Menang Emas Di Olimpik

Jadi Kaya Raya Aset Kini Cecah Hampir Rm2 Juta Setelah Menang Emas Di Olimpik

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 122 hits
Atlet miskin menang emas di Olimpik berubah jadi kaya raya aset kini cecah hampir RM2 jutaKIM SYAZIEKisah atlet dari Pakistan yang terpaksa menggunakan duit orang kampung untuk menjalani latihan rejam lembing terus menjadi tajuk utama betit...
Hampir Setahun Berlalu Begini Perkembangan Penanganan 2 Kasus Firli Bahuri Di Polda Metro Jaya

Hampir Setahun Berlalu Begini Perkembangan Penanganan 2 Kasus Firli Bahuri Di Polda Metro Jaya

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 78 hits
Firli sampai saat ini belum ditahan karena penyidik masih berupaya melengkapi berkas perkara dugaan pemerasan dan tindak pidana lainnya
Horizon 2023 2024 Buku Rujukan Ekonomi Digital Untuk Pelabur

Horizon 2023 2024 Buku Rujukan Ekonomi Digital Untuk Pelabur

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 114 hits
Kementerian Digital dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation hari ini melancarkan buku Horizon 2023 2024 A Digital Economy Publication Ia menawarkan maklumat yang tidak terbatas tentang landskap digital negara Horiz
Setelah Sebulan Pokok Kacang Panjang Buncis Kelisa

Setelah Sebulan Pokok Kacang Panjang Buncis Kelisa

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 170 hits
Baru sekejap rasanya anak pokok kacang panjang buncis kelisa ini dipindahkan Raised bed ini adalah raised bed pertama yang telah dibuat dengan lebih baik menggunakan papan katil Setelah 6 tahun raised bed ini telah pun ditanam dengan berbag...
Tangan Rasa Kebas Setelah Balik Umrah

Tangan Rasa Kebas Setelah Balik Umrah

papar berkaitan - pada 16/8/2024 - jumlah : 84 hits
Assalamualaikum Doktor saya mahu tanya kenapa tangan saya rasa kebas kebas Saya baru balik umrah jadi banyak guna tenaga macam terkejut urat urat jadi bengkak Boleh doktor beritahu lanjut perkara ini Terima kasih Waalaikumsalam Rasa kebas k...
Video Senyum Jokowi Dengar Prabowo Siap Berkantor Di Ikn Setelah Jabat Presiden Ri

Video Senyum Jokowi Dengar Prabowo Siap Berkantor Di Ikn Setelah Jabat Presiden Ri

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 81 hits
Presiden Joko Widodo bersama Wapres Ma ruf Amin memboyong para menteri untuk rapat kabinet perdana di Ibukota Nusantara pada Senin
Setelah 10 Hari Kempen Pn Di Hadapan

Setelah 10 Hari Kempen Pn Di Hadapan

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 154 hits
ULASAN Siapa jadi pilihan rakyat Nenggiri 17 Ogos nanti PERJALANAN dan kempen pirake Nenggiri sudah masuk hari ke 10 Lebih separuh masa diperuntukan berkempen sudah dilalui Dengan separuh masa kempen berjalan sedikit sebanyak dapat dilihat ...
Selepas Hampir 40 Tahun Microsoft Akan Buang Control Panel Dari Windows

Selepas Hampir 40 Tahun Microsoft Akan Buang Control Panel Dari Windows

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 66 hits
Mungkin sudah di penghujung era pengguna Windows tidak akan lagi melihat Control Panel yang sememangnya ikonik di dalam sistem operasi Windows Sebaliknya Microsoft merancang untuk meletakkan pilihan tetapan bagi sistem Windows di dalam apli...
Baru Beberapa Jam Berkahwin Gadis Mati Dibunuh Suami Setelah Bertengkar

Baru Beberapa Jam Berkahwin Gadis Mati Dibunuh Suami Setelah Bertengkar

papar berkaitan - pada 12/8/2024 - jumlah : 215 hits
KOSMONEW DELHI Seorang gadis berusia 19 tahun yang baru beberapa jam berkahwin didakwa dibunuh oleh suaminya selepas bertengkar petang Rabu lalu dalam kejadian di daerah Kolar negeri Karnataka lapor portal berita The Indian Express kelmarin...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities