99 Nama Allah Makna Kegunaannya


AssalamualaikumBismillah
Dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” Sahih Bukhari

Fadhilat ini dipetik dari tajuk buku “Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran”, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi

1. Ya AllahApabila dizikirkan 500 kali setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati

2. Ya Rahman – Maha PemurahApabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 kali, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah

3. Ya Rahim – Maha PenyayangApabila dizikirkan sebanyak 100 kali setiap hari, Insya Allah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita

4. Ya Malik – Maha Merajai/PemerintahApabila dizikirkan sebanyak 121 kali setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah

5. Ya Quddus – Maha SuciApabila dizikirkan sebanyak 100 kali setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dan lain-lain

6. Ya Salam – Maha PenyelamatApabila dizikirkan sebanyak 136 kali, Insya Allah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera

7. Ya Mukmin – Maha PengamanApabila dizikirkan sebanyak 236 kali, Insya Allah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan

8. Ya Muhaimin – Maha Pelindung/PenjagaApabila dizikirkan sebanyak 145 kali sesudah solat fardhu Isyak, Insya Allah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih

9. Ya ‘Aziz – Maha Mulia/PerkasaApabila dizikirkan sebanyak 40 kali sesudah solat subuh, Insya Allah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan

10. Ya Jabbar – Maha PemaksaApabila dizikirkan sebanyak 226 kali pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah

11. Ya Mutakabbir – Maha BesarApabila dizikirkan sebanyak 662 kali, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia

12. Ya Khaliq – Maha PenciptaDibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731 kali, Insya Allah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat faham

13. Ya Baarii’ – Maha PerancangSekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 kali selama 7 hari berturut-turut, Insya Allah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut

14. Ya Musawwir – Maha Menjadikan Rupa BentukSekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan ‘Ya Musawwir’ sebanyak 21 kali, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa

Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 kali, Insya Allah akan dikurniakan anak yang soleh

15. Ya Ghaffar – Maha PengampunSambil beriktikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 kali sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, Insya Allah akan diampunkan dosa-dosa kita

16. Ya Qahhaar – Maha MenundukkanDizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia
17. Ya Wahhab – Maha PemberiDizikir sebanyak 100 kali sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu di dalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang

18. Ya Razzaq – Maha Pemberi RezekiDizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal dan membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir

19. Ya Fattah – Maha PembukaDizikir sebanyak 71 kali sesudah selesai solat subuh, Insya Allah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama

20. Ya ‘Alim – Maha MengetahuiDizikir sebanyak 100 kali setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna

21. Ya Qaabidhu – Maha Penyempit HidupDizikirkan 100 kali setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah dan terlepas dari segala bentuk ancaman

22. Ya Baasithu – Maha Pelapang HidupBagi mereka yang berniaga atau mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, Insya Allah rezeki akan menjadi murah

23. Ya Khaa’fidh – Maha PenghinaDizikirkan sebanyak 500 kali setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, Insya Allah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya

24. Ya Raafi – Maha TinggiDizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 kali, Insya Allah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat dan terhindar dari kecurian

25. Ya Mu’izz – Maha Pemberi Kemuliaan/KemenanganDizikirkan sebanyak 140 kali dan setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan

26. Ya Muzill – Maha MerendahkanPerbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita dan sukar untuk memintanya, Insya Allah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali

27. Ya Samii’ – Maha MendengarSekiranya inginkan doa kita makbul dan pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, Insya Allah doa akan mustajab

28. Ya Bashiir – Maha MelihatDizikirkan sebanyak 100 kali sebelum solat Jumaat, Insya Allah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak dan selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah

29. Ya Hakam – Maha MenghukumDizikirkan sebanyak 68 kali pada tengah malam dalam keadaan suci, Insya Allah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama dan membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama

30. Ya Adllu – Maha AdilDizikirkan sebanyak 104 kali setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, Insya Allah diri kita selalu dapat berlaku adil

31. Ya Lathiif – Maha HalusiDengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, Insya Allah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju

32. Ya Khabiir – Maha WaspadaDengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama

33. Ya Haliim – Maha PenyantunDizikirkan sebanyak 88 kali selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, Insya Allah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat

34. Ya ‘Aziim – Maha AgongDizikirkan sebanyak 12 kali setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, Insya Allah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 kali kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, syaitan dan sebagainya

35. Ya Ghafuur – Maha PengampunBagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa dan beriktikad untuk tidak mengulanginya, Insya Allah akan diterima taubatnya oleh Allah

36. Ya Syakuur – Maha PengampunDizikirkan sebanyak 40 kali sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, Insya Allah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak

37. Ya ‘Aliy – Maha Tinggi Martabat-NyaUntuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 kali (di dalam bahasa Arab) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, Insya Allah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang. Insya Allah mujarab

38. Ya Kabiir – Maha BesarBagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 kali selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat)

39. Ya Hafiiz – Maha PelindungDizikir sebanyak 99 kali, Insya Allah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan

40. Ya Muqiit – Maha Pemberi KeperluanSekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. Insya Allah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang

41. Ya Hasiib – Maha MencukupiUntuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 kali sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, Insya Allah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan

42. Ya Jaliil – Maha LuhurBarangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, Insya Allah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan – perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah

43. Ya Kariim – Maha MuliaUntuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 kali ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini

44. Ya Raqiib – Maha PengawasBagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 kali setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada ditempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal dan yakinlah kepada Allah. Insya Allah

45. Ya Mujiib – Maha MengabulkanSesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hamba-Nya dan agar doa kita mustajab dan selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 dan sesudah solat subuh. Insya Allah Tuhan akan mengabulkan doa kita

46. Ya Waasi’ – Maha Luas Pemberian-NyaApabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 kali setiap pagi & petang, Insya Allah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, Insya Allah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk

47. Ya Hakiim – Maha BijaksanaBagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, Insya Allah akalnya akan menjadi cerdas & lancar dalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurangkurangnya 300 kali setiap hari

48. Ya Waduud – Maha PencintaDiamalkan zikir ini sebanyak 11,000 kali pada setiap malam. Insya Allah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada di dalam keadaan harmoni

49. Ya Majiid – Maha MuliaUntuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 kali, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga

50. Ya Baa’its – Maha MembangkitkanZikirkan sebanyak 100 kali dengan meletakkan kedua tangan ke dada, Insya Allah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah

51. Ya Syahiid – Maha MenyaksikanApabila ada dikalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 kali secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya

52. Ya Haq – Maha BenarPerbanyakkan zikir ini, Insya Allah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah

53. Ya Wakiil – Maha BerserahSekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, Insya Allah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala

54. Ya Qawiy – Maha Memiliki KekuatanDiamalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim

55. Ya Matiin – Maha Sempurna Kekuatan-NyaDiamalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu

56. Ya Waliy – Maha MelindungiBarangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izin-Nya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki

57. Ya Hamiid – Maha TerpujiPerbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian

58. Ya Muhshiy – Maha MenghitungSekiranya kita inginkan diri kita digolongkan dalam pertolongan yang selalu dekat denganAllah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu

59. Ya Mubdi’ – Maha Memulai/PemulaAgar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 kali setiap hari. Insya Allah

60. Ya Mu’id – Maha MengembalikanAndai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 kali setiap hari sesudah solat. Insya Allah dipertunjukkan akan hasilnya

61. Ya Muhyiy – Maha MenghidupkanAmalkan zikir ini sebanyak 58 kali setiap hari, Insya Allah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak

62. Ya Mumiit – Maha MematikanBarangsiapa memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan dipermudahkan dalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya

63. Ya Hayyu – Maha HidupUntuk mencapai kekuatan mental/batiniah di dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini

64. Ya Qayyuum – Maha Berdiri Dengan Sendiri-NyaTelah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh dan ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dengan “Ya Hayyu Ya Qayyuum” sebanyak 1,000 kali setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat

65. Ya Waajid – Maha MenemukanAndai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh dan teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini

66. Ya Maajid – Maha MuliaDemi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari

67. Ya Waahid – Maha EsaBagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 kali setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah

68. Ya Somad – Maha DimintaKetika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. Insya Allah, diri akan berasa segar dan sentiasa

69. Ya Qaadir – Maha KuasaApabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 kali setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil

70. Ya Muqtadir – Maha MenentukanAgar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita

71. Ya Muqaddim – Maha MendahulukanMenurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata “Barang siapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 kali setiap hari, Insya Allah, nescaya segala usahanya akan berhasil”

72. Ya Mu’ahkhir – Maha Melambat-lambatkanBagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini

73. Ya Awwal – Maha PemulaanBarangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 kali setiap hari, Insya Allah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah

74. Ya Akhir – Maha PenghabisanAmalkan berzikir sebanyak 200 kali sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, Insya Allah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal

75. Ya Dhaahir – Maha MenyatakanDiamalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 kali selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik dan sukar serta diberi kefahaman ilmu

76. Ya Baathinu – Maha TersembunyiSeperti no. 75 juga tetapi amalkan sebanyak 30 kali sesudah solat fardhu

77. Ya Waaliy – Maha Menguasai UrusanMemperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang makrifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini

78. Ya Muta’aAliy – Maha Suci/TinggiSekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. Insya Allah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil

79. Ya Barr – Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)diamalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah

80. Ya Tawwaab – Maha Penerima TaubatBagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus

81. Ya Muntaqim – Maha PenyiksaJika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insya Allah, kita akan mendapat pertolongan Allah

82. Ya ‘Afuww – Maha PemaafBarangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah

83. Ya Rauuf – Maha MengasihiBagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu sama ada pada waktu siang mahupun malam

84. Ya Maalikul Mulk – Maha Pemilik KekuasaanSeseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 kali sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. Insya Allah akan mendapat pertolongan Allah

85. Ya Zul Jalaali wal Ikraam – Maha Pemilik Keagungan dan KemuliaanDiamalkanlah zikir ini sebanyak 65 kali setiap hari selama sebulan, Insya Allah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah

86. Ya Muqsith – Maha MengadiliBerzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya

87. Ya Jaami’ – Maha MengumpulkanSekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat

88. Ya Ghaniy – Maha Kaya RayaDiamalkan zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, Insya Allah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat

89. Ya Mughniy – Maha Penberi KekayaanMintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah segala hajat kita akan tercapai

90. Ya Maani’ – Maha Membela/MenolakAndai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 kali pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, Insya Allah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara

91. Ya Dhaarr – Maha Pembuat BahayaAsma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 kali pada setiap hari, Insya Allah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh

92. Ya Naafi’ – Maha Pemberi ManfaatMenurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barang siapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah

93. Ya Nuur – Maha Pemberi CahayaMenurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang

94. Ya Haadiy – Maha Pemberi PetunjukBagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut

95. Ya Baadii – Maha Indah/Tiada BandinganAndai kita mempunyai rancangan yang sangat penting dan bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 kali selepas solat fardhu. Insya Allah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar

96. Ya Baaqy – Maha KekalDiamalkan zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, Insya Allah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini

97. Ya Waarits – Maha Membahagi/MewarisiSekiranya kita berzikir sebanyak 500 kali selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 kali. Insya Allah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan

98. Ya Rasyiid – Maha Pandai/BijaksanaWalaupun kita tergolong dalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas

99. Ya Shabuur – Maha PenyabarAgar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan

Semoga bermanfaat dan menjadi amalan harian kita



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2021/06/99-nama-allah-asmaul-husna-makna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nama Indah Makna Pun Elok Sunat Hari Ke 7 Kelahiran Pu Amin Kongsi Nama Anak

Nama Indah Makna Pun Elok Sunat Hari Ke 7 Kelahiran Pu Amin Kongsi Nama Anak

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 399 hits
Selepas selamat menimang anak keempatnya pada 30 Mei lalu pencetus ummah atau PU Amin kini tampil mengumumkan nama yang cukup indah pada anak perempuannya itu pada hari ketujuh kelahirannya Menerusi Instagramnya semalam PU Amin tampil berko...
Guna Nama Allah Dalam Lagu Bersama Jay Park Joe Flizzow Dituduh Menghina Islam

Guna Nama Allah Dalam Lagu Bersama Jay Park Joe Flizzow Dituduh Menghina Islam

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 251 hits
Baru baru ini laman sosial Twitter menjadi kecoh apabila seorang individu berkongsi lirik lagu penyanyi rap Korea Selatan iaitu Jay Park yang menggunakan nama Allah dalam karyanya Dua lagu penyanyi itu yang berjudul Twisted Dreams jelas men...
5 Rider Foodpanda Belasah Lelaki Guna Nama Ardilas Anak Allah Taala Ditahan Polis

5 Rider Foodpanda Belasah Lelaki Guna Nama Ardilas Anak Allah Taala Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 1112 hits
Sebelum ini viral video sekumpulan rider FoodPanda mengamuk dan membelasah seorang lelaki yang berusia 29 tahun dipercayai menggunakan nama Ardilas Anak Allah Taala Tuhan Allah Taala semasa membuat pesanan makanan melalui aplikasi FoodPanda...
5700 Guna Nama Allah Buat Pesan Makanan Bikin 6 Rider Naik Angin Tv Ppim 13 06 2021

5700 Guna Nama Allah Buat Pesan Makanan Bikin 6 Rider Naik Angin Tv Ppim 13 06 2021

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 312 hits
Tular di media sosial berkenaan dengan insiden seorang pelanggan dipukul sekumpulan penghantar makanan kerana menggunakan nama Allah ketika membuat pesanan makanan Siapa yang salah Provokasi terhadap sentimen agama Atau semangat memperjuang...
Semua Terjadi Ada Hikm H Allah Aturkan Semua Ini Dan Kebetulan Nama Pun Lebih Kurang Sama

Semua Terjadi Ada Hikm H Allah Aturkan Semua Ini Dan Kebetulan Nama Pun Lebih Kurang Sama

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 258 hits
SEPERTI dalam drama begitulah reaksi seorang ibu yang berdepan detik cem4s apabila menyedari anaknya yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi orang lain Kisah mengenai bayi tertukar itu menjadi tular apabila wanita berkenaan Siti Suriani W...
Islamic Bodies Seek To Intervene In Allah Appeal

Islamic Bodies Seek To Intervene In Allah Appeal

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 216 hits
Two state level Islamic religious councils seek to intervene in the government s appeal over the use of the word Allah by non Muslims in Malaysia The Federal Territory Islamic Religious Council and the Johor State Islamic Religious Council ...
Allah Sahajalah Yang Lebih Maha Mengetahui

Allah Sahajalah Yang Lebih Maha Mengetahui

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 339 hits
Allah sahajalah yang lebih Maha Mengetahui Assalamualaikum dan salam sejahtera Dalam zaman wabak ni ramai yang terkesan Bukan hanya golongan bawahan malahan atasan juga terkesan Ekonomi benar benar menekan kita sekarang Banyak perkara perka...
Amalkan Membaca Doa Sebelum Tidur Supaya Kita Dipelihara Oleh Allah S W T

Amalkan Membaca Doa Sebelum Tidur Supaya Kita Dipelihara Oleh Allah S W T

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 279 hits
Doa sebelum tidur diajar sejak kita masih kecil lagi Sebagai umat Islam doa sebelum tidur adalah salah satu sunnah Rasulullah yang seharusnya kita ikuti supaya mendapat rahmat dari Allah S W T
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon