Allah Sahajalah Yang Lebih Maha Mengetahui
Allah sahajalah yang lebih Maha Mengetahui | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam zaman wabak ni, ramai yang terkesan. Bukan hanya golongan bawahan malahan atasan juga terkesan. Ekonomi benar-benar menekan kita sekarang. Banyak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku saban hari di sekeliling kita. Namun, ada banyak benda yang tersembunyi yang hanya diketahui Allah sahaja. Allah yang Maha berkuasa dan lebih Maha mengetahui.
Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ini, ramai yang dibuang kerja. Dan pastinya, untuk mencari pekerjaan dalam situasi sekarang juga bukanlah sesuatu yang mudah. Bayangkan kalau banyak syarikat yang mula membuang pekerja mereka, macamana kita nak mohon kerja dalam sesebuah syarikat itu kan?
Aku kongsikan mengenai diri aku sendiri. Syukur alhamdulilah, aku masih dengan kerja yang aku buat 15 tahun dahulu. Masih dalam syarikat yang sama dan dalam bidang kerja yang sama. Syukur alhamdulilah. Namun tidak aku nafikan, aku masih mencari peluang yang lebih baik daripada yang baik sekarang ini.
Dan ada beberapa company yang menjadi “target” aku. Dan pastinya, sudah beberapa kali aku memohon jawatan dalam syarikat tersebut. Daripada sekecil-kecil jawatan sehinggalah ke sebesar-besar jawatan. Semua aku mohon!
Dan banyak kali juga aku kecewa! Dek kerana jawatan yang aku mohon tak juga kunjung tiba. Kalau jawatan yang besar, aku faham sebab aku sekadar memohon. Dapat tak dapat itu belakang cerita la kan. Tapi yang buatkan aku sedikit kecewa adalah, aku mohon jawatan yang paling kecil. Kira permulaanlah dalam syarikat. Itu pun tak dapat! Ish, kecewanya.
Aku sedar, 2 syarikat yang aku mohon ini, jauh sangat dengan pengalaman yang aku ada sekarang. Bidang pun lari jauh. Boleh kata tak ada kena mengena langsung pun. Tapi seperti yang aku ada beritahu pada awal tadi, aku nak cari sesuatu yang lebih baik daripada yang baik. Dan kedua-dua syarikat ini bukan calang-calang.
Lama aku tenung kenapa susah sangat untuk dapat kerja dalam 2 syarikat ini. Saban hari aku mohon kepada Allah agar diberikan petunjuk. Dan Allah maha penyayang. Ditunjukkan sedikit demi sedikit melalui pelbagai cara agar hamba-hambanya faham. Yang kita rancang terkadang nampak sempurna namun Allah Sahajalah yang tahu apakah yang terbaik untuk kita.
Kita mampu merancang. Kalau dapat kerja ini nak buat itu ini. Nak ubah itu dan ini. Itu semua dalam perancangan kita dan apa yang kita nampak. Namun, banyak sebenarnya yang kita tak nampak dan mungkin akan menjerumuskan kita kearah kejatuhan atau tekanan yang lebih dasyat.
Mungkin kerja yang kita mohon itu penuh dengan tekanan. Di tambah lagi, boleh jadi juga masa kita akan jadi lebih padat dengan kerja. Atau dengan kata mudahnya, lebih teruk daripada kerja yang kita ada sekarang. Ada pelbagai kemungkinan lagi. Dan pastinya, setiap yang berlaku itu bukan sekadar berlaku, ianya adalah petunjuk daripada Allah kepada setiap hamba-hambanya.
Dan apa yang aku rasa sekarang adalah, boleh jadi kerja yang aku mintak itu, akan memberikan tekanan yang kuat sekaligus menyebabkan kesihatan aku merosot mendadak, siapa tahu kan? Dan ada banyak lagi sebenarnya yang aku rasa dan percaya, ada banyak sebab kenapa setiap permohonan aku di tempat baru itu tidak diterima.
Kita hanya merancang, Allah sahajalah yang menentukan. Allah lebih maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Kerana, dengan hanya bersyukur, Allah akan tambah lagi rezeki kedalam hidup kita. insyaAllah. Bersangka baiklah dengan Allah. Pasti ada yang terbaik daripada yang lebih baik dari yang baik. Aminnn.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2021/06/allah-sahajalah-yang-lebih-maha.html