944 Mykad Ghaib Dalam Sehari Selamatkah Data Kita




Tahap keselamatan dokumen warganegara atau MyKad kini diragui kerana data kehilangan dokumen itu yang luar biasa dilaporkan, dibimbangi berkait rapat dengan kegiatan penjualan MyKad kepada warga asing.
Mengikut data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sebanyak 1.7 juta unit MyKad dilaporkan hilang kerana kecuaian atau jenayah, dalam tempoh lima tahun antara 2015 hingga 2019 atau 944 keping MyKad hilang dalam sehari.
Penganalisis Kajian Strategik dan Keselamatan Negara, Profesor Madya Dr Mizan Mohammad Aslam berkata, daripada jumlah itu, 1.3 juta unit MyKad dilaporkan hilang kerana cuai manakala 363,580 unit dilaporkan hilang kerana jenayah seperti diragut, dirompak dan sebagainya.
Katanya, data berkenaan dilihat luar biasa, malah pada tahun 2018, sebanyak 19.3 juta pemilik MyKad belum menukar MyKad baharu juga luar biasa jumlahnya, selain 20, 410 unit MyKad dilaporkan hilang dalam bencana.
“Ini menimbulkan hipotesis adakah kehilangan atau keengganan pemilik MyKad menukar MyKad baharu sebenarnya ada kaitan dengan isu penjualan data MyKad kepada warga asing?
“Negara pula dikejutkan dengan isu penjualan MyKad kepada warga China di Pulau Pinang pada tahun lalu menggunakan data individu yang sudah meninggal dunia, membabitkan Pengarah JPN negeri sendiri. Seramai 1,047 turuy dikesan memiliki MyKad asli menggunakan data orang lain.
“Isunya, MyKad berkenaan adalah asli tetapi menggunakan data rakyat untuk semua akses termasuk memohon kemudahan warganegara seperti pasport, perniagaan, pemilikan hartanah, pendidikan, perubatan dan paling membimbangkan ia digunakan untuk jenayah,” katanya kepada wartawan.
Tambahnya, menurut laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2018, sebanyak 95 peratus atau lebih 100,000 pelancong China dan India yang masuk pada 2015 tetapi tidak keluar dari negara ini setelah masuk tiga tahun berlalu.
“China memiliki sembilan pusat Bahasa Universiti yang mengajar Bahasa Melayu, bayangkan jika pelajar mereka masuk dan memiliki MyKad, kita tidak dapat bezakan mereka kerana fasih berbahasa, hafal lagu kebangsaan dan rukun negara kerana sudah ada dalam modul pelajaran mereka.
“Sehingga ke hari ini, keberadaan mereka gagal dikesan yang menimbulkan hipotesis mereka sedang menggunakan dokumen seperti MyKad untuk survival dan bekerja di negara ini.
“Hasil maklumat risikan ada di kalangan warga asing menggunakan MyKad untuk memohon kerja sebagai tentera, malah ada yang menjawat sebagai guru dan lain-lain jawatan spesifik.
“Selain itu, sudah ada ramai yang dikesan bekerja sebagai pengawal keselamatan termasuk kes rompakan dan bunuh pada 23 Oktober 2013 oleh La Ode, warga Indonesia.
“Malah dalam beberapa operasi, penguatkuasa berjaya menemui warga Bangladesh memiliki MyKad kita,” katanya.
Tambahnya, ketika pendedahan media warganegara ekspres di tahun 2014 dan 2015, sumber dari negara jiran memberitahu bahawa dalam pengetahuannya terdapat lima juta data MyKad adalah warganegara ekspres dan ia sudah direkodkan, juga melibatkan pegawai tertinggi JPN.
“Malah menurut sumber ketika itu, SPRM yang sudah bersedia dengan berbagai bukti termasuk peralatan yang digunakan oleh JPN sendiri untuk membawa kes itu ke mahkamah tetapi terhalang oleh ‘alasan’ tertentu,” katanya.
“Sebaliknya, pegawai SPRM yang membongkar dan menangkap penjenayah tersebut pula yang dipindahkan ke jabatan lain, ” katanya
Katanya, pernah dilaporkan media bahawa bayaran ‘complete package’ bagi membeli MyKad, pasport dan sijil lahir mencecah sehingga RM1.3 juta.
“Jelas bahawa jual beli MyKad dan warganegara ekspres ini adalah bisnes yang amat menguntungkan sehingga beratus juta malah bilion ringgit.
“Faktor ini sahaja sudah menunjukkan adalah amat sukar dan mustahil untuk membanteras jenayah ini,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata atas kapasitinya sebagai penganalisis keselamatan memohon kerajaan meneliti semula tahap keselamatan MyKad kerana dilihat mudah bolos untuk sindiket melakukan pemalsuan atau penjualan MyKad yang asli.
Katanya, implikasi jika tidak dibendung akan merugikan negara, duit pembayar cukai digunakan untuk menyara warga asing termasuklah penggajian, perubatan dan lain-lain. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/05/10/944-mykad-ghaib-dalam-sehari-selamatkah-data-kita/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=944-mykad-ghaib-dalam-sehari-selamatkah-data-kita

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Mengelakkan Akaun Dan Data Facebook Anda Dari Digodam

Tips Mengelakkan Akaun Dan Data Facebook Anda Dari Digodam

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 414 hits
Facebook kini dilihat berkembang agak rancak dengan lebih 2 billion pengguna yang aktif Pengguna Facebook merangkumi pelbagai kategori seperti pelajar dan juga pengguna perusahaan besar Ia menyediakan kemudahan untuk pengguna berkongsi makl...
Result Pengeluaran Data Togel Hongkong 2020

Result Pengeluaran Data Togel Hongkong 2020

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 831 hits
Hasil Result Data Hk Dan Keluaran Hk Prize Tercepat Togel Merupakan salah satu jenis judi online tebak angka paling populer di Indonesia di tahun 2020 Togel online memiliki beberapa pasaran terfavorit di indonesia yang di sebar luaskan mela...
Kpk Minta Pemprov Papua Benahi Data Penerima Bansos Covid 19

Kpk Minta Pemprov Papua Benahi Data Penerima Bansos Covid 19

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 294 hits
Pembenahan ini untuk memastikan bantuan sosial yang dialokasikan tepat guna dan tepat sasaran terutama karena diperkirakan jumlah penerima yang bertambah sebagai dampak pandemi virus corona atau Covid 19
Bpk Validasi Data Kemenkes Untuk Bansos Belum Memadai

Bpk Validasi Data Kemenkes Untuk Bansos Belum Memadai

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 344 hits
Dalam pemeriksaan tersebut ditemukan sejumlah permasalahan Antara lain pelaksanaan verifikasi dan validasi belum memadai Sehingga menghasilkan data input yang berkualitas untuk penyaluran bantuan sosial
Xiaomi Mengemaskini Penawaran Aplikasi Pelayar Web Yang Membolehkan Pengguna Menutup Pengumpulan Data Di Mod Inkognito

Xiaomi Mengemaskini Penawaran Aplikasi Pelayar Web Yang Membolehkan Pengguna Menutup Pengumpulan Data Di Mod Inkognito

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 312 hits
Xiaomi sebelum ini telah dilaporkan yang mara mereka melakukan intipan aktiviti web selain mengumpulkan data ketika pengguna menggunakan pelayar web dalam mod inkognito Lanjutan daripadanya Xiaomi telah menidakkan laporan berkenaan dan hari...
91 Juta Data Tokopedia Bocor Dibobol Hacker

91 Juta Data Tokopedia Bocor Dibobol Hacker

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 307 hits
91 Juta Data Tokopedia Bocor Dibobol Hacker Tokopedia baru saja diserang hacker yang mana menyebabkan data kredensial sekitar 91 juta akun pengguna dan 7 juta akun merchant bocor
Bantuan Pemerintah Terkendala Data Pemkot Tangsel Salurkan Bansos Dari Sumbangan

Bantuan Pemerintah Terkendala Data Pemkot Tangsel Salurkan Bansos Dari Sumbangan

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 282 hits
Dia mengaku terhambatnya bansos dari anggaran Kemensos dan Provinsi Banten karena persoalan data calon penerima Menurutnya saat ini rencana bansos yang akan diberikan dari Pemerintah Provinsi Banten masih dalam proses
Aplikasi Mytrace Tidak Mengumpul Data Geolokasi Dan Dipadam Selepas 21 Hari

Aplikasi Mytrace Tidak Mengumpul Data Geolokasi Dan Dipadam Selepas 21 Hari

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 359 hits
telah dilancarkan secara rasmi hari ini oleh MOSTI dan adalah satu lagi aplikasi pengesahan kontak yang dibangunkan kerajaan bagi menentang penyebaran Covid 19 Antara kerisauan awal yang mula kami lihat di media sosial ialah sama ada data p...
Data 91 Juta Pengguna Tokopedia Bocor Pengguna Diminta Ganti Password Untuk Hindari Penipuan

Data 91 Juta Pengguna Tokopedia Bocor Pengguna Diminta Ganti Password Untuk Hindari Penipuan

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 313 hits
Seluruh data ini dijual di situs gelap seharga Rp74 juta Bisa dipakai buat melakukan penipuan
The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025