90 Peratus Peruntukan Sbp Dipotong Cetus Kebimbangan



BANGI, 9 Rabiulakhir 1442H, Rabu – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) mengesyorkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meningkatkan peruntukan penyelenggaraan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dalam Belanjawan 2021.

Presiden iGuru, Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, pihak KPM sewajarnya melihat pengagihan peruntukan berdasarkan saiz keperluan yang berbeza-beza mengikut lokaliti, fasiliti, utiliti dan nisbah bilangan murid khususnya di SBP.

Katanya, agak membimbangkan apabila SBP dan sekolah-sekolah agama swasta yang mengguna pakai kurikulum kebangsaan dipotong lebih 90 peratus peruntukannya kali ini.

“Pengurangan ini dibimbangi merencatkan usaha menambahkan bilangan murid dalam jurusan sains yang sememangnya semakin sedikit terutama daripada kalangan Bumiputera.

“SBP sewajarnya mendapat peruntukan lebih kerana matlamat kewujudan SBP adalah untuk memberikan pendidikan terbaik kepada murid-murid di situ daripada kalangan keluarga B40,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menjelaskan syor itu, beliau berkata, ia mengambil kira kos penyelenggaran sekolah yang tinggi khususnya keadaan di mana SBP sudah uzur, penggunaan 24 jam sehari kerana pelajar berada di asrama dan fungsi SBP yang terlibat dengan penganjuran aktiviti di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan malahan antarabangsa.

“Sekolah SBP wajar diperkasa dengan peruntukan yang secukupnya sebagai menarik minat anak-anak Melayu luar bandar selesa berada di SBP.

“… khususnya menambahkan lagi bilangan pelajar di bidang sains dan teknologi yang menjadi keperluan guna tenaga negara pada masa akan datang khususnya mendepani Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Selain itu, Ustaz Mohd Azizee berkata, pihak iGuru juga berharap peruntukan lebih dapat diberikan kepada sekolah kebangsaan.

Katanya, ia supaya sekolah kebangsaan dapat diperkasa daripada sudut fasiliti dan menarik minat murid-murid bukan Melayu ke sekolah kebangsaan.

“Langkah ini diharap dapat menyesaikan isu kemudahan SK terutama yang berada di luar bandar dan pendalaman,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin berkata, peruntukan penyelenggaraan sekolah dalam Belanjawan 2021 akan diagih mengikut formula yang mengambil kira bilangan serta kategori sekolah sama ada sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan.

Katanya, formula itu adalah bagi memastikan pengagihan dapat dibuat secara lebih menyeluruh dengan peruntukan sebanyak RM620 juta khusus untuk menyelenggara sekolah di bawah pengendalian KPM di seluruh negara.

Radzi berkata, dalam menggunakan formula tersebut, siling peruntukan bagi jenis sekolah adalah RM477.48 juta untuk SK dan SMK berstatus sekolah kerajaan termasuk Sekolah Berasrama Penuh dan Kolej Vokasional manakala RM1.2 juta bagi SK dan SMK berstatus sekolah bantuan kerajaan.

56 buah SBP seluruh negara bakal menerima peruntukan keseluruhan hanya sebanyak RM4.28 juta untuk tahun depan, berbanding RM50 juta diterima pada 2020.

Begitu juga dengan 224 buah sekolah agama bantuan kerajaan yang diperuntukkan hanya RM12.23 juta untuk tahun depan, berbanding RM50 juta tahun ini.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/90-peratus-peruntukan-sbp-dipotong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Pas Pahang Setuju Gaji Dipotong 10 Peratus

Adun Pas Pahang Setuju Gaji Dipotong 10 Peratus

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 337 hits
KUANTAN Semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pas di Pahang setuju gaji mereka dipotong sebanyak 10 peratus untuk disalurkan kepada Akaun Amanah Bencana Pahang selama tiga bulan bermula bulan ini sehingga Januari tahun depan Timbalan Pesuruhjaya...
Peruntukan Dipotong Mca Bantu Tindas Kaum Cina Guan Eng

Peruntukan Dipotong Mca Bantu Tindas Kaum Cina Guan Eng

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 344 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa MCA membantu penindasan terhadap kaum Cina apabila peruntukan kepada mereka dipotong dalam Belanjawan 2021 Meskipun demikian kata Lim MCA bersikap membisu mengenai perkara itu Apakah ada menteri MC...
Belanjawan 2021 Pengurangan Peruntukan Untuk Uitm Bakal Rencatkan Rancangan Masa Depan

Belanjawan 2021 Pengurangan Peruntukan Untuk Uitm Bakal Rencatkan Rancangan Masa Depan

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 303 hits
Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA Prof Madya Abd Rahim Awang berkata pengurangan dana akan memberi kesan kepada proses pelajaran dan pengajaran KUALA LUMPUR Pelan pembangunan Universiti Teknologi MARA dan usah...
Henti Agihkan Peruntukan Belanjawan 2021 Bermotifkan Politik

Henti Agihkan Peruntukan Belanjawan 2021 Bermotifkan Politik

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 251 hits
Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin menggesa kerajaan Perikatan Nasional berhenti mengagihkan peruntukan dalam Belanjawan 2021 berdasarkan motif politik Beliau berkata Belanjawan 2021 seharusnya menyatupadukan masyarakat serta mengikut na...
Peruntukan Jasa Penggerak Lebih Baik Digunakan Untuk Frontliners Dan Rakyat

Peruntukan Jasa Penggerak Lebih Baik Digunakan Untuk Frontliners Dan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 250 hits
Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir menyifatkan peruntukan Belanjawan 2021 untuk menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas dan Penggerak Komuniti Negara dilihat sebagai satu kegagalan Perikatan Nasional dalam berkhidmat sebagai kerajaan ...
Belanjawan Melayu Islam Tetapi Peruntukan Untuk Tahfiz Menurun

Belanjawan Melayu Islam Tetapi Peruntukan Untuk Tahfiz Menurun

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 266 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONBelanjawan 2021 dianggap sebagai belanjawan pilihan raya yang lebih menumpu kepada usaha mencari sokongan masyarakat Melayu Islam sehingga mengenepikan kebajikan untuk masyarakat bukan Islam Biarpun begitu kata Pengara...
Tiada Peruntukan Nyatakan Pm Perlu Letak Jawatan Jika Belanjawan Ditolak Tapi

Tiada Peruntukan Nyatakan Pm Perlu Letak Jawatan Jika Belanjawan Ditolak Tapi

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 293 hits
November 26 2020 Tiada peruntukan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seseorang Perdana Menteri perlu meletakkan jawatannya jika sesuatu belanjawan itu ditolak ketika hari pengundian Bagaimanapun terdapat beberapa...
Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

What Is Dashi And How To Make It

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Anggota Komando Hilang Ketika Latihan Ditemui Lemas Di Pelabuhan Kuantan

Dj Dave Terharu Lihat Keadaan Dharma Harun Ykat Hulur Rm1 000 Bantu Pulihkan Kesihatan

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

Untuk Hati Yang Sedang Letih


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Set Up Akuarium Goldfish Filter Murah Efektif Untuk Tangki Kecil Produk Penjagaan Dan Makanan Terbaik Ikan Emas

Kenapa Dulu Tuala Wanita Di Panggil Modes

Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Msn Sahkan Lee Zii Jia Dalam Keadaan Baik Tiada Isu Depresi Dan Kemurungan Dikesan

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry