Belanjawan 2021 Pengurangan Peruntukan Untuk Uitm Bakal Rencatkan Rancangan Masa Depan
 Bernama

Presiden  Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA (UTiMAS) Prof Madya Abd Rahim Awang berkata, pengurangan dana akan memberi kesan  kepada proses pelajaran dan pengajaran.KUALA LUMPUR: Pelan pembangunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan  usaha melahirkan graduan berdepan norma baru akibat pandemik Covid-19,  dilihat akan terencat jika peruntukan Belanjawan 2021 kepada institusi  tersebut dipotong.
Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi UiTM Dr  Ismail Sualman berkata, selaku institusi terbesar di Malaysia dengan 35  kampus dan lebih 100,000 pelajar di seluruh negara, institusi tersebut  memerlukan peruntukan besar untuk mengimbangi kuota pelajar dan  keperluan kampus.
“Apabila wujudnya pengurangan tertentu, ia akan membantutkan usaha  kita memperkasakan UiTM. Kita kini mengejar sasaran 500 terbaik dunia  ketika ini. Jika peruntukan dipotong sana sini, kita bimbang ia akan  merencatkan perancangan kita.
Senada dengannya, Setiausaha Alumni Komunikasi Massa (Masscom) Haniff  Ghazali yang menyifatkan, pandemik telah mengubah segala-galanya  termasuk rombakan silabus, sebagai persediaaan kepada siswa-siswi ke  arah alam pekerjaan norma baharu.
   “Dalam era Covid-19, akan ada karier yang terhapus dan muncul selepas  hujan. Jadi UiTM perlu membangunkan sahsiah dan jati diri jika mahu  meletakkan graduan universiti sebagai penyumbang kepada ekonomi dan  kehidupan.
“Tiada guna kalau ada wisma atau pejabat baru, tetapi graduan masih lagi bertaraf jaguh kampung dan bukannya global.
“Kita akan berdosa jika mengulangi perkara yang sama apabila UiTM  menyumbang kepada lambakan pengganggur di pasaran negara. Kerana itu  pembangunan pendidikan, jati diri, kerohanian dan sahsiah itu penting,  ia bukannya fizikal semata-mata,” jelasnya.
Sementara itu Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti  Teknologi MARA (UTiMAS) Prof Madya Abd Rahim Awang berkata, pengurangan  dana akan memberi kesan kepada proses pelajaran dan pengajaran, selain  menjejaskan peluang penyelidikan serta kerjasama dengan masyarakat luar.
   Beliau percaya itu antara perkara yang perlu diberi perhatian, kerana  ia akan membantutkan perkembangan universiti yang memerlukan peruntukan  kewangan besar, selain usaha sama serta sokongan dari dana sampingan  yang lain.
Pengurangan peruntukan kepada UiTM ini juga turut dibangkitkan bekas  Menteri Pendidikan Maszlee Malik sewaktu berbahas di Parlimen baru-baru  ini, yang antara lain percaya ia akan merencatkan pembangunan universiti  itu, selain memberi kesan kepada pelajarnya
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/belanjawan-2021-pengurangan-peruntukan.html