9 Tips Melancong Dengan Anak Kecil


9 Tips Melancong Dengan Anak Kecil | Musim cuti sekolah, pasti ramai yang merancang untuk pergi bercuti kan... bagi yang ada anak-anak dan anak kecik, mesti banyak benda nak fikirkan..

Ada beberapa panduan dan tips yang membantu ibu bapa untuk menjadikan percutian itu satu yang menyeronokkan. 

9 Tips Melancong Dengan Anak Kecil Perkara yang perlu difikirkan:
1. Pilih Destinasi Yang Sesuai Pilih destinasi yang sesuai dengan usia anak. Sebagai contoh, jika anak masih kecil, jangan pilih lokasi percutian yang berpotensi untuk menyusahkan seperti percutian di dalam hutan. Seeloknya pilihlah lokasi yang tepat, misalnya yang ada kedai serbaneka bagi memudahkan kita mencari barangan keperluan bayi sekiranya diperlukan.

Macam MF ada anak kecil dari usia 8 tahun hingga 2 tahun, jadi memang cerewet sikit nak cari yang sesuai. 

2 Jarak lokasi pilihan Jangan pilih lokasi percutian yang terlalu jauh kalau ada anak kecik ni, sebab diorang ni mudah rasa bosan dok dalam kereta lelama.

Tapi bagi MF, lokasi percutian kami ialah balik kampung. Jarak antara Kedah dan Johor, makan masa 12 jam perjalanan... Jadi, nak tak nak kena hadap. Cuti sekarang ni, kami akan transit dulu di KL, Selangor atau Negeri Sembilan semalaman, sebelum sambung perjalanan esoknya.

Owhh.. jangan risau, hotel bajet banyak dah sekarang ni... Tak perlu habiskan banyak duit untuk bermalam di hotel sekarang ni. 

3. Kemudahan yang disediakan Ketika memilih destinasi percutian, pastikan tempat tersebut ada menyediakan kemudahan yang ingin digunakan untuk keselesaan anak seperti cerek elektrik atau ‘jug kettle’, bilik air yang dilengkapi dengan alat pemanas air dan katil bayi (jika perlu).

Memang penting kemudahan ni... Jadi, kalau nak tempah hotel tu, hatta hotel bajet sekalipun, pastikan ada keperluan asas tu


4. Pengangkutan yang akan digunakan Kalau anak sorang dua yang dah boleh berjalan, menaiki kenderaan awam sangat menyeronokkan dan kurang penat berbanding drive sendiri.

Tapi kalau anak ramai, memang naik kereta lebih sesuai lah.

5. Pakaian Pastikan pakaian yang dibawa sesuai untuk dipakai di lokasi percutian. Misalnya, jika anda ingin membawa anak ke kawasan peranginan yang beriklim sejuk, mestilah membawa pakaian yang tebal dan jangan lupa pakaian tebalnya. Kuantiti pakaian yang dibawa juga mestilah mencukupi.

Kalau ada anak kecil, sebaiknya asingkan beg pakaian dia dengan pakaian kita. Anak kecil perlukan pakaian yang lebih dari anak yang dah besar. 


6. Barangan keperluan Sebelum bercuti, buat senarai semak barangan keperluan yang diperlukan seisi keluarga ketika bercuti. Hal ini bagi mengelakkan ada daripada tertinggal barang-barang yang penting untuk anak.

Ni memang penting, barang anak dulu yang diutamakan berbanding barang sendiri. Dah siap barang anak, baru setup barang peribadi pula.

7. Ubat-ubatan Jika anak ada penyakit, pastikan tidak lupa membawa ubat-ubatan yang perlu diambilnya. Dan pastikan juga kuantiti ubat tersebut mencukupi sepanjang tempoh percutian tersebut.

Kalau MF, memang satu beg khas untuk letak segala ubat-ubatan saja. Kiranya macam first aid la... semua ada dalam tu. Termasuk ubat untuk diri kita sendiri. Senang, sebagai rawatan awal jika sakit.


8. Makanan dan minuman Jangan galakkan anak makan makanan atau minuman yang dijual di tepi-tepi jalan. Pastikan makanan dan minuman benar-benar bersih sebelum diberi pada anak. Jika ada peluang dan kesempatan, lebih elok kalau sediakan sendiri makanan untuk anak.

MF memang bawa bekal biasanya bila travel. Bawa dari rumah. Kalau nak beli pun di restoran yang bersih atau makanan yang dibungkus dengan baik

9. Keselamatan anak
Setiap aktiviti yang ingin  dilakukan mestilah yang sesuai untuk anak kecil. Hal ini penting bagi mengelakkan terjadinya kemalangan. Selain itu, bagi anak-anak yang sudah agak besar, beri dia beg galas untuk dimasukkan barangan kegemarannya. Di dalam beg itu juga letakkan bersama nombor telefon ibu dan ayah supaya dapat dihubungi segera jika dia tersesat.

Tapi MF tak pernah biarkan anak jalan sendiri tanpa pengawasan dari kami. Bahayakan zaman sekarang ni

Info tambahan:  Bawa bersama mainan kegemaran anak dan buku cerita untuk menghilangkan rasa bosannya di sepanjang perjalanan kelak. Pastikan anda sentiasa membawa bekalan ‘tisu basah’ di dalam beg untuk menjaga kebersihan anak sepanjang masa. Pastikan makanan yang diberikan kepada anak ketika bercuti sentiasa bersih bagi mengelakkan keracunan makanan yang akhirnya akan merosakkan percutian anda seisi keluarga. Jangan membawa terlalu banyak barang kerana semua ini akan menyusahkan anda untuk mengangkatnya. Gunakan masa cuti itu untuk bermesra dan bergembira dengan seisi keluarga. Lupakan semua masalah. Dengan cara ini, walaupun destinasi percutian anda dekat sahaja dengan rumah, ia akan menjadi percutian yang cukup bermakna dan dihargai.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2013/05/panduan-melancong-bersama-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bawa Carseat Naik Pesawat Ibu Ini Bagi Tip Mudahnya Melancong Dengan Anak Kecil

Bawa Carseat Naik Pesawat Ibu Ini Bagi Tip Mudahnya Melancong Dengan Anak Kecil

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 354 hits
Hujung tahun ni memang banyak orang akan habiskan cuti tahunan dan pergi ke destinasi pilihan untuk habiskan masa Bersama keluarga tersayang Ada yang dah rancang lama dan ada juga yang suka buat plan last minute Mana pun destinasi tujuan ya...
3 Tips Beli Vitamin C Untuk Anak Anak

3 Tips Beli Vitamin C Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 453 hits
3 Tips Beli Vitamin C Untuk Anak anak Vitamin C untuk anak anak banyak dipasaran Memang bagus bagi anak makan sebab anak ni kadang bukan makan cukup nutrisi pun dengan makanan harian Tapi kalau nak belikan vitamin C kat anak jom baca pandua...
Tips Galak Anak Minum Air Kosong

Tips Galak Anak Minum Air Kosong

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 479 hits
KANAK KANAK selalu menganggap ibu bapa mereka seumpama adiwira dan contoh terbaik untuk diikuti maka tidak hairanlah mereka sering meniru perbuatan serta tabiat orang tua masing masing Misalnya ibu bapa ketagih meminum kopi maka anak kecil ...
Kalau Tak Pisah Tempat Tidur Anak Dari Awal Sampai Besarlah Si Kecil Asyik Selinap Masuk Bilik Mak Ayah

Kalau Tak Pisah Tempat Tidur Anak Dari Awal Sampai Besarlah Si Kecil Asyik Selinap Masuk Bilik Mak Ayah

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 481 hits
Anak anak yang masih kecil memang selalunya akan tidur dalam bilik yang sama Bersama ibu dan ayah Persoalannya bilakah waktu yang sesuai untuk mula asingkan tempat tidur anak anak supaya mereka tak manja sangat dan boleh tidur sendiri tanpa...
Tips Melancong Ke Istanbul

Tips Melancong Ke Istanbul

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 681 hits
Tips Melancong ke IstanbulTurki merupakan salah satu negara yang terletak di benua Eropah dan mempunyai lebih dari 80 negeri di dalamnya dan salah satunya ialah Istanbul Istanbul pula adalah sebuah bandar yang mempunyai pelbagai seni budaya...
Anak Kecil Hampir Kena Austisme Akibat Tengok Handphone Lamak

Anak Kecil Hampir Kena Austisme Akibat Tengok Handphone Lamak

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 590 hits
2012 MY STORY BEGINSMasa ni anak saya baru 7 bulan Leher belum tumbuh pipi sama labuh dengan dagu lengan macam roti kentang betis gemuk sampai tenggelam lutut bontot masih hijau Macam baby lain juga Haikal was cute adorable asyik minta duku...
Tamparan Hebat Buat Saya Anak Kecil Tanpa Car Seat Cedera 2 Anak Dalam Car Seat Selamat Dalam Kemalangan

Tamparan Hebat Buat Saya Anak Kecil Tanpa Car Seat Cedera 2 Anak Dalam Car Seat Selamat Dalam Kemalangan

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 414 hits
Kemalangan memang boleh berlaku sekelip mata tanpa diduga walaupun kita sudah sehabis baik berhemah dan berhati hati di atas jalan raya Sebab itulah kita perlu utamakan keselamatan setiap ahli keluarga ketika menaiki kenderaan Sekurang kura...
Pakej Istimewa Hujung Tahun Ini 7 Hotel Buat Promo Gila Gila Untuk Mak Ayah Bawa Anak Melancong Musim Cuti Sekolah

Pakej Istimewa Hujung Tahun Ini 7 Hotel Buat Promo Gila Gila Untuk Mak Ayah Bawa Anak Melancong Musim Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 764 hits
Tajuk 2 7 Hotel Terbaik Dengan Promo Tak Masuk Akal Yang Terbaik Untuk Anda Bercuti Disember Ini3 Ini 7 Hotel Local International Dengan Promosi Dan Pakej Penginapan Terbaik Untuk Anda Travel Hujung TahunBulan Disember yang sinonim dengan m...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je