9 Tahun Kahwin Tak Pernah Hadiahkan Isteri Emas Sekali Dapat Rezeki Allah Bagi Tak Putus


Rezeki orang tak sama dengan rezeki kita. Bila dah berumah tangga jangan sesekali bandingkan orang lain dengan pasangan kita kerana masing-masing ada kelebihan.
Mungkin di awal perkahwinan ada yang pernah mengalami fasa ‘susah’ bersama pasangan sebelum dapat mengecapi rezeki yang lebih baik pada hari ini. Inilah dikatakan lumrah kehidupan. Jika kita boleh lalui fasa ini dengan baik, pastinya jkita akan lebih menghargai pasangan dan erti kehidupan sebenar.

Seperti yang dikongsikan oleh saudara Mohd Fadli Salleh yang juga seorang suami dan ayah kepada empat orang anak, bagaimana dia menjalani kehidupan di awal perkahwinan hingga mendapat kehidupan lebih baik bersama anak isteri hari ini.
Sejujurnya, 9 tahun pertama perkahwinan kami, sebentuk cincin emas murah pun tak pernah aku hadiahkan. Dan puan isteri aku tak pernah merungut, tak pernah memujuk, jauh sekali merayu meminta. Kerana dia tahu kemampuan aku.
Hampir 10 tahun berkahwin, anak nak masuk 4 dah, aku tak pernah bawa keluarga aku melancong ke mana-mana. Sekadar ke pasar malam, ke supermarket dan tepi pantai sahaja. Kawan-kawan dia, adik-beradik, saudara mara pakat tayang emas baru, puan isteri senyum dan diam sahaja. Sekali pun tidak pernah meminta-minta.
Saat orang lain melancong ke sana ke sini waktu cuti, kami hanya balik ke kampung. Paling kuat pun ke Pantai Batu Buruk tengok ombak. Anak nak naik kereta kuda pun tak boleh. Mahal. Ayah tak mampu. Kita tengok saja nak ya. Nanti ayah ada duit kita naik.
Anak-anak ajak pergi pulau, duduk resort dan mandi kolam pun ibunya akan bisik kat anak,
“Arshad, Asyraff dan Amar doakan tau. Agar rezeki ayah mencurah. InsyaAllah bila ada rezeki ayah bawa kita. Doa sungguh-sungguh”.
Aku yang mendengar hujung telinga ini terkoyak teruk emosi dalaman. Cuma tak luahkan sahaja. Dalam jiwa, menangis berkoyan air mata.
Rasa loser gila. Rasa tak berguna. Rasa bukan seorang suami dan ayah yang baik untuk isteri dan anak-anak. Aku nak sediakan segala. Aku nak tunaikan apa jua permintaan puan isteri dan anak-anak, tapi aku tak mampu.
Gaji diploma, duduk di kota raya, dengan bebanan hutang peribadi, hutang kereta, hutang rumah, bukan cabaran kecil. Tolak itu tolak ini, balance tak sampai seribu. Nak kena berjimat sampai akhir bulan. Silap percaturan pasti kena berhutang. Sekali berhutang, akan efek perbelanjaan bulanan seterusnya pula.

Nak bayar roadtax terpaksa main kutu rm50 sebulan. Minta tarikh hari roadtax mati. Aku rm50, puan isteri rm50. Sekali tayar botak, tabung haji jadi penyelamat. Tabung haji potong rm50 sebulan tak pernah simpanan cecah RM1k. Kejap-kejap cucuk, kejap-kejap cucuk.
Semua peluang kerja aku buat. Jual simkad, jual air, jual kasut, pelayan kedai makan. Semua aku rembat. Aku pernah listkan dua tahun lepas, aku buat 16 kerja berbeza untuk mengubah ekonomi keluarga. Pendek kata, asal halal aku akan buat. Penat tolak ke tepi.
Pulang sekolah jam 7 malam, jam 8 malam lepas solat maghrib terus keluar pergi jual kasut bundle. Pulang jam 4 pagi. Dapat la gaji RM30 satu malam. Kadang tak ada pelanggan, tak ada gaji.
Pulang kepenatan, esoknya perlu ke sekolah lagi. Habis musim kasut jadi pelayan kedai makan. Kadang dapat gaji RM10-RM30, kadang dapat makan free tanpa gaji. Pun kerja malam dari jam 8 pagi hingga 3 pagi.
Mujur aku mengajar petang masa tu. Lepas Subuh sambung tidur. Bangkit jam 11 pagi bersiap ke sekolah pula. Begitu rutin bertahun lamanya.
Sedikit demi sedikit aku menabung. Sedikit demi sedikit aku menyimpan. Aku punya hasrat dah lama. Lama sangat-sangat.
Nak hadiahkan isteri barang kemas. Nak bawa anak melancong puas-puas.
9 tahun bukan tempoh singkat. Bukan sedikit perit, luka, dan airmata yang aku tahan dan telan sendirian selama ini.
Dapat capai impian belanja isteri dan anak-anak
Akhirnya, pada anniversary kami ke sembilan pada Jun tahun 2018, buat kali pertama aku memimpin tangan ini; tangan yang aku nikahi 9 tahun lalu masuk ke kedai emas untuk memilih apa jua barang yang dia suka.
Terkejut, terharu puan isteri usah cerita. Hampir saja air mata tumpah dalam kedai emas kerana beliau tak sangka aku nak bawanya masuk ke kedai itu.
Pun masih, betapa setia dan memahaminya seorang isteri, bilamana aku minta untuk pilih barang kemas kesukaan dia cuma memilih sebentuk cincin belah rotan yang harga lebih kurang RM400 sahaja.
Betapa beliau risau akan membebankan aku. Betapa beliau runsing aku tidak bersedia untuk itu.

Hari tersebut, aku suruh ambil rantai emas harga lebih 6k. Geleng kepala dia tengok harga, siap suruh trade in rantai lama. Aku senyum dan larang trade rantai lama. Sayang. Bahkan aku suruh pilih seutas lagi gelang emas lebih 2k harga.
“Ambillah. Abang dah bersedia lama untuk saat ini. Abang menahan diri dari berbelanja, abang menyimpan, abang main kutu, abang berjimat cermat bertahun-tahun hanya untuk hari ini.
Usah risau. Semua dalam kawalan”.
Saat tu je bergenang mata puan isteri lantas meramas erat tangan aku. Tuan kedai terkebil-kebil saja melihat situasi kami.
‘Drama apakah ini?’ agaknya itu yang bermain di dalam kepalanya.

Rezeki datang mencurah-curah
Dari hari itu, dari tarikh itu, Tuhan mula melorongkan rezeki mencurah-curah. Apa saja aku buat, alhamdulillah berjaya.
Datang seorang demi seorang kawan, mereka yang berjaya tunjukkan jalan dan buka peluang untuk aku terus maju jaya.
Agaknya inilah rezeki yang orang selalu sebut, rezeki belanja untuk isteri. Dalam rezeki suami, terselit rezeki isteri.
Bahkan mungkin berkat doa anak-anak yang memohon penuh tulus agar Tuhan buka jalan rezeki untuk ayahnya semata-mata mereka hendak tidur hotel dan mandi kolam seperti keluarga lain.

Dan tanggal Disember 2018, setelah gigih menyimpan, akhirnya buat pertama kali aku mampu bawa anak isteri, mak mertua dan adik-adik ipar melancong ke Kundasang, Sabah.
Kawan-kawan…
Jika hari ini kalian belum berjaya, jika hari ini kalian belum mampu, jangan pernah menyerah kalah.
Terus usaha dan usaha sahaja. Terus yakin dengan doa dan sedekah. Dua senjata ajaib yang tak mampu mana-mana saintis di dunia rungkai kesannya.
Aku menulis hari ini bukan untuk menunjuk-nunjuk. Jauh sekali nak bercerita aku dah berjaya, kaya dan seumpamanya.
Sehingga hari ini aku masih gigih berusaha untuk mengubah nasib diri. Sehingga hari ini aku masih banyak menahan diri dan menyimpan untuk masa depan.
Aku belum berjaya. Tapi aku sedang berusaha ke itu. Aku tak pernah berhenti walau sekali. Aku masih gigih dan berjuang, bukan goyang kaki bersenang-lenang.
Semoga sedikit perkongsian ini membuka mata dan memberi inspirasi kepada mereka yang ingin mengambil ‘isi’ di dalam tulisan ini.
Aku doakan kalian semua akan berjaya dan terus maju jaya. Doakan aku juga ya.
Ingatlah firman Allah, “Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yg mengubahnya”.

Hidup ini keras dan memeritkan bagi sebahagian kita. Jangan mengalah, sentiasa bangkit setiap kali jatuh, jangan lupa sedekah dan doa, pasti akan ada jalan terbuka luas terbentang di depan sana.
Ribut yang paling dahsyat pun pasti akan berhenti. Dan sebaik ia berhenti, muncullah pelangi. Begitu juga ujian hidup ini.
Terus kental bertahan. Bahagia dan kejayaan sudah menghampirimu. Yakinlah!
Sumber: Mohd Fadli Salleh
– Sesudah ribut, hadirnya limpahan kasih Tuhan
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

The post 9 Tahun Kahwin Tak Pernah Hadiahkan Isteri Emas. Sekali Dapat Rezeki, Allah Bagi Tak Putus appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/9-tahun-kahwin-tak-pernah-hadiahkan-isteri-emas-sekali-dapat-rezeki-allah-bagi-tak-putus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Anak Lahir Isteri Akan Hilang Nikmat Tidur Lena Selama 6 Tahun

Lepas Anak Lahir Isteri Akan Hilang Nikmat Tidur Lena Selama 6 Tahun

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 310 hits
Keseronokan menyambut kelahiran bayi dalam sebuah rumah tangga akan mengubah 360 kehidupan pasangan suami isteri Dalam seronok dan bahagia mendengar suara tangisan dan menatap wajah comel si kecil ada banyak cabaran lain yang mungkin member...
Moga Allah Beri Kesabaran Kepada Suaminya Baru 10 Hari Bernikah Isteri Maut Dalam Kemalangan

Moga Allah Beri Kesabaran Kepada Suaminya Baru 10 Hari Bernikah Isteri Maut Dalam Kemalangan

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 301 hits
Kehilangan insan tersayang seperti pasangan perit untuk diterima apatah lagi jika ianya berlaku sekelip mata Namun siapalah kita sebagai manusia untuk menolak takdir dan ketetapan Tuhan Seperti kejadian yang menimpa seorang pengantin baru y...
Tahniah Ameer Sofazr Isteri Umum Berita Gembira Isteri Kini Hamil Setelah 5 Tahun Menanti

Tahniah Ameer Sofazr Isteri Umum Berita Gembira Isteri Kini Hamil Setelah 5 Tahun Menanti

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 537 hits
Tiada yang lebih menggembirakan oleh setiap pasangan yang berkahwin apabila penantian untuk memiliki zuriat sendiri akhirnya dimakbulkan Penyanyi Ameer Sofazr berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bahawa isteri tercinta bakal melahir...
Suami Allah Bagi Sabar Isteri Pula Allah Beri Reda Kedua Dua Inilah Seimbangkan Hubungan

Suami Allah Bagi Sabar Isteri Pula Allah Beri Reda Kedua Dua Inilah Seimbangkan Hubungan

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 382 hits
Setiap perkahwinan yang dibina menjadi bukti cinta antara pasangan suami isteri Namun masih ramai lagi yang tak memahami satu sama lain sehingga ada je yang tak puas hati Kita kena faham pasangan kita bukanlah datang dari latar belakang yan...
Makbulnya Doa Seorang Isteri Hidup Suami Senang Gembirakan Isteri Rezeki Makin Dekat

Makbulnya Doa Seorang Isteri Hidup Suami Senang Gembirakan Isteri Rezeki Makin Dekat

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 317 hits
Ingat kehadiran isteri adalah lorong rezeki buat suami Setiap kali suami membuat isteri menangis dan terluka tentu sahaja rezeki itu akan mula jauh Ramai yang tak menyedari dengan menganggap isteri itu hanya sekadar peneman hidup Ramai yang...
Berat Badan Si Suami Naik Ketara Selepas Kahwin Isteri Dipuji Ramai Kerana Dikatakan Pandai Menjaga Suami

Berat Badan Si Suami Naik Ketara Selepas Kahwin Isteri Dipuji Ramai Kerana Dikatakan Pandai Menjaga Suami

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 452 hits
Buat yang sudah berkahwin pernahkah anda membezakan diri anda ketika sebelum dan selepas kahwin Jika dilihat pada gambar foto pasti banyak perubahan yang berlaku Antara perubahan yang sering berlaku kepada mereka bukan sahaja rutin harian m...
Hiburan Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke 28 Kekasih Hadiahkan Beg Tangan Harga Puluhan Ribu Buat Ruhainies

Hiburan Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke 28 Kekasih Hadiahkan Beg Tangan Harga Puluhan Ribu Buat Ruhainies

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 691 hits
Menghadiahkan beg tangan mewah edisi terhad sempena ulang tahun kelahiran yang ke 28 pelakon itu tempoh hari ahli perniagaan yang juga kekasih hati pelakon Ruhainies yang dikenali sebagai Mr E mendedahkan dirinya telah menghadiahkan lebih e...
Hiburan Kehamilan Pertama Dipermudahkan Isteri Shah Iskandar Tak Kisah Mengandung Kerap Selang Dua Tahun

Hiburan Kehamilan Pertama Dipermudahkan Isteri Shah Iskandar Tak Kisah Mengandung Kerap Selang Dua Tahun

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 659 hits
Siti Sarah Mohd Noor isteri kepada pelakon Shah Iskandar meluahkan rasa kesyukuran dan gembira kerana proses kehamilan anak sulungnya kini dipermudahkan Menurut Sarah dia langsung tidak mengalami sebarang alergi atau alahan seperti yang sel...
Suami Sakitkan Hati Isteri Allah Akan Tarik Berkat Sebab Tu Jangan Buat Isteri Terasa

Suami Sakitkan Hati Isteri Allah Akan Tarik Berkat Sebab Tu Jangan Buat Isteri Terasa

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 346 hits
Bukan nak salahkan satu pihak sahaja tetapi sejak kebelakangan ini banyak kes membabitkan hubungan suami isteri dilaporkan Jika dilihat pada matlamat awal perkahwinan masing masing nak hubungan berkekalan namun kerana ada kesilapan itu yang...
Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi