9 Simptom Penyakit Kayap Dan Kaedah Merawat Kayap Yang Berkesan


9 Simptom Penyakit Kayap dan Kaedah Merawat Kayap yang Berkesan 13 Penerangan Mengenai Kayap Penyakit kayap atau dikenali sebagai Herpes Zoster dalam bahasa perubatan adalah disebabkan oleh jangkitan virus dikenali Varicella Zoster yang sedang dorman (tidak aktif) dalam seseorang pesakit. Seseorang yang pernah dijangkiti cacar air (chicken pox) adalah berisiko tinggi dijangkiti semula sebagai kayap. Seseorang yang pernah dijangkiti cacar air, virus ini akan dorman di ganglia akar dorsal saraf pesakit. Pesakit akan diserang oleh virus ini semula jika sistem pertahanan tubuh individu itu lemah. Beberapa tanda kayap harus dikenali, jenis-jenis kayap, dan cara rawatan kayap yang berkesan.
Apakah itu Kayap? Seperti diterangkan dalam pengenalan, kayap adalah disebabkan oleh jangkitan virus Varicella Zoster (VZV). Menurut kefahaman orang Melayu, kayap terdiri daripada pelbagai jenis antaranya, kayap ular, kayap angin, kayap air, kayap sepupu, kayap api, kayap badak, kayap barah, kayap tunggal, dan lain-lain. Bagaimanapun, penyakit kayap adalah akibat pengaktifan semula jangkitan virus Varicella. Asalnya, jangkitan pertama kali virus ini kepada seseorang individu menyebabkan cacar air. Selepas cacar air sembuh, virus ini akan terus kekal di dalam badan pesakit dan kembali menyerang tubuh pesakit sebagai kayap dengan menyebabkan keradangan pada urat saraf.
Penyakit kayap ini lebih sering berlaku kepada pesakit yang mempunyai sistem imuniti yang lemah dan juga golongan tua serta berusia melebihi 50 tahun. Golongan yang mempunyai imuniti lemah antaranya adalah dijangkiti virus Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (ubat steroid). Statistik kajian menunjukkan sepanjang hayat seseorang, sebanyak 10% hingga 30% individu akan menghidapi penyakit ini.
Tanda-Tanda Kayap Kayap selalunya menyebabkan keradangan pada satu urat saraf (dermatome) pada sesuatu bahagian sahaja. Kebiasaannya berlaku di bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal). Antara tanda-tanda penyakit kayap adalah seperti berikut:
rasa sakit pada urat saraf rasa kebas bengkak dan kemerahan (panas) pada bahagian urat saraf demam keletihan sakit kepala muncul tompok-tompok merah yang menyakitkan timbul gelembung air kecil (air berwarna kuning atau jernih) kulit menjadi kering (keruping) selepas gelembung air mengering Komplikasi Kayap Jika Tidak Dirawat Awal1. Pendarahan di dalam gelembung kulit
2. Kayap pada muka menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy)
3. Keradangan otak (meningoencephalitis)
4. Keradangan jantung (carditis)
5. Keradangan pada paru-paru (pneumomitis)
6. Keradangan pada usus (enterocolitis) 9 Simptom Penyakit Kayap dan Kaedah Merawat Kayap yang Berkesan 14 Kaedah Merawat Kayap Tujuan merawat kayap adalah untuk meredakan kesakitan dan mengelakkan komplikasi berlarutan penyakit iaitu ‘post herpetic neuralgia’. Sekiranya kayap tidak dirawat segera, ia akan menyebabkan komplikasi yang lebih teruk terutamanya kepada pesakit yang rendah sistem imuniti tubuh.
Cara Merawat Kayap Antara rawatan yang digunakan untuk meredakan kesakitan akibat kayap adalah seperti berikut:
Menyapu ubat seperti potassium permanganate Menggunakan ubat tahan sakit seperti seperti diclofenac Menggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline. Selain itu, ada rawatan tradisional boleh digunakan untuk merawat penyakit kayap, seperti tumbuhan herba dan buah-buahan antaranya:
Daun sirih Daun sebambu Air kelapa muda Daun nangka Buah pinang Lada hitam Senarai Ubat Kayap Antara ubat-ubat yang digunakan untuk rawatan kayap adalah antiviral iaitu acyclovir, valacyclovir dan famciclovir. Ubat-ubatan diberi dalam tempoh seminggu oleh pakar perubatan yang merawat. Kebiasaannya ubat-ubat ni adalah berkesan jika diambil semasa permulaan infeksi. Ada sesetengah pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk memerlukan rawatan di hospital dengan antiviral intravena.
Mengenali Kayap Ular Untuk mengenali apa itu kayap ular, dan perbezaannya dengan kayap biasa, anda boleh melihat video berikut.
Soalan FAQs Berkenaan Penyakit Kayap Apakah itu penyakit kayap? Penyakit kayap atau dikenali sebagai Herpes Zoster dalam bahasa perubatan adalah disebabkan oleh jangkitan virus dikenali Varicella Zoster yang sedang dorman (tidak aktif) dalam seseorang pesakit.
Apakah simptom kayap? Antara simptom kayap adalah sakit, panas, kemerahan pada urat saraf, muncul gelembung air, demam, letih dan lesu.
Siapakah golongan yang berisiko dijangkiti kayap? Golongan berisiko dijangkiti kayap adalah golongan yang mempunyai sistem imuniti yang lemah dan golongan berusia 50 tahun ke atas.
Apakah ubat yang digunakan untuk merawat kayap? Antara ubat-ubat yang digunakan untuk rawatan kayap adalah antiviral iaitu acyclovir, valacyclovir dan famciclovir.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/01/penyakit-kayap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Bisul Dan Cara Merawat Bisul Yang Belum Pecah 12 Tips Ini Sangat Berkesan Kecutkan Bisul Dengan Cepat

Punca Bisul Dan Cara Merawat Bisul Yang Belum Pecah 12 Tips Ini Sangat Berkesan Kecutkan Bisul Dengan Cepat

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 430 hits
Penyakit walaupun sering dianggap remeh memainkan peranan yang signifikan dalam kesihatan kulit Oleh itu pengetahuan mendalam tentang bisul penting bagi kesedaran umum Dengan menyoroti aspek aspek seperti punca gejala rawatan dan pencegahan...
3 Jenis Influenza Dan Kaedah Merawat Influenza

3 Jenis Influenza Dan Kaedah Merawat Influenza

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 213 hits
3 Jenis Influenza Dan Kaedah Merawat Influenza 13 Sejak kebelakangan ini bilangan kes influenza di Malaysia semakin meningkat dengan banyak kes dilaporkan dan ramai individu yang memerlukan kemasukan ke hospital Keluarga terutamanya ibu bap...
Buasir Tanda Tanda Buasir Jenis Punca Dan 4 Makanan Untuk Merawat Buasir

Buasir Tanda Tanda Buasir Jenis Punca Dan 4 Makanan Untuk Merawat Buasir

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 421 hits
juga dikenali sebagai hemoroid merupakan satu permasalahan kesihatan yang melibatkan jutaan individu diserata dunia meskipun bukanlah suatu penyakit yang mengancam nyawa akan tetapi buasir dapat memberi kesan yang ketara terhadap kualiti hi...
Simptom Selepas Mengambil Vaksin Pfizer Covid 19

Simptom Selepas Mengambil Vaksin Pfizer Covid 19

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 266 hits
Assalammualaikum Alhamdulillah Eyza dah selesai ambil Vaksin Covid 19 untuk dos pertama Mula mula nak ambik ni serius Eyza cakap memang takut sebab macam macam yang kita dengar Tapi sebagai Petugas Kesihatan Eyza berdepan dengan risiko dan ...
Sekali Gus Merawat Duka Laranya Di Depan Kaabah Tyzo Ditawarkan Healing Dapat Tajaan Mengerjakan Umrah

Sekali Gus Merawat Duka Laranya Di Depan Kaabah Tyzo Ditawarkan Healing Dapat Tajaan Mengerjakan Umrah

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 262 hits
Baru baru ini Pengasas Jay Ibrahim Al Islam Travel amp Tours telah berbesar hati untuk menawarkan bekas penyampai radio Suria FM Tyzo Xander tawaran untuk menunaikan ibadah Umrah sebagai cara 8216 mengubati 8217 luka di Tenah Suci Mekah Ter...
Petua Cerahkan Ketiak Berkerak Guna Petua Dulu Dulu Pun Berkesan

Petua Cerahkan Ketiak Berkerak Guna Petua Dulu Dulu Pun Berkesan

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 418 hits
Nak cerahkan ketiak berkerak disebabkan pakai deodorant anda kena rajin sental dengan cara yang betul Seperti yang dikongsi oleh saudari Irdina dalam 2 minggu pun sudah nampak kesan Kalau dilihat selepas amalannya tip ini sangat bagus kalau...
Ini Petua Banyakkan Susu Badan Ibu 99 Mudah Halal Berkesan

Ini Petua Banyakkan Susu Badan Ibu 99 Mudah Halal Berkesan

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 279 hits
Petua banyakkan susu badan Petua Banyakkan Susu Badan Ibu Petua ni kebanyakannya kita dapat dari orang dulu dulu Orang tua tua jadi sebab tu kita panggil petua kan Dalam entri kali ni sekali lagi ingin Anim kongsikan beberapa Petua Banyakka...
6 Manfaat Bedak Sejuk Untuk Muka Dan Sebab Kenapa Bedak Sejuk Sangat Berkesan

6 Manfaat Bedak Sejuk Untuk Muka Dan Sebab Kenapa Bedak Sejuk Sangat Berkesan

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 349 hits
6 Manfaat Bedak Sejuk Untuk Muka dan Sebab Kenapa Bedak Sejuk Sangat Berkesan 10 Bagus atau tidak bedak sejuk Kepada sesiapa yang mempuyai muka mesti pernah terfikir ubat apa yang patut diguna untuk merawatnya Tetapi pernah terlintas tak un...
Kolestrol Turun Kulit Jadi Glowing Toksin Pun Tersingkir Minuman Ajaib Ini Memang Berkesan

Kolestrol Turun Kulit Jadi Glowing Toksin Pun Tersingkir Minuman Ajaib Ini Memang Berkesan

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 404 hits
Kolesterol boleh dihasilkan daripada hati manusia Pemeriksaan tahap kolesterol secara berkala sangat digalakkan untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum Kolesterol juga boleh didapati daripada lemak yang berasaskan sumber haiwan Kolestro...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku