9 Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Berkaitan Pentaksiran Bilik Darjah Vs Pentaksiran Berasaskan Sekolah


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
 

9 Perkara yang Perlu Anda Ketahui Berkaitan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) vs Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Perkongsian ini adalah penting khususnya kepada warga pendidik dan ibu bapa untuk memahami Pentaksiran Bilik Darjah ini. 9 perkata yang dimaksudkan ini adalah seperti berikut:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)?
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dan membantu guru membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa serta merancang pengubahsuaian kaedah pengajarannya.
2. Bila PBD bermula?
PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011. Pada tahun 2016 PS mula dikenali sebagai PBD.
3. Apakah Perbezaan antara PBD dengan PBS?
PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, terdapat empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan murid, tetapi bertujuan untuk membantu dalam perkembangan pembelajaran murid di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.
4. Apakah mata pelajaran yang terlibat dengan PBD?
Semua mata pelajaran KSSR (Semakan 2017) Tahun 1 hingga Tahun 6. Semua mata pelajaran KSSM Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Namun begitu, pelaporan PBD di peringkat menengah hanya dilakukan mulai Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
5. Mengapa PBD penting?
PBD dapat membantu guru dalam: Menggalakkan pemikiran ingin tahu (inquisitive), kritis dan kreatif Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran Menerapkan nilai ketuhanan, nilai murni, estetika dan patriotisme Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran Mengetahui keberkesanan pengajarannya Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta 6. Bagaimana PBD dilaksanakan?
PBD dilaksanakan secara berterusan semasa proses PdP sepanjang tahun. PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti pemerhatian, penulisan, lisan, kerja projek, kuiz, pembentangan dan lain-lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.
7. Bagaimana PBD dilaporkan?
Tahap penguasaan murid dalam PBD direkod dalam templat yang telah disediakan dan dilaporkan kepada Jawatankuasa Jaminan Kualiti PBD di peringkat sekolah, kepada murid dan ibu bapa.
8. Siapakah Jawatankuasa Jaminan Kualiti PBD?
Jawatankuasa ini dibentuk oleh pihak sekolah, yang di anggotai:
• Pengetua/Guru Besar
• Penolong Kanan Pentadbiran
• Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
• Penolong Kanan Ko Kurikulum
• Penolong Kanan Petang
• Penolong Kanan Pendidikan Khas
• Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
• Ketua Panitia
• Guru Cemerlang
• Jurulatih Utama
• Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua/ Guru Besar/JK PBS
9. Berapa kerap PBD perlu dilaporkan?
Sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Penutup Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu 9 Perkara yang Perlu Anda Ketahui Berkaitan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) vs Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.
 
9 Perkara yang Perlu Anda Ketahui Berkaitan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) vs Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Cikgu Suhaimin Isnen


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2019/01/9-perkara-yang-perlu-anda-ketahui-berkaitan-pentaksiran-bilik-darjah-pbd-vs-pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekolah Agama Gelang Patah Taklimat Minggu Ukhuwah Sekolah Ceramah Keibubapaan Murid Darjah Khas 2019

Sekolah Agama Gelang Patah Taklimat Minggu Ukhuwah Sekolah Ceramah Keibubapaan Murid Darjah Khas 2019

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 472 hits
Sekolah Agama Gelang Patah Taklimat Minggu Ukhuwah Sekolah Ceramah Keibubapaan Murid Darjah Khas 2019 Alhamdulillah Selesai pendaftaran pagi ni Teruskan kecemerlangan inaz yok gerakdah ramai ropenyersesi pendaftaran ikut sekolah lamanunggu ...
Kisah Benar Pelajar Darjah 1 Pakai Baju Sekolah Usang Milik Kakaknya Buat Aku Menangis

Kisah Benar Pelajar Darjah 1 Pakai Baju Sekolah Usang Milik Kakaknya Buat Aku Menangis

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 897 hits
SAAT kawan kawan lain menikmati hari pertama persekolaha dengan pakaian dan kelengkapan serba baharu ada hati yang masih kental berbaju lama Ada sesetengah murid yang amat memahami kesusahan keluarga dan akan sanggup untuk memakai pakaian k...
Wajib Periksa Beg Guru Ini Kongsi 6 Perkara Ibu Ayah Mesti Buat Lepas Anak Balik Sekolah

Wajib Periksa Beg Guru Ini Kongsi 6 Perkara Ibu Ayah Mesti Buat Lepas Anak Balik Sekolah

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 613 hits
Wajib periksa beg anak Selain itu guru ini kongsi 6 perkara ibu ayah mesti buat lepas anak balik sekolah Nampak remeh tapi penting untuk kepentingan semua Bila anak ke sekolah si kecil di luar kawalan ibu ayah dan ada guru yang memantau Per...
Lima Inisiatif Sembilan Intervensi Ringan Beban Guru Di Sekolah

Lima Inisiatif Sembilan Intervensi Ringan Beban Guru Di Sekolah

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 401 hits
KUALA LUMPUR 14 Jan Sebanyak lima inisiatif merangkumi sembilan intervensi diperkenalkan Kementerian Pendidikan untuk meringankan bebanan tugas guru seluruh negara Kesemua inisiatif tersebut yang juga merupakan perancangan jangka pendek di ...
Sedekad Di Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad

Sedekad Di Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 585 hits
Assalamualaikum dan hai Pada 12 Januari 2019 genaplah sedekad saya bertugas sebagai kaunselor di Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad Kagum Saya kagum dengan diri saya sendiri Boleh gitu Haha Mengimbas kembali sedekad yang lalu masih segar d...
Jumpa Bom Dua Buah Sekolah Di Kudat Ditutup Hari Ini

Jumpa Bom Dua Buah Sekolah Di Kudat Ditutup Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 639 hits
KOTA KINABALU 14 Jan Dua buah sekolah rendah di Kudat ditutup sementara hari ini melibatkan 42 guru dan 393 murid apabila berlaku kebakaran serta penemuan bom lama di kawasan sekolah berkenaan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mistir...
Jadual Tarikh Cuti Penggal Sekolah Serta Cuti Perayaan 2019

Jadual Tarikh Cuti Penggal Sekolah Serta Cuti Perayaan 2019

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 1151 hits
Buat ibubapa seperti saya takwim atau jadual cuti persekolahan adalah sesuatu yang penting dan wajib diketahui Kalau ada buku planner memang patut tandakan tarikh tarikh cuti sekolah termasuklah cuti sekolah untuk perayaan macam Tahun Baru ...
Jadual Cuti Perayaan Sekolah Malaysia 2019 Rancangkan Cuti Anda

Jadual Cuti Perayaan Sekolah Malaysia 2019 Rancangkan Cuti Anda

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 1100 hits
Sekolah Kumpulan AKedah Johor Kelantan dan TerengganuSekolah Kumpulan BPerlis Pulau Pinang Perak Selangor Negeri Sembilan Melaka Pahang Wilayah Persekutuan KL Putrajaya Labuan Sabah dan Sarawak Untuk Cuti Hari Keamatan iaitu pada 30 31 Mei ...
Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Fuel Prices Remain Unchanged

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Pm Anwar And President Erdogan Enjoy An Ev Joyride


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Modul Karangan Spm Pasca Pkp

Soalan Percubaan Spm 2020 Percubaan Bahasa Melayu Spm 2020

Nasi Tomato Salam

Buffet Ramadan Hotel Premiere Klang Bertema Seni Citarasa Ramadan Hidangan 1001 Rasa

Dbkl Akan Rombak Pentadbiran Lama

Video Tular Bukan Lebuh Raya Baru China Ke Pakistan