Sedekad Di Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad



Assalamualaikum dan hai!
Pada 12 Januari 2019 (semalam), genaplah sedekad saya bertugas sebagai kaunselor di Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad.
Kagum!
Saya kagum dengan diri saya sendiri. Boleh gitu? Haha!!
Mengimbas kembali sedekad yang lalu, masih segar dalam ingatan saya, ketika saya pertama kali menjejakkan kaki di Negeri Sembilan.
Saya tiada sesiapa pun di Negeri Sembilan. Tiada kawan, mahupun saudara mara.
Waktu pertama kali sampai ke Seremban, Negeri Sembilan, memang terkejutlah. Alamat-alamat di Negeri Sembilan semua pendek-pendek. Lagi satu, tiada bangunan tinggi-tinggi pada waktu itu.
Selepas daftar diri di JPNS, saya terus ke sekolah, pada ketika itu namanya Sekolah Menengah Rendah Agama Jempol (SMRAJ), atau lebih dikenali dengan nama Sekolah Agama Jambu Lapan. 
Susah betul cari sekolah ini, walaupun terletak di tepi jalan raya utama, tapi masih terlepas pandang. Zaman itu, belum ada lagi Google Maps di telefon bimbit (saya belum guna telefon pintar)
Saya masih ingat lagi, waktu itu saya pakai baju kurung warna oren dan bertudung  warna hitam. Kebetulan masa saya sampai itu, Negeri Sembilan sedang berkabung (jadi sesuai lah pakai tudung hitam hehe).
Selepas lapor diri di sekolah, saya teruskan pula misi mencari rumah sewa. Pusing punya pusing, dapatlah rumah sewa di Taman Satelite 2. RM400 sebulan. Mak bayarkan dulu sedebuk RM1000. Rumah kosong tiada apa-apa. Waktu itu, Allah sahaja yang tahu macam mana perasaannya bila umur dah tua pun, masih harap mak dengan abah lagi, (ok, mata masuk habuk.
Saya ke sekolah lebih kurang seminggu, abah hantar pergi balik ke sekolah. Selepas seminggu, abah dan keluarga balik Kluang. Maka bermulalah saya mengamalkan gaya hidup sihat dengan berjalan kaki ulang-alik ke sekolah. Kadang-kadang tumpang kereta kawan-kawan, ada juga ibu bapa murid yang tumpangkan saya ke sekolah. Syukur!
Sekolah pada ketika itu, baru masuk di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Ramai cikgu-cikgu dan kakitangan diserap masuk kerana MoU. Alhamdulillah, semasa saya masuk, saya adalah cikgu pertama dari KPM.
Tak ramai cikgu yang ada di sekolah. Kalau tak silap saya, saya adalah cikgu yang ke-9 termasuk pengetua. Murid pun tak ramai. Dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 3, lebih kurang 90 orang sahaja.
Tahun itu, pengetuanya ialah Ustazah Ramlah. Jemput baca: Pn. Ramlah bt. Salleh - Pengetua Humanistik
Bilik Kaunseling belum ada lagi pada waktu itu. Sebelum ini, sekolah tidak pernah ada jawatan kaunselor. Jadi, sayalah kaunselor pertama. Menjadi kaunselor pertama ini, dia ada kelebihan dan kekurangan. Kelebihannya ialah tiada perbandingan antara saya dengan kaunselor sebelumnya. Kekurangannya ialah saya tiada guideline langsung, terkapai-kapai sorang-sorang.
Saya banyak belajar dari kaunselor-kaunselor otai di PPD Jempol Jelebu. Banyak juga perkongsian idea dari sahabat-sahabat (Geng 15) yang mana semuanya kaunselor!
Memang saya pemegang Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian dari Universiti Malaysia Terengganu dan juga latihan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Tetapi, dunia pekerjaan adalah sangat berbeza dari dunia universiti. Apa yang kita belajar di universiti itu adalah sangat minimum. Kena banyak belajar daripada pengalaman.
Rakan-rakan guru dan kakitangan juga sangat membantu. Nak hidup ditempat orang ini, memang tak boleh nak gaduh-gaduh. Kena buat baik dengan semua orang.
Tahun 2010, sekolah mula menerima Guru Penolong Kanan dari KPM. Maka bermulalah era kegemilangan SMRAJ, di mana, berlaku penstrukturan semula. Murid-murid semakin ramai. Guru-guru baru pun masuk seorang demi seorang. 
Pengetua ke-2 pula ialah Ustazah Samsiah. Saya boleh sifatkan sebagai pengetua yang workaholic. Di bawah pentadbiran pengetua, nama sekolah berubah dari SMRAJ ke Sekolah Menengah Agama Jempol (sebab ada tingkatan 4). Selepas itu bertukar ke Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad.
Dibawah pengetua juga, Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad memiliki logo dan lagu sekolah sendiri!
Saya tak ingat pada tahun keberapa saya telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
Pengetua ke-3 pula ialah Tuan Haji Mohd. Zuhaidi. Boleh disifatkan sebagai bapa yang penyayang!
Pengetua ke-4 (sekarang), Puan Maimun bt. Bahari. Tahun lepas saya dapat anugerah penghargaan dari PPD. Alhamdulillah.
Bila tiba hari orientasi tingkatan 1, memang saya suka bercerita tentang sejarah Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad. Hehe.
Melihat pembangunan dari tahun 2009 sehingga 2019, sangat mengujakan saya. Bangga!! Cerita ini, sampai esok pun tak akan habis. 
10 tahun weh, 10 tahun!! Bukan masa yang sekejap. 
Dulu cikgu 9 orang, sekarang cikgu dah 35 orang!
Dulu murid 90 orang, sekarang dah 320 orang!
Saya suka berada di zaman ketika cikgunya kurang. Walaupun beban kerjanya tinggi, ukhuwahnya erat. Jangan tanya kenapa.
Sebenarnya saya ada perancangan lain pada tahun ini. Rakan-rakan rapat maklum akan perkara ini. Tapi, saya hanya merancang, namun perancangan Allah itu lebih baik dari saya.
Tidaklah saya harap jawatan lain selain dari kaunselor sekolah sepenuh masa.
Tinggalkan kaunseling? Tidak sama sekali. Saya suka jadi kaunselor!!
Ayuh bakal-bakal kaunselor, jom sertai saya. Kerajaan perlukan lebih ramai kaunselor di sekolah.
Panjang kan entri kali ini. Terima kasih sudi baca.
Jemput ke Facebook sekolah yang lama: briged bestari
Jemput ke Facebook sekolah yang baharu: SMA Haji Muhamad - SMAHMU
p/s: buat apa yang kita suka ye, barulah terasa nikmatnya! Selagi tidak melanggar hukum syarak!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://akuseorangkaunselor.blogspot.com/2019/01/sedekad-di-sekolah-menengah-agama-haji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekolah Agama Nusa Perintis Kursus Kepimpinan Tahun 2019

Sekolah Agama Nusa Perintis Kursus Kepimpinan Tahun 2019

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 447 hits
Sekolah Agama Nusa Perintis Kursus Kepimpinan Tahun 2019 Pagi ni seawal jam 7 pagi iqi dah keluar Ada kursus kepimpinan kat sekolah Iqi jadi pengawas kat sekolah agama tahun ni Dalam jam 11 pagi dah gerak semula amik iqi kat sekolah Semoga ...
Sejarah Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra

Sejarah Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 1261 hits
Dari segi fizikal tidak banyak yang membezakannya dengan sekolah menengah lain termasuk di ceruk pedalaman Kelantan untuk ia muncul dengan
Sekolah Agama Gelang Patah Taklimat Minggu Ukhuwah Sekolah Ceramah Keibubapaan Murid Darjah Khas 2019

Sekolah Agama Gelang Patah Taklimat Minggu Ukhuwah Sekolah Ceramah Keibubapaan Murid Darjah Khas 2019

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 463 hits
Sekolah Agama Gelang Patah Taklimat Minggu Ukhuwah Sekolah Ceramah Keibubapaan Murid Darjah Khas 2019 Alhamdulillah Selesai pendaftaran pagi ni Teruskan kecemerlangan inaz yok gerakdah ramai ropenyersesi pendaftaran ikut sekolah lamanunggu ...
Terkenang Semasa Dulu 101 Cerita Saya Bersekolah Di Sekolah Menengah Rendah Teriang Hilir

Terkenang Semasa Dulu 101 Cerita Saya Bersekolah Di Sekolah Menengah Rendah Teriang Hilir

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 1063 hits
Dari tahun 1967 hingga 1969 saya bersekolah di Sekolah Menengah Teriang Hilir Jelebu Negeri Sembilan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 Saya tinggal di Kampung Bukit Gajah Pelangai Pahang Saya berulang alik bersama sama 5 6 orang kawan sat...
228 Sekolah Pondok Sekolah Agama Rakyat Terima Peruntukan Bajet 2019

228 Sekolah Pondok Sekolah Agama Rakyat Terima Peruntukan Bajet 2019

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 401 hits
Sebanyak 228 sekolah pondok dan sekolah agama rakyat akan menerima peruntukan RM25juta seperti diumumkan kerajaan dalam Bajet 2019 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata bersesuaian dengan keputusan baje...
Umat Islam Wajib Bersatu Pilih Pemimpin Elak Agama Dicabar

Umat Islam Wajib Bersatu Pilih Pemimpin Elak Agama Dicabar

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 575 hits
LIPIS Umat Islam wajib bersatu dan memilih pemimpin Islam yang mampu mempertahankan agama dan negara dalam keadaan umat Islam yang semakin tercabar pada masa ini Pre siden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sehubungan itu umat Islam ti...
Nik Omar Kata Kita Bukan Pilih Agama Mengelirukan Ni

Nik Omar Kata Kita Bukan Pilih Agama Mengelirukan Ni

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 463 hits
Kita wajib memilih orang dan pasukan yang akan menjaga agama Islam ketika pilihanraya Nik Omar kata kita bukan pilih agama satu kata kata yang mengelirukan Isunya ialah kita kena pilih orang beragama agar agama masyarakat dan negara dia bol...
Makalah Islam Agama Keadilan Dan Universal

Makalah Islam Agama Keadilan Dan Universal

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 367 hits
Makalah Islam Agama Keadilan dan Universal sahabat sejuta warna kali ini admin postingkan makalah islam agama keadilan dan universal silahkan simak dibawah ini ISLAM AGAMA KEADILAN DAN UNIVERSAL BAB II PEMBAHASAN if supportLists 2 1 endif I...
Kena Buat Tempat Lepak Lepak Untuk Remaja Kata Menteri Agama Hancing Viral

Kena Buat Tempat Lepak Lepak Untuk Remaja Kata Menteri Agama Hancing Viral

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 456 hits
Kajian terperinci dan mendalam perlu dijalankan untuk melaksana dengan sebaiknya cadangan perintah berkurung bagi remaja di bawah 18 tahun dalam usa ha mengelakkan mereka dari terjebak dalam gejala dadah Menegaskan demikian Menteri di Jabat...
Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Pkr Rep Lodges Report Against Najib S Facebook Admin

Labour Group Urges Govt To Intervene In Suhakam S Salary Increment Woes

Welcome 2025 Nak Tenang

Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

Car Solid Perfume Fragrance


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


The Impact Of Domain Name

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

Januari 10 2025 04

I Saraan 2025 Pendaftaran Semakan Kelebihan

Setiausaha Politik Perdana Menteri Pertikaikan Surat Pengesahan Titah Addendum Dari Istana Pahang