9 Muka Baru Dipanggil Sertai Sesi Latihan Harimau Malaya


MALAYSIAKINI

   
Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, menyenaraikan sembilan muka baru untuk sesi latihan pusat di Wisma FAM di Kelana Jaya, Selangor, mulai Ahad ini.

FAM menyenaraikan 27 pemain bagi sesi latihan pusat bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Ogos sebelum bertemu Indonesia pada perlawanan sulung pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Jakarta, 5 Sept ini.

Sembilan pemain baru itu ialah ​penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Jothy dan tunggak pertahanan Selangor, Muhammad Syahmi Safari yang sebelum ini terpaksa diketepikan pada Jun lalu kerana kecederaan.

FAM dalam kenyataan hari ini berkata turut dipanggil adalah tiga lagi pemain Perak iaitu Brendan Gan, J Partiban dan Nazirul Naim Che Hashim serta dua pemain Felda United iaitu Muhammad Hadin Azman dan Muhammad Danial Amier Norhisham.

Turut disenaraikan ialah pemain JDT, Ahmad Hazwan Bakri dan pemain PKNS FC, Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew.

Muka baru tersebut akan menggantikan lima pemain daripada skuad 23-pemain yang menewaskan Timor Leste menerusi agregat 12-2 pada aksi timbal balik pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun lalu.

Lima pemain yang digugurkan ialah Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak (JDT), Faisal Abdul Halim (Pahang), Mohd Syazwan Zainon (Selangor), D Kenny Pallraj (Perak) dan penjaga gol Zarif Irfan Hashimuddin (PKNS FC).

FAM turut memaklumkan lima pemain lagi - iaitu penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid; Amirul Azhan Aznan (Perak), Rawilson Batuil dan Azzizan Nordin (Sabah) serta Muhammad Syazwan Andik - diletakkan dalam senarai bersedia jika mana-mana pemain dalam senarai 27 pemain yang dipanggil itu mengalami kecederaan.

Selepas menentang Indonesia, Harimau Malaya akan berdepan dengan Emiriah Arab Bersatu pada aksi kedua pusingan kelayakan Kumpulan G di laman sendiri pada 10 Sept ini.
Senarai 27 pelatih skuad Harimau Malaya:

Penjaga gol: Mohd Farizal Marlias (JDT), Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak), Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah).

Pemain pertahanan: Adam Nor Azlin dan La'vere Corbin-Ong (JDT), Shahrul Mohd Saad; Nazirul Naim Che Hashim (Perak), Matthew Davies (Pahang), Muhammad Syahmi Safari (Selangor), Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Dominic Tan Jun Jin (PDRM FC).

Pemain tengah: Mohamed Syamer Kutty Abba (JDT), Brendan Gan (Perak), Muhamad Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Mohd Faiz Mohd Nasir (Selangor), Muhammad Akram Mahinan (PKNS FC), Muhamad Danial Amier Norhisham (Felda United).

Pemain sayap: Muhammad Safawi Rasid dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid (JDT), J Partiban (Perak), Mohamadou Sumareh (Pahang), Muhammad Hadin Azman (Felda United).

Penyerang: Muhammad Syafiq Ahmad dan Ahmad Hazwan Bakri (JDT), Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak), Norshahrul Idlan Talaha (Pahang), Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew (PKNS FC).- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/9-muka-baru-dipanggil-sertai-sesi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pipi Tembam Mata Sepet Baru 5 Bulan Berat 7 2 Kg Rafael Sebiji Muka Mommy

Pipi Tembam Mata Sepet Baru 5 Bulan Berat 7 2 Kg Rafael Sebiji Muka Mommy

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 536 hits
Sejak bergelar ibu kira kira lima bulan lalu Mawar Rashid sentiasa berkongsi perkembangan anak sulungnya Raden Muhammad Rafael Raden Ahmad Faizal menerusi instagram Melalui perkongsian yang dibuat Mawar rata rata peminatnya geram melihat ge...
Motogp Quartararo Cipta Rekod Baharu Sesi Latihan Bebas Pada Gp British

Motogp Quartararo Cipta Rekod Baharu Sesi Latihan Bebas Pada Gp British

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 195 hits
PRLUMBA Petronas Yamaha Sepang Fabio Quartararo membuat permulaan sengit pada British Grand Prix selepas mencatatkan rekod pusingan baharu pada sesi latihan bebas di Sirkit Silverstone di United Kingdom pada Jumaat nbsp
Sabarlah Sayang Baru 4 Jam Tak Main Nora Danish Mahu Gelak Ketawa Dengan Suami

Sabarlah Sayang Baru 4 Jam Tak Main Nora Danish Mahu Gelak Ketawa Dengan Suami

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 849 hits
Foto pelakon Nora Danish bersama suami Nedim Nazri yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya menyebabkan pengikutnya di laman sosial itu terhibur BACA Bengang Dituduh Halau Fasha Sandha Dari Majlis Suami Nora Danish Beri ResponNora berko...
Kurangkan Bertanya Pada Anak Baru Belajar Bercakap Tapi Beri Jawapan Latih Anak Berfikir

Kurangkan Bertanya Pada Anak Baru Belajar Bercakap Tapi Beri Jawapan Latih Anak Berfikir

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 219 hits
Mak ayah mana yang tidak rungsing bila mana anak masih tak bercakap walaupun dah berusia dua tahun Anak yang lambat bercakap sebenarnya harus dilatih setiap hari supaya adanya interaksi bersama mak ayah Pun begitu kata Patalogis Pertuturan ...
Kenapa Baru Sekarang Waytha Buka Mulut Isu Khat Mic

Kenapa Baru Sekarang Waytha Buka Mulut Isu Khat Mic

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 400 hits
KUALA LUMPUR Hanya setelah hampir selesai konflik berhubung pengenalan tulisan khat dengan pimpinan Pakatan Harapan khasnya DAP dikritik hebat barulah Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy membuka mulut Apa yang peliknya menur...
Wajah Baru Di Dprd Dki Mulai Dari Putra Bamsoet Hingga Staf Ahok

Wajah Baru Di Dprd Dki Mulai Dari Putra Bamsoet Hingga Staf Ahok

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 211 hits
Ada pun nama baru yang muncul adalah anak Ketua DPR Bambang Soesatyo Dimaz Raditya Soesatyo Dimaz menjadi anggota DPRD DKI Jakarta 2019 2024 melalui Partai Golkar
Raffi Ahmad Beri Kejutan Mobil Baru Tiga Pintu Nagita Slavina Kok Malah Kabur

Raffi Ahmad Beri Kejutan Mobil Baru Tiga Pintu Nagita Slavina Kok Malah Kabur

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 177 hits
Raffi Ahmad memberi kejutan kepada sang istri Nagita Slavina Kejutannya adalah mobil baru tiga pintu sesuai keinginan Nagita
Mendagri Tidak Ada Pilkada Di Ibu Kota Baru

Mendagri Tidak Ada Pilkada Di Ibu Kota Baru

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 252 hits
Menteri Dalam Negeri Tjahjo Kumolo menyatakan tidak perlu ada pemilihan kepala daerah di ibu kota baru pengganti DKI Jakarta Meski statusnya Ibu kota wilayah tersebut tidak akan dipimpin oleh kepala daerah
Sore Ini Kpk Umumkan Tersangka Baru Kasus E Ktp

Sore Ini Kpk Umumkan Tersangka Baru Kasus E Ktp

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 170 hits
Sore Ini KPK Umumkan Tersangka Baru Kasus e KTP Febri tak membeberkan lebih jauh siapa yang akan dijerat lembaga antirasuah dalam kasus yang merugikan negara hingga Rp 2 3 triliun ini Namun Wakil Ketua KPK Alexander Marwata sempat menyebut ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai