9 Manfaat Buah Naga Untuk Kesihatan Tubuh


Buah naga merupakan buah-buahan tropikal yang cukup popular di negara kita. Ia sering dikenali dengan kulit yang menyerupai ‘sisik naga’ dengan bentuk seakan kaktus besar.
Walaupun terdapat dua jenis buah naga yang sering berada di pasaran iaitu merah dan putih, namun kedua-duanya mempunyai kandungan khasiat yang hampir serupa.  
Buah naga berwarna merah pula mempunyai manfaat karotenoid iaitu lycopene yang memberikannya warna merah jambu terang.
Selain itu, buah ini juga kaya dengan khasiat antioksida yang penting untuk tubuh iaitu betalain dan hydroxycinnamates.
Pada masa yang sama, ia juga padat dengan vitamin dan mineral penting seperti zat besi, vitamin B, vitamin C dan serat.
Tanpa melengahkan masa, ayuh kita kenali kelebihan buah naga untuk kesihatan tubuh.
Khasiat Buah Naga Untuk Kesihatan Dalaman dan Luaran 1. Baik Untuk Kecantikan Kulit Buah naga merupakan sumber antioksida yang baik kerana kandungan vitamin C yang tinggi.
Selain itu, khasiat antioksida yang terkandung di dalamnya juga dapat membantu mengekalkan keanjalan kulit serta mengurangkan tanda penuaan.
Kandungan vitamin B3 dalam buah ini juga mempunyai potensi untuk melembapkan kulit dan meredakan kulit daripada kulit terbakar akibat sinaran matahari.
Untuk nikmati kebaikannya, anda boleh buat masker semulajadi dengan mencampurkan buah naga dengan jus timun dan madu.
2. Berpotensi Mengurangkan Risiko Kanser Selain untuk kecantikan kulit, khasiat antioksida dalam buah naga iaitu lycopene dan hydroxycinnamates juga dilihat berpotensi untuk menecegah kanser.
Beberapa kajian mendapati bahawa pengambilan makanan mengandungi lycopene dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser prostat, kanser payudara dan kanser paru-paru.
3. Baik Untuk Kesihatan Jantung Pengambilan buah naga yang kaya dengan betalain, serat dan lycopene juga dipercayai dapat membantu menurunkan paras kolesterol jahat dan sekaligus meningkatkan kolesterol baik.
Selain itu, biji-biji kecil di dalam buah ini juga kaya dengan lemak omega-3 dan omega-9 yang baik untuk kesihatan jantung.
4. Mampu Mengawal Paras Gula Dalam Darah Buah yang diperkaya dengan serat ini dikatakan dapat membantu seseorang untuk mengawal peningkatan paras gula.
Sebuah kajian terbitan jurnal Plos One pula mendapati potensi buah ini dalam melawan rintangan insulin yang merupakan salah satu faktor berlakunya diabetes.
5. Menguatkan Daya Tahan Tubuh Pengambilan buah ini juga dipercayai dapat meningkatkan kekuatan sistem imun tubuh.
Ini disebabkan oleh kandungan vitamin C dan antioksida yang tinggi pada buah ini yang mampu bertindak sebagai pencegah kerosakan sel serta pelbagai jenis penyakit termasuk batuk dan selsema.
6. Menurunkan Berat Badan Bagi anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan, anda boleh mengambil buah naga sebagai snek harian.
Buah ini dilihat sesuai untuk dinikmati setiap hari kerana kandungan seratnya yang tinggi dan rendah kalori.
Dengan mengamalkan buah-buahan sebegini, seseorang dapat merasa kenyang lebih lama dan anda juga dapat terhindar daripada craving makanan yang tidak sihat.
7. Baik Untuk Sistem Penghadaman Seperti yang kita tahu, pengambilan makanan tinggi serat boleh membantu seseorang untuk mencegah sembelit dan melancarkan sistem penghadaman.
Selain itu, buah naga juga mampu meningkatkan kesihatan sistem pencernaan kerana ia mengandungi oligosakarida, iaitu salah satu jenis prebiotik yang baik untuk perut.
8. Mengekalkan Kesihatan Tulang Buah naga mempunyai pelbagai vitamin penting untuk kesihatan tulang seperti magnesium, kalsium dan fosforus.
Secawan buah ini juga mampu membekalkan 89mg magnesium  iaitu 22% daripada keperluan magnesium seharian.
Kandungan antioksida dalam buah ini juga didapati berpotensi untuk membantu menghalang keradangan sendi atau arthritis.
9. Baik Untuk Ibu hamil Ibu hamil mampu mendapatkan pelbagai nutrisi penting daripada buah ini seperti zat besi, vitamin C, vitamin B dan kalsium.
Seperti yang kita tahu, zat besi dapat membantu penghasilan sel darah merah bagi mengelakkan anemia dan melancarkan peredaran oksigen ke kandungan, vitamin C dan kalsium dapat menguatkan tulang serta gigi dan vitamin B pula penting untuk menjamin perkembangan bayi secara sihat.
Kandungan serat dalam buah ini pula dapat membantu mengatasi sembelit yang dialami oleh ibu hamil.
Tak sangka begitu banyak manfaat buah naga untuk kesihatan dalaman dan luaran tubuh.
Selain dimakan terus, ia juga boleh diolah menjadi jus, smoothies atau sebagai ramuan dalam oat dan salad.
Ia juga sesuai untuk diamalkan oleh semua kerana padat dengan pelbagai nutrisi penting seperti vitamin B, vitamin C, zat besi, antioksida dan serat.
Sumber : HelloSehat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/buah-naga/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=buah-naga

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khasiat Kurma Untuk Kesihatan Tubuh Yang Anda Perlu Tahu

Khasiat Kurma Untuk Kesihatan Tubuh Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 176 hits
Buah kurma sering diamalkan sebagai makanan tambahan pada bulan Ramadan Meskipun begitu terdapat pelbagai khasiat makanan sunnah ini yang anda patut tahu Ayuh ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut Khasiat Kurma Untuk Kesi...
4 Manfaat Kesihatan Mendaki Dan Bersenam Di Luar Dr David Heber

4 Manfaat Kesihatan Mendaki Dan Bersenam Di Luar Dr David Heber

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 406 hits
Dunia kita telah berubah secara drastik sejak pandemik Bekerja dari rumah telah menjadi norma baharu bagi ramai orang dan media sosial e mel dan kesibukan memenuhi tuntutan hidup seharian menyebabkan kita lebih tertekan Membebaskan diri dar...
Khasiat Rumput Sambau Sumber Semula Jadi Untuk Kesihatan

Khasiat Rumput Sambau Sumber Semula Jadi Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 317 hits
Khasiat perubatan rumput sambau atau nama saintifiknya Eluesine indica diiktiraf dan mempunyai sejarah dalam amalan perubatan tradisional di seluruh dunia Rumput ini mudah ditemui di kawasan pertanian seperti kebun sayur sayuran tanaman dan...
Nak Tau Tip Penjagaan Kesihatan Jantung Meh Baca Ni

Nak Tau Tip Penjagaan Kesihatan Jantung Meh Baca Ni

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 376 hits
Jantung adalah salah satu organ terpenting dalam badan kita Untuk pengetahuan korang jantung adalah organ berongga yang berfungsi mengepam melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang ulang Kalau korang nak tau lagi dalam...
Dia Hantar Rehat 5 Minggu Dek Masalah Kesihatan Ji Sukjin Dedah Kebaikan Song Jihyo

Dia Hantar Rehat 5 Minggu Dek Masalah Kesihatan Ji Sukjin Dedah Kebaikan Song Jihyo

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 200 hits
Selepas 5 minggu berehat Ji Suk jin akhirnya kembali ke Running Man ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada siaran 28 Januari Running Man Ji Suk jin telah kembali selepas berehat 5 minggu dek masalah kesihatan Disambut meriah oleh ahli yang lain Son...
Kanser Di Malaysia Mungkin Naik 2 Kali Ganda Jelang 2040 Menteri Kesihatan

Kanser Di Malaysia Mungkin Naik 2 Kali Ganda Jelang 2040 Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 209 hits
Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan yang kejadian kanser di Malaysia mungkin naik 2 kali ganda menjelang 2040 dan kanser hati antara 5 kanser paling lazim di negara ini Kanser hati kanser 5 paling lazim di Malaysi...
Foto Warga Tionghoa Mulai Ramai Berburu Pernak Pernik Imlek Di Pasar Glodok Untuk Persiapan Merayakan Tahun Naga Kayu

Foto Warga Tionghoa Mulai Ramai Berburu Pernak Pernik Imlek Di Pasar Glodok Untuk Persiapan Merayakan Tahun Naga Kayu

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 299 hits
Pernak pernik khas Imlek yang dijual dari harga Rp 10 ribu hingga Rp 500 ribu ramai diserbu warga Tionghoa
Potensi Daun Durian Belanda Dan Risikonya Pada Kesihatan

Potensi Daun Durian Belanda Dan Risikonya Pada Kesihatan

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 208 hits
Sejak beberapa tahun ini kelebihan daun durian belanda telah mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia Sesetengah pihak turut mendakwa bahawa durian belanda juga mempunyai kesan sehingga 10 000 kali lebih kuat dari ubat kemoterapi Disebabkan...
Energy Stick Dan Kesannya Pada Psikologi Dan Kesihatan

Energy Stick Dan Kesannya Pada Psikologi Dan Kesihatan

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 160 hits
Sejak akhir akhir ini penggunaan energy stick dalam kalangan pelajar semakin menular Produk yang digunakan dengan menjolok hidung dan sedut ni dijual secara terbuka dan berleluasa dengan harga serendah RM 2 50 hingga RM 10 sahaja Ia bukan s...
Jerebu Di Malaysia 2025 Status Terkini Dan Panduan Tindakan

Ayam Pentet Dora Mj Port Dickson A Must Try Culinary Gem For Foodies Travelers

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Forest Fire Breaks Out In Kajang Prima

Isnin Atau Selasa Ini Rakyat Bakal Terima Penghargaan Istimewa Pm Anwar Beri Bayangan

Syok Bersuka Ria Di Splash Carnival Legoland Johor

Umno Pahang Desak Prosiding Kes Perlaksanaan Titah Adendum Terhadap Najib Dijalankan Segera Secara Tertib

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


I Don T Want To Die Of A Heart Attack Just Yet

Mixed Thoughts Prevail Among Malays Non Malays To Pmx S Unreadiness To Step Down

Pupil With 8as In Spm Denied Scholarship Are There Too Many Straight As Scorers Around

Pertama Kali Beli Handbag Dato Aliff Syukri

Ikan Bakar Kak June

Diamond Pendant Buying Guide How To Choose The Perfect Sparkle In 2025