4 Manfaat Kesihatan Mendaki Dan Bersenam Di Luar Dr David Heber


Dunia kita telah berubah secara drastik sejak pandemik. Bekerja dari rumah telah menjadi norma baharu bagi ramai orang dan media sosial, e-mel dan kesibukan memenuhi tuntutan hidup seharian menyebabkan kita lebih tertekan. 


Membebaskan diri daripada teknologi dan menghubungkan semula diri kita dengan keindahan alam pada hakikatnya boleh memulihkan tenaga minda. Mendaki di tengah-tengah keindahan alam ialah cara yang sihat untuk menghirup udara segar, lebih-lebih lagi di Malaysia yang mempunyai banyak laluan mendaki yang boleh dijelajahi. Beberapa kajian mendapati bahawa terdapat manfaat sebenar keluar rumah dan berjalan menyusuri denai untuk kesihatan secara umumnya. 
Berikut adalah 4 manfaat berjalan mendaki terhadap kesihatan anda: 
1. Membina Kepadatan Tulang
Mendaki adalah sejenis senaman yang memikul beban, bermaksud tulang dan otot anda bekerja lebih keras menentang graviti. Pergerakan seperti ini membantu badan anda membina atau mengekalkan kepadatan tulang, yang sangat penting apabila usia kita meningkat. 


Kajian mendapati kepadatan tulang merosot kira-kira satu peratus setahun selepas usia 40 tahun. Aktiviti mendaki boleh memberikan kesan positif untuk menangani masalah ini.  Piramid Aktiviti Fizikal Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengesyorkan senaman fizikal 30 minit sehari, seperti berjalan kaki pantas dan mendaki, 5 hingga 6 kali seminggu. 
Sebagai bonus tambahan, aktiviti mendaki memberi anda dos Vitamin D daripada pendedahan kepada cahaya matahari. Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium, yang kita perlukan untuk kesihatan tulang

2. Meningkatkan Kualiti Tidur
Mendaki sambil mendekati alam bukan sahaja mendorong anda tidur sebentar untuk pulih selepas penat berjalan, tetapi kajian terbaharu mendapati aktiviti ini juga boleh meningkatkan kualiti tidur secara keseluruhan. 


Dalam satu kajian pada 2017 yang diterbitkan dalam Current Biology, penyelidik daripada Universiti Colorado Boulder Kenneth Wright mengukur kitaran tidur subjek sebelum dan semasa aktiviti perkhemahan hujung minggu. Dalam aktiviti tersebut, apabila peserta terdedah kepada cahaya semula jadi sahaja (bukan elektronik), paras melatonin mereka meningkat, dan jam dalaman mereka berganjak lebih awal. Kajian mendapati berada dalam persekitaran semula jadi membantu kita beralih kepada kitaran tidur yang semula jadi. 
3. Meningkatkan Kebahagiaan
Senaman fizikal menggalakkan pembebasan endorfin, bahan kimia dalam otak yang mencetus perasaan positif. Bagaimanapun aktiviti mendaki boleh menceriakan perasaan kita lebih daripada berjalan kaki biasa mengelilingi taman perumahan.



Penyelidik Universiti Stanford Gregory Bratman telah membuat kajian yang menugaskan 60 orang kepada kumpulan yang berjalan kaki selama 50 minit di sekitar kawasan hutan kecil atau kumpulan yang berjalan kaki di atas jalan berturap. Hasil penyelidikan mendapati mereka yang berjalan kaki dalam persekitaran semula jadi mengalami kurang keresahan dan tidak berfikir secara berlebihan, dan juga emosi yang lebih positif berbanding pejalan kaki di sekitar kawasan bandar. 
Anda mahu menambah keceriaan semasa bersenam? Ajaklah seorang dua kawan untuk mendaki bersama anda. Interaksi sosial, terutamanya dengan insan yang rapat dengan anda, adalah ramuan penting untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan. 
4. Mengatasi Kemurungan
Vitamin D daripada cahaya semula jadi di luar yang amat penting untuk kesihatan tulang juga membantu menentang kemurungan. Menurut satu tinjauan kritikal terhadap 61 kajian, terdapat hubung kait antara kemurungan dan kekurangan Vitamin D. Mereka yang mempunyai tahap Vitamin D paling rendah mempunyai risiko kemurungan paling tinggi. Malah mereka yang mengalami kemurungan mempunyai paras Vitamin D yang lebih rendah. 


Gejala kekurangan Vitamin D termasuk: • Kelesuan• Kerap jatuh sakit• Penyembuhan luka yang perlahan dan/atau kesakitan otot • Kemurungan
Peserta kurang mengalami gejala kemurungan selepas menerima rawatan bagi kekurangan Vitamin D. Dalam satu lagi kajian, para penyelidik Stanford mendapati bahawa mereka yang berjalan kaki sambil menikmati keindahan alam semula jadi selama 90 minit mencatatkan peningkatan aktiviti korteks prafrontal subgenual, iaitu bahagian otak yang dikaitkan dengan kemurungan dan keresahan apabila tidak diaktifkan. Kajian mendapati aktiviti mendaki memberikan kesan positif terhadap perasaan atau mood kita. 
Mengapa Kita Patut Mendaki Bersama Rakan-Rakan: Peranan Sokongan Sosial 
Senaman memang diketahui mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan mental, tetapi satu kajian baru-baru ini mendapati kesan positif menyertai satu kumpulan untuk bersenam untuk mencapai matlamat anda. Pertubuhan National Institutes of Health telah menemui pelbagai kajian yang menghubungkaitkan manfaat sokongan sosial dengan kesihatan dan kesejahteraan. 
Mendaki alam semula jadi secara berkala bukan sahaja menguatkan jantung, paru-paru dan otot, tetapi juga minda kita. Malah berjalan bersama rakan-rakan juga membawa pelbagai manfaat. Sekiranya anda sampai ke puncak bukit atau destinasi yang ditujui, berhenti seketika untuk menikmati pemandangan dan menghayati segala usaha anda untuk meningkatkan kesihatan dan kebahagiaan anda











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahagosip.com/2024/01/4-manfaat-kesihatan-mendaki-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengaruh Luar Biasa V Bts Jana Rm1 29 Bilion Dengan Jadi Duta Global Satu Jenama Mewah

Pengaruh Luar Biasa V Bts Jana Rm1 29 Bilion Dengan Jadi Duta Global Satu Jenama Mewah

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 323 hits
V BTS telah membuktikan pengaruhnya selepas berjaya menjana sebanyak RM1 29 bilion sepanjang menjadi duta global jenama Celine ARTIKEL BERKAITAN Sebuah platform pemasaran di Perancis iaitu Lefty telah menganalis semua hantaran V di Instagra...
Cerita Wanita Calon Pekerja Luar Negeri Berharap Gaji Besar Meski Tidak Sesuai Prosedur

Cerita Wanita Calon Pekerja Luar Negeri Berharap Gaji Besar Meski Tidak Sesuai Prosedur

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 195 hits
Fatin warga Lombok Tengah Nusa Tenggara Barat mengaku masih bersedih dan belum menerima kenyataan bahwa dirinya gagal berangkat kerja ke Dubai di 2024
Suara Rakyat Sambutan Luar Biasa Program Jualan Rahmah Di Rantau Abang

Suara Rakyat Sambutan Luar Biasa Program Jualan Rahmah Di Rantau Abang

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 349 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTE
Pembunuh Wanita Muda Di Depok Kabur Ke Luar Kota Ditangkap Dalam Bus Malam

Pembunuh Wanita Muda Di Depok Kabur Ke Luar Kota Ditangkap Dalam Bus Malam

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 215 hits
Pembunuh wanita muda dalam rumah kontrakan di Gang H Daud Jalan Raden Saleh Sukmajaya Depok sudah diamankan
Fifa Kagum Saksikan Kebangkitan Luar Biasa Malaysia

Fifa Kagum Saksikan Kebangkitan Luar Biasa Malaysia

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 310 hits
Aksi dramatik kebangkitan pasukan Malaysia berdepan Korea Selatan berjaya meraih perhatian dunia termasuklah Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA dilihat meninggalkan komen di ciapan yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malay...
Kapolri Mutasi 211 Personel Dan Ada 14 Perwira Bertugas Ke Luar Polri Berikut Daftarnya

Kapolri Mutasi 211 Personel Dan Ada 14 Perwira Bertugas Ke Luar Polri Berikut Daftarnya

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 208 hits
Berdasarkan Surat Telegram ST 171 I KEP 2024 terdapat sejumlah pejabat Polri diberikan tugas ke beberapa instansi
Dia Lebih Macho Genetik Luar Biasa Wajah Tampan Adik Lelaki Cha Eunwoo Tular

Dia Lebih Macho Genetik Luar Biasa Wajah Tampan Adik Lelaki Cha Eunwoo Tular

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 241 hits
Nampaknya satu keluarga Cha Eun woo memang ada genetik kacak ni ARTIKEL BERKAITAN Bukan sahaja sebagai seorang penyanyi dan pelakon berbakat pasti ramai yang juga turut mengenali Cha Eun woo kerana visualnya yang kacak Baru baru ini foto ad...
Mahfud Md Minta Bertemu Jokowi Istana Presiden Sedang Di Luar Kota Baru Pulang 1 Februari

Mahfud Md Minta Bertemu Jokowi Istana Presiden Sedang Di Luar Kota Baru Pulang 1 Februari

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 185 hits
Agenda pertemuan antara Mahfud dan Jokowi baru akan diatur setelah tanggal 1 Februari 2024
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Time Management For Entrepreneurs

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Ukraine Memerlukan Jaminan Keselamatan As Untuk Menghalang Putin

Str Login Masalah Lazim Dan Cara Mengatasinya

Pelajar Tingkatan Lima Meninggal Dunia Rebah Ketika Merentas Desa

Ramadan Is Coming

Legoland Malaysia Resort Sets New Standard For Accessibility As First Certified Autism Center In Malaysia

Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung