9 Khasiat Saffron Dan Manfaat Saffron Untuk Wanita Dan Kanak Kanak
9 Khasiat Saffron dan Manfaat Saffron Untuk Wanita dan Kanak-kanak 5
Khasiat saffron sering diperkatakan masa kini. Ia adalah rempah yang paling mahal di dunia. Di Malaysia, bagi 1 gram, harga yang dijual ialah RM25. Saffron mahal kerana kesukaran mengumpulkan rempah ini, iaitu bagi mendapatkan 1kg saffron, sebanyak 120,000 kuntum bunga saffron perlu dikumpulkan. Harganya yang mahal ini disebabkan oleh proses untuk mendapatkannya yang agak sukar. Ini kerana kesemua kerja-kerja menuai stigma bunga saffron ini hanya dilakukan dengan tangan secara manual.
Saffron banyak digunakan dalam masakan Timur Tengah dan juga Asia Tengah. Walaupun sering digunakan sebagai bahan masakan, terdapat banyak kebaikan saffron yang mungkin kita belum pernah tahu. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan 9 khasiat utama saffron untuk kesihatan, penerangan saffron, manfaat saffron kepada wanita, kanak-kanak dan lelaki yang mungkin anda tidak tahu.
Penerangan Saffron dan Khasiat Saffron
Saffron banyak digunakan dalam masakan, perubatan, sebagai bahan pewarna dan juga perasa. Stigma bunga saffron ini dikeringkan terlebih dahulu sebelum dipasarkan. Biasanya, ia berwarna merah tua dan akan mengeluarkan warna kuning pekat apabila direndam di dalam air. Saffron menjadi antara bahan yang mesti ada dalam masakan masyarakat di sekitar Timur Tengah dan juga Asia Tengah.
Crocus sativus – 2
Apa itu Saffron?
Saffron merupakan sejenis rempah yang dihasilkan daripada stigma sejenis bunga yang bernama Crocus sativus. Ramai orang mengenalinya dari rasa, aroma khas, dan warna kuning keemasan yang terhasil ketika direndam ke dalam air. Terdapat lima jenis saffron yang ada di dunia ini.
Saffron Maghribi
Saffron Sepanyol
Saffron Kashmir, India
Saffron Iran
Saffron Greek
Khasiat Saffron
9 Khasiat Saffron dan Manfaat Saffron Untuk Wanita dan Kanak-kanak 6
Khasiat Saffron1. Membantu masalah kesuburan2. Menghilangkan jerawat3. Anti-depressan4. Mengurangkan premenstrual syndrome (PMS)5. Kesihatan mata6. Antioksidan7. Membantu proses penghadaman8. Mencerdaskan minda9. Membuang angin dalam badan
Manfaat Saffron Untuk Wanita
Kajian membuktikan bahawa saffron dapat mengurangkan gejala emosi, fizikal, dan psikologi yang terjadi sebelum menstruasi. Saffron juga dapat membantu melancarkan kitaran haid wanita yang terganggu. Saffron dapat meningkatkan kesuburan wanita yang merancang untuk hamil. Saffron dapat meningkatkan peluang kehamilan dengan membantu menyeimbangkan hormon dan keadaan kesihatan reproduksi secara keseluruhan.
Sebatian kimia di dalam saffron dikenali seperti crocin dan safranal, diyakini dapat mempengaruhi sistem saraf dan hormon yang terlibat dalam pengawalaturan fungsi seksual. Saffron juga dapat memiliki manfaat positif bagi orang yang sedang menjalani kehamilan kerana ia mengandungi berbagai nutrisi penting seperti asid folat, zat besi, dan vitamin B.
Manfaat Saffron Untuk Kanak-kanak
Saffron sangat bagus untuk otak dan ingatan kanak-kanak. Ia boleh dijadikan supplemen semula jadi untuk otak anak mudah belajar dan cepat mengingat sesuatu. Antara kelebihan saffron untuk kanak-kanak adalah untuk:
Memori anak
Stabilkan mood anak
Bersifat antiradang
Tinggi antioksidan
Manfaat Saffron Untuk Lelaki
Kajian telah menunjukkan bahawa kebaikan saffron bagi lelaki mempunyai sifat afrodisiak, terutamanya dalam kalangan mereka yang mengambil ubat antidepresan. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan saffron boleh meningkatkan fungsi kesuburan dan memperbaiki sistem reproduksi lelaki secara signifikan.
Crocus sativus – 1
Kesan Sampingan Saffron
Selain itu, pengambilan saffron dalam jumlah yang berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan, termasuk mual dan loya. Sebaiknya berbincang dengan pakar kesihatan sebelum memulakan penggunaan saffron secara berterusan atau dalam jumlah yang besar. Antara kesan sampingan yang muncul adalah antaranya;
Pengambilan saffron untuk wanita hamil dalam kuantiti yang banyak adalah tidak selamat dan boleh menyebabkan risiko keguguran.
Bagi pesakit bipolar, pengambilan saffron yang berlebihan bagi pesakit bipolar boleh menyebabkan fasa manik bertambah.
Mereka yang alahan pada zaitun, lolium dan salsola mungkin mengalami alahan kepada saffron.
Saffron diketahui mempunyai interaksi dengan ubat sedatif, antidepressant menyebabkan mengantuk yang keterlaluan dan masalah pernafasan.
Cara Penyediaan Teh Saffron
Cara penyediaan:
Tuangkan air panas ke dalam cawan.
Masukkan saffron.
Biarkan selama 20 minit.
Masukkan madu dan kacau menggunakan sudu.
Teh saffron anda sedia untuk diminum. Anda boleh minum 2 hingga 3 kali seminggu untuk manfaat terbaik.
Berikut merupakan klip video mengenai khasiat saffron.
Soalan FAQs Berkenaan Saffron
Dari manakah berasalnya saffron?
Saffron berasal daripada negara Timur Tengah dan juga Asia Tengah.
Apakah nama pokok yang menghasilkan saffron?
Tumbuhan yang menghasilkan saffron adalah Crocus sativus
Apakah sebatian aktif dan mineral dalam saffron?
Sebatian aktif dalam saffron adalah crocin dan safranal, manakala mineral adalah asid folat, zat besi, dan vitamin B.
Adakah saffron sesuai dijadikan sebagai suplemen wanita hamil?
Ya, ia boleh membantu kehamilan dan tumbesaran janin, bagaimanapun ia tidak boleh diambil secara berlebihan.
Apakah khasiat saffron untuk kanak-kanak?
Saffron dapat meningkatkan daya ingatan dan memori kanak-kanak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/03/khasiat-saffron.html