5 Khasiat Air Kelapa Dan Manfaat Minum Air Kelapa Setiap Hari
5 Khasiat Air Kelapa dan Manfaat Minum Air Kelapa Setiap Hari 39
Pasti ramai diantara kita yang amat menggemari air kelapa. Air kelapa adalah rendah kalori dan secara semula jadinya bebas daripada lemak dan kolesterol. Ia mempunyai kandungan karbohidrat dalam bentuk gula dan elektrolit yang mudah dicerna. Ia mempunyai kalori yang rendah, kurang kandungan garam, dan kaya dengan kandungan kalium yang ternyata lebih tinggi berbanding daripada minuman sukan. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan 5 khasiat utama air kelapa untuk kesihatan, penerangan air kelapa, manfaat air kelapa muda untuk demam, dan keburukan air kelapa yang mungkin anda tidak tahu.
Penerangan Air Kelapa dan Khasiat Air Kelapa
Air kelapa berasal daripada buah kelapa. Pokok kelapa adalah sejenis tumbuhan yang satu-satunya spesies tumbuhan palma yang wujud dalam genus Cocos keluarga Arecaceae. Pokok ini bertaburan luas di semua kawasan tropika Bumi dan sangat banyak di Malaysia. Tumbuhan ini amat dimanfaatkan banyak masyarakat yang menggunakan hampir semua bahagian pokok untuk pelbagai tujuan, buah tetapi juga daun dan batangnya, sehingga ia sering mendapat gelaran ‘pokok seribu guna’.
Apa itu Air Kelapa?
Pokok kelapa, atau nama saintifiknya Cocos nucifera merupakan tanaman dari keluarga Arecaceae, yang merupakan sebahagian dari kumpulan Angiosperma, atau tumbuhan berbunga. Maka, air kelapa muda sebenarnya adalah bahagian endosperma yang berada dalam bentuk cecair, juga dikenali sebagai “liquid endosperm”. Semasa proses kematangan, bahagian endosperma yang berbentuk cecair ini akan berubah menjadi isi kelapa yang berwarna putih.
5 Khasiat Air Kelapa dan Manfaat Minum Air Kelapa Setiap Hari 40
Khasiat Air Kelapa
1. Menghidratkan dan menyegarkan tubuh badan
Kelebihan air kelapa mempunyai kandungan elektrolit yang tinggi, bertindak sebagai antimikrob. Kajian juga menunjukkan pengambilan air kelapa membantu sistem antioksidan dengan meneutralkan kesan radikal bebas.2. Sesuai untuk batu karang
Dikatakan air kelapa sesuai untuk pesakit batu karang, kerana dapat mengurangkan pembetukan batu karang.3. Mengurangkan tekanan darah tinggi dan paras gula dalam darah
Kandungan kalium yang tinggi dalam air kelapa adalah kebaikan buat pesakit hipertensi untuk mengimbangi nisbah elektrolit dan mengawal tekanan darah tinggi. Indeks glisemik sangat rendah, menjadikan ia minuman sihat untuk penghidap diabetes.4. Mengurangkan berat badan
Secawan air kelapa 200ml hanya mempunyai 48 kalori dan 0 lemak. Ia adalah minuman yang membantu menurunkan berat badan.5. Merawat jangkitan air kencing
Air kelapa dianggap sebagai diuretik iaitu membantu membuang toksin melalui air kencing.
Anda mungkin akan kerap membuang air kecil selepas minum air ini, tetapi ia adalah kaedah semula jadi membantu menyembuhkan jangkitan air kencing.
Manfaat Minum Air Kelapa Muda Setiap Hari
Air kelapa muda boleh diminum pada bila-bila masa yang sesuai dengan diri. Tetapi ia disyorkan untuk diambil pada separuh hari pertama, sebelum waktu petang. Anda juga boleh mengambilnya pada waktu petang dan malam. Namun bagi sesetengah individu ia boleh mengakibatkan kembung perut.
FAKTA KAJIANMenurut kajian yang dilakukan Saintis Tempatan pada tahun 2018, kelapa tua didapati lebih tinggi kandungan potasium (237 – 361mg /100 mL) diikuti magnesium, kalsium, iron, manganese dan selenium berbanding kelapa muda.Kelapa tua juga lebih tinggi kandungan gula sukrosa berbanding kelapa muda. Kelapa muda pula tinggi gula fruktosa dan glukosa.
5 Khasiat Air Kelapa dan Manfaat Minum Air Kelapa Setiap Hari 41
Khasiat Air Kelapa Untuk Demam
Air kelapa dapat membantu menurunkan suhu demam tanpa pengambilan sebarang ubat-ubatan malah ia membantu menormalkan suhu tubuh, mengelakkan jangkitan selain memberi nutrisi kepada tubuh. Berbeza dengan air putih, air kelapa kaya dengan potasium yang diperlukan tubuh dan saraf untuk menstabilkan degupan jantung.
Apa Bahaya Air Kelapa Muda?
Bahaya air kelapa muda berlaku apabila anda minum secara berlebihan. Apabila anda minum air kelapa terlalu banyak akan menyebab beberapa gejala hipotensi seperti:
1. Sakit perut atau kembung perut
2. Peluh sejuk
3. Pening tiba-tiba
4. Sakit pada dada dan lengan.
Berikut merupakan klip video mengenai khasiat air kelapa berdasarkan Dr. Noordin.
Soalan FAQs Berkenaan Air Kelapa
Apakah Air Kelapa?
Cecair yang terdapat dalam buah kelapa dinamakan sebagai air kelapa.
Apakah kebaikan air kelapa semasa demam?
Air kelapa dapat membantu menurunkan suhu demam tanpa pengambilan sebarang ubat-ubatan malah ia membantu menormalkan suhu tubuh, mengelakkan jangkitan selain memberi nutrisi kepada tubuh. Berbeza dengan air putih, air kelapa kaya dengan potasium yang diperlukan tubuh dan saraf untuk menstabilkan degupan jantung.
Adakah air kelapa baik untuk turun berat badan?
Ya, air kelapa sangat baik untuk turunkan berat badan kerana ia mempunyai kalori yang rendah.
Apakah gejala jika pengambilan air kelapa secara berlebihan?
Antara gejala berlaku apabila air kelapa diambil secara berlebihan adalah kembung perut, peluh sejuk, hipotensi, sakit dada dan lengan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/02/air-kelapa.html