Ubat Perangsang Wanita Kenali 5 Jenis Viagra Di Farmasi
Apakah ubat perangsang wanita yang selamat untuk mengembalikan semula keghairahan para isteri di tempat tidur?
Menurut kajian, 6 daripada 10 wanita mengalami mati putik ketika berhubungan intim.
Mati putik dikenali sebagai disfungsi seksual wanita (FSD) ini biasanya berkait rapat dengan masalah sakit puan seperti endometriosis dan fibroid. FSD juga disebabkan penyakit kronik atau masalah kesihatan mental lain seperti kemurungan dan kebimbangan.
Mati putik dalam kalangan wanita menyebabkan mereka tiada keinginan, rasa sakit ketika melakukan hubungan intim dan sukar mencapai klimaks ketika bersama pasangan.
Justeru, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan pilihan terbaik 5 jenis ubat perangsang wanita yang dijual di farmasi berserta kegunaannya.
Baca juga:
Cara Besarkan Bontot
Puting Tetek Sakit
Bengkak Susu
Apa itu ubat perangsang wanita?
New Straits Times
Ubat perangsang wanita adalah digunakan untuk meningkatkan keupayaan seksual wanita yang mengalami masalah semasa berhubungan intim.
Hal ini kerana, mengikut statistik, 1/3 wanita wanita di dunia mempunyai masalah libido rendah. Manakala, 10% lagi telah disahkan menghidap HSSD (kurang berfikir tentang seks).
Justeru keinginan para wanita untuk mengambil jalan yang lebih cepat seperti mengambil ubat perangsang ini semakin mendapat permintaan yang tinggi di dunia.
Fungsi viagra kepada wanita
Kajian menunjukkan bahawa Viagra memberi kesan kepada golongan wanita. Ia dapat meningkatkan aliran darah ke organ intim wanita dan membantu meningkatkan respons seksual.
Ia mungkin bermanfaat bagi wanita yang mengalami gangguan ghairah seksual atau masalah dengan orgasme.
Contoh ubat perangsang wanita di farmasi
Terdapat beberapa jenis ubat perangsang wanita yang dijual di farmasi. Antara yang sesuai untuk anda adalah seperti berikut:
1. Bremalanotide
Bremalanotide adalah sejenis ubat perangsang yang diberikan secara suntikan.
Ubat ini telah pun diluluskan pada tahun 2019 untuk merawat HSDD. Food and Drug Administration (FDA) menyatakan bahawa ubat ini boleh merawat FSIAD pada wanita premenopaus.
Untuk menggunakannya anda perlu menyuntik ubat tersebut ke dalam paha atau perut sekurang-kurangnya 45 minit sebelum melakukan hubungan seks. Kesannya dikatakan mampu boleh bertahan sehingga 24 jam.
2. Flibanserin
Flibanserin adalah sejenis ubat perangsang wanita yang boleh diambil dalam bentuk pil atau oral.
Ubat ini telah pun diluluskan pada tahun 2015 untuk merawat HSDD. Ia biasanya diambil pada waktu malam untuk meningkatkan libido wanita.
Sungguhpun Flibanserin memberi kesan sampingan dengan rasa mengantuk, bagi mana-mana wanita yang mengambil ubat ini pasti tidak akan menyesal kerana fungsinya yang kuat mampu mengembalikan keinginan seksual.
3. DHEA Vagina
DHEA Vagina diyakini sebagai rawatan yang berkesan dan selamat pada wanita menopause dengan gejala atrofi faraj.
Ia biasanya terjual di pasaran dalam bentuk krim untuk mengurangkan vagina yang kering dan tidak selesa bagi wanita menopaus.
4. Testosteron
Testosteron sangat sinonim pada kaum lelaki sebagai hormon reproduksi yang berperanan penting dalam kesihatan seksual dan perkembangan tubuh mereka.
Namun, pengambilan testosteron pada wanita juga boleh meningkatkan masalah libido rendah.
Wanita normal mempunyai kandungan testosteron sebanyak 9 – 55 ng/dL. Justeru penambahan sedikit hormon ini mampu dijadikan sebagai ubat perangsang wanita.
Walau bagaimanapun, pengambilan testosteron ini boleh memberi kesan sampingan tertentu seperti tumbuh bulu, jerawat dan rambut gugur.
5. Viagra
Viagra untuk wanita mengandungi ubat dalam testosteron dan mint. Pil yang disebut dengan Lybrido ini dikatakan mampu meningkatkan keinginan wanita untuk seks, dan membuatkannya akan lebih puas ketika “bersama”.
Kesan sampingan
Semua ubat boleh mempunyai kesan sampingan termasuklah ubat perangsang wanita.
Antara kesan sampingan yang boleh terjadi pada wanita yang menggunakan ubat perangsang wanita seperti sakit kepala, gangguan pencernaan, dan risiko tindak balas ubat.
Selain itu, penggunaan jangka panjang Viagra pada wanita belum diteliti dengan baik, sehingga risiko jangka panjangnya belum diketahui.
Cara penggunaan viagra yang selamat
Healthline
Sebelum menggunakan Viagra atau ubat lain untuk masalah seksual, penting untuk berkonsultasi dengan doktor atau pakar perubatan.
Mereka dapat memberikan informasi yang tepat dan membantu menentukan apakah penggunaan Viagra sesuai untuk seseorang individu itu.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan ubat perangsang wanita dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
‘Female Viagra’: What You Need to Know. WebMD
I Am a Woman and I Took Viagra: Benefits and Side Effects. Healthline
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/ubat-perangsang-wanita/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ubat-perangsang-wanita