9 Cara Memulakan Perniagaan



“Saya ingat nak mula buat bisnes. Apakah cara memulakan perniagaan yang bagus pada masa sekarang ni ya?”Itu adalah soalan yang biasa ditanya oleh mereka yang baru nak buat bisnes. Ya lah, dah tengok kawan-kawan buat bisnes, kita pun nak cuba samalah.
Terdapat beberapa petua dan cara untuk memulakan perniagaan sendiri.
Berikut adalah 9 cara memulakan perniagaan walaupun anda masih baru.
Tapi sebelum itu…
Perlukah Buat Bisnes Tanpa Modal?Tidak dinafikan, bergantung dengan satu pekerjaan dan pendapatan pada hari ini tidak lagi menjanjikan keselesaan dalam kehidupan.
Apatah lagi yang mempunyai tanggungan keluarga dan komitmen bulanan yang besar.
Maka ramai yang mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Tapi bagaimana cara hendak memulakan perniagaan?
Itulah soalan yang sering berlegar di fikiran mereka yang ‘kosong’ tentang bisnes.
Pernah tak ternampak iklan sama ada di surat khabar, kaca televisyen mahu pun menerusi flyers yang mengatakan anda boleh mulakan bisnes tanpa modal?
Rata-rata orang percaya cara memulakan perniagaan pasti memerlukan duit, iaitu modal.
Atas ‘kepercayaan’ itu, ramai yang menangguhkan niat memulakan perniagaan dengan alasan tiada modal untuk bermula.
Sebenarnya, anda masih boleh memulakan perniagaan anda walaupun tanpa modal.
9 Cara Memulakan Perniagaan
1. Buat bisnes secara part-time, teruskan kerja makan gaji seperti biasa
Anda tak perlu buat keputusan tergesa-gesa dengan berhenti kerja hanya kerana hendak berniaga.
Gaji daripada pekerjaan yang anda lakukan sekarang boleh digunakan untuk melunaskan komitmen setiap bulan di samping digunakan sedikit untuk menjayakan perniagaan.
Kaedah ini juga dapat mengelakkan anda untuk membuat pinjaman institusi kewangan.
Untuk mereka yang memilih kaedah ini, pastikan anda pandai membahagikan masa di antara kerja hakiki dan bisnes part-time ini.

2. Rumah Sebagai Operasi Perniagaan
Memandangkan anda masih baru dalam berbisnes, apatah lagi mungkin kekurangan modal awal, maka mulakan operasi anda dari rumah.
Apabila bisnes mula berkembang, barulah anda cari lot kedai atau sewa pejabat bangunan untuk meneruskan operasi.
Malah ramai usahawan hari ini menjadikan kedai kopi seperti Starbucks sebagai pejabat atau ‘coworking space’ kerana lebih jimat dan mudah.
Ia memudahkan operasi serta menjimatkan ruang untuk aktiviti bisnes anda seperti berjumpa klien dan menyiapkan tugasan.

3. Perniagaan berasaskan kemahiran anda
‘Love what you do’ atau ‘do what you love’ – Pernah dengar tak pepatah sebegini?
Dalam hidup kita pasti mempunyai sesuatu perkara yang paling kita suka lakukannya.
Anda perlu kenalpasti apakah kemahiran dan kegemaran yang anda manfaatkan sebagai perniagaan untuk membantu orang lain yang memerlukannya.
Contohnya, anda pandai berbahasa Mandarin dan sering memuatnaik video berkaitan perbualan seharian di laman Youtube.
Apa kata gunakan kemahiran itu untuk tujuan mendidik anak-anak kecil pula?
Apatah lagi hari ini ramai ibu bapa mementingkan penguasaan bahasa ketiga selepas Bahasa Inggeris.
Anda boleh menggunakan saluran Youtube untuk memuatnaik video ringkas dengan penggunaan effect yang boleh menarik minat kanak-kanak.
Daripada situ, anda boleh buka kelas mengajar Bahasa Mandarin secara online atau offline.
Pendek kata, sekiranya anda ada skill yang diperlukan oleh orang, jadikannya sebagai perniagaan anda.

4. Jual barangan terpakai
Contohnya, anda mungkin gemar membeli-belah pakaian atau koleksi buku yang tidak digunakan lagi.
Hari ini terdapat pelbagai aplikasi online seperti Mudah.com, Carousell dan Shopee untuk menjual semula barangan terpakai.
Ini merupakan cara memulakan perniagaan paling mudah untuk anda yang baru hendak menjinakkan diri untuk berniaga.

5. Buat Sistem Barter
Jika anda mahu berniaga berasaskan makanan, anda masih boleh menggunakan kelengkapan sedia ada di rumah. 
Jika perniagaan semakin berkembang, barulah anda boleh membeli kuali, periuk atau sebagainya dengan saiz lebih besar.
Atau boleh buat sistem pertukaran barang di mana anda tawarkan servis yang pemiliknya perlukan.
Sebagai contoh, anda hendak tawarkan khidmat potong rumput, dan ada jiran anda yang sudah berusia mempunyai mesin pemotong rumput yang tidak lagi digunakan.
Apa kata anda tawarkan khidmat secara percuma kepada pemiliknya dan sebagai pertukaran anda simpan dan gunakan mesin potong rumput miliknya.

6. Jadi Ejen Dropship Atau Produk
Kaedah ini juga menjadi pilihan ramai orang yang baru menceburkan diri dalam perniagaan.
Anda tak perlu keluarkan modal, tak perlu simpan stok dan tak perlu lakukan penghantaran produk kerana ia dilakukan oleh vendor.
Menariknya anda akan perolehi keuntungan hingga 40% untuk setiap produk.

7. Berjimat!
Kan baru mula berniaga, maka elakkan menunjuk-nunjuk dan berlagak seolah anda sudah raih untung berjuta-juta ringgit.
Untuk permulaan, ikat perut di awal memulakan perniagaan.

8. Mula Berniaga di Bazar Ramadhan
Ada juga yang menggunakan kesempatan berniaga di bulan Ramadhan sebagai asas untuk memulakan perniagaan.
Tak kisahlah makanan, baju atau persiapan raya, boleh dikatakan semuanya laku pada musim ini.
Keuntungan yang anda perolehi sepanjang berniaga pada bulan ini boleh dijadikan modal untuk berniaga selepas bulan puasa dan raya.

9. Daftar Perniagaan Dengan SSM
Bagi sesiapa yang mahu memulakan perniagaan, syarat mendaftar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pastinya menjadi kewajipan.
Ada orang bersemangat apabila mendaftar perniagaan mereka dan mahu berniaga dengan lebih baik untuk menambah pendapatan.
pengiraan akaun untuk yang baru memulakan perniagaanTahukah anda?
Setiap perniagaan yang dijalankan sama ada kecil atau besar perlu mempunyai pengiraan akaun yang betul.
Antara kelebihan pengiraan akaun yang betul:
– dapat mengenalpasti kedudukan kewangan syarikat
– mengelakkan penyelewengan,
– merancang percukaian syarikat bagi tahun semasa dan
– merancang strategi pengurusan risiko.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tipsbantuniaga.blogspot.com/2023/09/9-cara-memulakan-perniagaan-walaupun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Cara Mengembangkan Perniagaan

5 Cara Mengembangkan Perniagaan

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 154 hits
Setelah anda memulakan perniagaan anda pasti ingin mengembangkan perniagaan anda ke tahap seterusnya Anda mungkin telah melakukan banyak penyelidikan dan meminta bantuan daripada penasihat serta mendapatkan maklumat daripada buku majalah da...
7 Cara Pilih Rakan Kongsi Perniagaan Yang Betul

7 Cara Pilih Rakan Kongsi Perniagaan Yang Betul

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 192 hits
Sebenarnya ada banyak cara untuk pilih rakan kongsi perniagaan bergantung kepada keperluan dan objektif bisnes Anda boleh gunakan cara yang dikongsikan di bawah 1 Jujur Dan AmanahSifat jujur dan amanah adalah kriteria utama yang anda perlu ...
Cara Aktifkan Kad Debit Untuk Travel Luar Negara

Cara Aktifkan Kad Debit Untuk Travel Luar Negara

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 131 hits
Selain kad kredit anda juga boleh gunakan kad debit untuk travel ke luar negara Ini bagi mereka yang menjaga supaya tidak overspent semasa travel melancong di luar negara Almaklum lah bila dalam mood travel melancong semua yang depan mata c...
3 Cara Bangunin Sahur Orang Dari Klasik Sampai Kreatif

3 Cara Bangunin Sahur Orang Dari Klasik Sampai Kreatif

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 170 hits
Bangunin sahur orang lain dan diri sendiri sama sulitnya lho Yuk terapkan 3 cara berikut ini agar aktivitasmu untuk bangun sahur bebas hambatan
Cara Hilangkan Bau Busuk Dalam Kereta Guna Serbuk Nescafe Saja Korang Boleh Cuba

Cara Hilangkan Bau Busuk Dalam Kereta Guna Serbuk Nescafe Saja Korang Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 173 hits
ak dinafikan kereta kalau lama tak dibasuh memang meninggalkan bau yang kurang enak Apa lagi kalau banyak terkesan kesan tumpahan makanan ketika dalam perjalanan Bau sisa makanan atau tumpahan air minuman pada kerusi kereta oleh anak anak k...
Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai

Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 176 hits
Anda nak dapatkan pembaca yang ramai untuk baca blog anda Kalau anda mempunyai blog anda sendiri saya percaya anda juga pasti mahukan pembaca yang ramai untuk baca blog yang anda tulis Melainkan kalau anda memang set blog anda kepada privat...
Cara Guna Atome Installment Beli Tiket Flight

Cara Guna Atome Installment Beli Tiket Flight

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 280 hits
Aplikasi Atome merupakan aplikasi antara aplikasi Buy Now Pay Later yang terkenal di Malaysia Atome menawarkan bayaran ansuran fleksibel kepada semua pengguna mereka yang berdaftar Macam mana nak beli tiket flight guna Atome Untuk ketahui a...
Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


7 2567 1 Top 100 By Darlene Ssru Ac Th

Slotxo 3 2567 Xo Slot 24 Top 75 By Tonja Slotxo24hr Win

Rajabhat University 1 Top 73 By Shawnee Ssru Ac Th 8 67

Turning Raw Data Into Stunning Presentations With One Click

Kurangkan Saiz Produk Tanpa Maklum Pembeli Boleh Kena Denda Rm35 000

Kes Pemerasan Rm1 25 Juta 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan