885 Dicekup Ingkar Sop Pkp


 Oleh Faris Fuad
Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa menahan 885 individu semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dengan 852 dikompaun dan 33 direman.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis membabitkan 178 orang, tiada penjarakan fizikal (145), tidak memakai pelitup muka (144), tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (101) dan membawa penumpang berlebihan (73).
"Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan 92,202 pemeriksaan semalam.
"Ia membabitkan 4,145 pasukan pematuhan yang terdiri daripada 22,804 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Selain itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak 86 operasi sanitasi merangkumi 45 zon merah dan empat zon kuning dilaksanakan di seluruh negara semalam.
Katanya, operasi itu membabitkan 500 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), 186 pihak berkuasa tempatan (PBT) serta 77 jentera JBPM.
"Secara kumulatif sebanyak 26,914 operasi sanitasi merangkumi 156 zon dilakukan dipusat perniagaan, kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), tempat awam, pasar raya dan bangunan kerajaan sejak 30 Mac 2020.
"Semalam juga, seramai 455 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya sudah dikuarantin.
"Secara kumulatif sejak 24 Julai 2020, seramai 222,831 individu pulang ke tanah air dan ditempatkan di 74 hotel, 11 Institut Latihan Awam (ILA) serta pengajian swasta di seluruh negara," katanya.
Ismail Sabri berkata, seramai 143 pekerja asing menjalani ujian saringan semalam dan 10 kes positif COVID-19 dilaporkan.
Katanya, sehingga kiniseramai 698,634 pekerja asing menjalani ujian saringan COVID-19 membabitkan melibatkan 36,194 majikan.
"Daripada jumlah pekerja itu, 10,349 disahkan positif COVID-19 dan setakat ini, sebanyak 1,544 klinik terbabit dengan program saringan ini," katanya.
Selain itu, Ismail Sabri berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat 867 pemantauan harian ke atas 10 jenis bekalan barangan membabitkan 680 peruncit, 157 pemborong dan 30 pengilang semalam.
"KPDNHEP juga melakukan 2,498 Pemeriksaan Khas Pematuhan SOP dan daripada jumlah itu, 2,467 premis mematuhi SOP ditetapkan, manakala 31 premis dikompaun kerana tidak patuh SOP," katanya.
Ismail Sabri sekali lagi mengingatkan orang awam untuk kekal di rumah dan amalkan gaya hidup sihat bersama keluarga dalam lingkungan kawasan rumah masing-masing bagi mengekang penularan COVID-19.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/885-dicekup-ingkar-sop-pkp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gagal Jarak Fizikal Masih Kekal Kes Tertinggi Ingkar Sop

Gagal Jarak Fizikal Masih Kekal Kes Tertinggi Ingkar Sop

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 214 hits
Oleh AMREE AHMAD PUTRAJAYA Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara semalam kembali turun kepada 970 individu ditahan berbanding 1 214 individu yang diberkas kelmarin Menteri Kanan Keselamat...
Gara Gara Solat Berjemaah Di Surau 37 Jemaah Dikompaun Ingkar Sop

Gara Gara Solat Berjemaah Di Surau 37 Jemaah Dikompaun Ingkar Sop

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 217 hits
Seperti yang kita tahu Perintah Kawalan Pergerakan pada kali ini diperketatkan akibat jumlah peningkatan kes Covid 19 yang semakin meningkat dari hari ke hari
Senarai Sop Pkp Mkn Yang Tidak Dibenarkan Bermula 1 June 2021 14 June 2021

Senarai Sop Pkp Mkn Yang Tidak Dibenarkan Bermula 1 June 2021 14 June 2021

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 513 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera KAWALAN PEGERAKAN Merentas negeri dan daerahPasangan jarak jauhPelawat perniagaan jangka pendek kecuali dengan kebenaran PDRMIbu bapa atau penjaga yang menghantar anak anak ke pusat jagaan kanak kanak kec...
Sop Lebih Rm283 000 Kompaun Pkp Penuh Di Perak

Sop Lebih Rm283 000 Kompaun Pkp Penuh Di Perak

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 271 hits
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengeluarkan kompaun lebih RM283 000 terhadap peniaga yang gagal mematuhi prosedur operasi standard sejak bermulanya total lockdown hingga Sabtu Ia melibatkan 41 kes pelanggaran
3 Taman Perumahan Di Temerloh Antara Kena Pkpd 907 Ditahan Ingkar Sop

3 Taman Perumahan Di Temerloh Antara Kena Pkpd 907 Ditahan Ingkar Sop

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 215 hits
Oleh AMREE AHMAD PUTRAJAYA Sejumlah tiga taman perumahan di Daerah Temerloh Pahang antara tujuh lokaliti bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan mulai Sabtu hingga 25 Jun ini iaitu Taman Temerloh Jaya Taman Temerloh Jaya I...
Polis Perak Keluar Lebih 1 000 Kompaun Langgar Sop Pkp

Polis Perak Keluar Lebih 1 000 Kompaun Langgar Sop Pkp

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 253 hits
SINAR HARIAN Polis Perak mengeluarkan 1 239 kompaun berkaitan kesalahan melanggar SOP Covid 19 dalam tempoh pelaksanaan PKP sejak 1 Jun sehingga Jumaat Gambar hiasanIPOH Polis Perak mengeluarkan 1 239 kompaun berkaitan kesalahan melanggar p...
3 Jururawat Dikompaun Rm4 000 Langgar Sop Pkp

3 Jururawat Dikompaun Rm4 000 Langgar Sop Pkp

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 304 hits
BERNAMAAlor Setar Tiga jururawat wanita yang bertugas di sebuah hospital swasta di Sungai Petani masing masing dikompaun RM4 000 malam tadi kerana didapati melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Ketua Polis Daerah K...
Senarai Penuh Sop Pkp 3 0 Yang Perlu Kita Tahu Dan Patuhi

Senarai Penuh Sop Pkp 3 0 Yang Perlu Kita Tahu Dan Patuhi

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 530 hits
Senarai Penuh SOP PKP 3 0 Yang Perlu Kita Tahu Dan Patuhi 28 Mei lalu jumlah positif Covid 19 mencech 8290 dengan kenaikan sebanyak 433 kes berbanding 7 857 kes pada 27 Mei Memang cukup menakutkan angka tu dan seperti dijangkakan PM pun umu...
6 Lokasi Menarik Di Negeri Selangor Yang Boleh Korang Lawati Selepas Pkp

6 Lokasi Menarik Di Negeri Selangor Yang Boleh Korang Lawati Selepas Pkp

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 583 hits
6 DESTINASI MENARIK DI NEGERI SELANGOR YANG MUNGKIN TIDAK DIKETAHUI RAMAI Sudah setahun lebih dunia diserang wabak pandemik Covid 19 dan menyebabkan kita tidak dapat bergerak bebas apatah lagi untuk keluar bercuti Mesti ramai yang merinduka...
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

200 Durian Trees Destroyed Pahang Accused Of Violating Court Order

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Kira Kuantiti Berapa Banyak Open House Jamuan Raya

Rumah Terbuka Mini

Domain Name Valuation Matter

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord

Bab 4 April 2025