3 Taman Perumahan Di Temerloh Antara Kena Pkpd 907 Ditahan Ingkar Sop


Oleh AMREE AHMAD PUTRAJAYA: Sejumlah tiga taman perumahan di Daerah Temerloh, Pahang antara tujuh lokaliti bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Sabtu hingga 25 Jun ini iaitu Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya Indah dan Taman Temerloh Makmur.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara keseluruhan 38 kes hasil daripada sejumlah 407 ujian saringan dilakukan di tiga lokaliti ini.
“Turut dikenakan PKPD pada tarikh sama ialah Ladang Tereh Mill, Daerah Kluang, Johor dan Kampung Tajin, Kuala Berang, Daerah Hulu Terengganu, Terengganu, manakala di Sabah melibatkan Lorong Pasir Putih 1, Taman Pasir Putih Fasa 1, Daerah Putatan dan Kampung Kolong 2, Bahagian Kuching, Sarawak.
“Lima lokaliti ditamatkan PKPD secara serentak esok dengan tiga daripadanya terletak di sekitar Sabah antaranya ialah Kampung Sungai Langgas, Daerah Kunak, Bahagian Tawau yang sepatutnya berakhir pada Ahad ini, namun telah pun diawalkan daripada jadualnya itu,” kata beliau.
Baki dua lagi lokaliti di negeri itu ditamatkan seperti dijadualkan iaitu Kampung Mook, Kinarut, Papar, Bahagian Pantai Barat dan Kampung Baru Durok, Keningau, Bahagian Pedalaman serta Mukim Kuala Berang, Daerah Hulu Terengganu, Terengganu dan Mukim Sitiawan, Daerah Manjung, Perak.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara semalam merekodkan 907 individu diberkas semalam dengan seramai 877 dikompaun, 28 direman dan dua lagi dijamin hasil pemantauan melibatkan 102,633 pemeriksaan oleh Task Force Operasi Pematuhan.
 “Kesalahan tertinggi kali ini sebab tidak memakai pelitup muka sebanyak 208 kes diikuti gagal merekod butiran di premis sebanyak 148 kes disusuli rentas kawasan / makan di premis (147), tiada jarak fizikal (123), gagal mematuhi PKP (81), membawa penumpang berlebihan (79), aktiviti pusat hiburan (28) dan lain-lain (93),” katanya.
Menyentuh isu kuarantin wajib, seramai 548 individu telah tiba di tanah air semalam dengan kesemua dikuarantin bersama 9,015 individu masih lagi berada di pusat kuarantin di seluruh negara, selain 2,598 individu dibawa ke hospital, manakala 211,721 individu lagi sudah dibenarkan balik ke rumah.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barangan di 580 peruncit, 160 pemborong dan 31 pengilang termasuk 1,817 pemeriksaan khas pematuhan SOP turut dilakukan dengan hanya sebanyak 10 premis yang terlibat dikenakan kompaun.
Beliau juga mengesahkan, tiada pekerja asing yang didapati positif Covid-19 daripada 119 daripada mereka  melalui ujian saringan wajib kelolaan Kementerian Sumber Manusia di seluruh negara semalam.- UTUSAN ONLINE



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/3-taman-perumahan-di-temerloh-antara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sop Dan Senarai Sektor Perniagaan Atau Essential Service Yang Dibenarkan Beroperasi Sepanjang Pkpd Di Temerloh

Sop Dan Senarai Sektor Perniagaan Atau Essential Service Yang Dibenarkan Beroperasi Sepanjang Pkpd Di Temerloh

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 1098 hits
Selepas 2 hari pengumuman PKPD di 2 mukim dalam daerah Temerloh barulah terdapat SOP rasmi yang dikeluarkan yang berkuatkuasa pada 28 Mei ini Selepas penduduk Temerloh khususnya tertanya tanya sektor perniagaan apakah yang dibenarkan berope...
Ingatkan Dah Setel Di Mukim Rupanya Taman Temerloh Jaya Pulak Dilaksanakan Pkpd Bermula 12 Jun Ini

Ingatkan Dah Setel Di Mukim Rupanya Taman Temerloh Jaya Pulak Dilaksanakan Pkpd Bermula 12 Jun Ini

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 300 hits
Menteri Kanan Keselamatan Dato Seri Ismail Sabri mengumumkan hari ini dimana 3 taman perumahan di Temerloh Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan berkuatkuasa 12 Jun sehingga 25 Jun 2021 Baru semalam Kerajaan mengum...
4 Lelaki Mengamuk Ketika Ditahan Langgar Sop Pkpd

4 Lelaki Mengamuk Ketika Ditahan Langgar Sop Pkpd

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 375 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Tindakan empat lelaki melanggar arahan perintah kawalan pergerakan diperketatkan dengan berkumpul tanpa penjarakan fizikal mengundang padah apabila dikompaun dan ditahan di Taman Desa Damai Bentong semalam Ketua P...
Gagal Jarak Fizikal Masih Kekal Kes Tertinggi Ingkar Sop

Gagal Jarak Fizikal Masih Kekal Kes Tertinggi Ingkar Sop

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 256 hits
Oleh AMREE AHMAD PUTRAJAYA Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara semalam kembali turun kepada 970 individu ditahan berbanding 1 214 individu yang diberkas kelmarin Menteri Kanan Keselamat...
Pelanggan Hina Agama Islam Antara Enam Ditahan

Pelanggan Hina Agama Islam Antara Enam Ditahan

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 564 hits
Oleh MUHD AFIQ AL HAFIZ MAT YUSOF Tangkap layar beberapa keping gambar yang tular di media sosial hari ini PETALING JAYA Seramai enam lelaki warga tempatan terdiri daripada lima penghantar makanan dan seorang pelanggan ditahan selepas terli...
Gara Gara Solat Berjemaah Di Surau 37 Jemaah Dikompaun Ingkar Sop

Gara Gara Solat Berjemaah Di Surau 37 Jemaah Dikompaun Ingkar Sop

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 343 hits
Seperti yang kita tahu Perintah Kawalan Pergerakan pada kali ini diperketatkan akibat jumlah peningkatan kes Covid 19 yang semakin meningkat dari hari ke hari
2 Beradik Antara 4 Ditahan Pecah Masuk Rumah Datuk Bandar Mbpp

2 Beradik Antara 4 Ditahan Pecah Masuk Rumah Datuk Bandar Mbpp

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 328 hits
Polis menahan empat suspek termasuk dua beradik berusia 27 hingga 37 tahun di sekitar Butterworth semalam PETALING JAYA Empat lelaki termasuk dua beradik ditahan tidak sampai 24 jam selepas kediaman rasmi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau...
Empat Penjawat Awam Antara 32 Yang Ditahan Sertai Parti Liar

Empat Penjawat Awam Antara 32 Yang Ditahan Sertai Parti Liar

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 492 hits
KUALA LUMPUR Empat penjawat awam antara 32 individu ditahan selepas disyaki terlibat dalam parti liar yang diadakan di sebuah hotel mewah di Jalan Pinang di sini awal pagi tadi Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berka...
Langgar Sop Jemaah Berselawat Ketika Ditahan Polis

Langgar Sop Jemaah Berselawat Ketika Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 304 hits
MALAYSIAKINITindakan sekumpulan penduduk menunaikan solat berjemaah di masjid tanpa mematuhi prosedur operasi standard Perintahan Kawalan Pergerakan membawa padah apabila dikesan pihak polis Pada kejadian di sebuah masjid dan surau di Pasir...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Jom Tempah Baju Korporat Cantik Berkualiti Terus Dari Kilang

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Showcase Jiwa Malaysia 2025 Irama Bersatu Di Bawah Satu Semangat Jiwa Malaysia

Pengalaman Menaiki Classic Train Day 6 1

Investasi Pertama Gen Z Mulai Kecil Hasil Besar

Ppim Gesa Siasat Mfw Isu Istilah Muslim Choice Harian Metro 03 11 2025

Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri Resipi Dari Dapur Istana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2026

Beli Hadiah Persaraan Rakan Sekerja

Banduan Adaptasi Kaithi Dengan Aksi Mantap Nilai Kasih Seorang Ayah

Top 87 By Eileen Punpro777 Ceo 28 November 2025

Hengjing168 Plus Top 76 By Moses 28 168 2568

From Sweden To The Uk Snusboys Brings Authentic Snus To British Consumers