Senarai Penuh Sop Pkp 3 0 Yang Perlu Kita Tahu Dan Patuhi


Senarai Penuh SOP PKP 3.0  Yang Perlu Kita Tahu Dan Patuhi | 28 Mei lalu jumlah positif Covid 19 mencech 8290 dengan kenaikan sebanyak 433 kes berbanding 7,857 kes pada 27 Mei. Memang cukup menakutkan angka tu dan seperti dijangkakan PM pun umumkan PKP 3.0 bermula 1 Jun hingga 14 Jun ini. 
Sewaktu kes menaik, orang ramai dah minta 'lockdown' tapi kita perlu tahu, banyak perkara yang perlu pihak kerajaan pastikan sebelum membuat sebarang keputusan.
Seperti perkongsian saya untuk PKP 2.0, boleh baca kat SINI

Sila patuhi, supaya kita semua selamat begitu juga orang disekeliling kita terutama orang yang tersayang.



Tiada rentas sempadan negeri dan daerah (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan Kerajaan Negeri).Dua (2) orang sahaja wakil isi rumah dibenarkan keluar hanya untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet dan keperluan asas dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediamannya.Maksimum tiga (3) orang sahaja termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan, perubatan, ujian saringan, keselamatan atau kecemasan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediamannya atau ke tempat paling hampir dengan kediamannya sekiranya perkhidmatan kesihatan atau perubatan tersebut tiada dalam radius 10 kilometer dari kediamannya.Bilangan penumpang dalam teksi dan e-hailing dihadkan kepada dua (2) orang sahaja termasuk pemandu, penumpang mesti duduk di belakang.Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi atau industri (kecuali pengangkutan pekerja) bergantung kepada lesen pendaftaran kenderaan.Bilangan orang yang dibenarkan di dalam Kenderaan Jabatan atau Kereta Rasmi Jawatan adalah 1 berdasarkan kapasiti kenderaanAktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan boleh beroperasi.Perkhidmatan pengangkutan awam laut dan darat seperti pengangkutan pekerja, bas hentihenti, bas ekspres, LRT, MRT, ERL, Monorel, feri dan lain-lain pengangkutan awam beroperasi  berdasarkan 50% kapasiti kenderaan (waktu operasi dan frekuensi tertakluk kepada Kementerian Pengangkutan).Pergerakan bagi kes kematian dan bencana alam dibenarkan setelah mendapatkan kebenaran daripada PDRM.Pergerakan bantuan bencana atau kemanusiaan oleh NGO perlu mendapatkan kebenaran dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di kawasan yang terjejas dengan bencana dan bantuan tersebut disalurkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di kawasan tersebut.Pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal dibenarkan dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS.Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dibenarkan merentas negeri dan daerah untuk melawat kawasan masing-masing tanpa melaksanakan sebarang majlis.Pergerakan bagi Pelawat Perniagaan Jangka Pendek di bawah kelulusan Inisiatif One Stop Centre (OSC) untuk tujuan rasmi atau perniagaan dibenarkan setelah mendapat kebenaran PDRM.


Perkhidmatan Awam

Melaksanakan kaedah Bekerja Dari Rumah (BDR) sepenuhnya tidak termasuk perkhidmatan frontliners, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaanKehadiran di Pejabat bagi perkhidmatan perlu dan tidak melebihi 20% pada satu-satu masa berdasarkan keutamaan kepada proses kerja yang tidak boleh dilaksanakan secara BDR seperti pembayaran kontrak / invois / gaji, pembayaran / pengagihan bantuan bulanan / berkala kepada rakyat, penyelenggaraan / keselamatan premis, pengurusan teknikal ICT bagi tujuan penyelenggaraan sistem dan mesyuarat atas talian dan penyediaan dokumen melibatkan Jemaah Menteri.Kehadiran ke pejabat perlu disertai dengan dokumen arahan rasmi dan pas pekerja.


Perkhidmatan Swasta

Semua sektor perkhidmatan perlu yang diluluskan oleh Kementerian atau Agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh PKP tertakluk kepada surat kelulusan Kementerian yang berkaitan yang berkuatkuasa mulai 1 Jun 2021. Pergerakan pekerja adalah tertakluk kepada pendaftaran atau surat kelulusan beroperasi atau pas pekerja atau surat pengesahan majikan.Kapasiti kehadiran pekerja bagi sektor swasta dalam perkhidmatan perlu termasuk operasi dan pengurusan terhad kepada 60%.


Mesyuarat

Mesyuarat perlu dilaksanakan secara sidang video.


Seminar, Bengkel, Kursus, Latihan dan Ceramah

Seminar, bengkel, kursus, latihan dan ceramah tidak dibenarkan kecuali latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan dalam kawasan latihan menerusi kaedah Camp Based Training.Seminar, bengkel, kursus, latihan dan ceramah yang dilaksanakan secara dalam talian ( online ) adalah dibenarkan.


Protokol Kesihatan Umum

Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan untuk berada di tempat dan kemudahan awam kecuali bagi tujuan kecemasan, rawatan, pendidikan dan senaman.Pemegang lesen dan pemilik premis menghadkan bilangan pelanggan berada di premis dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dalam sesuatu masa.Setiap premis perlu memaparkan jumlah had kemasukan pelanggan pada sesuatu masa. Penggunaan sistem nombor giliran digalakkan bagi pelanggan masuk dari sesuatu premis.Semua pemilik bangunan perlu menyediakan Kod QR di setiap aras.Pekerja, pembekal dan pelanggan diwajibkan memakai pelitup muka dengan betul mengikut saranan KKM ketika berada di premis.Memastikan ventilasi dan sistem pengudaraan yang baik di premis.Diwajibkan memakai pelitup muka terutama apabila berada di tempat awam yang sesak kecuali bagi aktiviti dan tempat seperti berikut: a). Bilik hotel atau penginapan berbayar bersendirian dan melibatkan ahli isi rumah. b) . Ruang kerja bersendirian. c). Aktiviti sukan dan rekreasi outdoor. d). Kenderaan sendiri dan melibatkan ahli isi rumah. e). Kawasan dan tempat awam indoor atau outdoor tanpa ada individu lain. f). Sewaktu makan dan minum di tempat awam tanpa ada individu lain (selain di restoran atau premis makanan)

Pasar

Pasar harian dan pasar awam dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi hingga 2.00 petang tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.Pasar Segar Terkawal (PST) dibenarkan beroperasi dari 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.Pasar Tani Kekal (PTK), MyFarm Outlet (MFO) dan Komplek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi hingga 4.00 petang.Pasar borong dibenarkan beroperasi dari jam 12.01 pagi sehingga 6.00 pagi dan 11.00 pagi sehingga 4.00 petang tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.Pasar malam, pasar tani, pasar minggu dan pasar tamu tidak dibenarkan beroperasi


Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi

Rujuk Senarai Perkhidmatan Perlu Mengikut Sektor yang dibenarkan beroperasi. Aktiviti memancing bagi tujuan sara hidup adalah dibenarkan


Perniagaan dan Perkhidmatan

Restoran, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran.Dine-in dan perkhidmatan park & dine tidak dibenarkan dalam tempoh PKP.Aktiviti berkelah tidak dibenarkan.Kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.Kedai keperluan harian seperti kedai hardware, bengkel kenderaan, kedai barangan bayi dan barangan keagamaan dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.Perkhidmatan kesihatan seperti hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi.Kedai farmasi boleh beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.Stesen minyak boleh beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol boleh beroperasi sehingga 24 jam.Pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka dan mini mart serta departmental store dibuka TERHAD kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja bermula dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.Klinik haiwan dan kedai makanan haiwan dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.Kedai dobi, dobi layan diri dan kedai cermin mata dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Kedai dobi layan diri perlu memastikan pekerja berada di premis dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

PendidikanSemua Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah selain di bawah KPM, pusat tahfiz dan institusi-institusi pendidikan lain ditutup. IPT di bawah kawal selia KPT diteruskan secara dalam talian.Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM, institusi pendidikan swasta kategori sekolah dan pusat tuisyen, pusat bahasa, pusat kemahiran, pusat bimbingan dan lain-lain yang berdaftar bawah KPM ditutup bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.Hanya murid sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat yang terlibat dengan peperiksaan antarabangsa dibenarkan hadir untuk menduduki peperiksaan mengikut jadual peperiksaan yang telah ditetapkan oleh badan peperiksaan antarabangsa.Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka adalah tidak dibenarkan kecuali kepada pelajar IPT yang berkeperluan.Peperiksaan antarabangsa dan badan profesional serta aktiviti penyelidikan yang memerlukan kemudahan makmal di IPT dibenarkan mengikut SOP IPT berkenaan dan pergerakan perlu disertai dengan pengesahan oleh Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ) atau IPT berkaitan.Pelajar yang berada di asrama, universiti atau institusi pendidikan dibenarkan untuk berada di asrama, universiti atau institusi pendidikan tersebut dan meneruskan pembelajaran secara hibrid.
Tabika, Taska, Tadika dan Pusat Jagaan BerkediamanTabika, taska, tadika swasta, tadika di sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun TIDAK DIBENARKAN beroperasi kecuali untuk anak-anak di mana kedua-dua ibu bapa dan penjaga merupakan barisan petugas hadapan dan bekerja dalam perkhidmatan perlu.Pusat jagaan berkediaman atau pusat rehabilitasi bagi kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, wanita dan pusat jagaan pelbagai DIBENARKAN beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan di bawah Kementerian, Jabatan atau Agensi berkaitan.
KeagamaanAktiviti solat dihadkan kepada maksima 12 orang AJK masjid dan surau sahaja. Aktiviti lain tidak dibenarkan.Upacara pernikahan (akad nikah) Islam dibenarkan hanya di Pejabat / Jabatan Agama Islam dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak Berkuasa Agama Negeri.Pengurusan pengebumian jenazah orang Islam adalah tidak dibenarkan dengan mengikut ketetapan pihak Berkuasa Agama Negeri.Aktiviti Rumah Ibadat Selain Islam adalah dihadkan kepada maksima 12 orang AJK rumah ibadat sahaja dan kehadiran penganut adalah tidak dibenarkan.Pendaftaran perkahwinan bagi selain orang Islam di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),Rumah Ibadat dan Persatuan Agama dibenarkan dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak JPN.Pengurusan pengebumian selain orang Islam adalah dibenarkan dengan mengikut ketetapan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

Sukan Dan RiadahAktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan secara individu di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal TERHAD kepada joging dan senaman sahaja dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2 hingga 3 meter dan dilakukan di kawasankejiranan bermula 7.00 pagi sehingga 8.00 malam tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa.Program latihan berpusat termasuk kejohanan atau pertandingan tertutup secara kuarantin yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) menggunakan konsep Camp Based Training.Program latihan berpusat secara kuarantin yang dilaksanakan oleh Majlis-Majlis Sukan Negeri (MSN Negeri) menggunakan konsep Camp Based Training.Program latihan berpusat termasuk perlawanan latihan secara kuarantin bagi pasukanpasukan dalam Malaysian Football League (MFL) menggunakan model GELEMBUNG SUKAN (Camp Based Training).
Industri kreatifPembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung merangkumi animasi, penggambaran filem, drama, promosi, sitkom dan seumpamanya, termasuk aktiviti seni tari, seni teater, seni muzikal, persembahan kebudayaan dan warisan serta seni muzik tidak dibenarkan kecuali bual bicara dan live streaming secara individu.Penyiaran secara rakaman atau siaran langsung program berbentuk penyampaian maklumat (selain daripada hiburan) seperti berita, forum, bual bicara dibenarkan.

SENARAI PERKHIDMATAN PERLU YANG DIBENARKAN BEROPERASIMakanan dan minuman termasuk untuk haiwanPenjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinarAirTenagaKeselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaanPengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetunganPengangkutan melalui darat, air atau udaraPerkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditiKomunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja)Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modalKredit komuniti (pajak gadai sahaja)E-dagang dan teknologi maklumatPengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincirHotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan)Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikalPerkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liarLogistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu


PERKHIDMATAN PERLU MENGIKUT SEKTORA. Pembuatan (Kapasiti 60% pekerja)1. Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul - MRO)2. Makanan dan minuman3. Bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan bahan makanan dan kesihatan4. Barang-barang penjagaan diri dan bahan pencuci5. Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan6. Barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatankeselamatan kebakaran7. Komponen bagi peranti perubatan8. Elektrikal dan Elektronik (kepentingan rantaian ekonomi global)9. Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia10.Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan makanan sahaja11.Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja12.Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir
B. Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi (Kapasiti Optima)1. Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya2. Perladangan dan komoditi serta rantaiannya (kelapa sawit, getah, lada dan koko)
C. Pembinaan1. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal2. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama3. Kerja kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak binaatau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ)

D. Perdagangan Pengedaran1. Kompleks membeli-belah DITUTUP kecuali hanya premis, pasar raya, pasar raya besar dandepartmental store yang mempunyai seksyen makanan dan minuman, keperluan asas, kedai farmasi,penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan restoran untuk bawa pulang dan penghantaran kerumah
2. Pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka dan mini mart sertadepartmental store dibuka TERHAD kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja,3. Restoran4. Dobi (termasuk layan diri)5. Other Specialty Retail Stores (stesen minyak)6. Kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan7. Kedai cermin mata dan barang optik8. Kedai hardware9. Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti10.E-dagang (semua kategori produk)11.Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja)E. Lain- LainApa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan selepasberunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan itu



MANA-MANA AKTIVITI YANG TIDAK DINYATAKAN DALAM SOP INI ADALAH TIDAK DIBENARKAN

SENARAI AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN (NEGATIVE LIST)Operasi spa, refleksologi, pusat urut, wellness, salun kecantikan, kedai gunting rambut dan perkhidmatan pedicure dan manicure.Operasi kafe siber dan pusat siber.Institut Latihan Memandu, Pusat Latihan Maritim dan Pusat Latihan Penerbangan.Aktiviti fotografi.Agensi nombor ramalan, lumba kuda dan kasinoAktiviti di kelab malam atau pub.Aktiviti di panggung wayang.Majlis Rasmi atau Tidak Rasmi Kerajaan dan swasta.Majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis sambutan perayaan, majlis meraikan pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial.Menerima tetamu atau pelawat di kediaman kecuali kes-kes kecemasan dan perkhidmatan penghantaran (delivery).Seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah, pameran dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) secara bersemuka.Produk tarikan pelancong awam seperti zoo, farms, akuarium, pusat edutainment, extreme, adventure, nature parks dan lain-lain.Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya, pentas persembahan budaya dan lain-lain.Taman Tema, Pusat Hiburan Keluarga, indoor playground dan karaoke termasuk karaoke keluargaAktiviti pelancongan ke luar daerah dan negeri.Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia.Semua aktiviti sukan dan rekreasi SELAIN daripada yang disenaraikan.Pengoperasian semua fasiliti atau premis sukan dan rekreasi KECUALI taman-taman awam yang tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan secara berkumpulan atau melibatkan sentuhan fizikal.Penganjuran kejohanan atau pertandingan atau perlawanan tempatan dan antarabangsa KECUALI pertandingan / kejohanan dalaman atau tertutup anjuran Majlis Sukan Negara dan perlawanan latihan pasukan-pasukan di bawah Malaysian Football League (MFL).Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan di luar atau merentas kawasan arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa KECUALI mendapat kebenaran PDRM.Persembahan di lounge hotel.Aktiviti indoor atau outdoor buskingApa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.

NOTA : Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2021/05/senarai-penuh-sop-pkp-30-yang-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mef Majikan Swasta Lega K Jaan Ketatkan Sop Bukan Pkp Penuh

Mef Majikan Swasta Lega K Jaan Ketatkan Sop Bukan Pkp Penuh

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 260 hits
Persekutuan Majikan majikan Malaysia bersetuju dengan keputusan kerajaan melaksanakan penguatkuasaan prosedur operasi standard yang lebih ketat dalam sektor ekonomi dan sosial di kawasan yang terjejas teruk oleh COVID 19 dan bukannya mengum...
Senarai Sop Pkp Mkn Yang Tidak Dibenarkan Bermula 1 June 2021 14 June 2021

Senarai Sop Pkp Mkn Yang Tidak Dibenarkan Bermula 1 June 2021 14 June 2021

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 442 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera KAWALAN PEGERAKAN Merentas negeri dan daerahPasangan jarak jauhPelawat perniagaan jangka pendek kecuali dengan kebenaran PDRMIbu bapa atau penjaga yang menghantar anak anak ke pusat jagaan kanak kanak kec...
Sop Lebih Rm283 000 Kompaun Pkp Penuh Di Perak

Sop Lebih Rm283 000 Kompaun Pkp Penuh Di Perak

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 208 hits
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengeluarkan kompaun lebih RM283 000 terhadap peniaga yang gagal mematuhi prosedur operasi standard sejak bermulanya total lockdown hingga Sabtu Ia melibatkan 41 kes pelanggaran
Ph Desak Kerajaan Segerakan Bantuan Kepada Warga Kl Susulan Pkp Sop Baharu

Ph Desak Kerajaan Segerakan Bantuan Kepada Warga Kl Susulan Pkp Sop Baharu

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 209 hits
May 25 2021 Ahli Parlimen PH dalam kenyataan bersama menyarankan beberapa langkah bantuan untuk kebajikan warga kota PETALING JAYA Ahli Parlimen Pakatan Harapan mendesak kerajaan menyegerakan bantuan kepada warga Kuala Lumpur susulan pelaks...
Ingatan Untuk Mahiaddin Pkp Penuh Tanpa Bantuan Menyeluruh Adalah Suatu Kezaliman

Ingatan Untuk Mahiaddin Pkp Penuh Tanpa Bantuan Menyeluruh Adalah Suatu Kezaliman

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 164 hits
Walaupun agak lambat dan Mahiaddin Md Yasin dikira lembab sementara rakyat sudah lama menyatakan kesediaan dengan perlaksanaan PKP penuh kerajaan akhirnya akhirnya akur dengan perkara tersebut Dalam kenyataan media sekadar berani melalui pd...
Ph Beri Syarat Utamakan Rakyat Laksana Pkp Penuh

Ph Beri Syarat Utamakan Rakyat Laksana Pkp Penuh

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 319 hits
Pakatan Harapan menyokong pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh atau total lockdown namun mengemukakan beberapa syarat kepada kerajaan Perikatan Nasional Menurut kenyataan Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan PKP penuh keraja...
Terkini Pkp Penuh Permohonan Kebenaran Untuk Bekerja Perlu Dipohon Semula Menerusi Cims3 0 Miti Mkn

Terkini Pkp Penuh Permohonan Kebenaran Untuk Bekerja Perlu Dipohon Semula Menerusi Cims3 0 Miti Mkn

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 309 hits
Majlis Keselamatan Negara sebentar tadi mengumumkan permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan untuk bekerja perlu dikemukakan semula melalui portal COVID 19 Intelligent Management System 3 0 yang diselaraskan oleh MITI Permohonan ini difa...
Sokong Pkp Penuh Dengan Syarat Utamakan Kos Hidup Rakyat Ph

Sokong Pkp Penuh Dengan Syarat Utamakan Kos Hidup Rakyat Ph

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 163 hits
POSTED BY AMIR WRLRPakatan Harapan menyokong pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh atau total lockdown namun mengemukakan beberapa syarat kepada kerajaan Perikatan Nasional Menurut kenyataan Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harap...
Polis Siasat Dakwaan Mb Kedah Test Drive Kereta Ketika Pkp Penuh

Polis Siasat Dakwaan Mb Kedah Test Drive Kereta Ketika Pkp Penuh

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 383 hits
JURU Polis membuka kertas siasatan ke atas Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor susulan dakwaan pandu uji kereta baharu di Juru Autocity di sini semalam Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berk...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman



Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan


Ulangtahun Kelahiran Nagamanja

How To Be Happy

Pre Season Perlawanan Ud Castellonense Vs Jdt

Melaksanakan Perintah Allah Itu Bagaikan Obat Pahit Tetapi

Warrant Woes In El Paso An Attorney Can Help You Get Back On The Road

Media Orang Ramai Diingatkan Tidak Sebar Video Nahas Helikopter Tldm