85 Peratus Bid Babit Individu Tak Divaksin


BH ONLINE Kira-Kira 85 peratus kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) di Sandakan akibat COVID-19 didapati terdiri daripada individu tanpa vaksinasi. - Foto hiasan NSTP/Danial Saad SANDAKAN: Kira-Kira 85 peratus kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) di daerah ini akibat COVID-19 didapati terdiri daripada individu tanpa vaksinasi, kata Pegawai Kesihatan Daerah Dr Johari Awang Besar hari ini.
Sejak Julai lalu, jumlah kematian di luar hospital akibat COVID-19 telah meningkat kebanyakannya membabitkan individu berisiko tinggi terutama mereka yang berusia lebih 50 tahun.
"Pada Julai, Sandakan merekodkan enam kes BID dan angka itu meningkat kepada 55 bulan lalu (Ogos). Setakat 16 September, sudah terdapat 66 kes.
"Saya merayu kepada semua orang agar lebih memberi perhatian kepada golongan warga emas atau ibu bapa atau datuk nenek mereka kerana 90 peratus kes BID membabitkan mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas. Kira-Kira 46 peratus jumlah kematian membabitkan mereka yang berusia lebih 70 tahun," katanya ditemui di pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Hakka, hari ini.
Dr Johari juga menggesa penduduk Sandakan agar merebut peluang mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 secepat mungkin kerana jumlah kes harian di daerah itu telah mencatatkan tiga angka sejak kebelakangan ini dan meletakkan Sandakan sebagai antara tiga daerah teratas dengan jumlah kes tertinggi di Sabah.
Beliau turut meluahkan kebimbangan terhadap individu yang terlepas janji temu untuk mendapatkan suntikan dos kedua vaksin Pfizer atau Sinovac dan menggesa mereka agar hadir di mana-mana tujuh PPV di daerah itu secara jumpa terus.
"Kira-kira 10,000 orang telah terlepas janji temu untuk mendapatkan dos kedua mereka. Mereka boleh pergi ke mana-mana PPV dengan segera. Jangan tunggu sampai berbulan-bulan untuk berbuat demikian," katanya.
Mengulas penguatkuasaan berkaitan mewajibkan pengambilan vaksinasi lengkap di semua premis di Sabah mulai esok, Dr Johari telah memaklumkan pasukannya agar tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang menerima suntikan dos pertama vaksin jenis AstraZeneca pada awal bulan lalu susulan sela masa sembilan minggu yang diperlukan sebelum mendapatkan dos kedua.
"Bukan salah mereka jika mereka tidak dapat melengkapkan kedua-dua dos suntikan menjelang esok. Bagaimanapun, kelonggaran ini hanya bagi mereka yang telah menerima suntikan pertama bulan lalu kerana pengumuman bagi vaksinasi lengkap dibuat selepas itu (dos pertama).
"Tetapi jika ada yang baru menerima dos pertama AstraZeneca hari ini, saya berpendapat mereka perlu dihalang memasuki mana-mana premis terbabit seperti makan di restoran," katanya.
Beliau berkata kira-kira 11,000 penduduk Sandakan menerima dos pertama AstraZeneca dan mereka dijangka melengkapkan vaksinasi masing-masing bulan depan. – BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/85-peratus-bid-babit-individu-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5944 Benar Individu Enggan Divaksin Masuk Ke Premis Ppim Beritahu Kerajaan Free Malaysia Today 21 09 2021

5944 Benar Individu Enggan Divaksin Masuk Ke Premis Ppim Beritahu Kerajaan Free Malaysia Today 21 09 2021

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 298 hits
PETALING JAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia memohon kerajaan menyemak semula syarat kebenaran memasuki premis tanpa mengambil kira status vaksinasi Ia termasuk kebenaran memasuki tempat kerja sekolah rumah ibadat dan pusat membeli belah...
Sabah Benarkan 10 Lagi Aktiviti Bagi Individu Divaksin Lengkap

Sabah Benarkan 10 Lagi Aktiviti Bagi Individu Divaksin Lengkap

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 374 hits
Kolam memancing dibenarkan beroperasi selama 12 jam dari 6 pagi bagi pelawat dari daerah sama PPN Fasa 2 Sabah Benarkan 10 Jenis Operasi Aktiviti Dibuka Isnin Ini KOTA KINABALU Kerajaan negeri Sabah akan membenarkan lebih banyak aktiviti un...
Palsu Sijil Vaksin 10 Individu Didakwa Seorang Dipenjara

Palsu Sijil Vaksin 10 Individu Didakwa Seorang Dipenjara

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 195 hits
Ismail Mohamed Said berkata seorang yang dihukum penjara kerana memalsukan sijil suntikan vaksin membabitkan kes di Sarawak KUALA LUMPUR Seramai 10 individu didakwa di mahkamah atas kesalahan memalsukan sijil suntikan vaksin Covid 19 kata T...
Usah Lagi Merungut Sudah Nasib Bukan Individu Sangat Penting

Usah Lagi Merungut Sudah Nasib Bukan Individu Sangat Penting

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 135 hits
ZOLKHARNAIN ABIDINKepada semua rakyat yang bukan individu sangat penting jika anda tidak dapat solat Jumaat tidak payahlah merungut sebab 1 Terimalah hakikat anda bukan ISP Anda bukan ISP Faham 2 Semua tempat ada ISP Cuba tengok Kaabah hany...
1mdb Mohon Perintah Penyampaian Ganti Serah Saman Usd3 7837 Bilion Kepada Jho Low 5 Individu

1mdb Mohon Perintah Penyampaian Ganti Serah Saman Usd3 7837 Bilion Kepada Jho Low 5 Individu

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 159 hits
Perintah penyampaian ganti itu bagi menyerahkan writ saman USD3 7837 bilion Jho Low ahli keluarga dan rakan sekutunya KUALA LUMPUR 1Malaysia Development Berhad akan memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah penyampaian ganti bagi men...
28 Individu Termasuk Ahli Parlimen Senator Dijangkiti Covid 19

28 Individu Termasuk Ahli Parlimen Senator Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 197 hits
MALAYSIA DATELINESeramai 28 individu termasuk dua Ahli Parlimen dan seorang Senator disahkan positif Covid 19 sebelum persidangan Parlimen Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan malam tadi berkata dua Ahli ...
Kejar Individu Curi Organ Badan Jung Haein Dilamar Bintangi Drama Connect

Kejar Individu Curi Organ Badan Jung Haein Dilamar Bintangi Drama Connect

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 260 hits
Selepas D P dan Snowdrop nampaknya Jung Hae in sudah pun menerima tawaran lakonan baru Khabarnya pelakon lelaki itu akan berlakon di dalam drama Connect yang diarahkan oleh pengarah dari Jepun Takashi Miike Malah berita itu turut disahkan o...
Individu Masuk Sabah Untuk Urusan Rasmi Lengkap Vaksin Tak Perlu Kuarantin

Individu Masuk Sabah Untuk Urusan Rasmi Lengkap Vaksin Tak Perlu Kuarantin

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 301 hits
Jurucakap perkembangan Covid 19 Sabah Datuk Masidi Manjun KOTA KINABALU Kerajaan negeri membenarkan individu yang masuk ke Sabah dari negeri lain untuk urusan rasmi tanpa perlu menjalani ujian saringan Covid 19 dan kuarantin apabila tiba di...
Tiada Lagi Kuarantin Ketika Masuk Sarawak Buat Individu Lengkap Vaksin

Tiada Lagi Kuarantin Ketika Masuk Sarawak Buat Individu Lengkap Vaksin

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 353 hits
MALAYSIA NOW Kanak kanak dan remaja di bawah 18 tahun ditemani ibu bapa mereka yang lengkap vaksinasi turut dikecualikan daripada kuarantin Bermula 16 September individu yang telah menerima vaksin lengkap hanya perlu memohon melalui aplikas...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation