84 462 Veteran Atm Belum Daftar Jhev


BERNAMA 
TIDAK tahu fungsi mendaftar, kurang mahir dalam penggunaan teknologi digital, selain tidak lagi memerlukan bantuan kerajaan menjadi antara sebab golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).
Ketua Pengarah JHEV Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad berkata kekangan itu menyukarkan pihaknya untuk menyampaikan segala bentuk bantuan serta manfaat disalurkan kerajaan menerusi JHEV kepada veteran tentera.
Beliau berkata menerusi rekod sehingga 30 Julai lalu, keseluruhan jumlah veteran ATM dan tanggungan ialah seramai 306,900 orang.
"Ia dibahagikan kepada tiga kategori iaitu seramai 102,559 orang adalah veteran berpencen, 180,395 orang veteran tidak berpencen manakala 23,946 orang adalah penerima pencen terbitan (balu veteran ATM)," katanya.
Dzulkarnain berkata daripada jumlah veteran tidak berpencen, hanya 95,933 orang sahaja telah mendaftar selain mempunyai rekod lengkap sementara baki 84,462 masih tidak mendaftar.
Katanya, JHEV berharap veteran ATM tidak berpencen yang masih belum berdaftar segera berbuat demikian bagi memudahkan jabatan itu menyalurkan bantuan atau kemudahan yang diberikan oleh kerajaan.
"Ada dalam kalangan mereka yang sudah berusia dan tidak mahir dengan teknologi digital sekali gus menyukarkan mereka untuk mendaftar secara dalam talian.
"Terdapat juga keadaan yang mana mereka ini mempunyai pekerjaan sendiri selepas bersara dan tidak mahu ada sebarang ikatan lagi dengan pihak kerajaan," katanya.
Menurut Dzulkarnain, satu jawatankuasa khas turut dibentuk yang berperanan menyemak dokumen salinan asal veteran ATM tidak berpencen untuk didaftarkan semula ke dalam sistem pendaftaran sedia ada.
Katanya, gerak kerja jawatankuasa itu yang memasuki tempoh dua bulan sejak bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) diumumkan kerajaan, memudahkan lagi usaha JHEV dalam mengesan dan mendaftarkan golongan terbabit.
Beliau berkata proses menjejaki veteran ATM tidak berpencen itu juga dibantu 132 persatuan induk dan 350 cawangan persatuan membabitkan veteran tentera.
"Melalui penyertaan mereka bersama persatuan terbabit, usaha menjejak dan mengesan dapat dilaksana secara berterusan," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/84462-veteran-atm-belum-daftar-jhev.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kurang Mahir Teknologi Digital Faktor Veteran Atm Tidak Berdaftar Bawah Jhev

Kurang Mahir Teknologi Digital Faktor Veteran Atm Tidak Berdaftar Bawah Jhev

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 437 hits
Majlis Veteran Kebangsaan dijadualkan bermesyuarat pada 28 Feb ini bagi membincangkan isu isu berkaitan veteran Angkatan Tentera Malaysia termasuk tentang meringankan beban sara hidup mereka KUALA LUMPUR Tidak tahu fungsi mendaftar kurang m...
Atm Ada Ltat Tetapi Mengapa Veteran Masih Miskin

Atm Ada Ltat Tetapi Mengapa Veteran Masih Miskin

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 409 hits
Isu veteran anggota Angkatan Tentera Malaysia yang hidup miskin selepas bersara masih belum dibela sepenuhnya Apatah lagi kerajaan Pakatan Harapan yang berjanji untuk meningkatkan kebajikan bekas ATM digulingkan sewaktu merangka dasar dasar...
Psoriasis Penyakit Tidak Berjangkit Yang Belum Di Temui Penawarnya

Psoriasis Penyakit Tidak Berjangkit Yang Belum Di Temui Penawarnya

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 435 hits
Psoriasis ialah sejenis penyakit autoimun kronik yang menjejaskan kulit dan berlaku apabila sistem imun menghantar isyarat salah yang mempercepatkan kitaran pertumbuhan sel kulit menyebabkan sel terkumpul pada kulit sehingga menjadi tebal S...
Belum Terpilih Di Solo Gibran Disebut Bisa Jadi Presiden Sampai Sekjen Pbb

Belum Terpilih Di Solo Gibran Disebut Bisa Jadi Presiden Sampai Sekjen Pbb

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 289 hits
Pengamat Komunikasi Politik Emrus Sihombing menilai putra sulung Presiden Joko Widodo Gibran Rakabuming Raka tinggal selangkah lagi menjadi Wali Kota Solo Bahkan Emrus juga menilai Gibran Rakabuming bisa menjadi presiden hingga Sekretaris J...
Pan Belum Putuskan Bakal Calon Kepala Daerah Di Pilkada Tangsel

Pan Belum Putuskan Bakal Calon Kepala Daerah Di Pilkada Tangsel

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 318 hits
Saat ditegaskan kembali apakah pihaknya memang ingin mendukung putri keempat Wakil Presiden Ma ruf amin Siti Nur Azizah dan Ruhama Ben Zulhas belum memastikan Belum Belum putus ya tukasnya
Netizen Belum Maafkan Nubhan Tunjal Kepala Isteri

Netizen Belum Maafkan Nubhan Tunjal Kepala Isteri

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 402 hits
Minggu lalu hangat diperkatakan apabila tular video penyanyi Nubhan Ahmad menunjal kepala isterinya Afifah Hidayah Ahmad Tawfek Namun Nubhan menjelaskan ia hanya lakonan dan prank sempena ulang tahun kelima perkahwinan mereka Meskipun sudah...
Cabut Gigi Susu Anak Walaupun Belum Goyang Ini Risiko Pada Si Kecil Yang Anda Wajib Tahu

Cabut Gigi Susu Anak Walaupun Belum Goyang Ini Risiko Pada Si Kecil Yang Anda Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 477 hits
Masalah gigi rosak yang berlaku pada anak bukan satu isu remeh Ini risiko yang perlu ibu bapa ketahui apabila gigi susu anak rosak Sila ambil peduli Kepentingan penjagaan gigi susu Penjagaan kesihatan oral anak adalah dengan memastikan gigi...
Mahathir Belum Tentu Tanding Pru15

Mahathir Belum Tentu Tanding Pru15

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 261 hits
SHAH ALAM Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang dipertikai jawatannya Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum membuat sebarang ketetapan akan bertanding atau tidak pada pilihan raya umum akan datang Dr Mahathir yang merupakan Ahli Parli...
Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Makluman Pelaksanaan Rintis Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran

Ketukan Misteri Jam 4 Pagi Gegarkan Penduduk Bertam

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Pokok Cili Pelangi

Turis China Bisa Kunjungi 6 Negara Ini Selain Jepang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Pmx Umum Kejayaan Program Budi Madani Ron95 Yang Jimatkan Lebih Rm

Wanita Kongsi Berita Duka Bakal Suami Pergi 8 Jam Sebelum Akad Nikah