810 Premis Diarah Tutup Dalam Tempoh 1 Minggu Sahaja


HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN./ Gambar FB Wisma Putra


SEBANYAK 810 premis telah ditutup serta-merta dalam tempoh satu minggu lebih ini kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah itu diterima daripada Task Force Operasi Pematuhan dalam tempoh satu minggu lebih sejak mengambil alih tugas berkenaan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Hishammuddin, jumlah yang telah diarahkan tutup kerana ingkar pematuhan SOP itu merangkumi kilang, premis perniagaan, tapak pembinaan dan asrama penempatan pekerja.

Kata beliau, soal pematuhan SOP amat dititikberatkan sepanjang tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini.

“Sebagai Menteri Kluster Keselamatan, saya perlu tegas dalam soal pematuhan SOP oleh premis-premis yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PPN ini.

Pejabat Menteri Kanan Luar Negeri KLUSTER KESELAMATAN “Apabila kemudahan beroperasi diberikan, sepatutnya tiada alasan untuk mana-mana premis ingkar SOP – besar risikonya terhadap keselamatan negara terutama dalam konteks penularan COVID-19,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Pada masa sama, Hishammuddin turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin kerana bertungkus-lumus menjalankan penguatkuasaan di seluruh negara.

“Terima kasih kepada Hamzah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan SOP COVID-19 serta Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Mengenakan tindakan bukan kemahuan saya mahupun PDRM tetapi jika premis tidak bertanggungjawab, maka mereka perlu tanggung akibatnya,” jelas beliau.

Ahad lalu, sebanyak 38 premis telah diarahkan tutup serta-merta ekoran kegagalan mematuhi SOP ditetapkan kerajaan.

Arahan berkenaan dilakukan Task Force Operasi Pematuhan dengan kekuatan 18,153 anggota yang telah melaksanakan 82,534 pemeriksaan dan snap check COVID-19 bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan SOP di seluruh negara.

Kesemua pemeriksaan itu merangkumi 1,806 kilang; 14,016 premis perniagaan; 650 tapak pembinaan dan 179 asrama penempatan pekerja.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/810-premis-diarah-tutup-dalam-tempoh-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingkar Sop 282 Ditahan 112 Premis Diarah Tutup

Ingkar Sop 282 Ditahan 112 Premis Diarah Tutup

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 188 hits
Oleh AMREE AHMADPUTRAJAYA Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard Pelan Pemulihan Negara di seluruh negara semalam merekodkan 282 diberkas dengan seramai 261 dikompaun manakala 21 lagi direman Menteri Kanan Kluster Keselamatan Datuk...
Taska Permata Keluarga Diarah Tutup 5 Kakitangan Positif Covid 19

Taska Permata Keluarga Diarah Tutup 5 Kakitangan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 213 hits
Taska itu ditutup sementara susulan empat tenaga pengajar dan seorang penyedia makanan dijangkiti Covid 19 PETALING JAYA Lima kakitangan di Taska Permata Keluarga di Jalan Sultan Omar Terengganu disahkan positif Covid 19 seterusnya premis i...
Niaga Saham As Menamatkan Minggu Dengan Penurunan

Niaga Saham As Menamatkan Minggu Dengan Penurunan

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 135 hits
Indeks AS telah ditutup rendah pada hari Jumaat lalu di tengah tengah penurunan yang ketara dalam saham teknologi Salah satu contohnya ialah Amazon yang mencatat penurunan saham sebanyak 7 6 penurunan terbesar sejak bulan Mei 2020 Syarikat ...
Wanita Dijel 7 Tahun 4 Minggu Bantu Penipu Nigeria Pindahkan Lebih S 2j Ke Luar Singapura

Wanita Dijel 7 Tahun 4 Minggu Bantu Penipu Nigeria Pindahkan Lebih S 2j Ke Luar Singapura

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 163 hits
Gambar fail SINGAPURA Seorang keldai wang berusia 46 tahun dihukum penjara 84 bulan iaitu antara hukuman paling berat dikenakan bagi kesalahan sedemikian Rohaiza Alap menyediakan 25 akaun bank kepada penipuan luar negara dan merekrut keldai...
Malaysia Dijangka Capai Herd Immunity Kurang Daripada 5 Minggu

Malaysia Dijangka Capai Herd Immunity Kurang Daripada 5 Minggu

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 174 hits
Peningkatan jumlah pemberian vaksin harian di Malaysia memberi sinar baharu apabila Imuniti Kelompok iaitu sebanyak 80 penduduk telah divaksin dengan dua dos dijangka dapat dicapai lebih awal Menerusi Iaporan daripada Jawatankuasa Khas Jami...
Kalau Ada Majoriti Undi Percaya Minggu Lalu Bukan September Depan Anwar

Kalau Ada Majoriti Undi Percaya Minggu Lalu Bukan September Depan Anwar

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 246 hits
Pentadbiran Perdana Menteri Mahiaddin Yassin dikecam kerana meminta tempoh sehingga September ini untuk membuktikan majoriti beliau melalui usul Undi Percaya di Parlimen Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata m...
Warga Emas Seluruh Negara Boleh Walk In Vaksin Mulai Minggu Depan

Warga Emas Seluruh Negara Boleh Walk In Vaksin Mulai Minggu Depan

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 303 hits
Khairy Jamaluddin berkata pemberian vaksin kepada warga emas secara walk in akan diperluas ke seluruh negara mulai minggu hadapan PETALING JAYA Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid 19 memutuskan pemberian vaksin secara walk in kepada warga ...
Jangan Abaikan Denggi Kerana Covid 19 Luangkan Masa 10 Minit Di Hujung Minggu

Jangan Abaikan Denggi Kerana Covid 19 Luangkan Masa 10 Minit Di Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 218 hits
Jangan pandang remeh pada kisah demam denggi ini Walaupun kini kita sedang dilanda wabak yang lebih dahsyat dari denggi harus diingat demam denggi juga boleh membawa maut jika tidak dikawal Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi I...
Sedikit Kecoh Politik Hanya Hiburan Hujung Minggu Ia Bukan Kaitan Untuk Kecekapan Bendung Covid19

Sedikit Kecoh Politik Hanya Hiburan Hujung Minggu Ia Bukan Kaitan Untuk Kecekapan Bendung Covid19

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 270 hits
Hari ini Isnin semua KEMBALI seperti biasa It s all about power and money No Parlimen Usul yang tidak menguntungkan politik tidak AKAN jadi kenyataan
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Catat Nekad Berhaji Tanpa Visa Haji Bisa Dideportasi Dari Arab Saudi



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


The Benefits Of Wearing Feelingirl S Bodysuits

Sepuluh Perkara Tetap Mengalir Pahalanya Setelah Mati

Hobi Baru

Beli Saldo Paypal Via Bank Line By Bank Hana

Akhirnya Dapat Beli Sobek

Selesai Sesi Marhaban 2024 1445h